Quantcast
Channel: kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live

Mini Konsert Mekcha

$
0
0
Hoii kat sebulan blog tak update..apa cer ni? hahaha Ok la sebab hari ni cuti bawak mak check up sempat la nak update blog sat..settle blog ni sambung buat kerja Kaay pulak..

Hari tu kan Raiisah ada mini konsert kat kampus UITM Sg. Buloh..beria aku waze jalan sekali derrr kat Hospital Sg. Buloh rupanya..dah la 2 kali terlepas simpang..maklum la kepala otak mamai pagi tu..hari sebelum tu ada event kat Johor..memang kelam kabut sikit la abis event terus shoot balik KL..Affan sampai cakap takyah la pergi konsert Raiisah Ahad esok tu, boleh stay satu malam lagi kt JB..hoii..hahaha memang tak la kan..dah la masa dia 4 tahun tak sempat tengok mini konsert ni semua sebab Raiisah kan berhenti awal masa dia 4 tahun..so 5 tahun ni harus la kena pergi..

Pagi tu daddy dia tak ikut jaga Afif sebab cirit birit pulak si Afif pagi tu, dengan demamnya..full pakej..Malam masa bertolak nak ke Johor tu dia dah start demam..Pagi Ahad masa konsert Raiisah tu kitaorang split, Affan bawak Afif kilinik, aku teman Raiisah..

Masa sampai ramai dah parents dalam dewan..

Dah elok cun dok depan sekali dorang announce, siapa parents 5 tahun dok kerusi belah kiri, 6 tahun kerusi belah kanan..laaa kena la beralih tempat..duduk la ku di belakang sekali..nasib baik kamera boleh zoom..takper dorang ada sediakan tempat khas kat depan tu untuk parents ambik gambar..awat la tak perasan kat setiap kerusi dah tagging number untuk anak2 umur berapa tahun..

First persembahan dari anak2 berumur 6 tahun..

Persembahan dari anak2 4 tahun pulak..

Lepas tu 5 tahun..Eh eh Raiisah di situ..Amboii kemain lambai2 dari jauh..siap jerit2, "Hi Mummy".. pastu beria bagitau teacher tu mummy dia..hahaha

Ok kakak are you ready for your concert..! go Kakak..

Sebelum persembahan bermula..aksi2 Mekcha..kemain mata menjeling..

 Nyanyian lagu Bismillah- Alhamdulillah..favourite lagu Afif ni..Afif dengar lagu Bismillah- Alhamdulillah kiri ke kanan dia menari..

Eleh eleh eleh kakak kemain bertepuk2 tangan atas tu yer..Bagus kakak macam tu la bersemangat..masa dalam kereta dah pesan, nanti kakak buat persembahan senyum tau, jangan nangis, jangan muka jebek.enjoy je atas satge tu..nanti nampak mummy senyum..mummy nak ambik gambar kakak..hahaha

Lepas abis persembahan sementara tunggu kawan2 turun..Aku panggil dia, Kakak pandang sini, kamera..ecececa siap buat peace lagi..pastu sempat lagi tanya.. "Mummy toys mana"?? ayooo kakak atas stage dia boleh tanya toys mana?? ingat menan je awak ni ye..

Setiap pelajar akan dapat hadiah berupa cokelat..Sijil dorang bagi last day school..

Bersama pengetua Little Caliphs Tasik Biru, Puan Ain..

 Tu gaya apa pulak kakak..Ultraman ker? ada je dia nak buat aksi..

Haa kan comel dok diam macam tu..


Eh eh teacher Khaira pon ada sekali..favourite teacher Raiisah ni..Khaira ni la mengajar Raiisah masa 4 tahun..now dia dah tak mengajar dah..baby Ammar pon ada skli..debab nye awak Ammar..sedap ni gomol..

Last persembahan dari semua student..laaa kenapa jebek tu kakak..Raiisah last sekali naik atas stage..

Aku dah cuak tengok dia nangis atas stage tu..aku lak nak jebek tepi stage tu tengok dia melalak atas tu..ada tak kena ni..
 Jenuh teacher pujuk..diam la kejap..

 Lapar ye nak..tu la pagi tadi mummy suruh makan roti, air milo tak nak..dia makan biskut tiger berapa keping tu je..konsert lak abis lambat..memang perut keroncong la..takper abis konsert ni kita cari makan okey..mummy pon lapar tahap nak makan orang masa ni..haha

Kawan2 seronok menyanyi lagu Ella standing in the eyes of the world, sambil tangan hayun ke atas bawah, si Raiisah syok layan cokelat atas tu..alahai Mekcha hoii!..hahaha

Dia kutip pulak cokelat tuuuuu...haiyoo kakak..nak ku jerit mau orang pandang aku..hahaha ku biorkan situ..jangan sakit perut sudah..

Selesai sudah persembahan dari anak2 Little Caliphs Tasik Biru..auntie doa semua anak2 LC Tasik Biru berjaya pada masa akan datang..Raiisah pon tahun ni last kat LC Tasik Biru..tahun depan ke LC Sg. Buloh balik..bermula la episod menghantar dia setiap pagi dan setiap petang mengambil dia..

Mood tengah tak ok masa ni..laju2 ambik gambar dia terus chow balik..daddy dia pon dah call tanya tak abis lagi ke? hahaha Ok lapar nasi kandar..bye!


Kena buli dengan mummy..hahaha Walaupon mood ke laut dia layan je mummy suruh posing dengan spek besor tu..

Mummy dan Raiisah..ok dah jom balik! daddy dengan adik lapor dah tu..

piece : kathyjem

Minuman Jus Buahan Paling Berkhasiat

$
0
0
Makan buah laju, nak potong buah ya ampun sikit punye maleh..hehe Sejenis rajin beli lepastu berminggu-minggu dok dalam peti ais sebab lupa nak makan..hahaha boleh macam tu..pastu kat rumah yang selalu rajin potong buah abah la sebab abah yang rajin beli dan suka makan buah..anaknya tukang ngap dalam mulut je..Zaman sekarang ni buat apa semua nak kena cepat..memang awak, lagi2 kita ni ha yang bekerja makan gaji memang tak dan kadang tu pagi2 nak potong buah bawak pergi office..masuk kereta eh eh eh buah beli semalam lupa nak bawak..mereput dalam peti ais tu..

Mujur ada MARIGOLD PEEL FRESH ni..tak payah pening2 nak potong buah, nak blend buat jus bagai..beli kat pasaraya zaaa boleh terus minum terus..Kebetulan MARIGOLD PEEL FRESH ada buat roadshow kat Angsana Johor Bahru Mall hari tu..memang enjoy aktiviti yang mereka anjurkan hari tu..

Bersama geng blogger, Daphne Charice dan Filla!

Lama tak jumpa Filla..akhirnya ketemu juga kita di event MARIGOLD PEEL FRESH ni..Mekcha ada hari tu teman mummy..Afif daddy dia jaga kat hotel sebab tak berapa sihat..


Selebriti terkenal dan pelakon popular, Lisa Surihani..

Lisa share pengalaman dia sebagai ibu kepada 2 orang cahaya mata yang sentiasa sibuk dengan bekerja tapi masih dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat..syok dengar Lisa cerita kisah hidup dia macam mana nak bagi anak dia suka pada sayur..Yerla tak semua budak suka makan sayur..Raiisah kecik2 suka makan sayur dan besar ni semua sayur dah tak nak makan..So boleh ikut tips Lisa share masa event hari tu..Lisa gantikan khasiat sayur dengan jus buah yang mengandungi vitamin A, C, E dan antioksidan..

Sedap pulak tengok Lisa Surihani minum perisa baru dari MARIGOLD PEEL FRESH, Mixed Kale & Veggie yang takda gula tambahan.. made from 17 jenuis buah-buahan dan sayur-sayuran…

MARIGOLD PEEL FRESH ni minuman jus buah pasteur pilihan nombor satu di Malaysia yang merupakan jenama tempatan yang banyak membekalkan khasiat pemakanan dan kebaikan jus buah-buahan untuk family..

MARIGOLD PEEL FRESH ada 9 perisa regular iaitu  Orange, Apple, Tropical Mango, Guava, Pink Guava, Mixed Carrot Fruits, Mixed Apple Aloe Vera, Mixed White Grape Aloe Vera, dan Mixed Blackcurrant Cranberry.

No Sugar Added ada 6 perisa, Orange, Apple, Mixed Powerberries, Mixed Powerveggies & Fruit, Mixed Fruit & Mangosteen dan yang flavour baru tu Mixed Kale & Veggie..

Pelancaran minuman baru jus MARIGOLD PEEL FRESH NO SUGAR ADDED Mixed Kale & Veggie..

Games dia semua best2 harus la kita cuba main..menang kalah belakang cerita yang penting main je..haha Jangan main-main 2 kali okey bola masuk walaupon first time pegang kayu golf..kakaka *ok tipu.. =P

 Lepas tu try game 'Balance The Scale'..

Kena pilih kotak mana yang sama dengan berat 'Kebaikan Buah-Buahan Harian'..So aku pilih kotak yang berat..yesss sama berat..

Seronok pulak tangkap2 kertas dalam tu..dapat hadiah apa?? dapat notebook..Raiisah setia jadi penonton mummy sebelah tu..

Bagi Raiisah main game pulak..cian dia asyik tengok mummy main je...Raiisah cari buah tersembunyi..

Dah jumpa nak bawa balik pulak dia..eh eh kang kena marah dengan kakak tu nanti..

Dah penat main game basahkan tekak dengan jus orange..favourite Raiisah jus orange..Raiisah memang suka minum MARIGOLD PEEL FRESH orange ni sebab dia memang tak sentuh buah langsung ok..ni la cara aku bagi dia makan buah dengan minum jus buah-buahan MARIGOLD PEEL FRESH ni..

Kita ni kena makan at least dua hidangan buah setiap hari..Lisa ada share dia kata kalau kita suka makan buah mango jangan pagi petang malam makan buah mango je, no no no tu gaya pemakanan tidak betul tu..so kita kena la seimbang, sebetulnya makan buah untuk sehari hanya sebesar tapak tangan je..

First time nk try minum jus MARIGOLD PEEL FRESH No Sugar Added Mixed Kale & Veggie..tengok Lisa minum nampak macam sedap..meh kita rasa..

Ermmm sedapnya! serius memang sedap..Sesuai untuk anak2 yang tak suka makan sayur or buah boleh try jus MARIGOLD PEEL FRESH No Sugar Added Mixed Kale & Veggie ni..rasa minum jus kita blend kat rumah..rasa fresh!

Lepas minum perlu disimpan dalam peti sejuk..Kalau tak, ia akan rosak.. MARIGOLD PEEL FRESH ni juga sesuai diambil ketika sedang menjamu selera dengan family or beriadah bersama teman-teman..

MARIGOLD PEEL FRESH kaya dengan khasiat buah-buahan sesuai untuk dinikmati tidak kira usia..

Marigold Peel Fresh kaya dengan khasiat buah-buahan sesuai untuk dinikmati tidak kira usia..

Thank you kakak teman mummy event hari tu..dah besarkan pandai bawa diri dah Kakak..nanti ada event lagi mummy bawa kakak ek..

Nak tahu lebih lanjut tentang MARIGOLD PEEL FRESH boleh tengok di fb.com/ilovepeelfresh.my 

piece : kathyjem

Seharian di Mood Republik Open Day 2018

$
0
0
Tengah rehat ni mari la update blog..korang dah lunch ke? lunch apa? ku makan nasi ikan sardin masak kicap dan labu masak lemak..tapau kat cafe je..nak pergi lunch kt luar macam maleh pulak..kawan2 office pon ramai yang oder McD..tekak tak nk makan McD nak nasi sebab petang karang banyak tenaga nak pakai..ada training netball, kang tak makan nasi parkinson aku pegang bola..hahaha

Hari Sabtu tu pergi Mood Republik Open day 2018..Tahun ni Kaay ada rezeki lebih join la buka booth untuk tahun depan..sendiri nak merasa kemeriahan meniaga di Mood Republik..


Semangat nak dapat registration awal, awal pagi dah terpacak depan IDCC..Manjer Ceera teman kita..dua hari berturut kitaorang dating sama..hahaha Jumaat sebelum tu dating manjakan diri di spa..Yana tak dapat join sebab dia ke Cherating, celebrate anniversary..dapat kejutan dapat en.suami katanya..


Masa sampai orang baru nak start beratur..tapi takde la beratur panjang macam sebelum ni..depa kata start register kol 8pagi - 10pagi so tak nak dapat beratur lama kami pon mai la awal..sekali masa register depa kata kol 10pagi baru leh masuk dewan dan kol 2 ptng baru beh booking booth..

Erkk! kol 2..lamanya!!! jenuh la wei nak menunggu..nasib la Ceera ada kalau aku sorang mau aku balik..Masa tengah register adik yang ambik nombor booking tanya, apa nama produk, bla bla bla..Eh kak, Kaay Cosmetics ekk, saya perasan produk akak lalu kat timeline facebook..wahh bangga jap dengar..hahaha..yang perasan Kaay kat fb ni budak lelaki tau bukan budak perempuan..hehe Rasa terharu kaum lelaki tahu kewujudan produk Kaay yang baru setahun lebih ni yang nak masuk dua tahun..Alhamdulillah..kena extra kerja keras lagi lepas ni..


Manjer sorang ni..kalau mintak pertolongan tak pernah kata tak boleh..always say yes..meh tium cikit😘


Banyak lagi masa moh la makan roti canai dulu..Ceera macam biasa roti banjir..


Kol 10 tepat masuk dewan..pastu dengar la penerangan   mengenai Mood Republik semua tu la..kol 2 karang baru leh booking booth..tengok jam hoii kol 3 lebih dah lunch pon tak lagi ni..awat lambat benor ni..awat tak kasi lunch dulu..huhuhu

Dorang jemput usahawan2 yang sale 6 angka untuk share pengalaman dorang join Mood Republik ni sebab tu la lama dik nonnnn..tapi best jugak CEO Mood Republik share tips ilmu semua tu and macam mana nak buat sale macam usahawan2 yang berjaya masa event tu nanti..

Lepas settle booking booth terus laju keluar dewan cari kedai makan..Sedih nak makan ikan patin belakang IDCC tutup dahhhh..ramai cakap ikan patin situ sedap..baru ingat nak merasa..huhu takde rezeki..

Pastu ternampak signboard kedai makan Ayam penyet..elok molek dah duduk tengok menu..western sesajer..laju2 bangun buat muka tak bersalah..bla dari situ..hahaha mujur sebelah2 kedai tu ada masak goreng2..sekali dah duduk adik tu kata goreng2 takde kakak, yang ada nasi kerabu dan ayam penyet..haa ayam penyet pon ok..ni pon yang kita tunggu2..


Jemput makan, kebuluq dah ni..aku dengan Ceera makan tanpa pandang kiri kanan..hahaha laju masuk mulut..lepas abis melantak terus menuju ke kereta dan pulang..Affan dah bising, kata register sekejap ni seharian menunggu..cancel nak bawak anak jalan2..hehehe ampun suami ku..ni la salah satu usahawan perlu korbankan, masa..semoga apa yang kita lakukan dipermudahkan urusan..ok la nak sambung buat kerja..bye bye..

piece : kathyjem

Mengidam Lain Maciam

$
0
0
Yeahooo dapat jugak makan Boot Noodles..aku rasa kat setahun kot tak makan sini..mengidam mengalahkan orang mengandung..hoii jangan sebut mengidam seram..hahaha

So lunch tadi ajak la geng office teman..mujur kt KL Gateway ni ada Boot Noodle..baru bukak rasanya Boot Noodle situ..senang sikit dekat..

Dari jauh dah nampak orang tengah beratur..Confirm ramai..kitaorng pilih menu dah macam meeting berdiri tegak muka serius macam tu..hahaha

Tempat kecik, waktu lunch ermmm sendiri mau ingat tunggu macam mana..

Punye lama tak makan, tau2 dah ada menu baru..macam menarik je semua..tujuan utama nak makan sangkaya steamed bread..so takde la oder merapu2..hahaha yeker? 

Geng office..Sorang takde masa ni, Farah..Lari ke toilet ke cuci mata pompuan tu..


Macam biasa jiran sebelah meja harus ada..

Beef Thai Rice Noodle..punye lama tak makan..harga sekarang dh RM2.20..dulu RM1.90..naik 30sen..ermmm ok oder 4 mangkuk cukup la..

Ni pon yang ditunggu..teringin giler weiii..sedapnya dapat makan..tapi roti dia tak lembut sangat maybe dia tak stim lama kot..tah dulu selalu makan Boot Noodle Jaya One, situ semua sedap..

Bayam goreng..benda alah ni makan ramai pon tak abis..cepat muak kan..

Ni namanya Fried Mantou & Patongko..menu baru rasa ni..yeker baru tah2 dah lama..hahaha yerla lama tan mai kan..

Kak Yana macam biasa tak oder Chicken Meat Ball tak sah..wajib oder yer..

Perut dah kenyang apa lagi cuci mata la..hohoho tapi aku tak la shopping teman Kak Yana..nafsu shopping kt mall dah kureng suka shopping online..hahaha huit tu lagi bahaya..tekan phone ada je tangan tersasar ke tempat lain..😆

piece : kathyjem

Movie Makan2

$
0
0
Sabtu hari tu bawak anak2 jalan..hari weekend la hari paling gembira untuk Mekcha..adik tak tau apa lagi tunggu esok dah besar, dia pon pandai suruh kita bawak jalan2..

Hari2 mummy balik kerja kakak tanya bila nak bawak dia jalan2..sian cuti sekolah ni takde bawak dia pergi bercuti mana2 pon..tunggu rezeki daddy cuti lama ok sayang, nanti mummy dengan daddy bawak kakak mandi swimming pool..

So tak tau nak buat apa hari Sabtu tu bawak la Mekcha tengok movie..dari hari tu dia nak tengok cerita Coco..hari tu Nuffnang kasi tiket free movie Coco ni tapi last minit tak dapat pergi sebab dapat invitation event kat Johor masa tu..

Kita keluar awal sikit sebab keluar lepas lunch confirm anak2 nak tidur waktu tu..Senang sekarang ni Afif dh boleh duduk car seat kakak..jimat duit daddy takyah beli baru..hahaha mujur la car seat kakak tak nampak gegirl kalau beli hat munga2 confirm kena beli baru..nampak Afif dah macam kakak dia suka hisap jari..setiap saat kena tengok dia hisap jari ke tak..Mekcha kemain marah adik dia hisap jari padahal dia pon sama hisap jari gak..😂

Afif ketiduran masa ni sebab awal pagi dah bangun..

Sebelum nak keluar rumah sajer la bukak trailer movie yang terbaru cerita Deep, kisah seekor sotong..cerita tu macam best je..Afif mesti suka tengok sekali Mekcha kata no mummy tak nak tengok Coco jugak..

Sementara menunggu daddy beli tiket dan popcorn moh la layan Mekcha main lego..eh bila pulak lego ni bersepah macam ni, selalu elok tersusun je..maybe saje nak bagi kids main kot..rasa bahang betul kat sini, rambut Mekcha pon dah macam hantu kak limah, tergaru2 kepanasan..

Adik jugak rileks tidur..sat lagi dalam wayang mesti bangun punye ni..Afif ni telinga lintah sikit..

Lepas tengok movie Coco terus cari port makan..lapar nasi..makan kat Pappa Rich la situ sure ada nasi..Mummy saya lukis sudu..wahh cantik kakak..sekarang ni dia buat apa kena puji, kalau tak muncung sedepa..Dari start wayang sampai abis muka ada senyum..suka la tu cerita yang dia nanti2 kan dapat tengok..

Adik pon sama..dari awal start movie sampai dah nak abis, elok molek dok atas riba mummy cuma masa kaki mummy dah lenguh tu letakkan dia atas riba Affan..masa tu dia start nak turun tangga selebihnya layan movie sambil makan popcorn..ye ye je adik ye tengok cerita Coco tu macam faham bebenor..

Dah makin besar ni makin geram pulak dengan muka rambut kerinting macam tu..memang Afif sekarang memang suka buat mimik muka..

Dah pandai cakap..kalau tunjuk atas mesti akan cakap “Antik” maksud dia cantik..tunjuk kipas pon boleh dia cakap cantik..😂

Untuk anak2 oder nasi ayam..daddy dia oder char kuey teow..eh b oder char kuey teow lagi, bukan malam semalam dah makan char kuey teow ker..haiyoo daddy..hahaha lama pulak rasa tak makan laksa so aku oder laksa..

Pastu bebel2 b dah gemok la, muka dah tembam lagi..menyesal makan banyak2 la..derrr padahal memang nak makan kannn..rasa bersalah la tu makan banyak2..hahaha kenapa Affan rasa bersalah sebab pagi sebelum keluar rumah aku masak nasi goreng, 2 kali dia tambah..😜

Ni dia yang oder roti kaya dgn peanut..untuk anak konon..hahaha

Afif pon kenyang makan nasi ayam separuh..dia pon cuit2 je roti tu..aku memang tak larat la nak abis..satu mangkuk laksa aku bedal..lepas makan konon nak bawak anak jalan2 lagi tapi masing mata dah kuyu..apa lagi balik rumah tidur la..hahaha

piece : kathyjem

Bebelan di waktu petang

$
0
0
Apa ni taip delete taip delete..Macam2 nak update ni haaaa sampai tak tau nak mulakan yang mana dulu..hahaha😀

Mana yang follow Kaay Cosmetics mesti tau kan Kaay ada buat Flash Sale sampai 15%..harga memang kow kow HQ bagi jatuh terduduk tergolek Kak Senah hoiii..rugi sangat siapa yang tak grab hari tu..Sebabbbb selalu harga jatuh terduduk ni memang hujung tahun je HQ bagi, hari lain bulan lain tak dapek lerrrr..Memang tak menang tangan la HQ nak handle panggilan bertubi-tubi masuk masa sale hari tu..nasib baik tangan tak bersimpul..hehe

Sejak ada ring light ni rajin la ahkak selfie selfiot..kalau tak 10 juta kali selfie dalam kereta jer..

Flash Sale Kaay bermula 1.12.2017 sampai 12.12.2017 hari tu..ye dah tammat awak..mana yang tanya nak dapat harga jatuh tergolek ni lagi tak dapek la ahkak nak nolong awak..tunggu tahun depan la baru ahkak boleh nolong awak balik..hehe tu la time sale tak nak masuk meminang dah abis sale baru teringat nak meminang yer..

Kebetulan masa hari last flash sale tu aku cuti singgah rumah Yana hantar barang..so alang2 tolong balut barang sekali..masa balut tu hati baaaaanyak berbunga-bunga tau tengok korang tak henti2 support local products..Terima kaseh korang..Nanti free esok nak buat live kat FB nak bagi FREE DD Cushion dan Loose Powder..siapa nak??

Ye awak sis pakai semua produk dari Kaay Cosmetics kecuali blusher, mascara dan eyeshadow..Produk Mesra solat dan senang giler nak cuci..Paling best lipmatte Kaay iaitu lipstick Matte Pertama kat Malaysia ada ada rasa mint dan bau cokelat..bila calit kat bibir memang buat kita rasa nak kunyah2 je bibir tu..Juga merawat bibir merekah dan sensitif..tak ada alkohol dan pewangi ye awak, semua bahan semulajadi iaitu Minyak Kelapa Dara, Argan Oil, Seed Oil, Peppermint dan Sher Butter..Jangan risau lipmatte Kaay ni memang tak mengeringkan dan berkerak..tak percaya korang boleh usha kat IG Kaay Cosmetics..

DD Cushion dan Loose Powder pon sama aku takyah bebel panjang2 korang boleh tengok testimoni kat FB & IG Kaay okay..kay kay kay..hahaha Kannnnn, kan senang nak sebut Kaay, ingat Okay ingat Kaay..😝

Lupak nak share, Lipmatte Kaay ada 4 colour, Roseberry, Caramel, Red Velvet dan Honey Toffee..Ke -empat2 colour ni semua best seller..coming soon Kaay akan keluar lagi colour baru..confirm korang akan suka punye colour baru Kaay ni..tunggu okay..

Siapa yang nak oder Bag Makeup Kaay yang macam2 boleh sumbat ni masih ada lagi..tapi tak banyak dah tinggal..Nak oder boleh direct whatsapp nombor ni 011-2881 1281..selaju jet pejuang kita balas..

Masa ni baru lepas buat live di FB..share tips nak buat kening..hehehe sebab ramai tanya aku macam mana nak buat kening versi Kathyjem..hahaha so aku share la sikit tips2 mana yang aku tau walaupon tak pandai sangat..

Ok tu sajer nak cerita..Afif dah meminta-minta dukung..bye2..

piece : kathyjem

Siapa Nak Produk Cetaphil?

$
0
0
Halo halo halo! hari ni nak share pengalaman sendiri menggunakan produk Cetaphil..Sebut Cetaphil semua pon tahu kan produk Cetaphil adalah dermatological skin care brand nombor satu di Malaysia..Sebab apa nombor 1 di Malaysia? sebab dia terbukti dapat membantu orang ramai di luar sana mencapai kulit yang lebih sihat dan segar. Kulit muka dan selurah badan juga dapat digunakan. Best lagi dia dipercayai dari ahli dermatologi dengan formulasi lembut dan klinikal. Dengan kulit yang baik, pasti kita boleh rasa keyakinan yang lebih tinggi.

Cetaphil ni dia non-comedogenic which is dia sangat sesuai untuk kulit sensitif..Kulit aku ni pon kadang2 keluar gak jerawat ruam2 atas dahi kalau tak cukup rehat or terlebih makan makanan yang oil..so nak kurangkan ruam halus2 kat atas dahi basuh dengan Cleanser Cetaphil..

Hasil dia boleh nampak dalam 2 3 hari..Bila guna pagi dan malam sebelum tido, esok bangun dah nampak jerawat halus tu kecut sikit..Cleanser Cetaphil ni takda bau dan berbuih..Memang lepas basuh kulit muka rasa segar dan lembut bak sutera giteww..

Fungsi Moisturizing Cream ni sebagai pelembap wajah dan badan..Bukan hanya untuk aku je pakai, Raiisah & Afif pon aku pakaikan juga..

Calit sedikit jer dah boleh cover satu tangan..Cepat meresap dan senang diratakan..Best tak melekit langsung..Tambah pula dia ada sweet almond oil dan emolien semula jadi which is very good for skin kan..

Moisturizing Cream ni memang tak berminyak langsung..Untuk jadikan base makeup pon boleh..sebelum taruk foundation calit nipis Moisturizing Cream ni kat muka..Kulit memang tak rasa malnourish..Duk dalam aircond pon takpe, kulit maintain lembap..Sesuai untuk semua peringkat umur dan nak gunakan setiap hari pon boleh takda masalah..

So sempena Cetaphil meraikan ulang tahun yang ke 70 di seluruh dunia, Cetaphil mengajak korang semua untuk menang 70 hamper untuk 70 orang dengan hadiah bernilai RM270..Macam mana nak join? Senang je nak, just 'Komen bawah dan ceritakan kisah kulit anda dan bagaimana Cetaphil boleh membantu? Cerita tulen yang paling menarik akan berpeluang memenangi hamper produk Cetaphil bernilai RM270..

Korang try jer mana tau rezeki berpihak dekat kita dan terpilih boleh la dapat hamper yang mangandungi Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Cetaphil Moist Lotion dan produk Cetaphil lain..Bestkan! so apa lagi harus la ko join..

Untuk T&C boleh check di Fb.com/cetaphilmalaysia

piece : kathyjem

Pancake Mudah dan Sedap untuk Mekcha

$
0
0
Hari tu cuti 3 hari jaga Mekcha dengan si adik..Mak dengan Abah pegi honeymoon..hahaha tak la, abah dapat jemputan percutian ke Perak bersama Seniman Veteran..alang2 tu abah bawak Mak sekali bercuti..so nak tak nak terpaksa aku cuti untuk jaga anak..kasi can la mak dengan abah berhoneymoon..nasib baik la hujung2 tahun kerja dah tak banyak..

Seronok betul 3 hari golek2 dengan anak..Celik mata sampai nak tidur dok tengok dorang depan mata..selalu  rasa time macam ni hari weekend jer..best betul..rasa nak berhenti kerja jaga anak terus..hahaha

Balik dari hantar abah kat Finas hari tu terus beli barang dapur..topup barang dapur yang dah takde..

Sebabkan Raiisah suka makan pancake maka beli la instant pancake..nak sukat2 berapa kilo tepung nak bancuh tak reti..senang beli yang dah siap semua bahan cuma tambah air ngan telur jer..kalau nenek ada takde instant2 ni yer..hahaha

Dari dulu suka brand Nona ni memang rasa pon sumpah memang sedap..see kat belakang kotak dah siap bagitau cara2 nak bancuh..ada lebihan boleh simpan dalam peti ais..seminggu gak boleh tahan..

Senang sangat korang takyah pening just tambah sebiji telur, minyak masak, air masak atau susu..takde susu full cream air masak jer pon dah sedap..

Tengah syok ambik gambar Mekcha bangun pulak..Mummy mummy saya nak buat pancake..

Campur ke semua bahan sekali gaul sampai sebati..kena cair baru pancake tu gebu nanti..

Tadaaa siap dah..bancuh tak sampai 5 minit, masak pon tak sampai 5 minit..senang sangat awak..sesuai untuk mak mak yang nak cepat sepantas kilat dan pemalas macam kita ni..hahaha

3 keping abis Mekcha telan..dia nak kosong je pancake tu, tak nak letak apa2..

Adik rileks je letak peanut ke jem ke dia telan jer..bagi batu kayu pon dia boleh telan..🤣

Ok tu je saje nak share hari weekdays selama 3 hari menjadi bibik..hihihi

piece : kathyjem

Sakit Perut Sebab Apa?

$
0
0
Halo halo..watpe tu..kerja ke cuti? kita masih kerja lagi cuti dah abis..hahaha eh tapi next week cuti nak hantar Raiisah sekolah..seminggu ni pekik terlolong je kat telinga mummy, saya nak pegi school mummy nak pergi school..ye ye next week kakak masuk school..ce sabor cikit..excited kemain tak sabar jumpa ticer kawan2 yer..

Jenuh sekarang ni nak jawab soalan dari Mekcha ni..sehari tak 20 soalan tanya mummy tak sah..pastu dok 80 kali ulang soalan yang sama sampai kejung mulut mummy ni nak jawab..hahaha sabor je la..

Pagi tadi bawak dia pegi klinik, dah masuk 3 hari cirit birit dengan sakit perut..ingat dah ok tapi semalam tengok cirit masih ada lagi nasib baik muntah takde..hari yang sebelum dia sakit perut kena cirit, Raiisah makan maggi, lepas makan maggi terus sakit perut..sekarang ni dengar maggi je dah takut..daddy dia la yang masakkan untuk Raiisah..merengek2 mintak dari daddy nak maggi..dia tau kalo mintak kat mummy memang mummy takkan bagi, apa lagi telinga daddy kena bebelan la dari mummy..ni anak sakit kan dah susah..erghhh! 

Muka di pagi hari..hahaha Mekcha sebelah tu mengamuk tak muka dia kena rakam..perasan retis la tu..doktor kata kalau dua hari masih cirit lagi kena datang balik klinik, doktor akan transfer terus ke hospital..

Hi Kakak..sian dia sakit perut ye..ni pon jenuh pujuk nak bawak pegi klinik..masa gerak nak ajak mandi menangis2 tak nak pegi klinik sebab takut nak makan ubat..ye korang Raiisah ni nak bagi makan ubat, ya ampun sikit punye payah..bagi ubat je pon macam kena dera..cepat sihat ye kakak..weekend ni boleh bawak kakak dengan adik mandi laut kalau kakak dah sihat..tadi doktor check ada demam sikit..

Sebelum keluar rumah nak pergi kerja janji dengan Raiisah..kakak, kalau kakak makan ubat nanti mummy beli toys untuk kakak ek..mati la balik ni kena beli..hahaha 😅

piece : kathyjem

Vokal Mantap Padu Hanis & Moen

$
0
0
Akhirnya dapat jugak karaoke dengan Hanis dan Moen..Sebelum Hanis beranak harus karok dengan dia..Dulu masa mengandungkan Qaiser pon kiteorang karok jugak..Qaiser yang berbaju merah itu..Ami karok dia wajib ikut jadi bodyguard Ami..hihi

So balik kerja semalam terus roger Moen dengan Hanis..Moen kelmarin adalah hari last bekerja kat AIR Selangor..next week start dah kerja company baru..so alang2 celebrate sekali.. giteww celebrate katanya..

Sebelum cerita lanjut mari kita memperkenalkan Moen, Hanis, Qaiser dan Mak Hayam..

Orang kuat hiking ni..setakat panjat gunung Kinabalu tu celah ketiak je Moen cakap..😜


Masa ni tengah tunggu Hanis dengan Qaiser..so lepak kat Teh Tarik Place..banyak gak kedai makan kt dalam Wangsa Walk ni..hari tu aku datang dengan Eira kemain berpusing-pusing cari kedai makan..

Sambil makan sambal berbincang next projek dengan Moen..next projek la sangat..hahaha gosip je lebih..borak dengan Moen ni memang satu hari tak cukup..dulu masa kat Corporate Com. sehari tak dengar Moen menyakat aku tak sah..ada je lawak bodoh dia buat..uuwaaa rindukan Moen zaman kegemilangan kita kat Corporate Com. dulu kan..😣

Posing depan pintu masuk pon jadi ye Mak Hayam..

Finally jumpa Hanis setelah 8 bulan kita tidak ketemu kan nok..Hari tu call Hanis borak2 dengan dia, dia kata kandungan dah masuk 6 bulan tup tup semalam jumpa 8 bulan dah..😱 cepat nok masa berlalu..kang tau2 ko dah beranak..jangan lupa roger aku nok..

Melantak ni pulak..What diet? hahaha dalam kehidupan Kathyjem tiada istilah diet ye, yang ada cuma bersenam jer..gitewww ayat acah-acah tips kurus..😝

Dua orang ni suara memang sedap..dapat tang aku ke laut Indian perginya..hahaha Lagi2 Hanis suara memang power gile..

A post shared by kathy jem (@kathyjem) on


Tak caya korang tengok kat ig aku betapa sedap dan lunak suara Hanis..bukan omong kosong ya buk, kalian tengok sendiri video Hanis nyanyi..

Nok kalau suara aku sedap macam ko Nok dah lama aku jadi macam Siti Nurhaliza nok..hahaha Kan sedap dan power kan suara Hanis..mengandung pon rileks je boleh tarik tanpa semput sambik duduk..

Ni si kenit Qaiser pon boleh tahan nyanyian dia..lepas dia nyanyi,  dia lagi nyanyi..hahaha pandai pulak request lagu..lepas mintak lagu Amboii amboii, mintak lagu Hang Pi Mana pulak..berbakat macam Ami dia jugak..esok besar ni menyanyi suara mesti sedap macam Ami dia..

Dok sebelah vokal mantap mengigil aku nak nyanyi weiii..hahaha over tuuuh..

Sebab tengah viral lagu Pematah Hati harus la kena pakai jaket macam Nabila Razali jugak..mula pakai jaket ti kemain confident joget style Nabila Razali, sekali Hanis tegur..Nokkkk baju ko senget..hahaha apa daaa butang baju pon senget..🤪

Beria aku bawak jaket takut sejuk sekali panas la dalam tu, aircond tak rasa sangat..

Mekasih Moen sudi berduet dengan Minah senget ni..hahaha 3 jam melalak hambik ko..nasib baik la dorang ni power2 menyanyi..rasa2 tak boleh tarik aku pass kat dorang..huntung ada geng suara Mariah Carey ni..😆

Abis karok terus chow..Bye Moen Hanis..good luck Moen..nanti kerja tempat baru jangan lupa aku dengan kawan2 lain tau..

piece : kathyjem

Jangan Cakap Kaay Tak Payung!

$
0
0

Halo halo..wahh dah masuk tahun 2018 dah kita semua yer..apa azam korang? ececece tanya azam korang konon..aku punya azam apa? hahaha takyah la tanya la..sendiri tulis, sendiri faham, sendiri simpan, sendiri je tahu..hahaha 🤣

Korang nak bagitau niii..New Year Sale Kaay tinggal esok je last..terpaksa buat New Year Sale ni sebab ramai nau tanya, Kaay tak buat New Year Sale ke, takde harga kasih sayang ker? haaa awak dah buat ni tak gheti2 nak ambik seketul..ate asyik nanye jer..hahaha

Nanti dah abis sale korang jangan dok tanya2 kita lagi..Assalammualaikum tunggu raya je la jawab nye nanti yer! 😜

DD Cushion dari RM80 jadi RM69 je korang..jimat RM11 tau..rugi rugi tak grab seketul..nak jimat rembat terus 2 ketui..baru RM130..siap FREE Postage lagi..muka ada senyum tak? 😃

Lipmatte pertama kat Malaysia bau cokelat dan rasa mint..sejuk dingin je lepas pakai..bukan setakat lipmatte cantik di bibir je awak..merawat sekali untuk bibir sensitif dan kering merekah sebab bahan dalam dia semua best2..ada minyak kelapa dara, argan oil, seed oil, shea butter dan peppermint..

Bedah ajaib ni nampak kecik je tapi dia punya fungsi nauzubillah punya banyak..boleh hilangkan minyak di t-zone, ringan tak rasa macam pakai bedak, tahan lama sampai 12 jam dan macam2 lagi la..


DD Cushion dah abis topup je dengan refill pack..boleh tahan sampai 2-3 bula tau..jimat banyak..

Bawah ni semua testimoni jujur dari semua pengguna2 yang dah pakai produk2 Kaay Cosmetics..bukan sajer2 buat ye testimoni ni..dorang sendiri ikhlas bagitau betapa best nye pakai Kaay..Alhamdulillah sejuk hati ni memndengar feedback2 dari pengguna Kaay..

Jom tengok..

Apa macam ada tergoda tak? hehehe kalau ada cepat2 merisik kat nombor ni 011-28811281 tau sebab esok last untuk dapat harga New Year Sale tu..

Tak pon korang beh usha kat IG Kaay_Cosmetics atau facebook Kaay Cosmetics

piece : kathyjem

Tahun Last untuk Mekcha di Kindergarten

$
0
0
Tahun ni Mekcah dah 6 tahun..uwaaa tahun depan darjah 1 dah kakak..kalau ingat balik hari pertama masukkan dia kat kindergarten masa umur 4 tahun macam2 drama..tahun lepas takde drama sangat sebab pergi dan balik ada transport ambik so tak jumpa dia sangat..

Mulai dari hari Selasa sampai la hujung tahun ni, hari2 mummy akan mengadap muka kakak setiap pagi so kakak jangan jemu tengok mummy yer..hahaha

Sekolahkan buka hari Selasa tapi kat LC Sg. Buloh buka hari Rabu..so pagi selasa tu aku gosok baju kerja, Raiisah tanya napa tak gosok baju sekolah dia..Aku cakap esok la kakak sekolah kakak buka..terus muka jebek, huhuhu saya nak sekolah mummy..hahaha nampak dia punya tak sabar nak sekolah..

Pagi tu kejut dia sekali dua jer, terus bangun..Wahh laju sangat ni bangun terus ke bilik air..hahaha semangat nak jumpa teacher yer..tahun ni hantar Raiisah full day, tahun lepas kat LC Tasik Biru ambik half day.. Tahun ni ambik full day sebab dok kat rumah nenek asyik kacau adik jer..hahaha Tak la memang nak ambik full day sebab petang ada la aktivti Raiisah boleh buat macam solat berjemaah, buat homework, takde la balik rumah tengok kartun jer.. 

Sampai je kena register dulu sebab Raiisah kategori budak baru walaupon 4 tahun pernah bersekolah di sini..

huntuk 6 tahun lepas register kena thumbpring atas lukisan yang pihak sekolah sediakan..5 tahun pulak dorang bagi aktiviti untuk anak dan parents..4 tahun tak pasti aktiviti dia apa..
 
budak pengeli terlihat watercolour masih ada lagi kt jari dia..

Masa ni mood dia berbunga2 sangat..suruh senyum, senyum..suruh beratur, beratur..suruh duduk, duduk..

Suka ye dapat masuk balik LC Sg. Buloh..kalau tak setiap kali lalu je depan LC Sg. Buloh setiap kali tu la tanya mummy, saya nak school sini mummy..

Senang lepas nk pergi balik mummy dapat hantar dan dapat  lihat sendiri depan mata..apa2 nak tanya pihak sekolah senang direct terus tanya teacher..

6 tahun lepas register terus berkumpul..teacher ada peneranga ringkas..Mekcha malu2 masa ni..last jumpa kawan2 dia masa umur 4 tahun..besar2 dah dorang..Mekcha je tak besar2..hahaha sampai 3 4 orang parents ingat Raiisah 4 tahun..sian kakak ikut mummy ketot..kalau ikut daddy tinggi sikit..😂

Aku tengok dia dah ok keluar jap borak2 dengan teacher kat situ..adalah 4 5 orang teacher yang aku masih kenal lagi yang lain semua muka2 baru..masuk dalam balik nak tengok la dia tengah buat apa..dia nampak je aku terus muka dah berubah..dari jauh aku tanya dia sambil cakap, “Kakak kenapa, lapar ke nak roti” sebab pagi tu suruh makan roti dia tak nak, nak simpan nak makan kat school katanya..aku panggil la dia suruh datang kat aku..geleng2 kepala tak nak, pastu apa lagi melalak la..teacher dia nampak dia menangis terus pujuk masuk dalam bilik..aku tengok teacher dia dah tarik tangan aku pon bla la..kang tunggu lagi, aku pulak yang nangis kang..kakak ooo kakak dah 6 tahun dah awak why nangis lagi..🤦🏻‍♀️ ada la tu yang tak kena..

Balik tu aku dengan Affan jemput dia..kemain senyum lebor nampak daddy dia ada..Al-Ikhsan sebelah je sempat lagi daddy ko cuci mata..

Ni semalam..balik dari school merengek lapar..tanya dia kakak makan apa? makan nasi tak, teacher bagi makan apa..tak saya makan roti mummy..laaa makan roti je patut lapar..napa kakak tak nak makan nasi, tak nak saya nak roti jer..oo okk..pastu bising perut lapar..

Kebetulan aku memang nak basuh kereta, sebelah tu Mcd..lanja la dia makan nugget..dengar mcd muka senyum terus kalau tak muka jebek je..

piece : kathyjem

Sopoong pon Sopoong la janji sedap

$
0
0
Halo halo..punye la aku dengan Eira bersemangat nak makan ayam korea disaluti dengan cheese, tup tup restorant tu penuh pulakk..cis! kempunan nak makan..

Sebelum cerita lebih lanjut jom tonton dulu muka dua minah ni yang teringin nak makan honey mustard cheesy fried chicken yang kempunan tu..hahaha

Nampak nampak penuhkan..aku dengan Eira masa mula2 sampai dah seronok dah nampak dari jauh restoran kfry ni sekali dah sampai OMAIII ramai giler orang beratur..pahal ramai sangat..k fine restorant tengah viral..padan muka aku dengan Eira siapa suruh datang time viral..hahaha

So takde pilihan terpaksa mencari restoran lain tapi nak makanan korea jugak..ko dah kenapa teringin sangat nak makanan Korea ni sangat..yerla nanti aku dengan Eira nak pergi Korea kena praktis makan makanan Korea dulu..ceitt! 😝

So jalan laju mencari kaunter information..senang tengok situ je nak makan mana..kiteorang kena rushing hari tu sebab abis makan nak cabut pegi Shah Alam pulak, ada appointment facial muka..entah sempat ke idok ni?!!

Ha ok jumpa gak makanan Korea nama dia Sopoong..moh la kita cari level 2, sedap ke tak sedap tak tau sebab first time dengar..maklum la ni baru 2 kali aku datang IOI City Mall ni..hari tu pernah datang dengan Affan bawak anak2, perghh ramai giler orang dengan nak cari lift satu hal, terus cancel nak datang IOI City Mall ni..

Bukan aku jer yang cakap benda sama Eira pon cakap, masa dia datang dengan Ciput bawak anak2 punye sikit payah nak tunggu lift kosong..penuh dengan orang muda yang sihat walafiat jer yang dok dalam tu..ni nak bagitau ye anak2 muda kat luar sana tu..kalau mana yang sihat tubuh badan tu pi la naik escalator, jangan la dok gatai nak naik lift..dahulukan parents yang bawak anak2 kecik, bawak stroller & warga emas..cuba ada kesedaran sivik sikit dalam diri tu, jangan pentingkan diri..sekian

Ok dah2 terbebel panjang pulak aku pasal lift ni..hahaha So lunch la kami berdua tanpa Yana di sisi..Sampai2 ok gak restoran K-pop ni..tenang je tak ramai orang sangat..Oo lupa Eira kata dia pernah makan sekali Sopoong restorant ni tapi dah lama dah..sedap gak Eira kata..moh kita oder..lapar teruk masa ni..

Semua menarik sampai tak tau nak oder mana..hahaha kebuluq kan memang semua la ko nampak sedap..

Dessert dia semua menarik2..ingat nak oder sorang satu, tengok meja sebelah tak jadi la..besar portion dia confirm tak abis kalau oder berlainan..

Sedapnya lahai air korea yang kitaorang oder ni..aku oder anggur hijau, sedap je rasa..Eira oder peach..

My manjer intan payung..

Dalam hati sempat ke idok nak lari ke Shah Alam ni..kalau tak sempat cancel la, boleh sambung shopping..hahaha tu pon sebenarnya yang korang nak kannn..😆

Eira oder soup..nama dia tah aku lupa..lupa nak snap apa nama soup ni..tapi memang sedap giler la..beef apa tah..rasa macam nak oder je lagi yang Eira makanan..hoii jangan nanti tak abis..aku punye tu pon tak abis..

Mana2 makanan korea mesti ada kimchi..

Saya punya, Cheese Dakagailbi, Spicy Grilled Chicken with Cheese..Yang aku oder small RM26.50..yang small ni pon tercekik-cekik aku nak abiskan..tapi aku makan tak abis sebab lama2 jadi muak pulak..sapa hantu cheese memang licin la makan..aku ni tak boleh makan cheese banyak sangat nanti kepala masuk angin..dah tau badan banyak angin pi oder pasai apa..hahaha teringin punye pasal..

Yeaahaaa ni pon yang kami tunggu2 kan..namanya Traditional Bingan Snowflakes with red bean and sweet rice cake, RM19.50..tepat pilihan Eira..nak ikutkan aku nak oder manggo sebab tengok orang sebelah oder manggo tu nampak sedap jer..

Mujur la masa tengah makan dessert Eira call bagitau spa tu kami cancel appoitment terus lega kalau tak makanan tak dan hancur terus telan..hahaha tengok jam ermmm memang tak sempat pon..

Terbaik la makan kat sini..Kak Kathy bagi 5 bintang..service pon laju tiptop, suasana pon nyaman, tak serabut, makanan pon sedap..puas hati la..

Baru lah leh sembang dengan tenang..kalau tak, makan tak pandang kiri kanan..

Ya Ampunnnn ku udah bam bam..korang tak caya nah bukti sampai tercabut button seluar aku..kemain Eira mengekek gelakkan aku..hahaha

Al kisah macam ni, lepas makan tersandar kekeyangan kat kerusi tu..alamak rasa macam tak selesa la lepas makan perut ni..tup tup ada benda terpelanting..manjer!! seluar button aku tercabut la..hahahaha demmmm..orang kata kalau lepas makan bukak zip seluar, tu adalah petanda yang tidak baik..so mulai tahun baru nak cut makan malam..macam mana la badan aku tak mengembang..malam2 sebelum nak tidur kunyah bukan2..😅 

Lepas makan sambung cuci mata..hahaha Penat dah cuci mata moh ler kita balik..nanti set appoinment untuk manjakan muka pulak..baru nak fefeeling muka cantik hari tu tak jadi pulak..takper hari lain kita dating lagi untuk manjakan muka..

piece : kathyjem

Cantek Tak Colour Baru

$
0
0
Haluuuuuuuuuuuuuu amboi kemain panjang halu nye tu..hahaha ngantuk weiiii..biasa la dah petang2 ni mula la mata terkebil-kebil tahan mengantuk..ok rehat jap jari jemari ni dulu..berpinau mata tengok nombor kat pc ni ha..

Sajer nak bebel petang ni..korang dah tengok Lipmatte baru Kaay..hohoho Cantek tak??? Semalam Yana buat coaching live kat group Kaay Fighters, kemain masing2 tak menyabor suruh Yana tunjuk colour baru..siap suruh mention nama baru tu apa?! haipp mana boleh bagitau tunggu la siap..hahaha tu mesti ada Kaay Fighters yang termimpi2 muka Yana semalam..hahaha masing2 tak focus dok sibuk tengok bibir Yana..cantikkannn colour dia..

Ni salah satu colour baru yang akan Kaay Cosmetics keluarkan..dalam proses lagi..In Sha Allah once siap kami akan bagitau nanti..tiba2 teringat kek, donut, air kopi atas meja..alangkah bestnyaaaa..

Sajer tayang 2 colour baru Kaay Matte Creamy yang Mak Hayam (kathy) & Mak Jemah (yana) tengah pakai..panggilan manja kami dari team Kaay Fighters..gitewww..

Once dah siap kami bagitau terus okey..tungguuuu!!! jangan ada yang termimpi-mimpi yaa tengok colour baru Kaay ni..😜

piece : kathyjem

Mana Nak Cari Cermin Mata Macam ni??

$
0
0
Halo halo..memang tengah trend ek pakai cermin mata macam lofa pakai bawak ni?!! kat mana ek nak cari..sebab cari dekat kebanyakkan kedai cermin mata macam Lofa pakai ni mesti tak ada..berzaman dah kita cari tau..tengok Lofa pakai lagi berkobar2 nak mencari..

Hari tu pergi Nu Sentral ternampak kedai spek mata Owl, ada satu jer design macam Lofa pakai ni tapi tinggal bingkai hitam jer..bingkai colour gold dah abis..kalau ada nak yang gold nampak elegant sikit..hihihi 

Cantikkan Neelofa pakai cermin mata ala2 Rayban ni and suka tengok Lofa punya baju yang dia pakai sebab dia pakai colour favourite kita..colour2 pastel..😊

Idola sangat, orang putih cakap Beauty with Brains..bukan setakat cantik jer, cantik bijak and talented..Bukan senang nak berjaya macam Lofa berada tahap sekarang ni ye, 7 kali beliau jatuh bangun sebelum berjaya dalam perniagaan seawal usia remaja 
..Halangan, cabaran, jatuh bangun sudah pasti dalam mengharungi dunia perniagaan..wahh ayat suratkabar sangat..hahaha

Inspirasi sangat kann..eh tiba2 lari tajuk pulak..hahaha sooooo kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ni jangan la mudah sangat bagi 10 juta alasan..Hello, It’s me..I was wondering if after all these years..eh macam lirik lagi Adele je..kekeke😝

So nak berjaya jangan bagi alasan ye, buat dan terus fokus..bak kata Ibu Hetty fokus fokus dan terus fokus..dah dah dah cerita pasal cermin mata tersasar ke cerita busniess pulak..


Ni contoh modal2 yang pakai design yang aku nak cari ni..

See Justin Bieber pon pakai tau..hahaha tiba2 selit Justin Bieber..kt Hollywood tengah trend tau..

Mula2 sekali tengok Nabila Huda pakai tu la terus suka..tapi susahkan nak cari..kalau ada korang bagitau la kedai mana..nanti aku boleh terjah kedai tu..kalo ada boleh beli terus..😁 Kalau free sudi2 la komen and bagitau kita kedai mana☺️

piece : kathyjem

Meeting Terkejut-terkejut

$
0
0
Kemain update kt fb acah2 busy katanya..hahaha yela memang busy pon terpaksa tau ambik cuti tapi ambik half day je, banyak cuti nak kena simpan ni..tahun ni Kaay banyak projek..

So pagi tadi lepas hantar Mekcha school
terus pegi Shah Alam..dah ambik pakej Signature treament ni kena jugak la pergi, sayang pulak kalau tak pergi benda dah berbayor..nak pegi weekend memanjang penuh..

Lepas abis treamnet terus roger business partner..ada benda urgent nak kena bincang..tak semua benda boleh bincang kat whatsapp takut tak sampai..ada certain hal kena bincang face to face..

Siapa yang masih tidak tahu dan ingin tahu dalam gambar ni la teman intan payung business partner kita..hahaha Yeee manjer kita Yana😆 masa jumpa Yana muka dah sihat..cer tengok bawah👇🏼

Muka tak sihat kena edit bagi nampak sihat sikit..hahaha amboii flawless tu nak pegi mana kak sampai hilang terus eyebag bawah mata..kekeke

Rasa pelik breakfast sorang2..selalu makan mamak mesti ada Affan, anak2 takpon dengan manjer takpon kawan2 ofis..well akak dah kertua dik makan sorang2 pon takde hal walaupon rasa macam ermmm ermm boring la sebab takde teman nak borak..sejenis mulut tak reti dok diam..haha

Yesza jumpa manjer terus laju2 borak, laju2 keluarkan idea itu ini, apa nak buat itu ini, sambung makan..tengok tempat ok cun menarik puas hati sebab nanti Kaay akan buat gathering..zass selesaiii dan laju2 balik office..Alhamdulillah sampai dengan selamat..bye nak sambung buat kerja office..😊

piece : kathyjem

Teruskan Misi Ini

$
0
0
Halo halooo..kemain misi ko nak turun 4kg..hahaha poyo kan..iye azam tahun ni nk turunkan 4kg, tak nak banyak 4kg jer..kan turun mendadak macam orang tak cukup zat pulak..😆

Dah set dalam kepala ni tak nak breakfast nasi lemak, tak nak mee goreng, tak nak lontong tak nak roti canai tak nak kariap 5 ketul..tak nak tak nak tak nakkkk..hahaha amboii semua tak nak abis nak makan apa? nak makan healthy food laaa..gitewww healthy food katanya..berapa lama healthy food ko tu? jangan acah2 healthy food sudah..pastu malam melantak nasi..hahaha

Ok2 kali ni confirm janji kat diri sendiri nak makan dalam kuantiti sikit especially nasi la..weii tak leh hidup weii tak makan nasi..perut aku ni dah la jenis macam tu nak kena nasi kalau tak dapat nasi menggigil satu badan..padahal sebelum beranak boleh jer seminggu tak makan nasi..iye la dah jadi mak ni takleh nak diet ketat sangat banyak tenaga nak pakai dik non..

Apa ingat mekcha je ada bento..mummy pon nak jugak..😆

Sekarang perut dah boleh terima roti dengan telur 2biji..sampai tghari perut ni boleh bertahan kalau tak nak nasi lemak jer..makan roti je tak kenyang..

Lauk lunch tadi..ambik nasi sebesar penumbuk..ingat tak nak makan nasi tapi kena jugak makan sebab petang ni ada training netball..banyak tenaga nak kena pakai..kalau tak makan nasi aku akana ambik lauk banyak sikit..sedap betul daging gulai lemak ni dengan sayur ulam sikit baru 5hengget..air seringgit..hari2 makan macam ni boleb beli ipong x ni..😂

Muka maintain glowing walau cuaca kat luar dah start panas..hanya cepuk cepuk DD Cushion Kaay Cosmetics je korang..tahan sampai ke petang..uwaaa nak suhu 25c tu lagi boleh..hehehe best kan suhu sejuk feeling Genting Highlands giteww..tidur pon takyah pasang aircond..

Sebab tak tahan menegok bubur hitam masa makan tadi, terbeli jugak..feveret ni..dah nampak wajib beli..rasa dia perghhh perfect giler..tak manis tak berlemak sangat, rasa just nice sangat..murah pulak tu 2 hengget jer..penuh pulak tu..bye tu je nak kongsi..hibi

piece : kathyjem

Keluar Ronda2

$
0
0
Halo halo..weekend hari tu bawak anak2 jalan2..memang plan sabtu hari tu nak pergi rumah opah Kajang..tapi tak bawak kereta sajer naik public transport..Hari2 Mekcah memekik nak naik train nak naik train..dia tu hari2 naik train pon dia suka..so daddy dia plan l naik bus pastu berhenti Bandar Utama naik MRT..nak bagi anak merasa naik bus..

Semua semangat bangun nak naik bus..awal pagi dah tercongok depan stesen bus..Muka Mekcha yang suka sabotaj gambar mummy..

Giler bertahun tak naik bus..dulu2 suka naik bus mini sebab orang2 yang naik bus mini bukan calang2 tau sebab yang naik tu kalau tak melambung ke atas bukan bus mini la tu..hahaha pastu kalau lupa ikat rambut siap la orang sebelah boleh bau rambut yang menggerbang tu..

Daddy dia hari tu pernah naik bus..so dia tau la selok belok nak naik mana nak turun mana..kalau aku sorang2 mau mengagau..Afif muka blur..mesti dia tertanya2..aku sedang naik apakah ini?!!!

Sekarang semua public transport guna touch ngo..tapi kalau baki touch ngo tak cukup boleh je guna wang kertas..duit baki tak pasti dia pulangkan ke tak..rasanya macam tak jer, kena sediakan wang secukupnya..

Pastu berhenti kat Bandar Utama naik MRT terus ke Kajang..nanti Opah tunggu kat sana..

Afif dah start buhsan..si dark choc ni mana leh stay satu tempat lama2..abis dia tawaf dalam MRT..nasib la daddy dia ada..kalau mummy dengan dia je mau aku jadi penghibur dalam tu..

1 jam lebih nak sampai Kajang hoiii..lama benor rasanya..kalau naik kereta elok molek dorang dalam car seat..ni naik MRT masing2 jakun bebenor..

Dia sudah moody..nak roti tak bagi kadang kena denda RM500 tak pasal2 kakak..sat lagi sampai mummy bagi kakak roti..dalam MRT tak boleh makan sayang..

Cepat ambik gambar dengan mummy..nanti mummy bagi tengok bismillah (dalam youtube) terus muka pura2 senyum..dengar nak bagi youtube berubah muka ceria terus..mek drama betul..🤦🏻‍♀️

Sampai rumah opah terus masing2 zzzz..perut pon dah kenyang..opah masak beehun gun goreng, mee goreng dan ikan bawal masak nanas..mekasih opah..

Pastu opah bawak pegi Cheras Ikea sebab opah nak beli barang dapur kt Ikea..so nanti senang balik na 
nanti naik MRT je kat Ikea tu..ramai pulak budak2..tak jadi la main playgorund situ..Ada playground yang tak bukak lagi..

 Lalu depan kedai Smiggle..tren jenama aksesori, peralatan budak2 sekarang..nasib la Mekcha tak tau Smiggle ni apa..kalau tak kena siap menambung la dari sekarang..hahaha sebab barang2 dia semua ya ampunn mahai2..juling2 mummy nengok harga dia..eh aku pun hampir nak terambil jugak tau..hahaha sebab comel sangatttt..

Opah dia kata tunggu Raiisah darjah satu baru opah belikan..kalau sekarang beli takut hilang sebab kakak tak pandai lagi jaga barang..dah darjah 1 baru syok nak beli..sabar ye kakak next year nanti mummy beli kan..eh tapi berkenan la pulak botol air dia..cantikkkk😁

Petang tu balik lenggang je dalam bus..ada sorang dua jer..daddy dia cakap pengalaman yang best bawak anak2 naik bus dan train..cuba bayangkan kalau anak ramai terpaksa naik public transport macam mana la kan..aku yang anak 2 ni pon dah rasa huru hara..hehehe so jangan mengeluh merungut, bersyukur dengan apa yang Allah beri kat kita..In Sha Allah..

piece : kathyjem

Bukan Training Lawan Terus

$
0
0
Ahad tu ada training netball..awal pagi bangun terus zazzz masak sarapan pagi untuk anak2 dan bapaknya sekali..malam sebelum tu dah masak nasi..pagi tu campak2 je..alaa masak nasi goreng je pon bukan susah pon..haha takyah pening2..

Training start kol 8.30 pagi sampai kol 11..

Ini white choc dgn dark choc kena tinggal dengan daddy dia..dorang ni dah biasa bangun subuh..so takde hal la kena bangun pagi..sebelum keluar rumah sempat la suap dorang nasi goreng..

 Nasi goreng planta tak letak cili..kesukaan Raiisah dan Afif..


Sebab daddy dia suka makan pedas harus kena ada cili padi..Affan kata ni dah macam makan dengan ikan bakar ni..hahaha jadi la b janji awak makan nasi goreng tu ada rasa pedas..nak masak asing2 tak koser..


Awal pagi dah terpacak kat INTAN..


 Cuak masa ni, masa sampai2 ternampak kelibat dari team yang tak kenal..dalam hati, dorang pon training kat sini gak ke?!! sekali coach bagitau ada 3 team yang kiteorang kena lawan..omaiii..terus cuak..hahaha tapi aku tak la cuak sangat sebab permainan simpanan jer..


Coach bawak team dia..giler main laju giler..mau tak laju sorang dari player asia sorang wakil negeri la..seronok tengok dorang main..belajar sesuatu dari friendly match hari tu..


 Mekasih pada semua yang terlibat friendly match bersama Air Selangor..


Sekarang ni training 2 kali seminggu..dapat bertahan ke tak aku ni..hahaha memikiorkan setiap petang nak ambik Mekcha..buat masa ni Abah tolong ambikkan..

piece : kathyjem

21 Tahun Dah Geng Mommies Vast Ni Bersama

$
0
0
Halo halo..disebabkan setahun sekali je dapat berjimba dengan mommies vast harus la guna masa dengan sebaik mungkin..hahaha Last jumpa dengan geng2 sekolah ni masa raya hari tu..maklum la semua dah berfamily agak susah sikit la jumpa selalu..tapi tu bukan penyebab untuk kami tidak berjumpa..

Nak kumpul semua macam ni bukan senang..tu pon ada yang tak dapat join..Ayeen dengan Aida..Aida last minit tak dapat join kena datang office ada kerja urgent pulak..takper Aida next perjumpaan kita jumpa ok..takmo sedih2 tengok gambar kiteorang ni..hehehe *pssttt nak bagitau gambar banyak jadi jangan muntah hijau pulak menengoknya..hahaha

Sebab depa dah tau aku bab2 cari kedai makan ni memang champion..hahaha so dorang vote aku suruh cari kedai makan yang ada karok, yang senang depa nak mai..So Nu Sentral la jawabnya..Tu pon search gak cafe mana ok dan menarik kat Nu Sentral ni senang cakap yang tak serabut dan sesuai untuk kids sebab masing2 nak bawak anak..So kami pilih The Gravy Factory..tengok tempat tu macam ok je..Lagi pon member2 sekolah aku ni banyak dok area KL, aku sorang je tersesat dari Sg. Buloh..hahaha

Iena whatsapp tanya kalo ada geng2 sampai awal boleh beli kek untuk celebrate Birthday Eija dengan baby shower Anne..Masa dok tengah cari kedai kek sekali Iena bagitau dia dah jumpa kedai kek and dah beli, so aku takyah beli la..patah balik ke Gravy Factory..Elok aku ontheway nak ke atas terperasan Eija dengan anak2 dia..so menuju la kami ke Gravy Factory bersama..

Aku dengan Eija sampai awal..Last jumpa Eija masa buat spek mata hari tu..Masa tengah dok kalut dah sampai depan Gravy Factory..Iena call tanya apa tah aku dah tak ingat, sekali selamba je bagitau Iena, haa Iena kita dah bagitau Eija awak dah beli kek..Terus Iena cakap, "Laa awak dah bagitau Eija ke kita beli kek?? Kan kita nak buat surprise kat dia, awat bagitau..kakaka demmm Ku lupa!!! apa la Kathyjem..blur betul..hahaha lepas letak call tu dengan confident aku bagitau Eija, Iena dah beli kek awak..kakaka Memang minah blur betul..

Pastu Dieha sampai..sementara tunggu geng2 lain sampai..Dieha bagi anak dia makan ubat..anak dia baru elok demam..Dua hero anak Dieha tinggal dengan husband dia..

Pastu Nieda sampai dengan anak dia Ayman dan diikuti Ariza dan anak perempuannya Neyli..

Dah last sekali Iena yang bertudung hitam tu..ampun Iena terlepas cakap kek kat Eija..hahaha

Dah macam kakak dengan adik je kita tengok..

Mak buyung, Anne..sorang anak perempuan dengan husband dia...sorang lagi dalam perut..sikit la meletup la tu..3 orang dah anak Anne..

Eija bersama anak2 nya, Nina dan Mika..besor2 dah anak Eija..Kemain Mika request nak beefsteak sirlion..hahaha Pitam auntie tengok harga dia nak..

Mia abang dengan adik napa tak ikut?? hehehe Dieha pon sama macam adik dengan kakak je kan..

Nieda bawak hero tapi hero malu pulak nak bergambar..

Iena bawak anak dara sorang jugak tapi lupa nak suruh dia bergambar sebelah mama dia..Antara semua geng Iena yang kawen paling awal..kan Iena..ker Molly kawen dulu..hahaha lupa dah aku..

Si kecik molek ni nama dia Molly..weiii lama kan kita tak jumpa..Molly ni dari dulu kelakor dengan muka blur2 dia..hahaha Dulu masa sekolah suka sebut perkataan "Eceh" hahaha sampai2 geng2 lain pon terikut perkataan "Eceh" tu..

Sebabkan Molly dengan aku tak bawak anak..so kite bergambar berdua je le..Napa tak bawak Raiisah?? mummy tak koser..kasi can mummy nak berjimba dengan geng sekolah..bukan selalu mummy dapat jumpa geng sekolah mummy ni..setahun sekali..hahaha next perjumpaan mummy bawak Raiisah ok..

Ok geng2 mommies vast dah complete..jom oder makanan..sambil2 makan apa lagi gosip la..hahaha best giler borak2, mau tak best giler tak lama gelak ketawa macam ni..

Makanan kat Gravy Factory ni ermmm boleh la..Aku oder chicken chop sos black pepper dia cair sangat..boleh la nk kenyangkan perut..

Boleh la makanan kat sini..dah laporkan memang abis la makanan tu..

Urusetia dah start menyusun hadiah dah..2 tahun lepas dorang jumpa aku tak join masa tu tengah sarat mengandungkan Afif..memang mood nak jumpa orang ke laut masa tu..

Setiap kali jumpa tradisi menukar hadiah wajib ada..Hadiah kita yang nombor 1 itu..hadiah apa?? ada la..siapa dapat hadiah kita bertuah sangat..hahaha

Urusetia dah start agih2 nombor untuk cabutan bertuah..bertuah la sangat..hahaha

Jom sesi menukar hadiah..

Anne dapat hadiah paling best dari tuan punye blog..harap awak suka hadiah kita bagi tu..hehehe Hadiah dia ofcoz la lipstick..dah kata jual lipstick..hahaha eh terbagi tau pulak..

Tuan blog dapat hadiah sabun wangian bodyshop dari Ariza..Thank you awak..

Ariza dapat hadiah dari Molly..

Iena dapat apa tu??

Dieha dapat hadiah dari Eija..

Eija dapat beg mekap dari Iena..so comel..

hahaha ni lawak..dua2 beli waktu sama..so Nieda dapat hadiah dari Anne..padahal Nieda pon dah beli apa yang Anne bagi tu..Nieda cakap kalau tau dapat hadiah dari Anne baik takyah beli..hahaha

Molly dapat hadiah set wangian dari Bath & Body Works..

Selesai cabutan bertuah mommies2 vast..lepas ni kita buat cabutan hadiah emas pulak..baru la gempakkan..hahaha..baru la blink blink..lepas tu sesi memberi hadiah kepada birthday girl, Eija..dah 34 dah kita semua ni kan..tapi kita lambat lagi masuk 34, tunggu bulan September ni nanti..hahaha Happy Birthday sekali lagi khas buat Mama Eija..semoga dimurahkan rezeki, ceria2 selalu dan dipercepatkan jodoh..giteww..

Surprise dari kami mommies vast buat Anne dan Eija..

Kandungan Anne dah 8 bulan..next month pop pop la dia! jangan lupa roger mommies vast ok..Semoga dipermudahkan awak bersalin nanti..

Ya Allah..

Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak.. insya-Allah

Sayang korang ketat-ketak..harap friendship kita berkekalan sampai ke anak cucu cicit walaupon kita jarang berjumpa..sayang dari jauh jer..

Kiteorang kawan dari tingkatan 1 tau sampai sekarang anak dah 3 4 orang..masih lagi kepala giler2..sampai anak Iena, si Puteri kagum tengok friendship mama dia..Siapa tanya macam mana mama dengan kawan2 boleh berkawan sampai 21 tahun?? kalau Puteri tak tau la boleh berkawan lama macam ni ke tak..hehehe senang je Puteri..benda remeh temeh, dengki mengdengki, iri hati, cemburu tu semua kalau boleh elakkan kalo nak friendship bertahan lama..sentiasa positif dengan kawan2, baru la kawan seronok nak jumpa, lepas, mengopi sama2..giteww auntie Kathy bagi nasihat..hahaha


Tengok ni nak makan kek pon macam2 drama..belum drama karaoke lagi..hahaha

Nieda suap kita cepat..laa dia suap ke mulut dia pulak..hahaha

Makan laju2 sat lagi nak pergi karaoke..

Ingat dalam Nu Sentral ada Redbox sekali takde la..mungkin dah tutup kot..so ke Midvalley la kita..situ je tempat karok yang dekat..bertahun dah tak karok dengan mommies vast ni..

Masing2 mengelupur bateri phone dah nyawa2 ikan..sekali Molly keluar bom daaaa..terkejut kiteorang..hahaha

Iena siap tanya kat Molly.. Molly ni power bank ke radio??

hahaha besar gile power bank awak Molly..masing2 bantai gelak nengok power bank Molly..ko jangan main2 husband dia yang bekalkan tau, siap charge kan penuh2..

Iena gelak sampai tak boleh cover..hahaha Bom kata dia..jangan meletup sudah..

Alhamdulillah perut pon dah kenyang..jom sesi bergambar sebagai kenangan..

Dengan anak2 dulu..

Selim2 kan geng2 sekolah aku ni walaupon masing2 anak dah 2 3 orang..kiteorang waktu sekolah pon badan comel2 je..memang macam ni la pon dari form 1 sampai sekarang..kalau naik pon tang perut peha punggung je la..tu memang tak boleh buat apa..9 bulan anak dok kat perut..

Mak buyung harus diutamakan..ni kalo malam view mesti lagi gempak cantik..ingat nak makan kat luar tapi memandangkan panas dengan anak2 pon ada sekali so lepak dalam la selesa sikit..

So menapak la kami ke Midvalley naik KTM..singgah dulu Smiggle, si Nieda nak beli bag untuk anak dia..alang2 kiteorang pon shopping la sekali..elok2 nak 10 minit dalam tu terus ke 30 minit..hahaha mak2 dah rambang mata nak pilih untuk anak2..sempat la rembat botol air dengan pencil box untuk Raiisah..balik ni mesti dia suka..

Dah semua mak2 ber-Smiggle..hahaha

Bertabah weii tunggu KTM..bapak lama..elok2 berdiri terus bersila kiteorang..kalau naik Grab Car dah sampai dah kiteorang rasanya..kat setengah jam kot tunggu KTM..gile lama kan..kematu dah bontot tunggu..


Masa yang ditunggu2..karok timeeee!! weehuuu..lama giler tak berdangdut dengan dorang..hahaha dulu zaman muda remaja kalau tak naik atas meja tu tak sah la kan..hahaha

Ok2 bagi anak2 puas melalak dulu..sat lagi turn mommies pulak ye anak2..

Anak siapa ni?? hahaha kemain Mika buat konsert ye..nanti boleh masuk Idola Kecil..hehehe berbakat sangat ni..


Tu dia masing kebuluq..bayar mahai2 kena makan banyak2..hahaha


Nieda, Molly, Dieha dan Ariza..


Iena, Tuan Belog dan Anne..alangkah best kalau Aida dan Ayeen ada sekali..lagi extra meriah vast vast vastttt...

Gelek duduk namanya ni..hahaha


Terima la persembahan terakhir dari Mommies Vast..sedap tak sedap belakang cerita yang penting nyanyi dulu..hahaha Mekacih korang..mana ada yang terlebih terkurang maaf ye tuan badan..hahaha next reunion  kita jumpa lagi..Bye Mommies Vas kita jumpa dalam wassapp yoo!

piece : kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live