Quantcast
Channel: kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live

Comot, Celemuih dengan Manjers

$
0
0
Sebelum lupa entry makan ketam mari la story mory dalam blog..Kebetulan Eira dapat voucher Grab Factory ni, harus la kena belanjer manjers makan kan..hehehe kalau nak makan sendiri idok ler teman mahaii..hahaha

So berjumpa la kami di The Curve sebab nak naik satu kereta dengan Eira..Pompuan tu sudah ada kereta bau..harus la kena cium bau kereta baru..tu pon gigil2 Eira masa aku dengan Yana naik kereta dia..nerves ye manjer..hahaha Aku dengan Yana park kereta kat MRT..Senang naik satu kereta dengan Eira..tau je la parking area PJ macam mana..sikit punye payah nak cari parking kosong..Eira pon gigil2 nak masuk parking..maklum la kete baru, size besor sikit..takper manjer mula2 je, lepas ni zazzz zuuuzass sebelah tangan je ko nak masuk parking..

Dua2 jakun naik MRT..

Tak ramai orang boleh la posing..kalo naik LRT macam ni, mau orang jeling2 tengok ko..ko dah kenapa pompuan, baru jadi warga Malaysia ker, beria sakan ambik gambr dalam LRT..hahaha..tu kalau naik LRT la, MRT baru lagi takper dimaafkan.. >_<

Naik kereta baru Eira..ermmmm bau kete...ahkak shukeee..keke

Bila naik kereta Eira terus mengimbau kenangan zaman muda remaja..kalau ingat balik, kiteorang dulu naik kereta Eira la kalau nak mengenyeh, nak berkarok, nak bershopping..tak pon naik kereta kancil Yana warna merah..Eh kancil Yana warna merah tu ada lagi tau..elok molek je park depan rumah Yana..manjer apa kata suatu hari nanti ko bawak kereta kancil tu ronda2 KL, jommm...hahaha..baru betul2 mengimbau kenangan naik kereta ko tu..

Kalau ingat zaman tu, kami tak mampu nak makan tempat mahal2..paling hebat pon lepak Rasta TTDI..dulu Rasta TTDI murah, sekarang teh tarik pon kat 3 hengget..mencekik darah betul makan kat situ sekarang..eh lama kan kita tak lepas Rasta kan manjer..

Eira kata nak pergi jalan2 cari makan tempat jauh sikit pon boleh..wahhh syok tu dengar..Jom manjers kita Penang, cari tempat makan best kat sana pulak..

Dah sampai Crab Factory..Eira pernah makan sini so dia je la yang oder..aku dengan Yana angguk je ok, janji sedap..

Yes, korang patut cuba makan di sini..yang tentunya sedap dan boleh tahan gak harga dia..hahaha makan ramai2 syok la, kalau sorang2 jenuh nak abis..

Kami oder sotong goreng dulu, ada rasa spicy ..

Bersiap sedia la comot, celemuih lepas ni..

Makan sini takleh cover ayu..nak control ayu sila tapau makan di rumah ye..kalau baru bercinta makan sini masak weiii..

Tenkiu Eira belanja aku dengan Yana makan..moga murah rezeki ko manjer, suka belanja kawan2 makan..^_^

Mari kita kepakkan tangan dia..

Best pulak makan comot2 macam ni..first time dapat makan macam ni, selalu tengok orang post makan sini kata menarik dan sedap..makan sampai terpelanting kuah sambal kt baju walaupon dah pakai apron plastik..

Comot abis..Eira dah macam mak2 bagi anak makan..aku dengan Yana tadah mulut je, malas nak kopek ketam..boleh macam tu..

Setelah berpantang selama 100 hari untuk tidak minum ais..akhirnya minum ais jugakkk..syurga rasa dapat minum ais tapi sendiri mau ingat la lepas tu perut rasa macam mana..rasa tak best..balik rumah laju2 minum air suam balik..

Ni cendawan goreng..tak abis pon, rasa muak pulak cendawan goreng masak style macam ni..

  eh asal gambar ni kat bawah pulak..

Kemain staff kat sini ambik gambar kitaorng..ye bang tau nk tunjuk signboard Crab Factory sebesar itu..orang nampak bang, jangan risau..ahaha

Ramai tanya baju kita pakai ni beli kat mana? poplook je awak..

Eira nak cari baju untuk dinner Seqy..sekali tak jumpe yang berkenan, maka berkopi la kami di OU..

piece : kathyjem


Robi, Robot Paling Famous dan Bijak Di Dunia

$
0
0
Daddy Raiisah dari hari tu nak beli robot Robi ni untuk dia..Bila tahu daddy dia dah beli Robi kemain happy tak terkata..Kejap2 Raiisah tanya, bila Daddy nak pasang Robi ni mummy..al maklum la daddy dia dah kerja jauh ni kena la tunggu hari daddy dia cuti baru leh pasang Robi ni dengan gembira..Robi ni apa?? haa mesti korang nak tahu apa Robi tu kan..bawah nanti aku explain sebab Robi ni memang best untuk main dengan anak2..Bagi minda anak kita berkembang sambil berfikir giteww..

Mekcha yang excited tak sabar nak main dengan Robi..Ada 8 step semuanya..Ada 8 issue dalam Stage 1 (70 issues semuanya).

Dalam kotak ni semua ada, macam mana nak pasang, apa fungsi Robi ni..korang ikut je step yang dorang bagi dalam kotak ni..

Step 1..

Step 2..

Step 3..

Step 4..

Step 5..

Step 6..

Step 7..

Step 8..

Setiap kotak akan dapat macam ni..

Robi ni adalah sejenis robot bestselling humanoid robot di dunia..Dia boleh berkomunikasi dengan manusia, dengan hanya menyatakan emposi melalui warna matanya jer..Dia boleh bercakap, menyanyi, menari dan mengawal peralatan dalam rumah..Perbendaharaan kata yang luas lebih daripada 250 frasa, menyediakan tahap yang mendalam tentang interaksi manusia dengan robot. Robi boleh bercakap dalam 3 bahas tau, Manglish, English dan Chinese.. Ia direka oleh ahli-ahli sains robotik yang paling terkemuka di dunia iaitu Profesor Takahashi..

Aololo homei hangat kalau Robi kecik macam ni..hehehe Ni sample rupa Robi yang sebenar..

Mujur daddy ada, kalau suruh mummy kau pasang Robi ni sampai ke sudah tak siap..hahaha

Setiap kali daddy dia bukak kotak, setiap tu la Raiisah tanya daddy dia.. "Ni apa daddy", "Daddy robot ni apa daddy", "Daddy nak main robot daddy"..hahaha..Jenuh daddy ko nak explain satu persatu..Raiisah memang suka permainan robot ni sebab tu dia teruja abis bila tau daddy dia nak start pasang..

Adik ni apa?? Ni robot adik..macam la adik kau faham kan...hehehe kakak oh kakak..hahaha

Ececece adik, dia pon khusyuk tengok daddy dia pasang Robi..tunggu adik besar ye dik, Robi ni bakal jatuh ke tangan adik pulak..hehehe

Apa itu Robi??

Ukuran: Tinggi: 34 cm - Berat: Lebih kurang 1kg.

• LED Light-up: terbina dalam LED membolehkan mata dan mulut Robi untuk bertindak balas terhadap kata-kata dan pergerakan. Matanya boleh bercahaya merah, kuning, hijau dan biru, manakala mulutnya akan mengeluarkan cahaya merah.

• Speech-recognition Board: Robi mempunyai  pengecaman pertuturan canggih diprogramkan untuk memahami frasa yang berbeza dan membalas dengan sewajarnya. Versi Malaysia akan dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris, Bahasa dan Cina.

•Microcontroller Board: Lembaga pengawal mikro berprestasi tinggi mengawal fungsi penting seperti gerakan dan reaksi Robi ini.

• Speaker: dada Robi ini termasuk speaker kecil untuk jawapan yang diucapkan beliau.

• Modul kawalan jauh: Mengeluarkan isyarat inframerah seperti kawalan jauh untuk set TV.

• Motion Sensor: sensor gerakan Robi ini mengesan kehadiran manusia dan akan bertukar mukanya sebagai tindak balas kepada pergerakan.

• Servo Motors: pergerakan Robi ini dikawal oleh seramai 20 servos. Mereka menggunakan sistem arahan Robi-servo untuk memastikan pergerakan yang lancar, dan mempunyai mudah, sambungan pendawaian teguh.

• Dual-purpose ‘Scarf’: cahaya biru fungsi ‘Scarf’ Robi sebagai pemegang yang mudah untuk mengangkat tanpa kerosakan pada tubuh dan internal wiring.

• Timer: Robi boleh mengira detik jumlah ditentukan minit, dan memberitahu anda apabila masa tamat.

Cleaning: Robi boleh menggunakan kakinya untuk menggilap permukaan meja atau permukaan lantai yang keras.

• Security Setting: Robi boleh meminta kata laluan dan bertindak balas dengan amaran jika dia mendapat jawapan yang salah

• Games: Robi tahu bagaimana untuk bermain pelbagai permainan, termasuk 'bola sepak' dan kuiz.

• Battery Charging: Apabila bateri Robi ini mula low, dia akan berkata 'saya lapar' untuk beritahu kita. Kemudian kita akan hidupkan charging seat, so Robi can start to recharge.

Abis dia pusing2 kepala robot tu..Robi ni jenis tahan lasak..Korang boleh cari Robi di 7-Eleven, Borders, Cold Storage, Hamleys, Jasons Food Hall, Kinokuniya, Mercato, MPH, myNEWS.com, Pansing, Popular, RadioShack, Times, WHSmith, pembayaran FPX (melalui laman web).

Kalau korang nak maklumat mengenai Robi ni dan pertanyaan boleh call number 03-2168-3738 (Isnin hingga Jumaat, 9am - 6pm) atau Email: service@deagostini.my.

Korang boleh datang dan tengok secara live launch event and roadshow dari 10-12 Mac 2017..10 Mac adalah date launch event pada pukul 11 pagi..Fun & Interactive launch Gambi iaitu 100 Robi akan perfom dan menari..Ibu bapa boleh bawak anak2 sebab ada hadiah best2 dari Robi dan juga berpeluang berinteraksi dengan Robi secara dekat..So nanti bawak anak2 dapat ke One Utama ok..

Jom layan video Robi ni dulu..


piece : kathyjem

LIPMATTE PERTAMA DI MALAYSIA YANG SEJUK SELEPAS DIPAKAI & BERBAU COKLAT

$
0
0
Alhamdulillah Kaay Cosmetics sudah mengeluarkan lipstik iaitu lip Matte..berangan mak jenin aku dengan Yana nak ada lipstik jenama sendiri..akhirnyaaaaaa.. *Lompat kangaroo sikit..hahaha

Walaupun lambakan macam2 brand lipstik yang ada di pasaran sekarang ini tidak mematahkan semangat aku bersamaYana untuk menghasilkan dan mengeluarkan lipstik jenama sendiri yang di cipta khas untuk awak-awak yang mempunyai bibir sensitif..gitewww mukadimahnya..hahaha

Yerla awak bukan la nak cakap apa, kadang-kadang lipstik Matte ni kena tengok bahan-bahan dia..tulis pung pang pung pang tak sensitif la, bibir tak kering la, merawat bibir la, macam-macam la, alih2 lepas pakai bibir merekah teruk..yeee ahkak pernah kena la berani cakap..sebenarnya susah nak cari lipstik Matte yang tak mengeringkan bibir..sebab tahu masalah ni sering berlaku dekat aku dengan Yana so tercipta la Kaay Matte Creamy!

Nanti aku share dengan korang apa kelebihan Kaay Lip Matte ni dengan lip matte yang ada kat luar sana tu..

Sebelum tu layan dulu colour-colour Lipstik Kaay Matte Creamy ni dulu..

Cantik2 kan colour lipstik Kaay Matte Creamy ni..Untuk permulaan kami keluar 3 colour dulu..In Sha Allah coming soon kami akan keluar lagi colour-colour menarik, tertarik, tergoda gitew..hehehe..

Siapa suka pink boleh pakai Roserberry, siapa suka ala2 natural tapi tak nak nampak macam pakai lipstik, pastu nak melawa pagi2 pergi kedai mamak jurr tapi tak nak nampak muka macam tak mandi boleh la pakai Caramel..Siapa suka menyerlah, ala2 bibir mungil Kylie Jenner boleh pakai colour Red Velvet..

Yang penting lepas pakai mesti akan rasa nak makan sebab Kaay Matte Creamy ni ada bau cokelat & dan rasa peppermint yang beri rasa sejuk kat bibir selepas pakai..yes LIPSTIK RASA SEJUK YANG PERTAMA DI MALAYSIA..tidak ada lagi lipstik Matte yang berasa sejuk selain Kaay..gitcheww..kalau ada ehemm ehemm.. =D

Psttttttt!!! ni yang sebenarnya nak bagitau korang ni..kelebihan lipstik Kaay Cosmetics dengan brand-brand di luar sana tu..

💋 Memberi kesan lembab dan tahan lama.. Walaupon dah makan, lipstik tetap ada di bibir..

💋 Bau harum sher butter dan rasa sejuk..lepas apply terus bibir rasa seram sejuk..hahaha

💋 Tak mengeringkan dan tak mengelupas..yer memang tak mengeringkan, jangan risau bibir tak akan bengkak jadi lebam & hitam..

💋 Merawat bibir merekah dan sensitif..

💋 Terdiri daripada bahan semulajadi seperti Sher butter , Virgin Coconut Oil , Argan Oil , Seed Oil & Peppermint.

💋Wudhu Friendly & Mudah dibersihkan.
(Hanya guna wet tissue ajer).. Ni aku sangat titik berat bab pakai lipstik matte ni, sebab pernah beli brand oversea, banyak giler kot aku borong sekali nak basuh bawa solat ya ampunnn sikit punya payah nak sental..dah sental pon masih ada lagi saki baki tepi2 bibir..sebab tu Kaay Matte ni kami keluarkan senang dicuci walaupon dia matte..takde la ambik masa yang lama nak tonyoh bibir tu kan..

💋 Tiada Alkohol & pewangi kimia.

💋 Tiga pilihan warna : Red Velvet / Caramel / Roseberry

💋 Lulus KKM dan Halal

Bawah ni testimoni yang dah guna Kaay Matte Creamy..

Alhamdulillah baru launch seminggu lebih sambutan sangat-sangat unexpected..mana yang oder satu pcs mesti repeat oder lagi satu kan kan kan..hehehe bestkan..giler tak best, pakai2 terus bibir jadi Scarlett Johansson tau..siapa tak nak..matila nak puji produk sendiri..larikkkkkkk!

Meletop top top bibir2 ahkak-ahkak kita ni lepas pakai Matte Creamy Kaay..

Caramel, Roseberry & Red Velvet..mana pilih korang?? yang best lipstik Kaay ni korang boleh mix kan antara ketiga-tiga colour ni..

Red Velvet mix Caramel..

Caramel mix Roseberry..



Jom layan video Kaay Matte Ceamy ni!

Harga Rm35.00 (Sekarang ada promosi, beli 3 pcs RM99)
*tidak termasuk postage

Whatsapp 011 28811281 untuk oder!

piece : kathyjem

Ragam Afif Uthman

$
0
0
Lama tak cerita adik kat blog mummy kan..lately ni mummy kebusian..tak sempat nak update blog..balik kerja sampai rumah dah maghrib, lepas mandi susukan Afif, sembang2 dengan Mekcha zasss sambung part time Kaay..memang tak sempat la nak update blog..tu pon kadang2 tak sempat buat kerja part time Kaay..tak sempat hari ni sambung esok pulak..gitew la orang bekerja fulltime makan gaji ni..

Aku ni jenis tak suka kerja tangguh2 kalau boleh selesai hari ni, selesaikan jugak, kalau tak sempat baru sambung esok..kalau boleh nak buat semua hari tu tapi kekangan masa pulak..Hey! kathyjem nak berjaya jangan nak bagi 1000 alasan boleh tak..hahaha ok2 cakap kat diri sendiri.. =P kita macam tu la, baru kerja lebih sikit dah bising merungut, ce tengok usahawan2 berjaya macam Vivy Yusof tu,  tengok komitmen dan kerajian dia macam mana..mampu tak nak ikut macam tu.. *tak mampuuuu dik T_T hahaha 

Tapi aku dah set, se-busy macam mana pon at least seminggu 2 or 3 kali blog kena jugak update..kalau ikutkan hari2 nak update weiii..tapi apa kan daya..sayang nak tinggalkan dunia blog..blog ni tempat aku luahkan apa yang terbuku dihati, share dengan korang2 semua, dapat ramai kawan2 walaupon tak pernah berjumpa..kalau boleh buat, dah lama belah badan ni jadi dua orang senang sikit..hahaha 

Afif pon dah nak masuk 5 bulan..sekarang ni lain maciam sikit dia punye perubahan..takde la maciam sangat..perubahan biasa untuk budak2 baya dia..hihihi

Afif sekarang dah pandai mengiring..macam pagi tadi elok je aku abis gosok baju tau2 dia dah meniarap dengan angkat2 bontotnye sekali..penuh hingus kat mulut tangan..padahal elok je dia baring main2 jari dia..Afif kalau meniarap hingus mesti keluar..napa ek macam tu? Raiisah dulu takde pulak macam tu..

Hari tu demam kejap..demam nak beralih bulan mak kata..Afif kalau demam aku mesti tanggalkan baju, pakai pampers jer..bagi suhu badan turun..makan ubat hari ni esok tu dah baik..demam nak pegang toys ye Afif..

Afif kelmarin kena gigit nyamuk..balik kerja terkejut tengok dia penuh gigitan nyamuk kat muka..mak kata pagi tu mak bawak dia keluar, teman mak berkebun belakang rumah, takde pulak kena gigit nyamuk sebab mak pasang kelambu, dia dok dalam stroller..tidur dalam buaian kena gigit pulak dgn nyamuk..alahai nyamuk suka cium Afif yer..

Sekarang kuat menyusu..sampai hari tu mak call, suruh beli botol susu baru yang besar sikit..Afif tak boleh dah minum botol susu baby yang 4oz, memang tak cukup..mak buat 4oz, nangis2 nak susu lagi, kena tambah 2oz baru cukup..omg anak!!! 6oz awak minum..baru 4 bulan lebih tau..mengadu kat Affan, Affan cakap dia ikut saya la kuat susu..saya masa baby botol semua besar-besar..hahaha yeker..baru ku tahu..ikut daddy dia rupanya kuat susu..hahahaha Raiisah dulu baby takde kuat pulak menyusunya..yerla baby boy kan memang la kuat menyusu nye..

Next week nak bawak Afifi suntikan imunisasi.. :)

piece : kathyjem

Kerana Ibu Jangan Sampai Buang Isteri – Pesanan ‘Win’ Ibu Kepada Anak &Menantu… Beruntungnya!

$
0
0

Bukan mudah nak mencapai kata sepakat dalam kehidupan berumahtangga, jika tiada persefahaman dan toleransi, masalah lain pula yang akan timbul. Lagi tambah memburukkan keadaaan apabila mertua tinggal sebumbung dan mencampuri semua urusan anak.

Di facebook, wanita ini kongsi pesanan ‘deep’ ibunya kepada semua. Memang terbaik. Alangkah beruntungnya jika semua mertua macam ni kan…

Repair dulu, rosak repair lagi..


Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tak terluka

sumber : Nurulbadiah Lai

*copypaste dari Oh Bulan 😊


Adik dah 5 Bulan!

$
0
0
Salam semua..hari ni Afif Uthman bin Affan sudah 5 bulan..Terima kasih Allah! Pagi tadi bawak dia pergi cucuk kat Klinik Kesihatan..Syukur tak ramai orang pagi tadi..maybe hujan lebat dan cuti sekolah sebab tu la kot tak ramai orang..Settle hal adik bawak kakak pulak pegi klinik ambik ubat sebab dah 2 hari mekcha demam, risau la pulak kan..dah la tengah musim demam sekarang ni..doktor check suhu badan dia tak panas sangat, cuma kena pantau waktu malam je la, dia kalau malam suhu badan naik..nak tido pakaikan dia seluar pendek dengan baju singlet jer..

Ok sambung adik pulak, hari tu cucuk tak menangis, tadi menangis sikit..berat badan pon dah naik 7. 2 kg..patut la dukung makin berat naik satu kg upernya..baju pon banyak dah singkat..hujung bulan ni ada expo baby nak cari baju untuk dia..mummy suka cari baju kat expo baby sebab murah2 dan cantik..hehe..tapi kena pandai pilih la..

Ni la dark choc mummy, si hitam yang berisi..kadang orang confius tanya boy ker girl..celah mana pulak gegirl kan dik..terang tang tang muka boiboi betul, baju pon pakai boiboi, takde kot muka pompuan..hahaha pon orang tanya lagi..

Patang orang sergah dia, mesti senyum sampai ke telinga..tapi sekarang Afif dah jarak membuang  la..kenapa ek?? ke sebab dia menyusu badan..Raiisah dulu kerap gak berak baya2 ni..yang adik ni dah besor kurang pulak.. nak kata tak minum susu sangat..satu botl 40z abis dia minum..tu belum menetek lagi, sampai kempis dia buatnya..hahaha

Tapi aku baca2 normal kalau budak menyusu badan 2 3 hari tak berak tapi kalau seminggu tu tak membuang kena ambik serius la..Dah pandai angkat bontot kalau meniarap..kepala pon dah pandai angkat kalau baring..kalau baring atas tilam kekabu tu pon boleh tergolek sampai menangis..tilam kekabu tu kan macam tinggi sikit sebab tu biar dia baring atas comforter nipis..

Eh tengok gambar bila la up entry pegi Melaka kan..hehehe

Happy 5 months Afif Uthman..membesar dengan sihat ye sayang mummy..Mummy & daddy luv u!

piece : kathyjem

Percutian ke Melaka dengan Manjers (part 1)

$
0
0
Lalala akhirnya update jugak entry Melaka ni..Pergi hujung bulan 2, nak masuk hujung bulan 3 baru up dalam blog..Ko dah kenapa Kathy malas benor nak update blog sekarang ni..ehhh tak malas tau cuma kekurangan masa je..kakaka..alasan apakah ni??

Ok2 berbalik pada cerita Melaka ni..so berjanji la kami jumpa di RnR Seremban..al-maklum jarang jalan jauh tanpa suami sampai tersesat-sesat aku tau..Yana dah bagitau jumpe kat RnR Seremban..dalam kelapa dok teringat Eira kata Lebuhraya Seremban..aku pon set la kat waze Lebuhraya Seremban, sudahnya dia bawak aku masuk Nilai, Sepang semua tu..dah ke mana perginya..sampai masuk la pekan Nilai semua tu, sikit lagi nak sampai kerja Affan..hahaha

Ni pon cuak2 gak nak drive jauh tanpa Affan..tawakal je la..Kerja Affan sekarang ni shift..bila aku kerja dia cuti, bila aku cuti dia pulak kerja..memang dah jarang jumpa dia..kalau nak ikut timing dia cuti tak dapek la..plan nak pegi Melaka ni bulan 3 sebenarnya tapi Eira pulak nak pergi Umrah..so kami decide pergi bulan 2..

Sorry manjers lambat sampai..jumpa manjers terus stop jap bagi Afif menyusu..kesian kenit tu kelaparan..

Bermula la perjalanan kami ke Melaka..dalam 1 jam setengah jugak sampai Melaka..tu pon aku rasa macam lama benor, rasa macam nak pegi ke Perak..hahaha

So kami lunch di Ee Ji Ban Chicken Rice Ball..Yana teringin nak makan kat sini..aku dengan Eira layankan jer..teringin gak nak makan Chicken Rice Ball yang ramai cakap sedap sangat ni..aku tahu ni pon tengok Hanis Zalikha makan kat kedai ni..

Sampai2 je si Afif menangis macam nampak hantu..pujuk2 tak jalan..sudahnya aku lari ke kereta bagi dia susu..pon sama tak nak gak..adalah kat 5 minit dia menangis tak nak menyusu..selalu kalau dia menangis aku sumbat susu dia terus diam. ni tak menangis beria-ia macam kena dera jer..

Keunikan makan kat sini ialah nasi ayam dia jer..nasi tu di kepal2 kan, yang lain macam nasi ayam yang biasa kita makan tu ada sup, kicap, sos & roasted chicken..Nasi bulat seketul tu 40sen..so kena la oder banyak2..takkan nak makan seketul tu je kan..hahaha memang tak kenyang la..size nasi bulat tu lebih kurang macam fishball, besar sikit la dari fish ball..tapi macam tak puas la makan nasi kepal macam ni..bagi aku better nasi ayam biasa kita makan tu, lagi puas..

Roasted chicken..

Kangkung masak apa tah tak sure pulak..sedap gak..Masa dorang tengah makan ni, aku tengah menyusukan Afif..

Udang & sotong masak petai..2 set dorang oder..1st oder tu ada petai, second oder takde pulak..ok la sedap gak..Total makan semua ni RM168..terkejut oden dengor..mahal gak kan..standard la makan kedai macam ni, takde la murah sangat pon..boleh la..

Makan kenyang2 pastu laju2 menuju ke hotel..

Ini budak bikin mummy & nenek cuak je..sampai depan kedai nasi ayam terus melalak macam kena dera..cuak mummy tau..adik nampak apa dik?? yerla dia tak pernah berjalan jauh..mungkin tak selesa dengan suasana kedai tu ker..ni kira first time la ni Afif berjalan jauh..berjalan jauh tanpa daddy pulak..bertabah la mummy oii..hehe

Kebetulan aku park kereta depan kedai mamak..balik dari makan nasi ayam tu mak singgah beli nasi untuk Raiisah, takut dah sampai hotel Mek ni lapar pulak..dia biasa la time orang makan tak nak makan sibuk main..kang dah sampai hotel sibuk mencari nasi..nenek tapau siap2..

Dekat petang gak la sampai Gold Coast Melaka International Resort ni..masuk2 wow besar gile apartment kiteorang ni..ada 3 bilik tapi 1 bilik tu depa kunci..yang boleg guna 2 bilik je..

Ni second room..room yang ke 3 dorang kunci..

1st room ada dua katil..ok la besar gak, tapi katil tu bangun berbunyi2 spring dia wehhh..hahaha

 bilik air..

Ruang tamu, besar sangat..family ramai bawak bercuti kat sini memang meriah la..

Mak tengah busy dengan phone..Zura call masa ni..

 Sian Afif ye..kepenatan ye..

Petang tu tido, lepak jap, lepas maghrib terus siap untuk dinner..mandi pool besok je la kakak..hari ni kita mandi bathtub.

Adik pon ada bathtub kan dikkk..hehehe elok diam je mandi dalam sinki tu..nanti dah besor sikit boleh join bathtub dengan kakak..kakak ko kemain mengekek tengok adik dia mandi dalam tu..

Sebelum nak bergerak pergi dinner, borak dengan atuk dulu..semenjak whatsapp ada video call, hari2 la video call dengan atuk..selalu dengar suara atuk je..bila la dapat jumpa dengan atuk ni kan..

Kami dinner di Big Nyonya..Eira dengan Ciput pernah makan kat sini..dorang kata sedap, so harus la aku dengan Yana mencuba..

Sedap sangat ke tu Yana..hahaha..Sebelum makanan lain sampai Eira oder cendol..aku dengan Yana rasa sikit..sekali tak boleh tahan kesedapan cendol tu, maka aku terus oder semangkuk..

 Sedap weiii..cendol santan..layannnn

Ikan siakap masak asam pedas..perghhh! terbaik kot kuah asam pedas dia..kedai ni pernah masuk program Jalan-Jalan Cari Makan..

 Telur dadar simple macam ni je pon, ponnn sedap..

Bendi masak cili..

Sambal cili..

 Daging masak kurma..lauk ni je la budak2 boleh makan..yang lain semua pedas..

Anak2 Eira semua dah mengantuk..

Raef pon mula2 tido dalam kereta..Yana makan dulu..Shah tunggu Raef dalam kereta..sekali dah elok Yana nak makan Sha bawak Raef, sebab dah jaga..

Pandai mintak air milo..Rambut pon dah macam pompuan apa je..hahaha..ni sampai bilik confirm tido terus ni..tadi dalam perjalanan nk ke sini tido jap..

 Alhamdulillah semua kekenyangan..malam tu takde buat aktiviti apa pon..anak pon semua dah mengantuk..

Tenkiu manjer Eira bawak kami tempat ni..

Mujur mak ada sekali..kalau aku handle sorang2 anak dua macam ni, terkangkang2 aku rasa..hehehe

 Yun jugak bagus..dari mula sampai, sampai kiteorang abis makan, dia sedap je tido..

Para suami..ok sambung next entry besok..Afif dah merengek nak tido..niteeee...

piece : kathyjem

Percutian ke Melaka dengan Manjers (part 2)

$
0
0
Bersambung cerita kita ke Melaka dengan manjers..so hari ke dua tu bangun macam biasa..Mekcha bangun dengan keriangan gelak ketawa sana sini. nampak handphone terus capai tengok phone..

Pastu adik pon join la sekali walaupon tak mengerti lagi..

Pastu terus whatsapp Yana & Eira tanya dah bangun ke belum..Eira dengan family dia tak join breakfast sebab pagi tu Ciput tapau Roti Canai Kayu Arang..siap tapaukan untuk kami lagi..tenkiu Ciput..

Muka tak mandi..hahaha yerla buat apa nak mandi, kejap lagi kan nak terjun pool..

Budak tak sabar nak mandi pool..breakfast pon tak nak..kena paksa gak dia makan..last2 makan koko krunch jer..jadi la dari tak makan kan..yer mummy tau awak tak sabar nak terjun pool..sat naaa..kasi mummy kenyang dulu..jap lagi makanan ni nak bagi kat adik..hehe

Mummy pon tak sabar nak bawak dark choc mummy ni mandi pool..harap2 adik tak menangis la yer..kakak ko baya ni melalak takut mandi pool..

Faham orang ramai..pinggan bertukar cawan pon ok jurrr..

Air tangan nenek la adik membesar sihat dalam gambar ni..tenkiu nenek..esok Afif dah besar tak dengar cakap nenek siap la, hari2 nenek basuh taik Afif tau..hehe

Selesai makan laju2 balik ke hotel tukar baju..Raiisah jangan nak serius sangat ek..ce sabor sikit, sat lagi terjun la puas2 dalam pool tu..budak2 kan selagi tak nampak pool depan mata, selagi tu tak senang duduk..

"Mummy saya di mana ni?" kata adik..

Hi adik,  you look so serious?? whyyyy takut kah??

Haaa kan homei henyum macam tu..gambar dulu ye adik sebelum kita kebushhh dalam pool..

Kakak pon dah berani..Raiisah dah masuk 5 tahun tau baru berani mandi pool..kalau mana yang mengikuti perkembangan Raiisah mesti tau Raiisah ni penakut mandi dalam pool macam mana..

Acah2 penat..hahaha padahal rendam kaki jurrr..Eira dah basuh kuyup bawak anak2 dia mandi..

 Leehhhh tidur pulak dia..

"Mummy saya jadi shark".. Shark dia tak berdiri tepi kakak, dia kena berendam kat tengah2 tu..

Keisha berani naik terowong ni..aku suruh Raiisah naik benda alah..errmmm jangan harap la dia nak naik..dia mandi dalam ni pon aku sujud syukur..

  Dah nak masuk tengahari orang pon dah tak ada..

Lengang, semua dah naik..Raiisah tu menangis tak nak balik..dia kalau mandi pool sampai besok pagi pon dia boleh..hahaha dah berani kan..

Tu dia sinaran cahaya matahari, terus muka k-pop..Raiisah dah kepenatan sebelah tu, nampak..ni kompem sampai kedai makan dia tidur lena..

So tengahari tu kami lunch di Asam Pedas Selera Kampung, kedai dia hujung sekali..Ni Yana yang cari kedai makan ni..ramai cakap makan tengahari kat sini sedap..kitaorang pon sampai dalam 3 lebih macam tu, orang pon tak ramai sangat dah..aku rasa datang tengahari ni sure berdiri tunggu seat kosong..tapi tu la datang lewat lauk pulak banyak dah abis..

 Semua sedap la..murah makan sini..

Lepas makan kami jalan2 bandar Melaka..Eira tak join kitaorng, dia bawa anak2 naik River Cruise..aku dengan Yana tak dapat join sebab masing2 bawak stroller anak..celah mana pulak nak sumbat stroller atas boat tu..

  Singgah makan cendol sambil layan River Cruise sebelah tu..takper tunggu Afif besar sikit boleh bawak dia dengan Raiisah naik boat..

 Time Afif tidur masa ni..Mekcha lak tak bagi adik dia tido dalam stroller tu..stroller dia katanya..mummy lak lupa nak bawak stroller kakak..

 Berminyak2 dah muka masa ni, panas giler..mujur tepek DD Cushion..terus glowing2 muka dek sinaran matahari di muka..ayat apakah ini?? hahaha

Ramai pulak rombongan orang cina masa ni..kiteorng ambik gambar sekeping dua pastu terus laju2 balik ke hotel..Yana nak bawak Raef mandi pool sebab pagi tu Raef tak sempat mandi pool..

Nenek dan Afif..malam tu kami tak keluar pegi dinner pon sebab masing2 kepenatan..Masa lunch tu mak tapau lauk untuk dinner, takut malam Mekcha minta nasi..hujan lebat pulak malam tu memang tak la kan nak keluar..Eira pulak siap2 dah tapau Mcd petang tu..Yana jer la tak tapau apa, makan biskut cica teh je malam tu..

ok esok update last day di Melaka.. :)

piece : kathyjem

Lepaking dengan Geng Lama

$
0
0
Semalam jumpa kawan lama Zarina, bertudung pink..Ya Allah jumpa2 dah mengandung nombor 2 rupanya..punya lama tak jumpa ko..senyap2 je ko babe mengandung nombor dua dah..Nora pon geng lama gak, kami dulu satu department Corporate Com.. Zarina & Nora satu unit, handle bahagian event..

Memang aku dengan Zarina kepala kitaorng gile2 masa tu..asal bergosip je gelak, asal gelak je bergosip..hahaha...aku dulu kalau boring  mengadap pc lama2 pegi tempat dia hilang stress..Zarina ni mudah terhibur..ada je idea nak bagi orang gelak ketawa..uwaaa rindukan babe zaman kegemilangan corporate com.

So plan la kami berjumpa di Bangsar Village..

Bila lama tak jumpa mula la cerita dari zaman A sampai ke zaman Z..hahaha semua nak diimbas kembali..

Pandai ko kan babe ambik gambar, cover baik punye..😂  Nora jangan nak cover sangat..hahaha

Punya lama tak makan nandos, last makan dengan Yana masa aku pregnant tahun lepas..

Apa ni ayam kecik giler..celah gigi je ni makan..dulu ayam nandos besar2 kot..sekarang apasal kecut..

Nora tak lepak lama dia ada hal lepas tu..pastu pagi tadi terserempak dengan Nora, tanya aku dengan Zarina lepak sampai pukul berapa? aku jumpa kawan aku kejap je..tau lepak balik jumpa ko dengan Zarina..laaaa awat tak habaq..yerla takut ko dengan Zarina dah balik..😁 rugi rugiiii..hehe

6 bulan dah mak buyung kita ni..anak first, perempuan sebaya dengan Raiisah..nombor dua ni pon gegirl gak..aku doakan semuanya selamat dan dipermudahkan ko bersalin babe..nanti dah bersalin jangan lupa bagitau kawan2.. 

  Peluk cium sayang sebelum pulang..eh lupa babe..tq babe beli lipstik, loose powder dan DD Cushion Kaay..borong semua sekali..thank you sekali..😘

Pastu laju2 balik tak sabar nak gomol Afif..

piece : kathyjem

Percutian ke Melaka dengan Manjers (part 3)

$
0
0
Morning! semalam semua tido awal, pagi subuh semua dah terbeliak biji mata..Lepas subuh terus siap2 nak pergi breakfast..mentang2 aku bangun awal kan laju2 whatsapp manjers tanya dah bangun ke belum..kalau tak selalu aku yang lambat..hahaha al maklum semua bawah suami sado..aku bawak mak sado..kehkehkeh..


Sementara menunggu manjers siap kami lepak2 dulu depan tv..

 Dok atas takut adik tergolek lak..tarik kain selimut dah bergolek la korang berdua atas lantai..

Eh nasi lemak..harus la terjah ni dulu..makanan lain menyusul kemudian..

Kol 9 matahari memancar..ok makan laju2 panaihhh...

Semua makan satu meja..lepas semua dah kenyang terus bawak anak2 mandi pool..kali ni bawak baju siap2, maleh nak naik bilik..nak pergi ke bilik bukannya dekat, sikit punya jauh nak menatap..

Aduhh, kalau ingat balik kelakar pulak mak2 manjers ni..boleh tak kiteorang naik terowong kuning belakang tu..tu untuk budak2 tapi kiteorang bantai naik gak, teringin punya pasal..Yana ada ambik video masa kiteorang turun terowong tu..

Yang kelakarnya, boleh tak mai tersekat masa nak turun tu..hahaha memang la tersekat, tu terowong untuk budak2 yang korang naik dah kenapa..hahaha Video tu ada kat Yana, kalau ada kat aku lama dah share dengan korang..mesti korang pon gelak tengok gelagat kiteorang turun terowong tu..mulut bising gile masa tu, semua tengok kiteorang..budak2 kat situ dok pelik tengok aksi kiteorang mengilai-gilai gelak kat atas tu..hahaha buruk bebenor orang Perak kata..

Lepas tu balik bilik, siap2 untuk checkout..pastu misi mencari Coconut Shake dan lunch sekali..sorry gambar takde, gambar dalam phone..malas nak transfer..mehhhh..

Selesai misi Coconut Shake lepastu kami ke Melaka Premium Outlet..Eira nak cuci mata kat sana..aku pon hampir lupa ada MPO kat Melaka ni..bila dorang bagitau nak ke sini baru teringat..ooo MPO okeyyyy..mula2 blur apa MPO tu..hahaha..dia ala2 macam JPO gak la..tapi JPO lagi best la..ecece confien JPO lagi best..pegi pon tak...weii lama tak pergi Johor..last pegi Johor bile ek??

Mekcha dah macam tak tentu hala tengok Toy World belakang tu..abis la kena pau dengan mummy sat lagi..

Jenuh pujuk dia, kita jalan2 dulu ek kakak, jap lagi kita beli toys..dari hari tu ada janji nak beli toys kat dia..ingat pulak dia janji tu..ok2 kite pusing2 dulu MPO ni ek balik nanti kita singgah beli toys untuk kakak..aku bab toys ni kureng sikit nak beli, kalau baju takper..hahaha..tak reti nak pilih toys..kalau daddy dia ada, daddy dia la pandai pilih bab2 mainan ni..

Ermmm tak menarik sangat pon kat MPO ni..barang pon banyak tak menarik..

 Cuci2 mata je la..

Yana beli perfume, aku beli beg makeup..tu je beli..ada la jugak buah tangan, takda apa sangat nak beli pon..Eira banyak gak dia shopping..eh takde la banyak, kasut dengan sunglasses..

Raiisah suka bergurau senda dengan Raef..

Besar sikit bakal BFF ni.. Raef dengan Afif beza 10 bulan..

Tu dia stroller bersusun..

Bersama adik2..eh..hahaha adik kata koooo..

 Wajib ada..kalau tak percutian tak lengkap..gitchewwww

Tahun ni dapat jugak bercuti dengan manjers semua..tahun lepas masing2 memboyot..tahun depan kita nak holiday ke mana pulak manjer..In Sha Allah ada rezeki kita plan ke negara sejuk pulak, bolehhhh..hehehe jangan memboyot lagi sudah..tunda ke tahun tahun tahun seterusnya...

Pilih la nak apa yang awak nak..mummy dah janji, alang2 dah ada kat sini pilih la apa yang kakak nak..bukan senang mummy nak lanjer mainan macam ni..hahaha

Pastu terus gerak balik ke KL..aku follow Yana, Eira gerak sendiri..kiteorang tak boleh follow..kang tau ketinggalan jauh..hahaha

Fuhh settle entry Melaka..next entry tunggu naaa..

piece : kathyjem

Cerita Semalam

$
0
0
Halo semua..Kak Kathy bersiaran lagi hari ni..gitewww..smlm MC..hoii MC lagi..aku rasa awal tahun ni tah berapa kali tah aku MC..sakit memanjang, demam memanjang..biasa la dah tua kertu ni antibodi kurang..vitamin C dah abis..Yana jangan lupa vitamin C ku..eh haa siapa2 nak oder vitamin C dekat Yana, Yana masih jual lagi tau vitamin C..lupa lak sebotol berapa..nanti boleh whatsapp Yana kalau mana yang nak oder..

Minggu lepas kan asyik hujan je..pagi keluar kerja hujan, balik kerja pon hujan..nak keluar lunch pon hujan renyai2..last week Affan demam dekat 5 hari..siang malam jaga dia last2 bini dia terkena gak....aku dapat rasa lepas dia sihat mesti aku kena ni sebab dapat rasa aura2 jangkitan tu akan kena..

Semalam lepas lunch kat tempat kerja badan dah start rasa lain maciam..ermmm selsema sudah muncul..ermmm ok sakit tekak pon dia nak muncul sekali..bagus..macam tu la bff kena muncul sekali..hahaha

Menci weii kalau selsema ni mai, duduk pon tak senang..rasa nak toreh hidung ni letak sebelah jap..hahaha

Ni si kenit mummy jangan la menyangkit..dah la hari tu kena gak tempias demam mummy..air liur tu kumpul nak bawak pegi mana dik?? korang ada petua tak macam mana nak bagi air liur tu kurang mengalir..hehh

Ni stroller mainan kakak..panjang umur stroller kakak ni walapon kentung kentang Mekcha kerjakan stroller ni..kuat badan stroller ni masih bertahan sampai sekarang..adik dok dalam tu pon tak patah..

Eh eh suka pulak dia dok dalam tu..sikit lagi adik dah boleh makan..dia sekarang tengok orang makan kemain mulut muncung2 nak..sabar ye dik, tinggal lagi beberapa minggu jer lagi adik boleh ngap!..

piece : kathyjem

Sambut Birthday Adawiyatul Mayeisha

$
0
0
Hari tu celebrate birthday Mayeisha yang ke 1 tahun di Renaissance Hotel...Akak aku celebrate simple2 panggil family jer..

Kesian kakak aku dah tempah nak celebrate birthday Mayeisha kat DoubleTree by Hilton sekali nama takde..padahal sehari sebelum nak datang dah double check sekali petang tu nak tengok tempat nama takde dalam booking list..what? takda..pasarah je kakak aku..pastu call hotel yang berdekatan tanya tempat kosong and terus tengok tempat..nasib ada kosong kat Renaissance Hotel..kalau tak ke kedai tomyam je la kita..hehe

Eh ehh birthday girl pakai headband kat kepala la..Mayeisha ni jenis lasak sikit, dia tak suka pakai headband kat kepala..yang akak pulak kejap2 sarung headband kat kepala dia..hahaha Pasrah je la Mayeisha ye, birthday girl kena dengar cakap ibu.. >_<

Selamat Hari Jadi Adawiyatul Mayeisha..dah pandai berjalan, mulut bising, kalau dia dah start bersuara riuh dibuatnya..jenis takut dengan orang..dengan mummy pon kadang2 takut bile kena dukung..

Ok kita makan kenyang2 dulu jap lagi kita tengok Mayiesha tiup lilin..

Tema black, birthday girl sorang pakai white..masa mula2 akak aku bgaitau kena pakai baju hitam terus pangkah..hahaha Aku cakap macam berkambung je pilih colour hitam..akak aku cakap kena gak pakai hitam sebab dia dah beli baju anak dia semua warna hitam, Mayiesha sorang je pakai putih..ermm ok la hitam pon hitam la..baru ingat nak pakai putih satu family..takper tunggu celebrate birtday Afif dengan Raiisah hujung tahun ni..

Ok masa untuk birthday girl tiup lilin..ececece macam la Mayiesha pandai tiup lilin kan..hahaha acah acah tiup je la Mayiesha walaupon tak mengerti apa itu hari jadi..haha

Pemakan Mayiesha ni..bagi je apa laju je masuk mulut..

Ibu dan Mayiesha..tengok tengok tangan Mayiesha.sempat lagi korek kek..

Sayur je cik kak kathy?? ehh sorry i takde istilah diet ok..makan selagi lalu..hahaha

Raiisah mula2 nak nasi, pastu dah bagi makan, 3 4 suap je makan..pastu tak nak dah nasi, nak makan cokelat..nasi dia tu aku bagi la Darwish sebab dia nak nasi..elok Darwish abis makan.. "Mummy nak nasi"..... eh eh boleh jadi mummy hijau ni..kejap nak nasi jap tak nak..

Mujur kiteorang semua tengah makan, adik dok diam dalam stroller..sebelum keluar rumah aku bagi adik minum kenyang2..

 Semua aku makan..rasa2 sikit..kalau ambik banyak2 tak dapat rasa makanan yang lain..

Ok masa untuk bagi adik makan pulak..

Anak buah dan adik bongsu..

Cubaan Raiisah menjadi hantu..

Bergurau senda dua kenit ni..

Mummy dan kakak a.k.a white chocolate..

 Mummy dan adik a.k.a dark chocolate..

Bersama anak2 buah kesayangan, Darwish dan Lauthfi..

Tengok tangan Mayiesha, tah berapa kali juta tah dia tarik headband tu..kakak aku gigih pakaikan..hahaha aku pulak dok rimas nengoknya..Adik awat terbeliak mata tu..apa la dia tengok tu..

Besday girl yang kepenatan menarik headband di kepala..

 Laaa birthday girl mummy ni lapar lagi ke sampai pinggan pon nak makan..hahaha

Nenek dan Afif..

Budak dua orang ni boleh tahan makan..dua2 kuat makan..masa kecik sikit punya payah nak bagi makan, lagi2 nasi..sampai menjerit2 la ibu ko nak bagi makan..sekarang alhamdulillah selera makan makin bertambah..sejak dorang pindah KL selera makan ok, masa dok Sarawak alahai sedih tengok, badan kurus tk suka sangat makan nasi..lagi2 si abang makan nasi macam orng tua portion banyak..macam tu la abang pi suka makan..teringat masa baya Raiisah nak bagi makan nasi sikit punye bercinta..



 Aloooo sweet sangat cium Afif ni..

Cium cium jugak, tangan laju hinggap kat muka Afif..hahaa..tunggu Afif besor sikit, silap2 dia pulak kerjakan si Mayiesha..hihi

 Mayiesha dengan Afif tahun sama cuba beza 8 bulan je..Mayiesha lahir bulan March, Afif October..

Afif muka pasrah je la ek kena cium..hahaha

Tak cukup korum..abah takde, Affan pon takde, kerja..In Sha Allah tahun depan celebrate birthday Mayiesha dengan atuk..atuk pon tak pernah jumpa Mayiesha dengan Afif lagi ni..Tak sabar nak tunggu atuk balik bulan 5 ni..

piece : kathyjem

Ready To Pop!

$
0
0
Sorry semua baru nak update..macam biasa la ayat akan keluar di permulaan karangan ini.. "Kekangangan masa"..bahahaha muntoh biru dah mendengor ayat tu..

Kawan kita Mirza, Alhamdulillah dah selamat melahirkan sepasang baby boy dan girl pada 18/4/2017 hari Selasa..nasib baik sempat jumpa dia sebelum dia beranak..masa jumpa dia last 2 weeks kandungan dah 35 minggu..tak lama dah tu..tuptup kelmarin dah beranak..Alhamdulliha Allah permudahkan awak bersalin..baby pon semua sihat..

Iza, Zaza, Mirza..semua za za za..hahaha I pon nak jugak la Kathyza.. =P

Iza kata sekarang trend bunga-bunga ikat kat perut..orang tak pakai dah selempang yang tulis perkataan "Mummy To Be" semua tu..Tu fesyen lama katanya..hahaha Oooyeker..kita pon baru tahu, bunga2 ikat kat perut trend omputih sekarang ni..

Gigih la Iza menjahit malam2 bunga keliling kat perut Mirza tu ha..hahaha Kreatif Iza ni..Nak beli mahai katanya, baik buat sendiri lagi puas hati..Dulu kat sekolah pon kreatif gak si Iza ni..Iza ingat tak kita pernah jual sabun bentuk2 bunga dengan cokelat kat sekolah..semangat, siap terjah setiap kelas nak meniaga punya pasal..hahaha lawak betul kalau ingat time tu..

Selang beberapa minit macam tu kawan baik Mirza masa belajar kat Langkawi pon muncul..

Terkejut dan terharu kawan baik yang dah lama tak jumpa muncul..Siap marah2 Iza kenapa tak bagitau nak jemput Zaza sekali..sajer nak buat awak menangis..hehehe suweetttt tak kami..

Lanjer dulu sekeping gambar mak buyung..hehehe Kita pon dah lama tak jumpa awak kan Mirza..last jumpa awak masa awak datang melawat kita dalam pantang.. Masa Mirza datang melawat tu kandungan baru 3 bulan..tup tup dah beranak kelmarin..Alhamdulillah penantian 3 tahun..akhirnya impian Mirza ingin menjadi ibu Allah kurniakan jugak.. =)

Jom layan gambar makan dulu..ni semua Mirza yang oder..Aku, Iza dengan Zaza ok sajer..makan la puas2 Mirza..karang 44 hari awak kena pantang semua ni..

Spaghetti dia ok la sedap jugak..

Butter prawn curry dia sedap tapi manih..

beef lasagna..

Comel sangat Iza buat deco ni semua khas untuk Mirza..paling kreatif botol air kecik tu, husband Iza tolong buatkan..kreatif sangat ni..cantik pulak tu..aku bawak balik, siap mak aku cakap..amboiii kemain cantik botol kecik ni..siapa buat?? husband Iza buat mak..pandai husband dia buat..

Untuk dessert kami pilih red velvet dan mango cheesecake..

Owwh lupa nak bagitau kita buat simple celebration baby shower Mirza ni di Love Me Seven Days Cafe..saje kiteorang pilih cafe Elfira Loy ni sebab dekat dengan rumah Mirza..kang2 apa kang senang nak lari balik rumah dia..yerla dah timing2 macam ni kena la berjaga-jaga..anytime je tu..

Bersama orang kuat disebalik event baby shower Mirza ni..hehehe Ok masing2 pon dah puas bersembang, moh la kita posing..sat lagi kena halau kang, kol 11 cafe nak tutup..tengok jam dah kol 10.30..ok laju2 posing..jauh perjalanan nak balik ni..hahaha

Hi baby, mummy Kathy tak sabar nak jumpa awak..seronok dia yer bergolek2 dalam tu..

Alhamdulillah Mirza mengandung kembar..masa ni tak tau lagi sorang boy ke girl..sorang lagi dah confirm boy..mummy Kathy doakan sorang lagi yang tak tau tu gegirl..yeaaaa betul girl!!..syukur sangat Mirza dapat sepasang..

Beria masing2 tunduk nak ambik gambar dengan perut Mirza..haha ada satu gambar tu kemain aku cium perut Mirza, hahaha dah macam gambar laki cium perut bini..hoii buruk nau..hahaha

Kita dan Iza doakan untuk awak dan baby semuanya sihat dan dipermudahkan segala urusan..

Jeles tengok badan Mirza, tak naik banyak..lengan tangan alahi kecik jer..cuma perut tu je la besar..besar pon sebab ada dua orang dalam tu..badan maintain kurus je...
ni dalam pantang sure cepat turun..dalam pantang nanti jaga betul2 tau awak..

Ok jom layan gambar Mirza yang bakal menjadi ibu dan sudah pon menjadi ibu..

Eh eh malu2 pulak ibu Mirza kita ni..

Ok Mirza nanti kita datang melawat awak dengan baby..tak sabar nk jumpa baby twins ni...

Selamat berpantang awak..

piece : kathyjem

Dark Choc Mummy 6 months!

$
0
0
 
Hai kakak2 semua..Semalam 20.04.2017 saya genap 6 bulan..

Cecece macam beria dia bercakap kannn..semalam bawak Afif cucuk..kali ni cucuk menjerit kuat giler, sampai satu klinik boleh dengar suara dia..kuat ooo Afif menjerit..bergegar badan mummy..hahaha Over nau mummy sampai bergegar badan tu.. >_<

Dan semalam for the first time Afif mamam puree..ni la saat yang ditunggu2.. macam apa je kan menunggu bagai padahal nak bagi anak makan je kot..excited sampai tak tido malam dibuatnya..kakaka ok over sekali lagi..Eh ello mummy, ni anak nombor dua kot, jangan nak kalut sangat boleh..hahaha kalut macam anak pertama..yerla kalut la kejap..raiisah pon dh 5thn..

Untuk kali pertama buat puree carrot & sedikit nasi..kalau ikutkan aku nak bagi Afif mamam puree carrot je tapi mak suruh letak nasi sikit pastu lenyek..mak tak nak pakai blender nak lenyek cara orang dulu2..kang blend panas2 takut rosak pulak blender tu..ok mak..kalau mak buat, ok la manual..kalau suruh saya blender la jawabnya..hahaha orang skang semua nak cepat..mak2 kita dulu macam ni la cara nak bagi anak makan..lenyek2 je pakai sudu..sihat panjang je anak tu..😁

Mula2 buat muka terkejut tengok puree depan mata..taruk kat mulut sikit terus terkebil2 dapat rasa..mesti dalam hati Afif berkata-kata macam ni..apakah ini?? apakah ini??

Carrot tu kan ada rasa manis, sedap la sikit Afif nak makan..nurse semalam awal2 dah pesan, dalam masakan Afif, Puan jangan letak garam, jangan letak minyak, jangan letak tambahan perasa dalam masakan..once dia dapat rasa abis la..lagi pon dia masih baru lagi, so jangan la bagi ye Puan..baik nurse..

Tak cedap ke dik..

Tak pandai lagi nak telan..setelah berkali-kali menyuap akhirnya Afif sudah pandai menelan..macam tu la anak mummy, suka makan macam mummy..

Pasni susu jatuh nombor 2..nurse bagitau Afif kena bagi makan kalau boleh sehari 3 kali..ermmm sehari 3 kali...ermmm bukan baby baru start makan kena bagi 2 kali je ker..nurse bagitau semalam baby baya Afif ni makan macam kita jugak, kena sehari 3 kali dan nurse suruh aku makan 5 ekor ikan sehari untuk memperbanyakkan susu, takpon 2 ketul ayam dah sedikit nasi..nasi jangan skip kena makan..ibu menyusu tak boleh diet nasi..sian kat anak nanti dapat susu yang tak cukup nutrisi..

Ayam 2 ketul tu aku ok lagi..ikan 5 ekor sehari makan, macam tu tak boleh hadam je..hahaha banyak weiii sehari 5 ekor..dua ekor ok lagi masuk 3 ekor terkulat-kulat nak abis..

Diakhiri dengan gambar kakak..siapa cakap muka Afif dengan Raiisah sama..lain sangat kan..Afif mummy pesan ni, gigi jangan macam kakak tau..hehehe Ok bui~~

piece : kathyjem

Susu untuk kurangkan sembelit

$
0
0
Raiisah ni jenis kuat minum air masak..kadang tu minum air masak je tak cukup nak proses penghadaman dia..yerla dah macam2 segala jenis makanan dia telan mau tak sembelit..kadang2 tu kesian tengok dia dok tertonggeng-tonggeng meneran berak..bukan kita tak pantau apa yang dia makan, pantau tapi tu la dah namanya budakkan makan macam2 jenis segala makanan yang kadang tu tak membantu proses penghadaman..jenis Raiisah ni walaupon suka makan sayur, buah dia tak suka makan tapi macam sayur tu ada sesetengah jer dia makan and kalau buah ko bagi la dia segala jenis buah depan mata, awal2 dia cabut lari..

Sebab tu kiteorang pilih susu yang boleh bagi kurang masalah sembelit, kembung perut..budak kalau dah kena sembelit, kembung perut memang nak buat aktiviti apa pon tak selesa..sian tengok..Macam susu Friso Gold ni sesuai untuk proses penghadaman dan bagus untuk kanak-kanak yang cirit -birit sebab kandungan zink nya pon tinggi..

Sebab apa aku kata Friso Gold bagus untuk kanak2 yang ada masalah sembelit sebab ia menggunakan teknologi LocNutri iaitu menggunakan sedikit harba semasa proses pengeluaran/pemprosesan susu, yang mana dapat memelihara protein..Protein ni la memainkan peranan penting dalam penghasilan otot, kulit serta rambut..Ia  juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi..So nak pastikan anak sihat, cergas dan kuat dari dalam dan luar harus la mencuba Friso Gold ni..

Teknologi LocNutri Friso Gold memelihara nutrien dalam bentuk asalnya..Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk diserap dan hanya menggunakan sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik mungkin..

So para ibu-ibu di luar sana boleh daftar di sini untuk dapat sample Friso Gold secara percuma dan boleh bagi anak untuk cuba minum..

Cikedout websiteFriso Gold 


piece : kathyjem

Kaay Cosmetics dalam Berita Harian

$
0
0
Alhamdulillah..pagi ni dapat berita yg sangat mengembirakan..Kaay Cosmetics dalam paper Berita Harian..tau berita ni pon dalam group whatsapp Kaay..😍 

Kecoh jap Kaay dalam paper BH..kembang kucup hidung Mak Jemah aka Yana dan Mak Hayam aka Kathy..giteww gelaran aku dgn Yana dalam group Kaay..hahaha Siapa jumpa Kak Kathy jangan lupa lambai hai2 kat Mak Hayam Kaay ni, okey..tu nama baru Kak Kathy.. *berjalansambillibastudung 😆

Thank you team #kaayfighter.. Tanpa korang semua siapa la Kaay dimata pengguna..Tanpa team #kaayfighter bekerja keras menaikkan nama Kaay Cosmetics tak mungkin Kaay berada ditahap ni sekarang..Jom Kaayfighter kita merokek bersama2 ke langit ke tujuh bulan Ramadan ni!!

Semangat Kak Kathy tau siap screenshot lagi nk bg hampa semua baca..😄 




Thank you pada customer Kaay, siap send lagi gambar ni pada agent kami..terharu dan bangga..😭 

Ok tkleh bebel panjang2..nk sambung buat kerja..

piece : kathyjem

Atuk Jem Sudah Pulang!

$
0
0
Alhamdulillah abah selamat sampai Malaysia..ramai tanya abah pergi mana? abah pergi Australia, cari pengalaman kerja kat sana..Abah pegi tahun lepas..Abah ni jenis suka bekerja..walaupon umur abah 65 tahun still nak bekerja jugak..kalau ikutkan memang tak kasi abah pergi ke sana tapi takla bagi abah nak merasa kerja kat negara orang..Zaman bujang abah pernah kerja kat negara Arab tapi masa tu arwah opah tak bagi tinggal lama2 kat sana..hampir 2 tahun jugak abah kerja kat sana pastu balik Malaysia cari jodoh jumpa la mak..hehehe

Pagi tu kakak aku pergi ambik abah..dari rumah dia nak ke KLIA dah dekat..kalau ikutkan aku yang kena ambik abah kt KLIA tapi akak aku offer nak ambik abah aku ok jer..abah bertolak Jumaat malam, subuh Sabtu tu abah sampai..sepanjang perjalanan aku berdoa je agar perjalanan abah ke Malaysia dipermudahkan..Amin Allah maha medengar..Smooth je perjalanan abah ke Malaysia..abah kata ada cuak gak la, kapal langgar awan..bergegar satu badan kapal tu..

Sabar menanti abah..ting! pukul 10.30 pagi abah sampai Sg. Buloh..Abah sampai je depan pintu terus aku peluk cium pipi abah..rindu yang terkata..meleleh la kejap air mata ni..hahaha ni first time tau setahun tak jumpa abah..nampak anak manja abah sangat ni..hahaha

Ni cucu paling kesayangan atuk yang tak jumpa setahun..dari dalam pantang sampai umur 4 tahun atuk jaga Raiisah..dari tak pandai berjoget sampai kaki joget la atuk ajar..hahaha

 Mula2 jumpa atuk malu..suruh senyum, pi buat bibir muncung..

 Kan dah kena katup tangan kat muka..suka mengusik atuk..

Ni cucu kesayangan nombor dua..First time Afif tengok atuk..Selalu tengok Atuk dalam skrin handphone..ni dapat jumpa live kemain muka blur Afif ni..hahahaa..Umur Afif 7 bulan baru dapat jumpa atuk yer,.abis la kena gomol dengan atuk hari2..

Atuk gigi mana? Raiisah tanya.. >_<

Sorang monyok, sorang ceria..

Moment ni paling di tunggu-tunggu..Comel atuk dukung depa berdua ni..Mayiesha dan Afif beza 7 bulan..

Setahun atuk kumpul ole2 untuk cucu2 dan anak2 nya..hahaha taklahh..giler setahun, main2 je..nak dekat balik baru abah borong barang2 kat sana..kat sana barang2 macam ni murah sangat..abah cakap kalau bawak 50dolar beli barang dapur macam2 boleh dapat, siap bawak duit baki 20 dolar lagi..sini bawak 50hengget tak dapet ler..

piece : kathyjem

Kaay Creamy Mattes Bukan Hanya Gincu Semata-Mata Malah Merawat Bibir Sekali

$
0
0
Alhamdulillah Kaay Cosmetics telah keluar packaging baru dan satu colour baru..So total lipstick KAAY sekarang ni ada 4 shades..

Kalau ada yang kat luar tu masih tak tau apa itu Kaay Creamy Mattes dan kelebihan?? colour apa ada?? apa yang menarik compare Lipstick yang ada kat pasaran ni..

Haaaa... Kaay Creamy Mattes ni adalah yang pertama di Malaysia yang mengandungi Minyak Kelapa Dara (VCO) dan bau coklat, sher butter & mint yang buat bibir korang rasa sejuk berangin je bila pakai kat bibir..Rasa nak kunyah2 bila taruk kat bibir..Siapa mengidam nak makan cokelat tapi tak boleh makan or takut badan sihat dengan jayanya, boleh la cuba sikit kat bibir korang..mesti korang gembira punya la..silap2 sampai ke malam tak nak tanggal Kaay Creamy Mattes..hihi

Dan ada juga Argan Oil, Seed Oil yang memberi kesan lembab dan tahan lama..siapa yang bibir sensitif tu jangan risau, Kaay Creamy Mattes ni tak mengeringkan dan tak berkerak.. Bukan sekadar lipmatte cantik di bibir sajer uolsss, ia merawat bibir merekah sekali..

Yang best Kaay Creamy Mattes ni mesra wudhu, maksud mesra wudhu tu senang nak dicuci bila nak bawa solat..Mudah dibersihkan, hanya pakai wet tissue sajer..Takde ye alkohol, bahan pewangi kimia segala bagai..Dan akhir sekali lulus KKM dan ianya HALAL..


Colour code : RED VELVET

Colour Red Velvet ni paling aku suka tau..even waktu siang pon sesuai sangat pakai colour Red Velvet ni..siapa malas mekap tapi nak muka nampak macam mekap, tak nak nampak sememeh macam baru tido, boleh calit Red Velvet ni, terus muka korang berseri-seri bak bunga rose yang dipetik dari pokok belakang rumah Kak Kathy..hahaha

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Colour code : CARAMEL

Colour paling hot di Malaysia..giteww katanya hot..hahaha eh betul la hot..berdesup-desup orang oder colour Caramel ni tau..Dynas Mokhtar sampai 3 kali repeat oder Lipstick Kaay ni..Siapa yang suka colour lipstik yang natural boleh pakai colour Caramel ni..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Colour code : ROSEBERRY

Ni pon sama terpaling hot jugak..Pink dia alahai buat korang tak nak tanggal je lipstik kat bibir tu tau..Rasa paling diri ku la paling "Tersweet di abad ini"..mehehehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Colour code : Honey Toffee

Ni colour paling baru keluar dari perut bumi, Honey Toffee..colour ni jugak bakal menggegarkan satu Malaysia suatu hari nanti..hehehe Amin..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga berapa?? awak seketui RM35 je awak..Kalau beli 4 sempena Ramadhan Al-Mubarak ni Kak Kathy bagi harga terlajak sayang kat awak semua, hanya RM130..

Berminat nak cuba boleh laju berdesup whatsapp Kak Kathy okey.. 011-28811281
Mana yang nak oder DD Cushion pon boleh ajer..


Siapa nak lipstick Kaay FREE boleh datang ke SACC, Jumaat sampai Ahad ni okey, 2- 4 Jun..Kak Kathy nak bagi lipstick percuma untuk 50 orang yang terawal..Nanti datang naaa, boleh kita borak hai2 sambil berselfie..Booth Kaay Cosmetics nombor 20..

Jumpa korang sana nanti okey.. ^_^

INGAT COKELAT, INGAT KAAY CREAMY MATTES..

piece : kathyjem

1st Ramadhan

$
0
0
Alhamdulillah puasa kali ni meriah sikit sebab abah ada..tahun lepas sambut ramadhan muram sikit..tahun ni tiada muram2 lagi, kita hepi2 ajer..

First Ramadhan kali semua ada..aduhhh blur nak cerita apa ni..hahaha Maklum la dah jarang update..

Dekat 10 ekor mak goreng..Saje mak goreng lebih, nak kasi akak aku tapau untuk sahur..


Ayam sekor tergolek di sponsor oleh kakak ku..layan gak ayam golek ni..sambal cicah dia sedap..

 Karipap king kong..seketui besar tapak tangan..Raiisah panggil by hulk..hahaha Dari dia kecik sampai besar tak panggil karipap, panggil by hulk..tah macam mana terlekat by hulk tu pon tak tahu..Donat seketul di belah 6..pandai2 la kongsi ye..hahaha

 Honeydew..buat jus letak susu sikit sedap ni..

 Ayam rendang..ada nasi impit layan ni..

Sup sayur..

Bubur kacang untuk pencuci mulut..

Asal bubur lambuk je teringat Kg. Baru..

Menunggu waktu berbuka..

Semua hasil dari air tangan mak, kecuali karipap dan ayam golek..

Afif makan lewat sikit petang tu..Alhamdulillah rezeki Allah bagi..😊

piece : kathyjem

First Raya Afif Uthman

$
0
0
Assalammualaikum! wahh lama sungguh Kak Kathy tak bersiaran dunia blogging ni..hampir terlupa ada blog..hahaha Maklum la busy melayan Afif katanya..kekeke

Sebelum tu, tak lambatkan Kak Kathy nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..Ampunkan Kak Kathy selama Kak Kathy berblogging ni, kalau ada terkasar bahasa, terkecik hati, tersentap, termarah, tersasul tak sengaja, maaf la Kak Kathy, Kak Kathy ni hamba Allah yang kerdil, tak lepas melakukan kesalahan..Kosong-kosong kita yer..gitewww copy paste ayat retis sangat..hehe..

Tahun ni Raya meriah dengan kehadiran putera sulung kami Afif Uthman bin Affan..Disebabkan first Raya Afif harus la gambar dia bersepah dalam blog mummy..

Tahun ni turn beraya belah Affan..Tak dapat la beraya dengan Mak Abah di Perak..Tahun ni Abah ada kat sini so Mak dengan Abah decided beraya di Perak pulak..Uwaa sedih tak dapat join..Takper tahun depan turn beraya belah aku pulak..mehehe alooo macam jauh bebenor..

Pagi Raya Affan hantar mak dia ke airport..Umi tahun ni beraya di Indonesia, ikut suami beraya di sana pulak..Pagi tu aku tak ikut Umi ke airport, Afif dengan Raiisah sedap dibuai mimpi lagi pagi tu..Sempat la Affan sembahyang raya di Masjid KLIA dengan Mak dia..

Elok Affan sampai aku dengan anak2 dah siap mandi..Kebetulan malam raya Umi dah siap masak Ayam rendang, ketupat, nasi impit dan makanan wajib 'Satay Kajang' semua Umi dah sediakan..Pagi tu aku just panaskan je..sebelum keluar beraya kami makan dulu..

Afif awat muka monyok ni..Ni first Raya Afif la sayang..senyum nampak gigi dua ketui tu sat, mummy nak tengok..

Haaa macam tu la..

Pagi Raya kena ceria2, takmo muka ketat2 naaa.. hahaha

Lupa nak bawak tripod stand..nasib baik mummy kreatifkan..cari kotak, letas atas meja kecik settle masalah..haa bergambor la sakan kami pagi tu..daddy dia pon mood bergambar lain maciam..layankan je..

Afif terpingga-pinga tengok daddy dia kejap2 berlari-lari..kejap2 duduk..

Tahun lepas bertiga, tahun ni berempat..tahun depan berlima..eh jangan jangan..hahaha Ada dua ni pon dah terkangkang-kangkang mummy dibuatnya..kalau Afif nak adik pon tunggu2 la ek..tak mampu mummy hoiii..hahaha..

Daddy, Raiisah dan Afif..dua2 orang kata muka daddy..Afif masa baru lahir sebiji macam Affan, dah besar muka mummy kan..hahaha nak jugak..

Bila dah posing dengan anak2, baru perasan picture aku dengan Affan berdua takde rupanya..takper la yang penting gambar dengan anak2 harus ada..kalau tak muncung mummy sedepa ke depan..hahaha

Raiisah sekarang ni susah betul nak ambik gambar dia molek..ada je nak buat muka karipap basi..

Ni kalau cuci letak frame, cantik ni..gambar ni je yang molek..aku ni dari tadi asyik tulis gambarrrrrrr je kan..hahaha ate dah maknya kaki bergambor..kena la tepek gambar lebih sikit..Affan kureng sikit bergambar2 ni..leh geng dengan Raiisah..sejenis malas nak layan mummy dia yang suka bergambar..hahaha

Homei hangat selipar capal mummy beli niiiii..kebetulan masa bulan puasa hari tu teman Affan cari baju melayu kat Jakel Shah Alam..kat tepi2 tu ada orang jual selipar capal..ada 3 colour, merah,hitam dan cokelat..aku pilih cokelat, senang nak match dengan semua baju..nak ambik hitam macam plain sangat..

Ni je gambar molek Afif dengan Kakak..Tengok Raiisah buat muka karipap basi lagi..hehhh Saje nak bagi mummy urut dada..

Kalau ikutkan nak cari baju melayu yang 2 pcs untuk Afif, tapi kaler yang aku nak dah sold out, romper pon romper la dik janji colour baju sama dengan mummy walaupon kadang2 nampak macam Afif pakai skirt pun ada..

Tahun ni beli awal kat personal shopper Minaz..nak sedondon punya pasal sebelum puasa aku book siap2..tak nak jadi macam tahun lepas..semua design yang aku nak abis licin, siap pegi butik Minaz kat Bangi lagi konon ada size..sekali non hado abis gak..licin yang tinggal size kids yang besor2..untuk mom tinggal size besor2..masuk ni dah dua tahun beli baju raya ready made..senang takyah bertengkar dengan tailor..senang beli online sajer..

Ada cerita disebalik baju peplum ni...hahaha sedih tau masa ni..masa mula2 baju sampai, happy giler tak terkata..sekali bukak..What??!!! baju dengan kain sekali..terus mulut terjuih.. dalam hati "Macam mana nak menyusukan Afif ni".. takkan nak kena bukak baju setiap kali nak menyusukan dia..terpaksa la buat botol susu untuk Afif nanti..

Malam tu try pakai tunjuk kat Affan..Ok size gam dengan badan..B cantik baju raya saya ni..Affan pandang aku, dia angguk2 je..cantik, kata dia.. tapi tu la b, baju ni sekali dengan kain la macam mana saya nak menyusukan Afif, payah nii..Boleh Affan kata..Apa susah koyak buat lubang je la kat bahagian susu tu..hoii agak2 la kan..mengong Affan..hahaha..orang laki kan senang bagi jawapan macam tu..tak membantu langsung..

Besok tu pegi office mengadu kat kawan office..sekali dorang tengok gambar aku snap pakai baju peplum ni malam tu terus kena sound..Weii Kath ko tak nampak ke ada zip la kat bahagian dada ni..weii tajam mata korang ni..a'ah ada la..yeahhh senang nak menyusukan Afif..melompat2 aku tahu baju peplum ni ada zip..tu la beli tak nak check betul2..so lepas ni nak beli baju makesure baju tu 2 pcs okey..hahaha Jubah pon dah lama tak pakai..

Disebabkan gambar Raiisah dengan mummy takdo, mummy crop gambar Raiisah sorang tepek sebelah mummy..jangan main2 gambar ni Raiisah yang ambik tau..cantikkan..pandai pulak dia snap, terus nampak mummy tinggi..hehehe..takde edit2 tau..

Ni baru entry raya pertama..harap bertahan la entry raya ke 2 ke 3 ye..jangan dah abis raya tak up up sudah..hahaha mohon doakan Kak Kathy gigih meng-update entry raya ye..hahaha

piece : kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live