Quantcast
Channel: kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live

Depan Belakang, Atas Bawah, Kiri Kanan Sale

$
0
0
Salam Ramadhan yang ke-19..Buat apa tu tengah curi2 makan ker?? haippp jangan macam tu, Allah nampak tu..hehe

Ni nak bagitau dah dapat ke belum Raya Sale Kaay Cosmetics ni..Kalau belum apa lagi nak tunggu, tinggal minggu depan je lagi lepas tu nak raya dah..kang tak sempat abang posmen hantar kat rumah..

Kalau Kaay tak buat sale ni mau kena serang dalam whatsapp..hehe kita tau Raya ni banyak nak pakai duitkan..so time ni la korang boleh berjimat banyak..

Ok kita bagitau harga asal ek.. DD Cushion RM79, Blusher RM49 & Lipmatte RM35..Kalau korang beli bukan set total RM163, so nak jimat ambik la Set Balik Kampung ni, dah jimat RM23 kan..boleh simpan duit lebih beli lauk berbuka nanti..Kita bagi tau harga siap2 supaya nampak dan jelas..

 Siapa nak beli DD Cushion dengan Refill Pack sahaja boleh la ambik Set Raya Berganda..Nak beli Refill Pack je pon boleh ajer, RM49..

 Lipmatte pon korang boleh ambik 3 pcs daripada 6 colour yang ada..Cuma RM99 jer..

 Haa ni siapa2 nak simple ala2 natural look boleh ambik Set Rumah Mertua..


Open house rumah kawan nanti boleh pakai set Rumah Terbuka ni..hehehe

Siapa yang beli Set Raya Sale ni kami akan bagi FREE SAMPUL RAYA Kaay Cosmetics..nak beli boleh whatsapp nombor ni 01128811281..Ok laju2 taip sebab banyak kerja Kaay nak kena settle ni sebab weekend ni Kaay Cosmetics ada join Mood Republik Pwtc..bye nanti kita jumpa kat PWTC okey..

piece : kathyjem

Saka Malas Hilang Pulak Hari Ni

$
0
0
Assalamualaikum..halooo! amboiiii sakan nooo dua bulan tk update blog..saka malas nk update blog bertengek lak kat badan ni..hahaha tiba2 saka malas tu hilang pulak kt badan hari ni..tu yang tiba2 rajin update ni..😂

Tak tau la sebab apa rajinnya maybe Afif takde kt rumah ni, dia kat rumah mak demam tak sihat..lagi pon malam ni nak ambik suami kat airportttttt..ni pon 3 hari 3 malam dok mengemas rumah yang tak abis2 kerja rumah ni ha..nasib baik rumah cenonot, kalo rumah macam istana mau sebulan tak abis mengemas..hahaha 

Kena la kemas kang suami balik tengok rumah berabuk siap la kena bebel nanti..ata asyik dok rumah mak jer bila nak mengemasnya..hehehe

Gila weii 4 bulan tak jumpa suami..dulu suami kerja Singapore pon sebulan sekali mesti balik..Singapore berapa jam je dr Malaysia..naik bus dh sampai dah..

Suami kerja mana sekarang ni? Kerja di Dhaka, Bangladesh..hahaha mula2 tau Affan kena kerja kat sana gelak jugak la aku..yerla orang Bangla mai kerja sini, kita pergi negara dia pulak kerja..Hari2 dengar dia cerita pengalaman kerja kat sana mesti aku gelak macam orang gila..gelak pasal apa? jangan ditanya..nanti kena kecam..sekarang buat apa cerita apa semua orang nak viralkan..sejak dunia sosial media makin menjadi2 maka gaya penulisan pon kena la hati2..

Tapi takper la dah rezeki suami dapat kerja tetap kat sana bersyukur Alhamdulillah..dia pon tak tau berapa lama dia ada kat Malaysia..harap2 dapat la cuti sampai Hari Raya Haji..kalau tak menangis la akak depan cermin sambil mengenang apa la nasib ku..😂

Saje nak bagitau tadi kita lunch makanan orang diet..apa dia? 


Cak!!! haaa salad jer..entah la kenapa tiba2 teringin nak makan salad..ker rasa bersalah perut makin berlipat..hahaha hoii jangan tu perut anak dua..gitewww alasan..orang pompuan kan, bila rasa badan naik mula la makan salad konon2 besok akan turun berat badan..😆

Gigih tadi lepas makan sambung kemas rumah..


Sambil2 lipat baju tu sambil dengar Cikgu Petir share ilmu marketing..suka tengok Cikgu June bebel pasal dunia business..tak boring..ada je nak buat gelak walaupon suara nyaring macam ribut petir..hehehe

Next Cikgu June buat kelas marketing wajib join..Ok la nak sambung cuci bilik air lak..bilik jamban dh cuci dh semalam..kekeke bye!

piece : kathyjem

Penang Trip dengan Manjers (First Day)

$
0
0
Aduhhh blur pulak nak taip apa ni? hahaha Al maklum la dah berbulan blog bersawang sampai tak tau nak taip kat dalam blog ni, blur abis..

Moh la kita update cerita Penang dengan manjers. Hari tu sajer tanya kat FB, ada lagi ke orang baca blog Kathyjem? sekali ramai lagi baca blog Kathyjem dan ramai suruh aku update. terharu ahkak tau. hahaha ada lagi orang nak baca blog Kathyjem, ingat dah takde..Sebab blog macam dah kureng orang nak baca kan. Orang sekarang lebih suka pada Instagram dan Facebook. Dulu zaman blog tengah hot ramai orang nak jadi blogger, now semua nak jadi instafamous. Kalau Facebook orang panggil apaek? FBFamous..hahaha suka hati aku jer.

Sebenarnya dah bertahun kiteorang plan nak berHoliday bertiga. Biasa la dah ada anak ni komitmen dia lain la sikit compare kehidupan tak ada anak sebelum ni. Dulu zaman muda tak ada plan sangat, mesej2 je terus onz.. Sekarang cakap macam tu, eh takleh minggu depan husband ada hal, eh tak boleh bulan 9 ni aku ada kelas, eh tak boleh anak takda orang jaga. Banyak nau halnya. Tu yang plan nak holiday bertahun jadinya.

Anak pon masing2 dah besar sekarang ni so takde la rasa bersalah nak tinggalkan. Dulu anak masing kecil lagi nak tinggal pon susah hati. Macam aku Alhamdulillah Mak boleh tolong jagakan.. Macam Yana husband dia yang akan jaga sendiri anak, Eira lak Suami dengan Mak mertua boleh jagakan..

Ok berbalik jalan cerita. So plan ke Penang la kita. Ikutkan nak pergi Langkawi tapi memikirkan kitaorang nak jalan2 cari makan sok kita pilih Penang. Penang boleh bawak kereta, kalau Langkawi kang nak kena naik flight pastu nak kena sewa kereta lagi. Kiteorang nak naik kereta sebab nak nyanyi2, nak have fun, nak karok dalam kereta. Moment tu yang kiteorang nak. Last aku jejak Penang tahun 2012, masa tu pergi dengan kawan2 sekolah. Gila lama kan..

Pagi tu kiteorang jumpa kat jejantas Sg Buloh. Ingat nak suruh abah hantar tapi abah ada hal pulak pagi tu. Nak letak kereta 3 hari kat jejantas Sg Buloh tu tak berani, kang apa2 jadi kang susah. Nak naik Grab mahai bebenor kat 30 hengget. Mungkin peak hours kot, lagi pon dari rumah mak nak ke Jejantas Sg BUloh takde la jauh sangat. Tak jadi la naik Grab.. Pastu hegeh2 pagi tu wasap Eira mintak tolong dia ambik kat area rumah aku, selamat sikit nak park kereta kat situ.

Sudahnya kat kol 10 lebih baru Eira sampai ambik aku. Dari rumah Eira nak ke rumah aku memang lalu depan Midvalley, tau je la depan Midvalley tu pagi dia jem teruk macam mana. Ampunkan aku manjer last minit suruh ko ambik. hahaha Mana nak dapat kawan jenis tak berkira ni.. 😆

Sampai je Jejantas Sg Buloh terus breakfast nasi lemak sebab malas dah nak berhenti2, terus shoot ke Penang.

Nasib baik husband Yana ada, dia la snap gambar kiteorang bertiga sebelum bertolak adalah kenangan depan kereta Eira. hahaha Eira kalau drive jauh2 bagi kat dia, sejenis mata susah nak mengantuk. Kalau aku la drive tengahari lama2 mau 20 kali lelap. hahaha Takper co-driver Yana ada. Aku ni kalau drive kereta orang jadi kaku, lagi2 kereta jenis gedabak tak berani weii..

Macam mana la aku leh terpakai baju biru, padahal Eira dah bagitau pakai baju putih, seluar jeans biru, tudung putih. hahaha Orang perempuan macam ni la bila banyak sangat fikir nak pakai apaaaa nak pakai apaaaa sudahnya terlari sikit konsep..

Dalam kereta Eira baru perasan list tempat makan yang kiteorang nak pergi tu tak bawakkkkk. Tertinggal dalam satu handbag. takper la kiteorang tengok je kat FB, ada orang share 10 tempat makanan paling best sedap di Penang. Tengok situ je la nanti.

Pastu dalam kereta karok tak hingat. Ya ampun kalau ingat balik moment dalam kereta tu rasa best sangat lupa jap hal dunia kerja.. Gosip2, borak2, gelak ketawa, sambil borak2 tu keluar pulak lagu Misha Omar, menyanyi feeling retis. Keluar pulak lagu Dua Lipa joget la kitaorang macam dalam clubbing pulak.. Hoii indahnya hidup ketika itu. Tu baru part dalam kereta belum yang lain2. Tunggu next entry okey.  =)

Kiteorang singgah rnr untuk shishi dan beli buah je. Tak nak singgah lama2 takut sampai Penang lambat. Tengok jam kol 1 lebih.. Perut dah start berbunyi krucuk krucuk. Sabar ek perut sampai kang kita terus perkena Nasi Kandaq yang orang kata paling nombor satu di Penang.

Tu diaaaaa beratuq macam ulaq sawaq..Hoii apa teruk benor cakapnya tu..ampunnn. Gina la orang Perok nak jadi orang Penang. hahaha Marah orang Penang aku cakap lagu tu. Dah la lapaq beratur panjang. Kol berapa la dapat makan ni. Memang orang cakap makan kat sini kena beratur panjang macam ni. Bertabah la.

Kalau bawak anak kecik beratur macam ni idok le teman. Tapi tak nampak pulak budak2 kecik beratur mungkin ayahnya beratur, mak dengan anaknya duduk kat dalam kot.

Geng Skechers. Hadiah birthday saya. Thank you Manjers bagi kasut Skechers paling selesa di dunia ni. Cewahh! Yana pon sama husband dia bagi hadiah besday kasut Skechers jugak. Eira lak memang hantu skechers pompuan tu. Berpuluh-puluh kasut Skechers kat rumah dia. hahaha


Rambang mata dah nak pilih lauk apa nii..

Teringat orang kata datang Penang kena rasa teluq sotong masak kari dia, sedap.

Yana ambik burung puyuh dengan cili hijau, aku ambik sotong dengan telur sotong, Eira ayam goreng dengan sayur. Aduhh taip ni pon dah menjejeh2 air liur. Serius la weiii terbaik giler kot Nasi Deen's Maju ni.

Betul la orang kata Nasi Kandar Deen's Maju paling nombor 1 di Penang. Berbaloi la beratur macam ular sawa. hahaha Ni kalau bawak Affan ni mau terangkat buntut dia masa makan. hahaha Affan memang pencinta kari mamak. Next time datang Penang kena mai sini lagi.

Lepas makan terus laju cari hotel. Kitaorang stay kat Lexis Suites Penang untuk 3 hari 2 malam. Tak susah pon nak cari, Waze kan hado. Tak pandai guna Waze guna Google Map pon boleh. hehehe zaman sekarang semua di hujung jari.

Buka pintu hotel perghhh lawanya bilik. Macam mana tengok dalam booking.com macam tu la rupa sebenar bilik kiteorang stay ni. Nyaman je tengok.

Siapa nak bawak family ramai2 sesuai la ambik bilik macam ni.. Actually Hotel Lexis Suites Penang ni ada 2 jenis bilik je. Ada Executive Pool Suite dan Premium Pool Suite je. Cuma bezanya dari segi size bilik, Premium Pool Suite ni betul2 mengadap laut dan bilik dia besar sikit.

Katil size King sedap la golek2.


Kedudukan tv sekali dengan cermin hitam tu, so bila tutup tv tu tak nampak rupa bentuk tv tu, kiranya tv tu terbenam dalam cermin. eh apa yang aku sampaikan ni. macam tak faham je. arrr susah la explain. hahaha Korang sendiri tengok la kalau datang sini.

Sebelah kanan toilet dan sebelah kiri tempat mandi. Dah kenapa terpisah pulak ni. So memerut la siap2 lepastu baru mandi. Terbayang macam mana la tengah syok mandi tiba2 sakit perut nak yakkkk..ok tak nak bayangkan. hahaha Ke kena lari laju2. kakaka Apo la buat tempat mandi terpisah macam ni.

Tak boleh bla tu cermin tu tak boleh kecik lagi ke?? bilik besar kot tapi cermin nak belek jerawat tu kecik benor patut leborkan lagi. Kalau family ramai macam mana , dah berebut2 depan cermin tu. Agak tak sesuai size macam tu. Lexis Suites Penang please take note.. ecee macam la dorang baca blog aku kan. kakaka

Tempat mandi pon macam agak kureng sesuai. Pendinding dia hanya kaca sahajer. Maksud aku pendinding kaca kat bahagian pintu masuk. Cermin mengadap pool ok lagi boleh tutup dengan window curtain. Walaupon kaca dia tebal, ko rasa Eira dengan Yana bangun2 tu aku tak nampak..hahaha Ok la buat2 tak nampak. Terfikir lagi macam mana la family yang bawak saudara mara. ermmmm. kena mandi pakai kain batik la gitew. ok la tak nak cakap lebih2 korang sendiri fikir la.

Nampak tak belah kanan tu, pendinding kaca tu. Kalau malam lagi la, buka lampu lagi la nampak rupa manusia.

Tak sabar nak berendam malam karang. Kalau sempat la berendam, banyak tempat nak pergi ni. hahaha.

Toilet ok selesa.

Ni pon salah satu sebab kenapa kitaorang pilih Lexis Suites Penang ni, nak ada swimming pool dalam bilik. Ko nak tergedik ke nak berbikini pon takde hal. Manjers2 je yang tengok.

Feeling tepi pantai pon boleh.

Swimming pool dia ok la takde la ko boleh berenang kuak lentang ke kuak dada ke. Setakat anjer-anjer berenang boleh la..Gedik2 nak ambik gambar dengan kawan2 ok la cantik. Bawak anak2 sesuai la ada swimming pool macam ni. Takyah susah2 nak tekan lif turun pergi ke pool. Berenang depan bilik sudah. jimat masa dan tenaga..gitewwww

Posing dulu sebelum semua bukak tudung. Kalau dah buka tudung tu tak koser la nak bergambor.

Gigih cari port cantik kat dalam bilik ni. Lighting lampu hotel ni memainkan peranan ye, terus gambar kiteorang nampak kebommm.

Pose masing2 tak nak kalah. Pahal peha aku nampak besar ni. Penat i workout tau nak bagi peha kecik..cis nampak besor lak. Tu la dia orang perempuan. Bila kurus sibuk nak gemuk, bila gemuk sibuk nak kurus. hahaha Hanya orang2 berjiwa wanita tulen je yang memahami. 😆

Ada yang tanya siapa tukang lari set timer phone tu. Siapa lagi kalau bukan yang berdiri separuh badan itu. Aku la tu. bab lari2 ni memang kerja aku. hahaha

Petang tu lepas solat rehat jap lepas tu mandi terus bersiap untuk dinner. Kalau ikutkan kiteorang nak dinnerrrr apa ek lupa lak Eira ada cakap makan tempat apa tah sedap, tapi jauh sikit dari hotel kiteorang terus tak jadi. Sebab lepas abis dinner kiteorang nak tengok wayang. Kalau boleh tak nak cari tempat jauh2 sangat.

Ramai suggest makan Char Koay Teow tepi Longkang kat Bayan Baru. Eh memang nama tempat tu macam tu bunyi dia. Bukan aku sajer2 cakap tepi longkang..hahaha Lagi pon dekat sikit dari hotel kitaorang.

Kitaorang oder Char Koay Teow yang harga RM4.00 yang kecik dan RM6.00 untuk yang besar. Udang dia ok la tak la besar sangat. Rasa sedap tak?? bagi kitaorang biasa2 je sebab pernah makan kat KL lagi sedap dari ni. Kuah dia macam ada rasa kurang la aku rasa.

Kat sini ramai orang jadi ko kena panggil pekerja situ 80 kali baru dia perasan. 😂

Ok dah makan kenyang moh le kita tengok wayangggg, cerita PASKAL. Hoii datang jauh2 tengok wayang ke. Time ni la dapat tengok midnight movie bertiga dengan manjers. Kalau kat KL nak tengok siang pon sikit punya payah. hahaha So jangan lepaskan peluang sementara suami anak2 takda ni.

Kebetulan masa ni cerita PASKAL tengah hot kat wayang so wajib la tengok untuk support filem2 Melayu.. Siapa lagi kan nak support kalau bukan kita2 ni.

Last kami midnight movie bertiga 12 tahun lepas, masa zaman muda mudi dulu. Giler lamakan.

Keluar wayang masing2 beremosi..hahaha Tak boleh bla si Eira tu, dua kali dia cakap masa dalam wayang tu dok cakap, "bayangkan manjers aku ada masa kejadian tembak2 tu". hahaha Yana cakap, ko dah kenapa nak fikir ko dalam tu. kakaka

Si Yana pulak duk sebelah aku, kejap2 kang dia terkejut, dengan aku2 sekali terkejut. bukan terkejut tengok filem tu terkejut tengok dia.. Kejap2 aaaa..kejap2 aaaa. Ko rasa tak terkejut jantung aku ni tengok dia macam tu..hahaha Ok la pulang la kami ke hotel dengan kegembiraan walaupon jam sudah menunjukkan pukul 1 lebih.. jangan esok terlajak tidur sudah. Dah la banyak tempat makan nak pergi ni. Ok hari ke-2 tunggu next entry. 😊 *berdoa la semoga aku Kathy rajin update. hahah

piece : kathyjem

Penang Trip dengan Manjers (Second Day)

$
0
0
Ampunnn mana yang tertunggu-tunggu entry Manjers Penang ni, sorry la sebenarnya banyak sangat alasan tertangguhnya ponn.. Seminggu ke seminggu nak update.. Memanjang tak sempat. hahaha Entry hari ke 3 Penang tunggu bulan pulak ye.. Uitt jangan begitu Kak Kathy ramai menunggu entry manjers ni.. Baik baik...

Ok terus cerita hari ke 2.. Pagi tu bangun masing2 excited tak sabar nak explore Penang..kitaorang dah list tempat makan mana yang best kat Penang ni.

Gigih ko cari baju sama2 kat Shopee. Since ramai tanya baju binatang comel ni kitaorang beli kat mana kan. haha Beli kat Shopee je awak.

Pastu gigih masing2 lompat dari katil pagi tu terus capai towel posing ala2 cute adik korea versi sopan di pagi hari gitew.. Ada yang ingat kiteorang pakai tudung putih..hahaha nampak macam tudung kan, towel je awak. muka pon tak basuh lagi, taik mata pon ada lagi tuha. gigih ko nak tunjuk natural beauty pagi2.. bahahaha..

Pastu terus bersiap2 nak pergi angkat berat.. Walaupon aktiviti 3 hari ko tu makan dan makan exercise harus dilupa jangan. Kalau tak sempat exercise hari ni esok boleh buat..Tak sempat esok kulat boleh buat. Kalau kulat pon tak sempat haa takyah buat la senang cerita.. Banyak sangat alasan ko kan.

Lepas dah abis workout pergi melantak pulak. Apooo ni?? 😆 ponat je ko guling2 atas gym tu. hahaha Takper yang penting ko tau had pengambilan kalori ko banyak mana. Nanti malam tu burn la balik. Tu pon kalau ko rajin burn la. Kalau malas tidur je. tengok alasan lagi. hahaha

Boleh makan macam2 tapi portion jangan ambik banyak, ambik anjer2 je. See i ambik anjer2 je kan, sian kena la ambik gak nanti kempunan sampai Key eL.

Dah tu je i makan..hahaha boleh caya ke tu. Ehhhhh sila la percaya ye.

Perut dah kenyang jom balik bilik nak terbang atas kolam pastu kita nak bersauna na na naaa. Tak sabarnya nak sauna nak kasi lemak2 tepu tu hilang.

Testing2 dalam ke tak? hahaha

Ok tak dalam jom berenang.. 😆

Gigih ko beli pelampung.. Beli kat mana? haa ni pon ramai tanya.. Beli kat Lazada je awak.

Seronok betul jadi kanak2 riang dalam kolam.. Lupa anak suami kat rumah. Sekali sekali kena ada me time dengan kawan2. Tak semestinya kena pergi bercuti oversea. Dalam Malaysia pon oj er, banyak je tempat2 menarik lawa2. nak lepak mengopi kedai mamak depan rumah pon boleh. Asal jumpa bersua muka depan dengan kawan2 pon dah cukup ok.

Time ni la korang nak hilangkan stress. Bila ko dapat luahkan apa yang terbuku kat kawan2 ko akan rasa lega tenang dan nyaman..hahaha Nyaman pon boleh..

Tengah syok berenang2 tidur pulak..hahaha Rasa dunia ni kita bertiga yang punya..

Fefeeling nampak..

Feeling atas laut pon boleh kan..

Dah penat berenang, berjoget segala tarian ko menari dalam kolam tu, moh ler kita bersauna..Scrub ni Yana bawak dari rumah.. Berasap-asap dalam bilik sauna tu. Peluh meleleh tak hingat. Macam berlari 20 km.

Layan abis dapat sauna dengan scrub perasa kopi.. Abis semua saki daki baki badan kiteorang scrub. Fuhhh best best best giler! badan rasa sedap ringan. Sambil2 scrub sambil2 gossip. Tu la orang perempuan kan, bangun dari tidur gosip, time makan gosip, nak tidur pon gosip. Haipp jangan fikir bukan2 kitaorang gosip macam mana nak bina empayar business juta2 tau. 😝

Breakfast dah, berenang pon dah, bersauna pon dah dah. Jom la kita jalan2 cari makan tempat best kat Penang nii. Disebabkan Eira terlupa list tempat makan mana yang kitaorang nak pergi tu tengok la balik kt FB ada orang share 10 tempat menarik kat Penang. So kiteorang refer situ jer. Macam2 tempat nak pergi ni, sempat ke tak redah je.

Feeling tourist sangat ni. hahaha

Mula2 kiteorang plan nak makan Laksa Janggus yang orang dok kata Laksa paling sedap dan  nombor satu di Penang tu. Dah sampai molek depan gerai Laksa tu sekali tutup la.. Dia buka 3.30pm. Kitaorang sampai masa tu dalam kul 2.30.. Perghh satu jam nak tunggu tak jadi la..

Kalau ikutkan kedai Laksa Janggus ni takde la jauh sangat dari hotel kiteorang stay ni. Pastu cari Nasi Pandang pon sama tutup gak..Sudahnya Ayu Mee Udang Teluk Kumbar je la kiteorang makan..Pernah makan kat situ 6 tahun lepas masa tu datang dengan geng2 sekolah..

Aku oder Maggi Udang, Yana oder Mee Udang, Eira oder Nasi goreng udang. Maggi Udang yang aku oder tu sedap gak tapi Eira punya nasi goreng terpaling sedap. Abis licin pompuan tu makan. Yana macam biasa makan tak abis. Dia kata tekak tak kena Mee Udang tu lagipon portion mee udang tu banyak sangat. Jenuh ler aku dengan Eira abiskan Udang Yana tu.. Puas dapat makan udang banyak.. Tapi memang macam kureng sikit Mee Udang tu..Maggi Udang lagi sedap.

Sebelum makan wajib gambor.

Lepas tu cari Cendul pulak.

Sampai2 beratur panjang tapi tunggu tak lama, gerak laju gak..

Kata tourist kan depan gerai cendol pon jadi.. haha bak kata suami Yana, "Pakai cantik2 pergi makan cendul jur".. bahahaha Ni tak kelakar. Sekali sekala nak jadi awek Cendol..

Meh kita rasa sedap ke tidak yang orang dok canang kata Penang Road Famous TeoChew Chendul ni paling laku keras sedap.

Ermmmm..... Sedap!!!! kakak bagi 8 bintang tapi tak boleh kalah Melaka famous nyonya cendol tu. Tu cendol terpaling sedap aku pernah makan. Korang kalau pergi Melaka wajib tau try Cendol Nyonya tu. Superb sedap giler rasa dia. Tu aku bagi 10 bintang!

Muncung2 masing dapat makan cendol.

Dah kenyang jom cari kopi viral pulak... Masa tak cukup pastu langit pon dah nak gelap. Kita pergi mana yang dan je la. Kalau sempat dan tak hujan kita pergi pantai posing 2 3 keping.. Kalau tak balik hotel jer.

Gigih kiteorang mata melilau cari mural cantik2 kat Penang Road ni sekali jumpa satu je.. Nak cari Mural lain macam dah tak sempat.

Kopi viral harus sempat. Kalau tak menangis Eira tepi bucu katil tak dapat minum kopi viral yang dia nak sangat minum ni.. Still kena beratur gak.. Penang tempat makan famous memang kena beratuq ek?

Lupa nak snap gambar kopi viral ni.. Famous auntie Kopi ni siap masuk tv lagi uolss.. Rileks je auntie ni tapi dia punya rasa kopi, perghhhhhh terbaik giler kot kalah kopi starbucks.. hahaha Serius weii tak tipu, sedap pekat likat "Kopi Peng" ni. Murah sebungkus RM2.50 kopi Aunty Evelin ni. Wajib la korang try siapa yang hantu kopi tu.

Konon nak posing depan pantai sekali hujan daaa. terus balik ke bilik siap2 untuk party pulak.. Waahh ada party buih..

Dah siap mandi semua bagai terus bersiap untuk night party pulak. Amboii Girl's Night sangat malam tu yer..

Konon ingat nak berparty dinner dalam bilik karaoke sekali tak jadi. Giler berani aku dengan Eira keluar bilik pakai macam ni.. hahaha Nak tengok bilik karaoke dan harga bilik sebenarnya sebab malas nak tukar baju biasa kitaorang redah je pakai baju unicorn.

Tengah tunggu lif sekali ada sekumpulan mat2 muda remaja keluar dari lif kiteorang tunggu ni. Aduhhhh! time ni pulak la terserempak dengan budak2 lelaki.. Buat2 padang bawah..hahaha Siap dorang cakap.. Ala2 comel unicorn ni.. Hoii rasa nak terjun bangunan hotel tu..

Tengok harga.. -____- tak jadi la..Sejam RM100. mahai bebenor..takkan nak karok 1 jam mana puas. So tukar baju kita dinner dulu kat depan hotel.

Hujan2 dapat makan ikan siakap 3 rasa pon layannnn.. Pastu oder sayur.. 3 lauk pon dah kenyang.

Kerang bakar.. Dah kenyang terus lari 100 meter ke hotel. Boleh tahan lebat masa ni.. Nak tunggu hujan berhenti mau kiteoramg tidur kat kedai makan tu..

Ok sambung party manjers!

Homei tak kami? Letak yang comel2 je..Yang tak berapa comel di larang sama sekali letak dalam ni..

Malam tu memang kitaorang buat kerja gila. Lompat2 gelak2 guling2. Bila lagi nak buat kerja gile macam ni kan. Kalau suami anak ikut memang tak dapat la moment2 ni..Ni la tujuan kiteorang holiday bertiga.. Memang nak enjoy puas moment2 macam ni.. Esok dah tua tengok balik mesti tergelak sampai terkeluar gigi pelsu..

Jom kita celebrate birthday manjers Yana dengan Eira. Kebetulan birthday Yana dengan Eira selang sehari dua, moh ler tiup lilin sama2 walaupon lilin tak dapat pasang sebab lighter lupa beli.. Buat gaya ala2 tiup lilin pon boleh.

Kek Red Velvet tu tak sedap. Pelik nau rasa dia.. menyesal lak ambik.. Hello Secret Recipe kot pahal tak sedap ni??!! Selalu kek SR kan sedap2.

Pukul 1 pagi celebrate. Hebat sangat manjers ni..

Ceria happy je kan tengok tapi masing2 dah ngantuk weii.. Yang tak mengantuk si Eira tu, minum kacip fatimah ke apa pompuan tu, kemain cergas lain maciam je aku dengan Yana tengok.

Terpaling sayang dua manjers ni. Semoga kita manjers berkawan sampai ke tua, jaga hubungan kita bertiga okey.. Walaupon ada dunia luar di sana sedang memerhati kita dan sedang menghancurkan hubungan kita bertiga selama hampir 14 tahun ni, kita jangan peduli dengan kata2 negatif mereka. Terus berjuang demi manjers.. #bffgoals #paskal. tiberrrr!hahaha Mentang2 malam sebelum tu tengok movie Paskal. haha kemain korang 7 hari 6 malam cerita Paskal jer.

Terima la hadiah dari kami bertiga. Yana aku dengan Eira bagi jam. Eira pulak aku dengan Yana bagi tudung Duck sebab Eira memang hantu barang "Duck". Senang bagi dia tudung Duck. Kemain melompat2 suka..

Ok Mak2 unicorn nak tidur..ececece konon2 nak buat gaya unicorn tidur tapi dah macam rupa unicorn kepenatan je tengok.. hahaha Budjet cute la sangat. Ok memang penat giler. Uwaa esok nak balik dah.. Macam tak puas je. Lepas ni bercuti kena ambik 4 3 malam la kan manjer..


Mesti ada yang nak tau sejarah dan rahsia macam mana kami bertiga jumpa dan terus jadi Bff selama 14 tahun dan sampai sekarang masih berkawan.

Actually kami bertiga ni satu company kerja di salah sebuah publishing company masa tu. Eira reporter, Yana photographer dan aku pulak Graphic Designer. So dari situ kitaoran kenal dan rapat. Lepas setahun kerja sama2 kitaorang dapat offer company lain. Eh macam panjang pulak nak bercerita.. Korang tengok je la video macam mana kitaorang jumpa dan kekal kawan baik sampai sekarang.

Dan kalau nak tahu asal usul kiteorang memang bertiga dari dulu. so kalau ada orang lain yang korang cakap tu memang tak masuk dalam senarai sejarah pertemuan manjers. Harap maklum jangan ada tanya lagi. hahaha kadang2 letih nak jawab soalan tutttttt..

piece : kathyjem

Penang Trip dengan Manjers (Third Day)

$
0
0
Kan ku sudah bilang setiap satu posting Penang ni akan ku upload sebulan sekali. hahaha See ni nak masuk bulan 12 baru hegeh nak up kat sini. Bila blog dah sendu macam ni ler. Kalau ikutkan malas gile nak update tapi sebab dah janji kena la jugak update yer nanti orang kata mungkir janji pulak. hehehe

Dah hari ke-3 manjers di Penang..kejap nau tak dan nak rasa banyak tempat makan best2 kat Penang ni ha. So dah tau Penang hari Ahad banyak kedai makan tutup so kalau nak datang sini jalan2 cari makan kena pergi hari weekday baru puas hati.

Hari ni plan nak makan Hameed Pata Mee Sotong. Orang kata situ ada food court then kat dalam tu la ada Mee Sotong yang orang kata sedap. Yana pernah makan situ dia kata tak sedap. Sedap tak sedap belakang cerita yang penting datang jauh2 nak rasa gak Mee Sotong  yang orang dok gembur2 kata sedap tu macam mana.

Lagi satu nak makan kacang pool paling fofuler kat Penang pon orang kata paling femes kat Penang. Sekarang ni kiteorang pergi tempat makan yang popular sedap je kat Penang. Yang tak popular tak nak pergi..hahaha

Harap2 plan hari ni menjadi la cuma lunch nanti Yana tak join aku dengan Eira sebab nak jumpa Fighters belah utara pulak. Dah alang2 sampai Penang nak jumpa la depa kejap kan, ada amanat penting yang nak di sampaikan dari Yana. Amboi macam perjumpaan tergempak sangat kannn. hahaha Yerla selalu jumpa Kaay Fighters belah KL Selangor je. La ni ada kesempatan nak laga2 pipi dengan dorang jap.



Muka musyuk tak mandi la 3 ekor unicorn ni. hahaha Korang rasa kitaorang tidur dengan baju ni tak? Baju unicorn ni sangat selesa okey. Kain lembut giler. Dah bagi tau kan beli kat mana? haa cari kat entry ke 2 manjer kat Penang. Malas 2 3 nak bagitau.


Udah berangan jom kita turun breakfast. Lapor dah ni. Hari ke 3 tak sempat nak workout sebab rushing nak siap2 balik.

 Breakfast kat Lexis Suites Penang ni puas hati la menu pilihan banyak. sedap pon sedap.

See sihat tak breakfast i.. Sian kita kan 1st time tengok baby bendi comel tu. serius weii aku tak pernah tengok dan makan bendi kontot macam tu. macam pehgak la pulak. bahahaha Sedih! Rasa macam bendi la jugak apa yang peghak pon tak tau. keke

 Haa ni tak berapa nak sihat. ok la ambik seketul buat2 rasa celah gigi.

 Sekali sampai tutup la Hameed Pata Mee Sotong ni. Ciss tutup pulak. Penang ahkak datang jauh2 nak rasa mee sotong ni tau.
Takper kita makan nasi lemak lobster je la. Nasib sebelah tu je Nasi Lemak Box Penang ni. Ramai cakap nasi lemak lobster dia sedap, lain dari nasi lemak yang ada. Apa yang lain pon tak tau la moh ler kita rasa. Aku pon baru dengar, Eira la cakap nasi lemak lobster dia kena try. Ok la jom try.

 Tapi puas hati betol food court ni tutup. hahaha Tah bila nak mai Penang lagi pon tak tau dah. Ramai cakap hari Ahad tempat makan kat Penang banyak tutup.. Oooyeker. Kalau mengandung abis la kena datang balik Penang semata-mata nak rasa Mee Sotong Hameed ni.

Tengok macam, alahai lawanya tempat makan beratapkan bumbung kelapa ala2 romantikan gitewww tapi berlecak ketiak makan kat situ. Panas weii.. hahaha

 Aku rasa kalau malam ni sure ramai orang weii.

Oder coconut shake tengah cuaca panas memang padu wei. Apa banyak nau wei wei ni..hahaha Bahasa dak wechat sangat ni.

 Tak sabar nak rasa nasi lemak lobster yang orang kata sedap dan rasa lain dari lain.

Aku tak pernah tengok rupa dia macam mana.. Oooo macam ni dia letak cheese kat badan lobster tu pastu nasi berwarna biru ala2 macam nasi kerabu. Ok la sedap rasa dia. Berbaloi la kan dengan harga dia. Bila ingat balik kejadian lepas makan nasi lemak lobster ni baut aku tergelak dengan Eira.

Macam ni, masa oder kat kaunter tu Eira yang oder. Pompuan tu pulak tak tengok harga terus oder nasi lemak lobster ni. Aku tanya Eira berapa harga nasi lemak lobster ni? Eira kata dalam RM18 ringgit macam tu kot. Ooo ok la harga dia, Makan la dengan pelahap kitaorang masa ni. Dah abis makan nak bayar la kan. Aku yang pergi bayar sebab duit aku berlanja aku yang pegang. Yes pergi holiday ni kitaorang dah bagi duit belanja siap2 dekat Yana sebab Yana takde masa ni kitaorang la yang pegang duit perbelanjaan.

Masa nak bayar confident je aku keluar RM20 macam tu pastu tanya kaunter tu berapa harga nasi lemak lobster dengan coconut shake. Bila orang tu bagi total semua dalam 80 lebih macam tu. Terkejut berut la kan.. hahaha Ingat orang tu tersalah kira. Siap dia tanya aku balik. Oder nasi lemak lobster kan. Aku angguk, a'ah nasi lemak lobster. Nasi lemak lobster RM79, sebab ada lobster. Ooooo ok. hahaha dalam hati, bapak mahal. hahaha Tapi dah makan kan nak buek macam mana? bayor je la. Makan lobster kan memang gitew ler harga dia.


Call Yana dia kata tak abis la meeting dengan Fighters so ke Nazzeeras' Roti Bakar Kacang Phool la kita.

 Cantik giler bangunan kat sini. Ala2 oversea suasana dia.

Jom tengok apa yang menarik nazzeeras' roti bakar kacang phool ni selain kacang phool dia.Tapi dah kenyang makan nasi lemak lobster 80 hengget tu so kita oder kacang phoo je la. Perut tank kancil macam ni le makan sikit dah kenyang. Perut kita dah biasa makan kuantiti sikit jadi makan sikit je dah cepat kenyang. Tu yang bagus eat clean ni, membantu sangat dari segi kuantiti makanan yang masuk dalam perut kita.

 Jom tengok deco dalam kedai ni.

Nak buat birthday party ke apa2 party pon sesuai sangat.

Kat luar ni ada tempat macam kelas art rasanya kot. Tu nampak pintu tu, tu la toilet. Kemain berdeco toilet dia.


 Sampai dah kacang phool yang orang dok kata sedap tu. Ok la boleh la rasa dia tapi mangkuk kuah kacang phool tu kecik nau. Macam susah nak calit roti kat kuah tu. Patut guna mangkuk lebar sikit.

Abis makan terus ambik Yana then laga2 pipi hai2 kat Kaay Fighters terus gerak ke Tan Jetty. Orang kata datang Penang wajib mai situ. Hari pon dah nak gelap so cepat2 la kita ke situ.

 Datang dah petang air pon dah surut. Awan pon dah gelap. Macam ciri2 nak turun hujan jer.

Kemain ko Kathy edit awan biru padahal dah gelap masa ni nak hujan. kakaka Kantoi edit. Janji sedap sikit mata ni menengok. Iols tak boleh la tengok colour gambar kedam2 ni. hahaha alergik.

 Mai sini ambik gambar kat Jeti ni je takde la menarik sangat apa pon. Takat ambik gambar jer.

Kuat nau anginnya.


 Rasanya kalau datang waktu pagi cantik kot.


Yeaaa tamat sudah percutian manjers ke Penang. Lepas tu terus laju2 gerak ke kereta nak balik KL. Masa ni dah start hujan.. Nasib baik tak basah lenjun masa sampai ke kereta.

Tahun depan ingat nak holiday jauh sikit. Ok kena start menambung dari sekarang. hahaha

Jom layan video manjers kat Penang.


piece : kathyjem

Hari Pertama Mekcha ke Sekolah Kafa & Kebangsaan

$
0
0
Salam Selasa.. Ewah! Blur pulak nak taip apa..hahaha Hampir 2 minggu lebih dah Mekcah masuk alam persekolahan yang sebenar. Kalau ikutkan malas nak story pasal Mekcha masuk darjah 1 ni tapi ramai suruh share pengalaman Raiisah masuk darjah 1 ni macam mana. Harusla Kathy tunaikan. Lagi pon esok besar Raiisah boleh tengok blog mummy ni macam mana muka teriak awak tu masuk sekolah.

Biasa la Mekcha kan setiap kali nak masuk sekolah dia la budak paling excited pastu buat drama Melayu yang tak sudah-sudah. Seminggu sebelum nak start sekolah tu dia dok zikir je bila nak sekolahhhhh bila nak sekolahhhhh. Bila dah pergi sekolah tak nak pulak.

Hari pertama tu macam biasa gerakkan dia bangun pagi walaupon cuti sekolah sebulan kadang2 tu dia dah biasa bangun pagi so masa mandi hari pertama sekolah tu takde la menangis susah bangun ke apa. Tapi mummy debor sikit pagi tu sebab 2 bulan sebelum start sekolah mummy baru daftarkan dia sekolah kafa. Masa daftar tu ustazah tanya kenapa baru daftar, sepatutnya kena daftar awal tahun hari tu. Pastu ustazah cakap kena tengok dulu ada kekesongan ke tak sebab daftar lambatkan. So mummy pasarah je la. Kalo penuh tunggu je la kosong.

Aku ingat daftar macam sekolah agama dulu2, 2 bulan sebelum sekolah start baru boleh daftar.. Huiii zaman dah lain Kathy oiiii. Ko ingat ko hidup 80 an lagi, esok sekolah hari ni baru nak daftar. hahaha

Mujur la hari pertama sekolah kafa terus ke pejabat then ustazah check mana kelas yang kosong.. Fuhh nasib baik ada kosong. Mujur la abah kenal seorang ustaz dalam sekolah kafa Raiisah ni. Mudah sikit urusan.


Pastu dah sampai sekolah mummy terlupa nak bawak phone sebab dok kalut2 siapkan dia pagi tu. Malam sebelum sekolah dia request nak nasi goreng sebab excited nak bawa bekas makanan Omar & Hana. Opah dia belikan.

Nasib baik atuk Jem ikut. Pinjam la phone atuk untuk ambik gambar Mekcha hari pertama kat sekolah kafa. ada la kenangan sekeping dua.


Duduk paling depan sekali. Ingat nak bayar yuran sekali beratur panjang giler.. Esok je la bayar dengan beli buku sekali.


Eh tau2 je dah waktu rehat. Budak darjah 1 pihak sekolah bagi rehat awal tak campur dengan budak darjah 2 3. Ruang kantin pon kecik je. Ewah Mekcha dok depan sekali tuuu. Atuk dia ada memang dia suruh cucu dia beratur depan sekali. Raiisah blur2 masa nak beratur pergi ke kantin. Datang atuk dia terus tarik tangan Mekcha suruh beratur depan.


Hari pertama Mekcha makan di kantin sekolah. Lepas ni semua kena buat sendiri ye kakak. Masa kat Little Caliphs boleh manjer anjer dengan teacher2. Dah masuk sekolah kafa kebangsaan sendiri kena buat. Mula2 mummy fikir boleh ke tak Mekcha ni pergi beli makanan kat kantin, pandai ker tak nak tukar duit. Duit pon tak pandai lagi nak guna. Takper la slow2 belajar ye kakak.. Nanti lama pandai la tu.

Hari pertama sampai hari ke 2 je parents boleh masuk dalam sekolah. Hari ke 3 dah tak boleh. Parents boleh hantar anak sampai pagar je. So masa rehat hari ke 2 tu, bawakkan dia bekal donut. Mekcha memang suka makan donut selain By Hulk (karipap). Siapa baca blog aku dari awal mesti tau kena Mekcha panggil karipap By Hulk. hahaha Tah la kome jenuh mummy ko ngajor dari umur 2 tahun karipap karipap karipapppp. Tetap dia panggil By Hulk by hulk.

Settle ambik dia kat sekolah kafa terus siapkan dia sekolah kebangsaan pulak. Masa hari pertama sekolah masa beratur kat dewan dia dah start menangis. Padahal ok je sebelum tu, excited nak sekolah la, nak jumpa teacher la, nak jumpa kawan la sekali teriak jugak. Masa berdiri nak nyanyi lagu Negaraku. Masa tu dia dah start toleh kanan kiri cari mummy dia. Mujur la ada Cikgu sebelah dia terus pujuk2 Mekcha. Diam sekejap. Nasib baik nangis tak lama. Mummy pon tak faham kenapa dia tiba2 menangis. Takut kot rasanya.

Masa ni baru sampai kena beratur kat dewan dulu. Budak darjah 1 jer kena beratur dalam dewan. Darjah 2 3 boleh terus masuk ke kelas.

Harap2 jangan la menangis Mekcha yerr dalam kelas ni.. Dah la satu meja dengan dia ada budak menangis. Sian adik tu menangis kat 3 jam non stop kot. Sampai Mak Ayah dia kena nyorok tak nak bagi dia nampak, kalau nampak lagi dia menangis kuat. Aku pon cuba2 pujuk gak supaya adik tu berhenti menangis. Tak jalan.. hahaha Rasanya dekat waktu rehat kot baru adik perempuan tu diam tak menangis.

 Eleh senyum konon. Macam ni la senyum takmo nangis2. Kakak dah besar malu kat kawan2. Mujur la takde drama dalam kelas hari pertama hari tu. Pastu Mek ni cakap kuat2 masa aku tunggu dia kat tepi tingkap

Mekcha : Mummy!!! Kenapa saya tak pakai tudung. Tengok kawan semua pakai tudung.
(Haiyoo Mekcha ni tak boleh nak cakap kuat lagi ke?)
Mummy : Ok esok mmmy pakaikan Kakak tudung. *sambil tunduk kemaluan di situ.

Bukan mummy tak nak pakaikan Mekcha tudung, buat masa ni tak pakaikan dia tudung sebab sekolah petangkan. Mekcha ni dia ada ekzema dia tak boleh panas. Kalau panas dia akan start mengaru, kadang tu sampai boleh keluar darah. Mummy pon dok risau gak ni darjah 1 ni macam mana la dia nanti dalam kelas, masa kokurikulum. Sekolah tadika takper la ada aircond. Ni sekolah kebangsaan ni semua berkipas. Memang sekarang ni setiap malam sebelum tidur sapukan dia cream ekzema.

 Hari pertama sekolah kebangsaan bawak bekal roti. Duit belanja bagi 2 ringgit. Tu pon tak guna sebab nak ajar dia makan makanan bekal. Tapi kena ajar dia gak guna duit kang tak pandai guna payah pulak nak beli nanti.

 Hari ke 2 mummy hantar dia sekolah kafa. Esok dah tak boleh hantar. Pandai2 la kakak esok ye.

Oo teringat last week ada satu hari tu aku tak bagi dia duit belanja sebab nak ajar dia, kalau bawak bekal tak payah belanja simpan duit tu. Makan je makanan yang nenek or mummy bekalkan. Sekali korang tau apa atuk dia cakap masa petang aku balik kerja tu. Mekcha mintak ustazah duit okey, dia kata mummy tak bagi duit. Korang rasa macam mummy. Mekcha Mekchaaaa, mesti ustazah ingat mummy ko kedekut nak bagi duit belanja atau pon terlupa la kan. Tepuk dahi mummy dia masa atuk cerita tu.

Sekarang ni bawak bekal ke tak bawak ke duit mesti abis. Ada sekali tu atuk terbagi 3 ringgit. Abis 3 ringgit tu dia belanja padahal bekal dah bawak siap pesan kat dia, Raiisah jangan beli makanan sebab dah bawak bekal. Lagi pon kat sekolah takut dia beli sosej nugget semua tu. Kan tak elok makan hari2 fast food semua tu. Sekali tau apa dia tunjuk masa aku ambik petang tu. Erasers ok erasers..... Pemandan bentuk donut, fries comel2 tu die pergi beli. Bila aku tanya berapa ringgit? 2 ringgit dia cakap sambil tunjuk jari.. 1 ringgit lagi beli apa? Saya beli air oreng mummy.. Aduihhh urut dada mummy dibuatnya. Apa lagi masuk kereta kena bebelan la dengan mummy. Bekal dah bawak air dah bawak kenapa nak beli air benda bukan2 ni.

Sejak dah tau guna duit sehengget dua ni, asyik nak belanjaaaaaa jer. Cuba simpan duit tu. Sekarang ni mummy tengah train dia mana keperluaan atau kehendak nak guna duit. Kalau tak macam2 nak beli kat sekolah tu. Ni petang semalam dia tunjuk beli pencil sharpener bentuk smile face.

 Bawak bekal donut. Makan seketul. Bila tanya kenapa tak abis kakak. Saya beli sosej seringgit mummy. Haii la Mek ni kan dah cakap jangan beli sosej. Esok tu dia beli lagi. Apo lagi mummy nak kato ni?!!!

Hari ke 2 melalak lagi.. Macam biasa masa sampai semuanya ceria. Bila time duduk beratur dia dah start dahhhhh. Mummy mumyyyy nangis sambil lambai2 tangan nak mummy. Nak mummy nak mummy. Dah semua parents pandang mummy. Anak awak ke tu? a'ah anak saya la yang menangis tu.. Tak sebab tadi perasan Cikgu tanya kenapa nangis, dia tunjuk budak belakang tu buat dia. Yeker. saya rasa budak tu nak pegang dia kot, mungkin dia ingat budak tu nak buat dia kot. Terus aku pon laju2 panggil dia. Masa kejadian Cikgu tanya dia tu aku nyorok belakang pintu tak nak bagi dia nampak.


Tanya dia kenapa kakak menangis. Sambik tunjuk tangan, kawan cubit. Yerla tu kawan kakak cubit. Tah2 dia cuit panggil kakak kot.

Mood Mekcha ni anytime boleh bertukar 90 darjah ye. Mummy syak dia penat or mengantuk. Ok la mummy faham. Cikgu pujuk pon tak layan, sudahnya mummy panggil dia pujuk2 tak jalan menangis jugak. Haa mummy dapat idea nak bagi dia diam dan masuk ke dewan balik.

Kalau kakak diam tak nangis nanti mummy belanja kakak toys. Terpaksa la mummy ko cakap macam tu. Ting! dia dengar toys terus dari muka limau puru terus bertukar muka strawberi pinkish. hahaha  Ok mummy saya nak toys Mcd. Sebab tu mummy cakap Mekcha ni kalau masuk pertandingan best actress in the world mesti boleh menang. Pelakon sangatttttttt.

Mummy kalau ingat balik masa hari pertama masuk sekolah kebangsaan darjah 1 pon ada sejarah jugak. hahaha Ko ingat mummy ko berani sangat. Gaya je berani, nampak anjing lintang pukang lari. Lebih kurang macam Mekcha gak la. hahaha

Ingat lagi masa tu dah masuk kelas, abah tunggu kat luar kelas. Sekali Cikgu masuk. Masa Cikgu masuk tu aku dah start cuak takut. Bila Cikgu datang kat aku tanya aku kenapa nangis. Terus cakap sakit perut. Padahal jantung rasa nak tercabut, takut punya pasal. kakaka

Masa ni hari ke 3. Bawak bekal tapi dia lupa nak bawa turun. Bila tanya, mana bekal kakak. Saya lupa nak bawak mummy.

Ok la masa ni la kot sesuai nak ajar dia guna duit. Masa hari pertama kedua tak sempat ajar sebab bawak bekalkan.

Masa suruh dia beratur ok molek dah beratur sekali dia tunggu lama terus tak nak beli. Panas, pastu pulak budak berebut2, dia rimas terus tak nak beli. Pastu dia pulak suruh kita beratur belikan untuk dia. Bertuah punya anak.. hahaha. Pujuk2 baru  la dia nak beratur. Ajar dia macam mana nak cakap beli makan semua tu, guna duit bagi berapa kat makcik kantin. Dia nak ayam crispy. Kalau ikutkan aku tak bagi dia makan benda2 macam tu tapi dah dia teringin bagi je la. Esok2 aku takde mesti dia beli punye. Budak kan kalau kita halang lagi dia nak buat.


Hari ke 3 baru dapat geng. Tu pon kawan dia yang tegur. Ok la mummy lega dia dah dapat kawan.

Siap mummy pesan kat kawan dia, nanti waktu rehat, turun sama2 dengan Raiisah tau. Kawan2 dia angguk je. Mesti dalam hati, pahal makcik ni nak suruah aku rehat dengan anak dia kan.hahaha

Uwaa Mekcha mummy tak sangka kakak dah masuk darjah 1. Rasa macam kakak masih sekolah preschol lagi. hahaha over mummy ko.

Next week tu dah start kerja, atuk dia ambik lepas sekolah kafa dan hantar waktu sekolah kebangsaan. Mummy ambik dia waktu petang. Tadi atuk ada hal so mummy la kena ambik hantar dia. Kemain mengada tak nak pergi sekolah, saya nak mummy saya mengantuk, saya penat. Macam2 alasan dia bagi. Dengan atuk ok je dengan mummy pulak dia mengada tengahari tadi.

Ok dah tu jer cerita pengalaman Mekcha di hari pertama sampai la hari ni ke sekolah. hehehe Harap korang enjoy cerita Mekcha ni.. 😅

piece : kathyjem

Preloved Baju Mekcha Mur Mur

$
0
0
Dua hari settle kan baju preloved Raiisah. Lama sangat dah duk dalam almari. Baju Mekcha masa baby dah sedekah kat orang. Tinggal hat yang setahun ke atas.

Konon nak simpan la tak nak bagi orang, jual ke apa ke. Konon nak bagi adik Mekcha la kalau dapat gegirl. Sekali dapat lelaki la. Serius Kathy masa tau pregnant nombor 2 tu kalau boleh nak anak perempuan. Hari2 doa nak anak perempuan nombor 2 ni. Affan pon suka anak perempuan. Tah sejenis suka anak perempuan ramai kot. Senang nak suruh lipat kain, mop lanai, masak, urut kaki. hahaha Tapi Allah is perancang terbaik. Dah Allah kata nak bagi lelaki kita terima je yang penting sihat tubuh badan, cukup sifat. Tu paling utama.

Dari sehari ke sehari nak jual baju2 Mekcha ni tapi tu la sehari ke sehari nanti la nanti..hahaha Sampai Afif nak masuk 3 tahun baru tergerak hati nak geledah almari dan jual. Kalau ikutkan sayang gak nak jual sebab kebanyakkan baju Raiisah boleh kira berapa jari pakai. Yerla anak first kan ghairah la ko menyoppingnya. Asal keluar je mesti beli baju Raiisah. Baju girl, tau la kan gerammmm je nengok. Tengok spender pon ko kata comel..hahaha Kadang tu nak beli baju aku alih2 baju Raiisah jugak yang dibeli. Tu yang sampai senget almari. hahaha

Dress biru ni boleh kira tak sampai 5 kali Raiisah pakai. Condition baju tip top lagi.

Ha baju ni lagi la, 2 kali je aku rasa pakaikan untuk Raiisah pastu dah tak pakai2 dah. Yerla budakkan cepat besar.

 Baju ni beli masa birthday Raiisah yang ke 2.. Pon sama pakai 2 kali je. RM35 jer.

Semalam settle post baju preloved Mekcha kat Ig story. Senang siapa nak beli DM terus kat Ig Story Kathy. Harga semua murah2 aku bagi. Harga start dari RM10-RM35.


Ni yang ada kat rumah mak. Kat rumah aku ada gak tapi tak banyak la. So kalau korang nak beli baju preloved Mekcah yang comel2 ni boleh tengok kat Ig Storay @kathyjem. Siapa cepat dia dapat. 😊

piece : kathyjem

"Geram Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Kahwini Selimut"..

$
0
0
Semalam lepak tengok tv, tengah tengok tv mata tertengok fb kejap, saje la scroll phone sekali terbaca tajuk kat Facebook Page Rotikaya. "Geram Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Kahwini Selimut". Aduiii macam ni pon ada jugak ye dalam dunia ni. hahaha Terus tunjuk kat Affan. B cuba baca ni! Lepas Affan baca terus pandang Afif. Terus kami pon tergelak-gelak sebab terbayang kalau macam tu. Huii mintak jauh.

Sebab apa aku dengan Affan terus pandang Afif pastu kiteorang gelak?

Sebab ni la.. hahaha Kalau korang ikut perkembangan Afif mesti tau dia dengan kain busuk memang tak boleh dipisahkan. Keluar je dari perut mummy terus melekat dengan baby napkin. Ke hulur hilir dengan kain busuk tu.

Bukti kain napkin dengan Afif sejak lahir. Masa ni Afif baru 5 hari melihat dunia. Mekcha 24 jam melekat nak dengan Afif. Tengah nak biasakan ada adik.

 Adik kecik2 ni comel la dengan kain busuk tu. Besok dah besar nak dating dengan gelpren tak kan nak bawak kain busuk gak. Lari tak pijak tanah gelpren tu nengok nanti.

 Atuk terlebih kreatif. Bukan takat kain di lilit kat badan tu, dengan kepala sekali atuk lilit. Baju sari atuk kata. Hahaha Bila tengok Afif ni teringat adik aku Fahmi, masa dia kecik2 aku selalu buat dia dengan gaya fesyen pelik2. haha Baya ni memang seronok la kena buli, buat apa pon dorang diam ikut je.

Nak tidur wajib kena ada kain busuk ni ye kalau tak memang Afif tak boleh tidur. Mau melalak satu malam. Sebab tu ke mana2 memang kena standby kain napkin. Macam Raiisah nak tidur kena ada dua jari tengah tu. Senang takyah pening kalau tertinggal ke apa? sumbat terus jari dalam mulut. hahaha

Minum susu pon sama kena ada kain busuk.

So cerita hari ni pasal kain busuk Afif je la ek. hahaha Azam tahun ni nak update blog sekerap mungkin. Tak nak update sebulan sekali. Asyik bersawang je blog Kathyjem ni. Jenuh setiap kali buka nak cuci habuk. Nak naikkan aura blogging balik. Gitewww..

Kat blog sesuai la ko nak cerita apa2. Rasa macam takde tersekat. Enjoy je nak menaip. Kat dalam FB Instagram macam tak sesuai je ko nak cerita panjang lebor. Lagi2 kat Instagram, orang suka tengok gambar je, cerita panjang orang tak banyak sangat. Zaman sekarang ni orang dah malas nak baca blog kan. Tah aku suka je baca, suka je menaip.

Sebab tu kalau ada apa2 cerita menarik ke apa ke ko nak bebel panjang2 ke aku suka lagi cerita kat dalam blog. Rasa puas hati dapat karang panjang2. Ni pendapat aku la, kalau korang rasa syok, best dan suka menaip panjang lebar dalam Fb teruskan. Ikut pendapat dan citarasa masing2. Yang penting ko seronok je apa yang ko buat.

Bukit dengan kain busuk lagi ye.

Afif ni kat mana2 pon dia boleh tidur. Mak cakap macam mummy masa kecik2. Atas tanah tengah main pasir pon boleh tidur. hahaha

Haa ni gambar semalam, setelah bertengkar dengan kakak nak tengok kartun. Bagi kain senyao terus. Tu la ubat dia, kalau dia melalak semua tak kena bagi kain terus diam. Ubat penenang dia.

Afif esok besar jangan macam ni tau, kang takde gelpren nak kat awak jangan nak kawen dengan kain pulak. hahaha Dunia dunia, semakin pelik zaman sekarang ni kan. Yerla mau tak pelik siap ko buat hubungan intim dengan kain selimut tu. Apa kejadahnya.... Pastu siap nak buat majlis perkahwinan besar-besaran dengan boypren dia "Selimut" tu dan siap nak panggil kawan2 saudara mara lagi. Kan ke tak pelik namanya tu. Yerla orang barat kan tak mustahil takde yang pelik. Kita sebagai orang islam jangan la terikut-ikut sangat benda2 pelik ni. Mintak jauh la semua perkara2 ni yer.

Sekian terima kaseh.


piece : kathyjem

Siapa Nak FREE Hand Lotion Perisa Tembikai & Strawberi!!!

$
0
0
Hi sayang2 semua. Cewah sayang2 pulak ko Kathy pagi ni. hahaha Harus la kena beri sayang mmuah mmuah dekat i punye kawan2 dalam blog ni.. Kata semangat nak update blog hari2 kan. 😊

Nak bagi tau kesayangan-kesayangan semua. Korang nak FREE tak hand lotion bau sedap giler rasa nak makan jilat2 tangan. Amboi kemain ko nak jilat tangan tu. hahaha Mesti la bau sedap kot. Bau apa yang sedap sangat sampai nak jilat tu?? hahaha

Sebelum tu cuba tengok kotak Chinese New Year mekapup set dari Kaay Cosmetics yang Kathy pegang ni. Comel lote tak? Gigih ko mendesign nak bagi kesayangan2 semua suka dengan set makeup ni.

Mekap set ni harga sebenar RM163 tapi lepas tolak sana sini siap bagi kurang dengan bagi lagi harga kasih sayang terus jadi RM120 untuk 3 item iaitu DD Cushion + Refill Pack DD Cushion +  1 Lipmatte.

Macam DD Cushion ada 2 colour, Natural dengan Medium. So korang boleh pilih colour mana yang sesuai dengan warna kulit muka.

Lipmatte pon sama korang boleh pilih salah 1 colour dari 6 colour lipmatte yang Kaay ada.

Ni la rupa hand lotion bau starwbery dan watermelon rasa nak jilat2 tangan tu. Serius weeiii hand lotion yang korang tengok Kathy pegang ni, taruk sikit je tapi ya ampun dia punya bau rasa nak gigit2 tangan tu. Rasa macam tengah gigit tembikai slurppp slurppp di bawah cahaya matahari giteww. Aduii kecur liur la pulak cakap pasal tembikai. hahaha Rasa macam lama nau tak makan tembikai. Esok nak cari tembikai la.. Sendiri cakap sendiri terliuq. kekeke

Sesuai nak bagi hadiah kat kawan2 kerja, kawan2 sekolah sama2 membesar or jiran tetangga sebelah rumah pon boleh. Untuk diri sendiri punya lagi bagus.

Sebab set mekap ni khas sempena Chines New Year je lepas tu tak dapat dah set mekap dan harga macam ni. Sebab setiap bulan Kaay Cosmetics akan bagi Free Gift berlainan bersama set mekap berlainan jugak. Maksudnya abis Chines New Year ni abis la set mekap CNY ni. Pastu tunggu bulan February pulak set mekap apa pulak Kaay akan bagi Free Gift.

RM120 jurrrr korangggg... JIMAT RM51 dah kat situ. Siap kita kasi FREE POSTAGE sekali. Bukan setakat hand lotion je korang siap dapat Free Masker lagi. Rugi bebenor siapa yang tak grab sekotak.

Siapa nak CNY Mekap Set ni korang boleh whatsapp dan klik terus nombor ni  01137019733 Kaay Cosmetics sekarang!!! Sementara stock masih ada. 😊

piece : kathyjem

Siapa cakap tak rindu? Mestilah rindu!

$
0
0
Assalamualaikum..halo halooo..ambik ko Jahhhhh sebulan dah tak update blog ye..ada je ni haa..baru tidurkan Afif..lega anak dah tidur..walaupon dah berhenti kerja rasa macam masih bekerja lagi..hahaha rasa macam tengah ambik AL pulak aku rasa..maklum la masa kerja jarang ambik cuti lama2..takper lama2 nanti akan biasa dan terima yang tuan badan sudah menjadi suri rumah sepenuh masa..Impian ni yang kita ditunggu2 selama ni..😊

Lepas ni rutin harian bertukar 360 darjah..bab tu nanti la aku story hari lain..tadi lunch masak lauk paling simple..lepas ni jangan terkejut la blog aku selalu update pasal memasak..hahaha dulu blog ai rajin share resepi memasak tau..dulu la..hahaha sekarang share pasal business je..sekali sekala kena la tukar channel kan..


Ni budak kerinting tak mo tidur..padahal mata dah mamai2..subuh tadi dia bangun sampai la ni tak tidur2..mummy haipp je kat dia terus jebek muka tu..tumpang tidur atas katil kakak..tepuk2 sikit tak sampai berapa saat selamat..nasi pon tak sempat nak suap sebab dia dah mengantuk sangat..ok mummy boleh sambung buat kerja Kaay..sat lagi nak pergi ambik kakak..kang keluar lambat takut jalan jem pulak..kena keluar rumah sebelum Asar..

Rasa macam dah lama tak makan sayur brokoli since tengok Yana share dekat fb pasal sayur brokoli tiruan rasa macam takut pulak nak makan..huhuhu..tapi teringin nak makan beli jer la..

Ikan goreng berlada cili api dua ekor je aku masak..ekor yang hilang tu telah di ngap oleh ku..hahaha aku seekor Affan seekor..al maklum la dah tak kerja ni kena la hari2 masak..kang suami balik kerja kelaparan pulak dia..nak jadi isteri isteri mithali kena la rajin masak walaupon ko sejenis tak pandai sangat masak..ok la nak sambung buat kerja Kaay..sok kita update lagi..

piece : kathyjem

Sports Day Terakhir Raiisah di LC

$
0
0
Semalam sekolah Raiisah ada sports day..sampai2 acara dah nak start terus pakai cekak ikan dolphin atas kepala..nasib tu je aksesori kena pakai kalau kena pakai sana sini tak tau la berapa aksesori tu bertahan..Sports Day Little Caliphs tahun ni berlangsung di Taman Tasik Metropolitan Kepong..ala tempat orang ramai main layang-layang..aku pon first time sampai sini..

Raiisah Awfiyah..Kakak lepas ni mummy nak panggil Kakak Awfiyah la sama sikit dengan nama anak MakIti..hehehe


Masa sampai mood Raiisah agak ceria sikit..awal pagi sebelum keluar rumah dah bagi dia breakfast kenyang2..dia ni bukannya boleh lapar sikit mula la muncung sedepa..


Tak sampai berapa minit muka dah berubah..apa la yang tak kena tu..kakak! jangan buat drama lagi ye..2 tahun dah tau mummy nengok drama awak yang sama ni..tahun ni kakak dah 6 tahun, tak mo nangis2 lagi..tahun ni je mummy dapat nengok kakak lari atas padang tahun depan kakak dah darjah 1..

Sebelum keluar rumah dan sehari sebelum sukan setiap masa mummy asyik bagi kata2 semangar dan support.."Kakak nanti run tau, laju2 lari, tak mo nangis2".. tu je mummy boleh bagi kata semangat pon..Mekcha ni hati tisu sikit, pastu tak leh bagi dia pressure nanti dari dia nak buat langsung tak nak buat..memang kena bagi ayat2 manis bersemut baru dia akan buat..


Tahun ni Raiisah team biru tema dolphin, tahun lepas pon team biru gak..masa dia 4 tahun je dapat team kuning..Ada 4 sekolah terlibat termasuk LC Sg Buloh,  LC Wangsa maju,  LC Bandar Baru Selayang dan LC Damansara Damai..


Comel je team hijau ni, tema spider..


Lagi 2 sekolah tema semut dan gajah..


Masa ni tengah tunggu perlancaran..dia dah start merengek sebab nampak mummy dia..konon mummy datang nak bagi dia air minum sekali merengek tak nak dok situ dengan kawan2, panas katanya..budak ekzema ni memang tak boleh panas..sebelum keluar rumah aku dah bagi siap2 ubat gatal sebab Raiisah memang tak boleh panas..dia kalau dah start ekzema memang mengaru la, silap2 garu sampai berdarah..jenuh la pujuk ada gak drama nangis ni..ingat takde..pujuk dia ajak beli nugget..sekali ternampak toys telur tu..melayang 5 hengget mummy kooo..ok la janji kakak lari nanti..nak bagi dia hepi je..sabar banyak mummy pagi tu..😁


Bagi upah nugget dan telur mainan..


Dah makan nugget 3 ketul baru muka ada senyum kalau tak merengek je..padahal sebelum keluar rumah dah bagi makan muffin dan minum vitagen..


Sebabkan sukan Raiisah tak start lagi Raiisah teman mummy daddy dengan makan la..mummy kenyang lagi daddy yang lapor..sama macam Mekcha asyik lapor je..hahaha

Biasa la Affan kalao ambik gambar mana ada muka suci..hahaha Tu si kenit tu intai apa tu? intai awek ekk adik..

Ketiau goreng pagi tadi masak..lupa nak bawak cili padi daaa..lupa nak bawak tikar daaa..semua lupa la..haha eh kata tadi kenyang..ala cuit2 je..


Ok masa yang ditunggu-tunggu..masa ni tengah tunggu turn Raiisah nak lari..mummy pon keluar kamera nak selfie la dengan si kerinting ni..tak perasan pon dia jelir lidah dengan tangan macam ni sebab masa tu cahaya dah memancar-mancar..dah masuk kereta belek2 gambar baru perasan..OMAIII!!! Anak ku isyarat apakah awak buat tu?? tunjuk gambar ni kat Affan..tergelek2 kitaorang dalam kerete tengok gambar Afif gaya macam tu..dik lucah sangat ni?? jangan ada orang viral gambar adik ni sudah..hahaha

Ok go Kakak go go goooo!! Ingat jangan nangis..kakak run jer..sebelum nak start lari tu siap bisik kat mummy..Mummy nanti saya nak toys..pengsan mummy ko kat situ..hahaha Ok2 Kakak lari jangan nangis nanti mummy beli toys..terpaksala aku cakap macam tu, nanti dia tak nak lari pulak..Minah drama betul Mek sorang ni..jangan masuk kereta dia tuntut sudah..hahaha

Mainan telur tu dia bagi teacher suruh simpan..mummy pulak tak perasan dia pengang mainan telur tu..

Kakak 2 tahun mummy nunggu moment ni tau..akhirnya kakak berlari tanpa nangis..good job kakak!! See adik pon bagi support kat Kakak sebelah tu..hehehe

Yeaaa go kakak..betul la ramai cakap bila anak dah masuk 6 tahun dorang dah tak nangis dah..yerla dah besarkan..tak tau la tiba2 darjah 1 dok perangai menangis lagi..huiiihhhh minta jauh..

Macam tu la kakak..baru anak mummy..hahaha Mummy dulu kecik2 memang kaki sukan..apa je acara sukaneka mummy masuk..1 2 memang dalam genggaman mummy la menang..amboii cakap besor nampak..alaaaa acah acah budjet je..hahaha

Part ni yang dia selalu tunjuk kat rumah..ooo lari dalam benda alah ni..

 pastu taruk air dalam cawan dah berjalan..

Sep sikit Kakak..Kakak berjaya lari atas padang..hidung mummy ngan daddy kembang kuncup jap..hahaha Teacher pon sampai berlari datang ke kakak peluk cakap tahniah sebab berjaya lari tanpa nangis..

Pastu acara anak dengan ibubapa..lari sambil bawak bola besar tu..part ni tak tau team mana menang?? tapi mummy dengan Raiisah berjaya lari sama2..

Last sekali penyampaian hadiah dari CAO Tn Haji Roslan kepada pemenang..

Acara sukan kali ni rasa sekejap sebab lepas abis sukan terus terima hadiah..tak macam sebelum2 ni abis acara semua baru dapat hadiah pingat..ni start kol 8.30 kol 11.30 pagi dah abis..cepatkan.. =)

Geramnya nengok rambut daddy ala2 Nick Carter zaman kegemilangan Backstreet Boys ni..bila kita tanya bila nak potong?? biar la b nak jadi Backstreet Boys..derrr...B orang dah tak buat fesyen rambut gini dah la..tkper2 kita perhati je dia dari jauh sampai mana dia bertahan rambut panjang belah tengah tu..grrrr..hahaha


Laluan nak balik tu ada orang jual ikan laga..Raiisah kemain nak ikan tu sekali daddy ko nak ambik tak nak pulak dia..tapi daddy ko dok layan tengok ikan tu berenang dalam botol terus ambik seekor..lepas dah beli rasa bersalah..hahaha dah kerja tempat baru ni ada masa ke bang nak jaga ikan laga ni..ermmm..aku la tu kena jagan nanti..

piece : kathyjem

Hi Si Comel Pipi Merah

$
0
0
Alhamdulillah tahun ni tercapai jugak Kaay nak keluarkan satu lagi produk baru iaitu Cushion Blusher..Baru release last week..sambutan Alhamdulillah tak sangka ramai yang suka dengan Juicy Blush Kaay ni..

Berbulan-bulan ok nak tunggu kualti yang betul2 kita nak..kalau boleh aku dengan Yana nak keluar satu cushion blusher lain dari yang lain..tak nak sama dengan Cushion Blusher yang ada kat pasaran..

Hampir 3 bulan setelah tolak tambah pangkah bahagi akhirnya Kaay keluarkan Juicy Blush yang ada rasa peppermint, bila dap dap tu rasa sejuk je kat pipir..sama macam lipmatte Kaay ada rasa mint tapi lipmatte Kaay rasa coklat..Juicy Blush Kaay ni bau peach sama bau dengan DD Cushion Kaay..memang lepas pakai tu rasa segar je kat pipi tu..


Kami keluarkan 2 code iaitu Sparkling Pink dan Splash Orange..Serius dua colour ni memang cantik namateyyyyy hoiiii!!! Tengok kotak orang ingat strawberry milkshake..hahaha Tu la produk Kaay berkonsepkan minuman dan makanan.. Ingat cokelat ingat Lipmatte Kaay, ingat susu strawberi ingat blusher Kaay..hehehe 😊

Size kecik sebesar tapak tangan je..senang nak angkut ke mana2..nak simpan dalam pouch bag pon takde masalah jimat ruang..yang penting ada span sekali dah tak payah pening2 nak angkut ke hulu hilir bawak brush blusher besar microfon tu..dalam bekas Juicy Blush Kaay ada span boleh muat 2 jari je nak masuk..

Harap2 stock kami oder ni cukup la sampai raya..risau gak takut tak cukup..In Sha Allah cukup..Macam lipmatte colour baru hari tu, tak sangka sambutan sangat hangat macam cempedak goreng..letak je abis letak je abis..hehe

Hari tu kat Page Facebook Kaay kami ada buat live tips-tips menggunakan produk Kaay Cosmetics dan kami buat contest untuk siapa yang share live video mekap kami hari tu..Yang best siapa share video live kami tu akan berpeluang memenangi produk Kaay Cosmetics bernilai RM200..

Korang just share jer tak payah nak caption bagai ke apa ke hanya share sajer..siapa share terpaling banyak kami akan announce nanti..cepat peryertaan masih ada lagi..pegi usha kat Facebook Kaay sekarang ni..bila2 masa je kami akan tutup contest tu..so time ni la korang nak cuba produk Kaay yang best ni tanpa keluar duit.. =)

Phewittttt!!! meletup macam si comel pipi merah tak pipi Yana..ni la kelebihan Juicy Blush Kaay ni..dia dap dap dap sikit je tapi dia punya effect sangat cantik dan tahan lama..terus pipi nampak macam telur rebus kan..hehehe

Harga berapa?? cuma RM49 je awak..satu bekas tahan 3-4 bulan ulos..jimat banyak sangat dah tu..siapa berminat nk cuba si comel pipi merah ni boleh contact number ni 011-2881 1281..

piece : kathyjem

Resepi Roti John Paling Mudah

$
0
0
Since ada yang minta aku sharekan resepi Roti John ni. Nah! ni dia kawan2. Ni pon first time aku buat. Takde la susah sangat boleh tahan la senang dia. hehehe Tu pon tengok Kedai Google ye..hahaha Kebetulan roti mak bagi hari tu, buat je la kann. Dari berkulat tak buat apa2. Lagi pon seminggu dua ni tekak mengidam nak makan roti john pulak. Asyik ternampak je iklan roti jon tepi jalan.


Jom tengok cara2 nak buat Roti John paling mudah.


Bahan :

- 4 biji telur
- Tomoato dipotong dadu
-Daging cincang (Brand Ramly)
-Kobis
-1 biji bawang besar dipotong dadu
-2 biji bawang putih dipotong dadu


-Kepingan keju
-Sos cili
-1 sudu serbuk kari daging
-1 sudu kecil serbuk lada putih
-Mayonis
-Planta
-Gula & Garam secukup rasa


-Roti panjang. Nak sedap kena pakai roti panjang sosej tu. Roti jenis tu lembut. Yang hat aku punye ni keras sikit. hehehe Boleh la tu je yang hado.


Ok mula2 sekali. Cairkan planta dalam satu sudu besar.


Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. Biar seketika jap sampai kekuningan.


Pastu masukkan daging cincang.


1 sudu serbuk kari daging.


Serbuk lada putih, garam dan gula tapi gula aku tak masukkan.


Gaul sampai masak dan angkat letak inti ke tepi dulu.


Pecahkan telur 4 biji dan isi daging.


Kacau sampai sebati.


Belah roti kepada dua bahagian tapi jangan belah sampai putus roti tu. Sapukan permukaan roti dengan planta.


Tuang telur bersama isi daging atas kuali leper.


Pastu taburkan kepingan keju.


Ambik roti yang dibelah tadi tu dan telangkapkan atas inti. Bila dah masak inti telur daging tu, terbalikan roti seketika dan angkat untuk dihidang.


Last sekali taburkan kobis, tomato dan sos cili dan mayonis.


Siap! senang dan cepatkan. Serius makan panas2 memang layang abis. Perghhh rasa kalah roti john pasar malam tau. hahaha

Selamat mencuba korang!

piece : kathyjem

Duit Belanja Mekcha

$
0
0
Dari start first day sekolah mummy dah pesan awal kat Mekcha. Duit belanja mummy kasi ni jangan beli bukan2 tau kakak. Beli makanan atau minuman je tau. Ok mumy ok saya beli makanan je. Nanti ada lebih kakak simpan dalam tabung.

Siap mummy belikan tabung untuk dia simpan duit sekolah kalau duit tu tak guna.  Nak ajar dia menabung. Lagi pon selalu bawakkan dia. Masa tadika kat Little Caliphs memang tak kasi dia duit belanja. Bila beli barang kat luar baru ajar dia guna duit seringgit. Tu pon jenuh nak suruh dia ingat jumlah seringgit tu. Sebab dah nak masuk darjah 1 baru mummy ajar dia guna duit.

Selalu untuk sekolah kafa aku bagi Raiisah duit belanja RM1 jer. Sekolah kebangsaan RM2 je. Dengar macam kedekutnya mummy ko ni kan. hahaha. Bagi duit belanja sehengget jer. Sebab apa aku bagi Raiisah duit belanja RM1 sebab tak nak ajar dia beli bukan2 macam dalam gambar bawah ni la. Lagi banyak bagi lagi tah apa2 dia beli kat kedai buku sekolah tu.

Sebab Mekcha ni suka benda macam toys comel2 yang bentuk cute2 boleh simpan dalam pencil box. Memang dia dari kecik suka kumpul mainan kecik2 comel dan hobi dia mengumpul barang2 comel.


Tak tau la mummy nak geram ke nak jerit ke apa? Dah kenapa setiap hari nak beli barang2 macam ni Mekcha hoii. Setiap pagi, setiap hari mummy pesan kat dia jangan beli eraser, jangan beli sharpener, jangan beli bukan2. Beli makanannnnn beli minumannnnn jerrr..

Stress mumy ko bila duit belanja tak beli makanan sebab dia tau mummy atau nenek bawakkan dia bekal jadi menyopping la dia kat kedai buku. Tapi tu la makan makanan kat kantin tau2 je la. Bukan berkhasiat sangat. Sosej nugget yang dimakannya. Sekali sekala takper. Kalau dah hari2 makan nugget sosej kan tak elok.

Bila tak bagi duit belanja. Dia pergi mintaknya kat Cikgu. Pernah korang. Ada satu hari tu aku sajer la tak kasi dia duit belanja, bekal bawak. Konon nak ajar dia tentang berjimat cermat ni sudahnya balik sekolah siap bangga cerita kat atuk, mintak duit kat ustazah nak beli makanan sebab mummy tak bagi duit. Korang ghaser?? Mesti ustazah ingat mummy ko kedekut nak bagi duit belanja kat anak. Padahal kita nak ajar dia berjimat. 


Ni kelmarin jumpa dalam beg sekolah kebangsaan. Yang ada Naruto gambar atas tu jumpa dalam beg sekolah kafa. Urut dada kan tengok.. Haii la mekcha. Orang tengah seronok pegang duit kemain belanja sakan. Lantokkan, nanti tak bawak bekal bagi seringgit pandai2 la nak beli makanan. Kadang2 sajer nak ajar tapi tu la kita mak2 ni tak sampai hatikan. 


Ni pagi tadi jumpa magic colour pen. Bila mummy tanya. Dia kata kawan belanja.. Amboii kemain baik kawan kakak belanja magic colour pen ni. Banyak duit kawan kakak. Yer la tu kawan belanja. Dah tak larat mummy ko hari2 nak bebel pasal duit belanja sekolah ni.


Hari tu perasan dia selongkar handbeg mummy. Ingat nak buat apa. Mummy buat2 tak tengok padahal mata mummy perasan dia tengah buka wallet mummy. Sajer aku sergah dia. "Ha kakak buat apa tu? kenapa kakak buka wallet mummy nii"?? tak pernah2 dia mengebek wallet mummy. Pastu dia sengeh2 kata takde apa2 mummy. Sajer tengok beg mummy.

Pastu dia keluar jap dari bili then masuk balik. Sekali lagi mummy nampak dia buka lagi wallet mummy. Mummy buat2 tak nampak. Tu dia berdesup keluar ambik duit mummy nak simpan dalam purse dia, nak bawak pergi sekolah. Dada mummy terasa bergelombang tsunami semakin dekat.

Raiisah Awfiyah! siapa ajar kakak ambik duit mummy tanpa kebenaran niii?? ha siapa ajar ni. Abis kena marah dengan mummy. Dia tunduk je sebab dia tau mummy tengah marah sangat2 kat dia. 


Korang baru sebulan lebih sekolah kot dah pandai ambik duit mummy tanpa kebenara. Lepas kena jeritan tsunami terus tunduk insaf. mummy bagi nasihat kat dia sambil peluk. Bagitau kat dia, siapa punye duit pon kakak tak boleh ambik sebarangan, itu bukan duit kakak. Kalau nak duit bagitau mummy bukan senyap curi duit macam ni. Tuhan marah.. Nanti tangan kena potong akhirat nanti. Terus tunduk, muka sedih. Ok mummy. Harap2 dia tak buat lagi macam ni.

Ni tengah ajar dia nak guna duit bila perlu dan tak perlu. Kalau kumpul barang2 yang die beli kat sekolah ni silap2 boleh buka kedai alat tulis. Mekcha Mekcha hoi..

piece : kathyjem

Berbuka Puasa dengan Family

$
0
0
Assalamualaikum. halo halo.. puasa ke berapa dah ek kita ni??  Puasa hari ke 9 kan??

Buka kat rumah mak memang meriah la kan.. Mak mana reti lauk satu dua, mesti nak 3 4 jenis lauk. Baru sejuk mata mak memandang atas meja makantu.. hahaha Lagi pon kakak dengan abang ipar anak buah semua ada kena la lauk pauk banyak. Anak buah aku tu boleh tahan makannya.

Sebenarnya rinduuu sangat kat blog ni. Awal tahun hari tu tanam azam nak update blog hari2 tapi apa kan daya. Kita merancang yang tentukan tuhan. Sob sob.. dah kenapa ko ni kathy nak sob sobbb pulekkk.. Nanti la ada kekuatan aku story mory dalam ni. Kat blog jugak best nak share segala mak nenek kan.. Kat fb ig tak pueh.

Dah la abis pahala puasa ai bebel banyak sangat ni..kekeke puasa ke tu?? eh lagi nak tanya..kakaka sebenarnya tak la kan... Bendera jepun mai hari tu.. uitt tu pon nak bagitau..ishhhh kathy ni abis la orang tau ko tak puasa. Ate orang pompuan memang takkan dapat full la puasa tu kecuali sekian sekian.

Jom la tengok menu kita berbuka puasa hari ke berapa tah, lupa dah. hahaha Kot2 la korang takde idea nak masak apa, nak berbuka apa boleh tiru menu Kathy ni.


Masa up kat IG Story ramai ingat aku beli Murtabak Paya Jaras. Ni bukan murtabak Paya Jaras, ni beli kat Bazar Ramadhan Kuang je. Abang ipar beli sedap gak..

 Kari ayam mak masak. debaikkk!

 Kuih muih kakak beli.

 Ikan cencaru sumbat kelapaq, pon mak masak gak.

Ni saya beli.. Roti John paling sedap di Kuang.. Kalau korang nak tahu gadis2 melayu tau yang buat roti john ni. Comel2 je adik tu. Selalu orang lelaki kan yang buat Roti John ni. Ni gadis cantik yang buat. Kalau korang lalu Petronas Sg. Plong Kuang. Kedai adik cantik ni tepi jalan je.. Nama kedai tu Roti John Kuang.

Kakak teringin nak minum air kelapa.. Jenuh la mak petik depan rumah. Aku tanya bila pulak mak petik buah kelapa ni? hari tu sebelum puasa katanya. Ooo ingat siang2 hari puasa mak aku pegi petik buah kelapa..hahaha Gemuk2 pulak kelapa mak tanam. 4 biji aku korek isi dia. Yang terbelahkan kelapa tu adik sado aku.. hahaha

Punye la teringin nak makan kuih pelita sekali balik kerja mak buat dah.. Uwaaa bersampan2 makan.. puas betul buat sendirikan. Makan banyak mana pon takde rasa salah..

Ok la tu je nak kongsi menu berbuka kita. nanti ada menu berbuka best2 kita share lagi dalam ni. bye!

piece : kathyjem

Posting Carca Marba

$
0
0
Assalamualaikum.. Salam Ramadhan yang ke 11. Dahhh puasa 11 hari kita ni kan.. Ada puasa bocor ke dah tu?? hahaha boleh geng dengan kita.. Kalau ikut semalam nak update blog tapi dah dok kelam kabut siapkan oder Promo Kaay Simple Raya untuk agen2 customer terus terbantut nak update blog.

Gigih ko ambik gambar sendirian berhad nak oh ohtd punye pasal pagi tadi. Muka pon selenge je masuk ofis. Macam tak kuasa nak melawa pagi tadi sekali dah masuk ofis eh eh macam nak buat video mekap la kat IG Story. Rasa macam dah lama tak up video mekap kat IG since macam2 hal berlaku kebelakangan ni kan. Tapi kenapa nampak tinggi nau angle tu.. Terbayang kalau aku tinggi macam tu.. hahaha Boleh jadi model. (sambil jeling dinding itu)


Pagi tadi sempat snap depan freeze sebab si Afif nak breakfast sekali buka freezer tu dia chocolate ferrero roche penuh dalam peti ais. Nasib baik tak puasa takde la terliur sangat.. kakaka

Untung adik aku, dapat sejambak chocolate ferrero rocher. Siapa la gelpren yang kaya raya tu sampai dapat 2 hadiah chocolate bouquet dengan belon bagai. Bila tanya siapa girlfriend ko tu, kemain senyum tak nak jawab. Jangan mak datin sudah. Sebat bontot tu kang.


Adik bongsu buka dengan kawan2 semalam jadi dia bawa balik kek span. Kata dia kawan2 beli pastu makan tak abis. Bawak la balik dari membazir macam tu.


Macam kek span yang orang dok viral tu. Satu kek span cheese, satu lagi kek span cheese jugak tapi cheese dia letak penuh. hahaha Afif makan dia tak suka, uweekk2 kata dia. Dia suka kek span yang hitam tu.. Aku lak tak suka pahit. Dark coklat kot aku rasa. Eh kantoi makan.. hahaha

Sebenarnya nak story pasal berbuka kat ofis semalam. Tak sempat jadi kita story hari ni. Menu simple berbuka kat ofis. Kemain simple apa nya meriah tu.. hahaha Nachos kebab tu ya ampun sedap betul. Teringat2 pulak tapi jauh kakak aku beli kat bazar ramadhan Wangsa Maju.

Aku request kat kakak aku nak nasi kerabu sekali dia beli vegetarian daaa. hahah lauk tak dak. Boleh kakak aku ingat lauk memang ada dalam nasi tu, patut masa dia bayar tanya dalam hati kena murah sangat nasi kerabu ni. hahaha adoii la kakak aku.. Nasib baik ada nasi beriani lauk daging tu.. Boleh cuit2 makan dengan nasi kerabu vege tu. Kalau tak terkulat-kulat aku makan nasi kerabu tanpa lauk..


Dah abis berbuka sambung balut parcel untuk agen dengan customer punya oder. Alhamdulillah ramai tak nak lepas peluang grab promo set Raya Kaay Cosmetics ni. =)

piece : kathyjem

Saya Nampak Boiboi

$
0
0
Halo halo..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Fuhh loga baru siap kerja Kaay. Kalau ikutkan dah settle kerja Kaay Cosmetics ni ingat nak update cerita Raya. Tapi banyak sangat gambar tak edit lagi, esok2 la kita update ye. Doa mood rajin mengupdate blog ni sentiasa ada ye.. bahahaha Dah kertu2 ni tak sepantas update macam dulo-dulo..

Kita story mory dulu cerita Afif si kitam bucuk mummy anjer anjer ni potong rambut dulu ye.. Harus simpan cerita Afif potong rambut dalam blog mummy.. Esok dah besor biorkan dia nengok muka dia masa kecik berambut panjang macam mana..

Sebab ramai nau ingat dia gegirl kena la jugak potong. Kalau ikutkan mummy lama dah nak potong tapi si nenek banyak kali tahan niat mummy tu..😅 Sampai dah terteleng2 mummy nengok Afif pandang orang, so kali ni nenek kena pasarah rambut cucu dia kena potong walaupon sayang hendak dipotong..hahaha

5 hari sebelum nak raya gigih bawak dia dengan Mekcha potong rambut. Mujur la sampai2 saloon Mimy tak ramai orang. Saloon Mimy ni kat Bangsar. Kiteorang datang tengahari semalam pergghhh ramai giler orang. Mimy suruh datang esok. Saloon mimy ni kalau musim raya memang penuh sampai ke malam. Tak kuasa la pulakkan nak tunggu lama. So datang esok pagi tu. Mujur tak ramai orang esok tu..

Sebelum menjadi boiboi.. hahaha

Sayang memang sayang tapi memenag kena cut pon sebab tahun depan dah nak sekolah. Nak tak nak hujung tahun wajib potong. Daddy dia pon kemurungan tengok rambut anak dia kena potong.. hahaha Sebab dia pon suka anak laki dia berambut panjang macam dia gak. Tunggu rambut daddy dia pulak kena cut.. huuuu tak sabar mummy ko. Sakit mata dah nengok rambut daddy dia macam Rubeus Hagrid (Manusia gergasi Harry Potter)..  *jangan daddy ko baca sudah. larikkkk

 Last Afif potong rambut masa dalam pantang. Sampai la umur 3 tahun baru rambut dia dipotong. Afif jangan nangis tau.. Risau gak dia nangis melalak nanti. Ok mula2 nak start potong dia senyum2 lagi..
Dia dengar je bunyi gunting. Zaazzzz! terus jebek ketakutan..

Sepanjang potong rambut tu dia menangis, takuiittt takuiitttttt.. Sakittt sakitttt.. hahaha Apa yang takut tah. Geli kot Mimmy pengang2 rambut dia.. hahaha Cuak ye dik..

 Nak kasi cut kerinting tu.

 Huit dah macam anak apa je Afif nyorok bawah tiak mummy.. hahaha Ingat nak potong pendek lagi tapi Mimy cakap tak boleh sebab rambut Afif ada curly. Nak buat hair slope lagi la tak boleh. Memanjang kepala dia pusing2. Takper la tunggu hujung tahun nak masuk sekolah baru potong kasi pendek lagi..

 Cak! haa baru la nampak boiboi. Kalau tak orang ingat dia kakak. hahaha

Mekcha pon potong rambut sekali.. Dia buat perangai nak phone main game. Mummy tak kasi buat muka panas la, nak balik cepat la.

 Nak suruh posing 15 saat je pon. Gedix kata panas.. Grrr budak puteri lilin ni. Kasi duduk dalam peti ais kang baru tau. haha

Ok la nak chow balik.. Esok sempat kita story Raya ekkk!! chow chin chow..

piece : kathyjem

Tak Sakit Mata Dah

$
0
0
Dulu zaman bujang selalu datang saloon Mimmy ni buat rambut. Ko cakap la segala tren fashion rambut apa je yang aku tak pernah buat. hahaha Semua dah buat. So dah enjoy puas2 free hair.

Affan hari tu tak sempat nak potong rambut raya. Konon tak nak potong, sayang la apa la. Sekali aku dah tunjuk rambut dia makin nipis kat bahagian tengah tu baru hegeh2 nak pergi potong. Yerla rambut kalau dah melepasi bahu memang akan gugur. Ko jaga la macam mana, pakai la shampoo mahal pon tetap dia akan gugur.

Tu la cakap isteri tak nak dengar kan rambut dah sikit. hahaha Aku awal2 dah cakap dengan dia. "B rambut awak kena cut sikit atas bahu, sebab rambut kalu dah panjang bawah bahu memang gugur teruk".. Dia tak percaya lagi. Dia ingat aku main cakap tu. Sekali aku snap gambar tunjuk kat dia baru dia percaya rambut dia makin kurang kat bahagian tengah.. haaaa baru caya kan.. Yerla orang tak pernah merasa rambut panjang seumur hidup macam tu ler. hahaha

Dah raya baru tergerak hati nak pergi potong. Tu tengah search gambar kat google tu nak tunjuk kat Mimm nak potong style macam mana. hehe

Nak cut style macam ni katanya. Haa apa2 la b janji kemas dan sesuai dengan awak. Bini mu ni jenis tak kisah.. Mula2 tu sakit mata gak tengok dia berambut panjang. Dah la aku ni jenis geli tengok laki berambut panjang. Biar la laki botak dari berambut panjang.. hahaha Tapi try hadam hari2, lama2 ok la mata ni dah serasi tengok Affan berambut panjang.. 😅

Mimy ni cakap je ko nak potong style apa memang sebiji sejiban dia buatkan. Nak rambut Kpop, retis Hollywood semua dia boleh buat. So far sebelum kawen sampai la ada anak 2 ni, Mimy memang tak pernah mengecewakan aku. Kalau korang follow aku dari zaman free hair, rambut cantik kepok2, colour macam2 colour rambut aku tu si Mimy la yang cut..

Budak2 ni tak mandi lagi. Abis breakfast terus ke sini. Tak plan pon nak datang kedai Mimy ni, ingat nak datang hari weekend tapi weekend Affan kerja pulak. Lagi pon ramai orang tegh mood cuti raya mesti tak ramai orang punye.

Nasib la si Mekcha bawak mainan takde la boring sangat menunggu daddy nanti.

Mekcha gigi tu cover sikit. Suka sangat tayang gigi rongak tu.

 Apa tunjuk satu?? nak tambah satu lagi ke? Nampak siku.. hahaha

Sejenis rambut lebat dan cepat tumbuh, Dia tak risau sangat. Kang tau2 dah sebulan panjang balik.

Saloon Mimy depan Bangsar Village. Siapa tak Restoran Mahbub sebelah Cimb Bank ha situ la saloon Mimmy. Hujung sekali.. Siapa nak rambut cantik dan harga pon murah boleh la try kat Saloon Mintz Bangsar. Ooo lupa nak cakap aku pon cut jugak rambut. Aku dengan Affan cuma kena bayar rm45 jer.  Murah kan. Nanti nak datang boleh call nombor atas tu. Cakap follower dari blog Kathyjem.. hehehe Mana tau Mimmy boleh kasi harga murah lagi.

piece : kathyjem

Afif Teman Mummy Ngi Ofis

$
0
0
Sementara nak tunggu Afif bangun ni moh le kita ceriakan blog ni kejap.. hahaha Entry Raya bila nak update tu Kathy.. Dah seminggu ni orang tunggu.. hehehe Ok ok janji dalam dis week Kathy update ek ek..

Tadi sajer bawak Si Kitam teman mummy. Napa panggil Afif Si Kitam? sebab dia gelap sikit dari Mekcha. Mekcha lak nenek dia panggil Si Puteh. hahaha Sian adik Mummy panggil dia Si Kitam ye.. Jahat la mummy ni la. Eh takde la mummy panggil awak 24 jam Si Kitam, kadang2 panggil Si Hencem. 😂

Si Kitam ni kalau bawak dia senang. Tak banyak meragam. Jangan bawak dia keluar outdoor je, kalau bawak outdoor memang kerja asyik mengejar je. Sejenis suka berjalan dan tak takut orang.. Masuk hutan sorang2 pon dia boleh ni. Tapi nampak tempat gelap terus jadi penakuit.

Rasa macam nak ambik pekerja part time la.. Rasa tak terdaya nak buat semua. La ni baru ada masa sikit nak kemas surat2 lama. Ada panggil kakak aku tolong jugak tapi still tak cukup tangan nak kena handle. Rasa macam nak ambik assistant part time la. Ada ke sudi nak kerja dengan Kathy..

Barang mainan Afif pon penuh atas lantai. Tak nak bagi dia boring bawak toys. Tapi bukan lama pon dia main toys tu. Yang dia suka panjat kerusi meja, guling2 atas meja lantai. 💆

Mengenang nasib ke Si Kitam hoii.. hahaha Sat naaa awak tidur dulu, pas bangun ni kita gerak balik ek..

piece : kathyjem

Raya Pertama Ku

$
0
0
Selamat Hari Raya yang ke-22.. hahaha Raya ke 22 baru sempat hapdate kenn.. Sebab dah janji kan kenal la tunai janji.. Nanti kata sis kathy membohong pulak.. So moh ler kita cerita hari raya pertama.. Tahun ni beraya di rumah mertua Kajang.. Tahun depan raya Sg. Buloh pulak. hahaha macam la jauh bebenor Kajang ke Sg. Buloh.. Petang karang la kot baru gerak beraya ke Sg. Buloh. Biasa hari raya pertama rumah Mak mertua memang ramai saudara mara datang beraya.. Silap2 sampai ke malam orang datang beraya rumah Umi.

Kita kasi tepek mak tuan blog punye OhohT raya.. Baju ni last minit 2 hari sebelum raya baru beli. Ramai tanya beli kat mana? Kathy beli kat Butik Losravelda, Shah Alam.. Memang tak plan pon beli baju kat situ. Ingat nak beli kat Jakel. Sekali banyak tak berkenan la kat Jakel.. Baju budak banyak design kureng..

Keluar Jakel jalan2 ternampak butik Losravelda.. Masuk2 eh 90% sale tu.. Wow banyak giler less dia.. Harus rembat sehelai dua dengan baju Mekcha sekali..Berbaloi sangat. Hari tu ada tengok kat Mood Republik baju2 Losravelda ni semua dalam 3++. Yang aku beli ni RM150 jur korang.. hahaha Murah kan.. Sila jeles.. Baju Mekcha baru RM100.. kikiki.. Berbaloi giler..

Tapi yang aku ambik ni size M, besor nak mampuih.. Size S dah abis.. Besok tu terus bawak pergi oter kasi fit ikut badan sikit. Material kain ok la takde la rasa tebal panas sangat..Tudung tu aku dah tak tau nak ikat macam mana sebab baju tu ada reben. Kalau ikat kat leher tak kena sudahnya sumbat je tudung dalam baju.. hahah Baru la molek sikit..

 Menu raya hari pertama di rumah mertua..

 Satay Kajang wajib ada.

 Rendang ayam pon wajib ada.

Lontong pon sama wajib setiap tahun mak mertua masak. Aku dari sehari ke sehari nak buat lontong, memanjang tak confident.. hahaha Resepi tah berpuluh kali tanya mak mertua pon tak jugak buat nye.. Bila tah Affan nak rasa air tangan bini dia buat lontong. Kalau tak sedap abis la kena kutuk dengan Affan.. Sebab tu aku tak confident buat. Dah la Affan tu terer masak.. Kalu dapat laki tak reti masak dah lama dah buat.. hahaha Alasan sangat..

Satay ayam, feveret Afif dan Mekcha.. Mekcha tu dapat makan satay sehari 20 cucuk pon dia boleh. Hantu satay Mek tu, macam daddy dia sebijik..

Ketupat..Takut nak makan.. Aku ni fobia sikit tengok lemang ketupat.. Ingat lemang teringat mengandungkan Raiisah makan lemang sampai tak boleh bangun satu hari.. Sakit perut memulas pening rasa macam nak beranak..

Apa tah nama keropok ni.. Diterbangkan khas dari Indonesia. Bapak mertua bawak dari Indonesia. Aku kalau makan keropok ni tak boleh stop, sedap giler..

 Ok ni cerita raya pulak.. Kitaorang dari rumah sendiri. sebelum sampai rumah mertua, Affan suruh bergambar family dulu. Kang petang2 bergambar takut dah comot. Sebelum on the way nak sampai rumah Umi, Affan ajak singgah taman permainan. Aku pon tak terfikir sangat nak bergambar kat mana..Bila Affan kata taman permainan aku on jer.. Janji ada gambor raya family..

B macam tak kena je ambik gambar raya kat sini.. hahaha Korang tengok la tu pakai tripod stand pon gambar senget..Affan la yang setting ni..

 Haa sini ok sikit. Tengok Si Afif tu sikit punye susah nak suruh dia berdiri. Nak berlari je kerja dia..

 Haa kena pegang dengan daddy baru diam.. Ada uncle tengah jogging masa ni.. Mesti dalam hati uncle tu berkata.. Napa la dorang ni bergambar raya kat playground.. Banyak2 tempat kat playground jugak family ni ambik.. hahaha Lain dari lain uncle baru la unique orang jawa cakap..

 Kakak dan adik..

Ewah Mekcha. suka dia dapat pergi playground..Tak pakai cantik tak boleh nak berlari sangat.. Abis comot kang..

Baju Mekcha ni pon kalau ikutkan besar, pon macam mummy gak kena oter.. Dia darjah 1 tapi pakai size budak 6 tahun. Jenis bentuk badan kecik.. Macam mummy kecik molek.. eh..hahaha

Adik dalam ni adik nampak putih la..

Gambar suami dengan kita wajib ada..Tahun lepas Affan outstation, raya kat Dhaka. Mujur tahun ni dia tak kena terbang mana2.. Dapat jugak beraya dengan dia.

Gambar raya dengan family mertua..Tengok Affan muka gelap kaki putih.. Sian dia makin gelap.. Affan ni kalau ikutkan putih macam Mekcha tu.. hahaha

Anak2 sibuk dengan satay.. Lagi2 Si Kitam Afif tu. 24 jam pegang satay.. Suka nau dengan satay kajang..

Tengah bergambar raya dengan mertua sekali kakak ipar sampai.. Kagum dengan kakak ipar aku , makin kurus la dia.. Dia cakap cut sugar terus, nasi pon makan sikit2 je dan rajin senaman buat aktiviti bersukan..Ooo patut kuruihhh..

Kakak ipar aku ni sejenis macam aku sebelum ni..Makan nasi tak 2 3 kali tambah tak sah.. hahaha Sekarang ni makan segenggam jer, lebih segenggam tak lalu dah cepat kenyang.. Mungkin size perut dah kecik kot..mehehe

Umi lanjer cucu2 Klang makan pizza..

 Aku dah melantak macam2, tengok piza pon jeling2 jer.. hahaha

Tengok gambar ni lupa pulak nak bergambar semua dengan kakak ipar, abang ipar mertua semua tu..Haishhhh macam mana leh lupa ni..

Ok tu je cerita raya kita.. Simple je.. Raya Sg. Buloh pon dah malam dah comot..Tak ambik gambar pon.. Abah dengan Mak dah tukar baju raya, tak seronok pulak nak ambik gambar raya. Masing2 pon dah penat.. Ok la tu je cerita raya Kathy.. 😊

piece : kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live