Quantcast
Channel: kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live

Pangkor Sandy Beach Resort part 1

$
0
0
Fuhh update jugak entry Pulau Pangkor ni..Ok cerita straight to the point..Aku dengan Affan memang plan nak bawak Raiisah dengan Afif ke pulau..Kira ni first time la ni bawak Afif pergi pulau since dia pon dah 8 bulan berani sikit la nak bawak jalan jauh..Dah alang2 aku cuti raya lama, ni la masa beristirehat dengan family kecik kami..giteww..

Hari tu masa pergi holiday dengan manjers dekat Melaka Affan tak dapat join kerja..lagi pon dah lama tak berholiday dengan suami dan anak2..nampak perkataan anak2 tu, coming soon anak anak anak anak..hahaha huih seram..

So hari raya ke 3 kami bertolak ke Pangkor..sebelum tu stay kat Teluk Intan kami singgah beraya di Tangjung Malim..So bermalam la kami di Teluk Intan sebelum pagi esok bertolak ke Pangkor..Kalau ikutan aku nak stay Pangkor Island Beach Resort, tapi sayang tarikh yang kiteorang nak pergi tu sudah penuh..Mujur Pangkor Sandy Beach Resort masih ada kekosongan..so kiteorang stay 3 hari 2 malam..

Lama gile tak mai Pulau Pangkor..last aku jejak kat sini tahun 2006, masa tu ada company trip, company lama..gile lama kan..banyak dah perubahan kat Pulau Pangkor ni..

Masa ni kat Teluk Intan..Pagi tu lepas checkout kami cari breakfast..Affan teringin nak makan Mee rebus Mastan Ghani..Ya ampun lama sungguh tak makan Mee Rebus Mastan Ghani ni..siapa pergi Teluk Intan wajib makan mee rebus ni dengan rojak dia ok..terbaik kot..tapi kiteorang makan mee rebus je, nak oder rojak macam tak mampu pulak..yerla dah biasa perut ni sebulan puasa..

 Dalam kol 11 lebih macam tu kami sampai di Jeti Lumut..

Ada orang tu excited naik boat..nak besor ni bawak jalan senang sikit, banyak dengar kata..

Adik pon excited jugak ke..masa ni tak ramai orang lagi naik, so sempat la snap 1 2 keping kat atas boat..tak lama kejap je, panaihhh..elok dalam beberapa minit kami masuk duduk balik, tu dia penuh atas boat orang dok ambik gambar..

Duk sebelah pintu, keluar masuk keluar masuk orang nak bergambar atas boat..aircond pon dah tak rasa..balik tu dah tau kiteorang dok bawah sejuk sikit..

Setengah jam lebih jugak la perjalanannya..

Dari jeti nak ke Sandy Beach Resort tak jauh pon..dalam 10 minit sampai..naik van, tambang RM10 untuk 4 orang..

Kiteorang dah book siap2 kat Trivago..dapat murah compare booking.com dengan Traveloka..3 hari 2 malam dapat dalam 5++ sekali dengan breakfast..Korang kalau nak hotel murah boley try booking kat Trivago, murah dan berbaloi..Aku siap request nak chalet depan laut dan katil King..senang Raiisah dengan Afif tido atas katil sekali..

Ini budak tak boleh kena tinggal sikit, mula la teriak..Afif sekarang ni manja terlebih, tak leh langsung aku tinggal 1 saat, mula la melalak..nak pergi toilet shi shi pon tak dan..dia tak boleh aku hilang, daddy hilang takper jangan mummy..yerla anak mommy kan, kepit je bawak ketiak mommy..

Amboii bang kemain panjang kaki menjulur ke atas..

 Bilik air ok la boleh sumbat 4 orang..hehehe

Pemandangan bilik dari pintu..depan tu laut..petang karang ke situ ye, kasi rehatkan badan dulu..

Kakak yang manja sejak ada adik ni..kita layan adik dia lebih sikit mula la, mummy saya sayang mummy, mummy love u, mummy saya nak toys, mummy saya nak tengok kartun..ada je nak alih perhatian kalau mummy dukung adik..

Adik jeling apa tu??

Lepak rileks2 dulu, petang sikit baru terjun..

Tapi memang puas hati la chalet yang kami tempah ni..nak kata besar boleh la takde la besar sangat..untuk family kecik macam kami ni ok la ambik chalet macam ni..kalau family ramai kena ambik hotel depan swimming pool..

Usha2 pantai dulu, hirup sikit udara laut dulu..besok baru berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..tibe2 ayat peribahasa pulak keluar..behehe >_<

Daddy dan Afif..besok besar boleh main bola sepak dengan daddy atas pasir..

Muka minta nasi..Lunch kiteorang makan kat situ..oder nasi putih, ayam sweet sour, sup sayur & telur dadar..mencari2 gambar makanan, tak jumpa pulak dalam phone..ke dah terdeleted..semua sedap kecuali sup sayur dia kureng sikit..macam air letak sayur campak2 dah siap..hahaha

 Lepas makan tengahari, bawak anak2 tidur dulu, petang baru bawak dorang mandi pool..

 Kakak seperti biasa, di situ je dia berani..dalam sikit menjerit..menjerit di dalam kolam bukan Mekcha la tu..ingat nak masukkan Raiisah kelas swimming la, nak bagi dia hilang fobia dengan air laut, pool segala mak nenek kolam2 ni..

Adik jugak rileks..daddy dia bawak ke mana2 rileks je tersengih-sengih..mula2 masukkan dia dalam pool ingat melalak macam kakak dia..rupanya tidakkkk..macam ni la anak mummy..

Raiisah punya takut adik dia lemas, jatuh..jap2 pegang adik dia.."Mummy adikkkk".."Mummy nak jatuh"..ye adik takda apa2, jangan risau. mummy ada ni..dia takut adik dia tergolek..meckha mekchaaa..

 Sampai tak bernafas Afif dibuatnya..

 Adik rileks je terjelir lidah sambil kocal-kocak air..Raiisah masa baya Afif ni jangan cakap la dia punya melalak takut dengan air..macam nampak hantu tengok swimming pool..

 Terpaksa tutup badan daddy yang sado tu..hehehe

Setiap kali adik dok tepi main air, setiap kali tu la Raiisah datang menyelamatkan adik dia..

Lama gak la budak kenit dua orang ni berendam..esok pagi kita main air laut pulak naa..hari ni kasi puas mandi pool..

Malam tu kami dinner simple je, tah rasa macam kenyang lagi..Affan pon rasa macam nak makan simple2 je..mujur depan hotel kami ada kedai2 makan, kedai runcit..dapat la beli jajan2 untuk kudap-kudapan malam tu..

Amboii dik sedap sangat ke biskut tu..sampai juling2 mata dapat makan..

Wajah Afif yang sentiasa happy bila ada makanan di mulut..

Makan sambil ltengok tv..

Malam tu tak buat apa sangat pon..lepak2 jap kat luar. pastu balik ke bilik sambung makan dalam bilik pulak..

piece : kathyjem

Pangkor Sandy Beach Resort part 2

$
0
0
Hari ke 2 di Pangkor aktiviti kami atas pantai sajer..memang tujuan datang sini nak gembirakan anak2..

Awal pagi celik mata terus siap2 untuk breakfast..

Cafe untuk breakfast..Pilihan makanan ok la takde banyak sangat tapi semua sedap2..

Ada budak sudah tidak sabar makan..pandai usik sudu mummy suruh mummy suap cepat..

Raiisah pagi tu makan pancake jer..bagi makanan lain tak nak..popia tu tak terusik..

Nasi goreng cina dia sedap..suapkan Afif, banyak dia makan..mujur nasi dia lembik..lenyek2 suap terus ke mulut..

Makanan kat sini semua sedap2..puri dia sedap giler kot..rasa macam puri NZ Curry house..hehehe Affan sampai 5 keping dia hadap sorang..confident ingat besok tu ada puri lagi sekali menu lain..kempunan nak makan puri lagi..balik KL besok2 tu terus cari mamak, puri punya pasal..

Settle makan terus balik bilik tukar baju..Tengah tunggu daddy bersiap masa ni..Elok semua dah bersiap sakit perut pulak daddy nye punnn.

Amboii kakak kemain posing melentik senget pandang bawah..hahaha asyik berzikir kat telinga mummy nak swimming nak swimming..kita tak pergi swimming pool la kakak pagi ni, kita nak mandi laut..terus muka jebek..

Ingat nak lepak depan laut sambil guling2 atas pasir laut je sekali ada abang tu offer naik boat, dia bawak 3 tempat charge dalam RM150..kalau ikutkan aku malas nak naik boat..Affan la beria-ia, nak bawak Raiisah merasa naik boat..Raiisah pon macam teruja jer tengok boat..Last kami naik boat masa pergi Langkawi dengan manjers 3 tahun lepas..masa tu pon umur Raiisah 2 tahun lebih..

Nampak Afif boleh dia bantai tido..Afif kat mana2 pon dia boleh lelap..yerla waktu dia tido pon time ni..Tengah ambik gambar tiba2 dah pejam mata atas riba daddy..

First sekali abang tu bawak Turtle Bay..

Cuba cari mana turtle tu berada..Raiisah masa ni menjerit2 nangis takut boat tu terlanggar batu..aduhh mekcha drama sungguh..buat mummy daddy suspen jer, ingat nak hantu ke apa..rupanya takut boat tu langgar batu..

 Ok next pulau..

Bagi ikan makan..sini tak boleh berenang hanya boleh tengok ikan sajer..

Ikan pon dah jemu dengan roti..campak roti dia buat dek je..renang2 sambil jeling roti tu..

Abang yang bawak kami ni kata, bulan puasa ikan2 ni pon puasa..pengujung tak ramai..la ni baru pengunjung ramai sikit..

Raiisah sepanjang perjalanan atas boat kemain happy jer, siap hai2 kat boat sebelah..

Pulau yang ke 3 Teluk Nipah..abang ni stop kami kat sini..dia bagi masa untuk kami nak buat aktivit bebas..

 Kakak jom turun..

 Aduhh Raiisah tak nak turun pulak..takut kata dia..jenuh pujuk..

Siap nun jauh duduk kat tepi tu ..bila Affan nak bawak mandi kemain laju dia lari, tak nakkk..Haa menangis la kat situ ye kakak..tak koser mummy nak layan..dah satu pulau tengok dia teriak kat situ..nak balik nak balik kata Mekcha..stress jugak la masa ni..atas boat kemain enjoy, sampai sini hurmmm urut dada..

 Adik jugak rileks..Eh masa sampai ni Afif boleh pulak yakk..dah la pampers tak bawak..masa basuh tu dok usha keliling takut orang perasan aku basuh yak Afif..hahaha aku perasan la ada sorng brother tu usha je aku de jauh, rasanya dia perasan aku basuh yak Afif kot..siap jeling buat muka pelik pulak..Bang sori ye bang, darurat masa ni. cari toilet tak jumpa.. 😆

Masa kiteorang sampai pulau ke 3 ni nak dekat kol 12 lebih..matahari pon dah mencacak atas kepala..aku lak lupa nak sapu sunblock kat muka tangan..abis la hitamm..Dok sibuk sapu kat anak, diri sendiri lupa nak sapu..

Disebabkan stress tengok Mekcha melalak tak henti2 so kami pon dapat la
berendam 10 minit..jadi la nak lama2 pon tak best, sebab matahari memancar atas kepala..

Semua dah kehitaman..Afif takper kulit dia memang dah tan..hehehe

 Adik always buat mummy senang hati..

 Kakak dah lapar mintak roti..muka baru lepas melalak selama 10 minit..hahaha

Pastu sambung mandi depan chalet..

Mujur mummy dah bagi susu makan kenyang2 so takde la meragam..korang mana yang ada anak kecik kalau nak bawak mandi laut kasi dorang kenyang2 dulu, kudap-kudapan untuk mereka jangan lupa..mandi laut ni memang cepat lapor..

Afif takleh lepa sikit, kang tau2 penyedok tu dalam mulut..gusi tengah gatai semua benda nak dimasukkan mulut..masa mula2 dia pengang pasir aku biarkan je sambil jeling tengok dia main pasir..elok dia ramas2 sekali ngap laju masuk mulut..hoii berderau darah mengalir..berapa kali pasir masuk mulut..

Afif dan Affan.. 

Ok dah lapar nak mamam..

Dah kasi mamam sambung mandi..mamam apa? kasi biskut baby bites..

Ni sampai bilik confirm tido terus..adik bertambah hitam la adik..hahaha

Daddy ni la kerja dia, dok kutip sampai..Pangkor laut banyak sampah la weii..sayang la tak jaga..ni nak sihat sikit, korang2 yang dok berkelah kat pantai cuba la jaga kebersihan sikit, lepas makan tu simpan la sampah tu bawak balik..jangan la dok buang sesuka hati..geram tau tengok pantai cantik macam ni penuh dengan sampah..

Siap ikan pon boleh membesar sihat dalam plastik sampah ni..

Sedar tak sedar pukul 2 dah weii..giler lama kami atas beach..Ok la adik jom la kita naik..

Dah hujung2 baru perasan gambar aku dengan Affan takde..hahaha yerla dok sibuk melayan anak sampai terlupa selfie gambar berdua..sejenis pulak dapat suami yang kurang peka bab2 gambar ni..hahaha Jadi la gambar Mummy dengan Daddy terselit jari Raiisah di situ..dari takde kan..haha Thank you kakak..sikit lagi dah boleh jadi photographer mummy ni..hehehe

Lepas mandi makan zaaaa terdampar atas katil..tido sampai ke petang..memang tak ke mana la..malam tu macam biaser lepak dalam bilik je..Affan lari pegi tapau makan kat depan chalet kami..jangan risau kat area Chalet kami stay ni ada kedai tomyam..Affan tapau nasi goreng kampung sedap gak..Raiisah tapaukan sup dengan telur dadar..pon layan..malam tu tido awai sebab masing2 kepenatan di siang hari..hehehe Last entry esok ok..

piece : kathyjem

Pangkor Sandy Beach Resort part 3

$
0
0
Selamat pagi..cak!! ha hari ke 3 dah kita..sekejap kan..masuk raya ke 5 dah..😊

Dua beradik ni memang dah biasa bangun pagi so takde hal..elok aku bangun depa pon bangun..lagi2 si Afif, setiap pagi kalau nak pergi kerja, aku bangun dia pon laju je bangun sekali..lubang hidung tu laju je hidu mummy ada sebelah ke tak..Raiisah memang biasa bangun lepas subuh, mandi pergi sekolah..

Pagi tu macam biaser breakfast dulu..kol 12 nanti nak check out.. sebelum checkout kasi satu kali berendam..

  Cari port luar pulak..

Afif ku bagi nasi lemak..nasi tu lenyek2 terus suap ke mulut..senang sejak dah boleh makan nasi ni, bagi nasi lenyek2 je..masa bawak checkup monthly hari tu nurse ada pesan, Afif dah boleh start bagi makanan lenyek2, takyah blend hancur..bagi dia kunyah2 nasi tu..

Raiisah selalu dia pencinta nasi lemak, tapi hari tu tak nak nasi pulak, makan sosej je..dia ingat ada pancake..bersemangat pagi2 nak makan pancake, sekali non hado..makan je la apa yang ada kakak..datang mood meroyan dia macam2 nak, huihh rasa macam cubit2 pipi tu..sejak ada adik lain maciam perangai ngada dia..nasib baik iman mummy kuat tau..hahaha

Sempat lagi mummy shoot Kaay Cosmetics..hehehe..Affan masa ni jaga Afif dengan Raiisah kat bilik.. sementara mummy perah idea nak ambik angle cantik untuk disimpanan..

Masa shoot tiba2 teringat business partner, Yana..dia bab2 angle memang terer..ex photogrpher la katakan..kalau ko ada zazzz zuss zasss manjer..hahaha

Hoii bukan senang ambik buih2 tu..cabaran tu..tengah syok2 snap, ombak kuat mai pulak..berlari-lari manja aku atas air tu dok mengejar lipstick, dd cushion yang kena bawa arus lautan..haha

Ni je la yang aku rasa okey..yang lain semua k.o..hahaha ingat senang nak shoot product..nampak macam senang, bila dah shoot, giler payah nak dpat best angle..nak dapat angle baik punye, tidak semudah itu yer..lain la kalau dah pro, celah gigi je shoot.. (walaupon hakak ni ex photographer jugak)..hahaha nak jugekkkk..😝 acah2 photographer je akak kathyjem ni..

Tengah sedap mencurahkan bakat sorang2 kat situ, tiba2 auntie dgn anak dia lalu depan aku tanya..you shoot product apa? dengan merendah diri saya memperkenalkan product ciptaan saya sendiri..gitewww..

Terus auntie tu pon try kt muka dia, apa lagi open kedai la kejap depan laut..hahaha sempat lagi kan..ate dah orang tanya tak kan kita senyum kambing kat situ pulak..time ni la buat marketing sikit walaupon malu2 kucing aku kat situ..

Auntie tu ambik number phone aku terus berlalu pergi...aku cakap kalau nak oder produk Kaay Cosmetics bagitau dari Pangkor nanti aku akan ingat..hehe 

Elok dia berlalu pergi, Affan pon muncul dengan Afif..tanya Raiisah mana? dia main dengan anak mama..Mama tu jiran sebelah chalet kami..anak dia suka main dengan Raiisah, sebaya dengan Raiisah..jenuh Affan ajak ikut dia sekali, menangis2 tak nak, nak main dengan kawan dia..tak jauh pon dari port aku shoot gambar..

Berendam sebelum pulang..Mummy tak mandi pon, jenguk2 jer..malas nak pegi ke bilik tukar baju..

Afif Uthman bin Affan..

Alololo sukanya dia..macam tu la..nanti mummy dengan daddy bawak Afif mandi laut lagi ek..

Bila air laut lalu kat dia kemain buat muka geram ala2 kesejukkan..haha

Ni la jiran kami..sebelah chalet jer..Raiisah panggil mama..suka hati je Raiisah panggil mama, sebab dengar anak dia panggil mama terus dia pon panggil mama..tapi masa ni Raiisah bergaduh sebab apa tah, terus anak mama tu merajuk tak nak bergambar dengan Raiisah..bergambar dengan abang dia jer..Raiisah ni nak balik buat perangai pulak dia..besar kecik besar kecik mummy nengok dia..

Sampai sekarang mummy nengok gambar Raiisah ni apa yang pelik..pinggang macam nak patah mummy nengok dia posing..

Dapat duit raya dari mama..thank you Mega..

Bergambar depan chalet kami..memang puas hati stay kat Sand Beach Resort ni..bilik selesa & bersih, suasana nyaman, kedai makan dekat, pantai pon depan tu je, makanan pon sedap2..sangat recomended untuk family trip..

 
Dah abis ye kakak drama kakak selama 3 hari..

Daddy dengan adik kulit dah terbakor..hahaha baru 3 hari..

Balik tu ikut jalan kampung, apa lagi singgah Teluk Intan la..makan gado-gado..ko 3 pinggan aku bedal..Affan siap tanya nak oder lagi..hahaha saje nak bagi bini gems kan..dia makan satu pinggan je..aku memang suka gila gado2 Teluk Intan ni..masa mengandungkan Raiisah siap datang sini, nak makan gado2 punye pasal..kedai makan ni sebelah Menara Condong..

Ok selesai entry Percutian Pangkor..next entry riang raya rumah terbuka pulak..hehehe

piece : kathyjem

Makan-Makan di Rumah Manjer Ceera

$
0
0
Eh Jumaat dah..Esok dah Sabtu..Korang buat apa esok? Kak Kathy nak dating dengan Ceera besok..horeh! horeh! Yana tak nak join ker?? moh ler join..

Huihhh banyak aku punya planning dengan Ceera esok ni..tah sempat ke idak ni kan manjer..kalau tak sempat kita buat2 sempat..hahaha..Lepas subuh nak ke Midvalley, esok sampai ahad ada baby expo..Start pukul 9 pagi..confirm parking susah..tau la Midvalley punye parking macam mana..asyik full jer..

Awat la dorang tak buat hari Jumaat, kalau tak lepas abis kerja boleh singgah..huhuhu Nak pergi Midvalley time weekend nk faham2 je la..huhuhu terpaksa la..Nak cari barang Afif..aku memang dari dulu suka cari barang baby kat expo sebab harga memang berbaloi..Eh terlarik pulak cerita pasal baby expo..hehehe saje nak share dengan korang..lagi pon dah lama tak share story dengan korang kan..Dulu hari2 Kak Kathy update blog, la ni nak update seminggu sekali pon payah..

Raya dah abis baru hegeh nak update kan..hahaha lantok, janji ku update..

Macam biaser orang paling terlambat aku la..haha Yana berkali2 warning, Manjer ko jangan ada drama lambat lagi ek, sharpe lepas Zohor kat rumah Eira..sekali terkeluar jugak drama lambat tu..hahaha..

Malam sebelum tu Afif demam pulak, dia memang dah selsema sebelum tu.. Apa lagi pagi tu bawak dia peri klinik ambik ubat..Sampai rumah lepas bagi dia mamam ubat tengah sedap Afif tido, si Kakak pulak dok mengacau..Raiisah memang macam tu, time adik dia sedap lena tidur, time tu la nak berjoget atas katil, dah la Afif ni telinga lintah..dah melalak tak cukup tidur..ermm sudahnya lambat la sampai rumah Eira..

Sampai rumah Eira kereta pulak tayar pancit, Affan terlanggar palang besi sampai terbocor tayar..Affan nak parking depan rumah Eira yang aku pulak sibuk suruh dia park kat tempat parking Ciput selalu parking tu..sekali tak perasan ada palang besi elok molek dia terbaring atas jalan..ermmm apa lagi kena bebelan la..sibuk kalut nak cepatkan..hehehe 

Masing2 dah kebuluq..

Semua Eira masak..rajinkan Eira masak..jarang2 open house Eira masak, selalu tapau kedai je..aku syak saka malas masak Eira dah membawa diri kot..hahaha 🤣

Kari ayam dia masak, daging rendang pon dia masak jugak..kena puji melambung ni nanti kena carutss..serius sedap manjer tak tipu, ikhlas ni..😂 

Thank you manjer bersusah payah masak untuk kami..tahun lepas nasi arab, tahun depan nasi apa pulak manjer?! amboii request tahun depan terus..hahaha

Kek tak boleh bohong Eira buat, ada nama SR di situ..

Affan dan Shah..Affan time ni muluttttt, kalah mulut Mak Joyah, sibuk nak ingat kisah2 lama kita kan manjer..sajer kan b..hehhh..sikit lagi nak mintak cili padi kat Eira tonyoh kat mulut dia.. 

Dah kenyang makan nasi, Eira hidangkan coffee..terbaik coffee Eira..manjer aku sebenarnya nak tambah coffee lagi tengok ko macam kepenatan, macam tak sampai hati pulak nak mintak tambah..hehehe

Afif lepas makan nasi lenyek, susu terus tido..Bun pon elok terlena sebelah Afif..

Eh bapak baju belang tu, kemain macam budak kecik..teringin ye bang..haa nanti kita boleh cari ek..hahaha

Complete, semua pegang anak lelaki..tahun lepas Afif dalam perut..

Baju ni last aku tempah kat tailor sebelum tailor buat taik..tahun 2015 aku tempah baju ni..Kain sari, mak mertua bagi..konon nak buat sekali dengan Raiisah..kain sari kan panjang, boleh tailor kata tak cukup..padahal Raiisah pakai tak sampai 2 meter kot..tu yang boleh buat aku hangin tu..haihh malas la nak ingat balik, kalau ingat buat sakit hati..

Konon nak pakai tahun lepas sekali mengandung, so simpan bawa la ke tahun 2017..hahaha Save sikit duit..Korang jangan tanya aku tempah baju ni kat mana..memang aku takkan jawab..haha I is geram sampai sekarang..ok bye

Kawan susah senang bersama..gitewww.. #manjers

Kali ni satu keluarga bertemakan colour jagung..Walaupon daddy tersesat sikit gray, boleh la ada sikit yellow di situ..anak beranak pakai selipar jamban..hahaha Raiisah kasut tertinggal..

Sampai malam beraya..rumah terakhir di rumah pak saudara Affan..😊

piece : kathyjem

Beli Belah dengan Ceera

$
0
0
oHallo..Kak Kathy lari sikit cerita raya boleh..behehehe cerita raya nanti Kathy story, jangan risau akan story jugak cuma lambat sikit jer..

Last weekend hari tu shopping dengan Ceera..hoii lama tak shopping berdua kan manjer..dulu2 masa zaman bujang rajin kami keluar shopping berdua kalau Yana takde..memang plan awal Yana nak join tapi last minit tak dapat, Raef demam..

Maka berjoyah la kami berdua..Ohh app Snow la ni la ramai orang dok pakai video nampak extra flawless ek..terbongkar sudah..hahaha..baru ku tahu..korang jangan tanya kalau muka Kak Kathy buat video tiba2 flawless macam kuli telur ayam lepas ni..App Snow ni la Kak Kathy guna nanti buat video..kekeke 

Awal pagi dah keluar rumah..3 tempat nak kena cover ni, sempat ke idok ni..Mula2 sekali pergi Midvalley, pastu ke Wangsa Walk, pastu ke Sri Damansara..sila tarik nafas dalam2 dulu..Fuhhh kanan, fuhh kiri..

Konon lepas subuh nak terpacak depan expo baby ni..hahaha angan2 tinggi, tapi mampu ke nak terpacak awal pagi kat situ..hahaha memang angan2 je la mampu..keluar rumah pon dah pukul berapa..

Sampai Midvalley, Alhamdulillah parking masa banyak kosong, sampai pon dah nak dekat kol 10..tapi ya ampunnnn ramainya orang depan pintu masuk expo..

First time aku pegi seramai macam ni..dari start masuk sampai keluar, berlaga2 bahu..hoii pening..aku ada tempoh 1 jam je nak beli barang..tengok orang ramai macam ni sempat ke idak nak beli..rasa macam nak balik tapi sayang pulak nak balik, redah je la..

Yerla dorang buat expo ni 2 hari je mau tak orang ramai berpusu-pusu datang..selalu dorang buat 3 or 4 hari macam tu..ni buat 2 hari je ermmm sendiri mau ingat la ramai macam semut..

Nasib baik masa aku sampai selit2 masuk kat tepi, kalau masuk bahagian depan aku rasa mau 1 jam dok tunggu depan pintu masuk tu..zazz zazz beli barang terus keluar..berbaloi beli sebab murah compare beli online..lagi pon dah biasa pegi expo baby so dah tau apa yang nak beli..

Pastu laju2 ke parking, Ceera dah call tanya dah kt mana..janji kol 11 nak ambik dia..haha..Nasib rumah dia dari Midvalley dekat je, kalau tak kena carutss lambat, hahah tapi memang dah lambat pon..kol 11.30 aku sampai..haha..ampunn manjer..nak keluar pintu expo baby tu sikit punye jem..huihh tobat nak pegi expo baby kalau berlangsung dua hari jer..nasib baik tak muntah hijau aku dalam tu..haha

Pastu ke Wangsa Walk teman Ceera cari barang kat sini..Manjer tolong aku ambik gambar Ohohtede..loo tidur pulak..hahaha 

Settle cari barang kat Wangsa Walk terus ke Sri Damansara..nak cari barang masuk hutan..hehehe Masuk hutan pergi mana tu Kak Kathy?  Kak Kathy dengan Ceera nak pegi Water Rafting..huhuhu lama tak join aktiviti lasak..rindu nak buat aktiviti macam ni..sekali ada peluang apa salah nye join..cuma risau kat Afif je ni, sebab dia kan menyusu badan lagi..😭 In Sha Allah boleh..positif Kathy positiffff..baik! pump susu jangan lupa bawak Kathy!

Sampai Decathlon Sport terus rambang mata aku dengan Ceera..Ceera banyak barang dia dah beli masa datang dengan Ciput hari tu, so topup sikit2 jer..aku pon banyak dah beli online, so cari bag galas, seluar dan lain2..hehehe

Ko kat sini macam2 barang sport ada, barang nak panjat gunung, berkelah depan beach, basikal, roller blades, semua ada la..harga pon murah sangat2..port skate ni kalau Affan ada ni mau juling2 dia tengok..silap2 tak nak keluar kedai..hahaha

Acah2 jer..Kak Kathy ni sejenis
cepat cuak..dari dulu angan2 nak jadi minah skate tapi selalu tak kesampain..macam mana nak jadi minah skate..skate board tu gerak sikit dah terjerit-jerit..hahaha sejenis gayat..😂

 Kasut air untuk kids..sesuai untuk aktiviti atas air..Napa la baru tahu tempat ni, kalau tahu dari awal leh cari pelampung Afif, masa nak pegi Pangkor hari tu sikit punye payah nak cari pelampung untuk Afif, dua tempat pegi Aeon semua dah takde stock pelampung baby..huhu

Orang perempuan kan kalau nak pergi bercuti semua nak baru..bukan kata luar je nak baru, dalam pon nak baru jugak..opss! hahaha😂 Selipar kat sini cantik2 dan murah..macam Ceera ambik tu dalam RM19..

Udah2 la tu..lagi lama kita dok dalam ni, macam2 nak beli..hahaha


Settle shopping, basahkan tekak jap..kat sini takde kedai kopi, Dunkin Donuts je yang ada..tadi kat Wangsa Walk dah makan, so kita makan light2 jer..Ceera belanja, thank you Manjer..

Berdua saje tanya Yana disisi..sedar tak sedar sampai ke subuh kiteorang berborak rupanya..hahaha over kan sampai ke subuh..😂 😂 Sampai lenguh2 la mulut berborak..lega kepala macam2 diluahkan..hehe

Ok tak sabar nak join Water Rafting next week..semoga dipermudahkan semuanya..amin..

piece : kathyjem

Raya di rumah NiedaCoway

$
0
0
Raya tahun ni macam bersemangat sikit nak beraya rumah orang..tahun lepas langsung tak bersemangat..nak jumpa orang malas, nak bersiap malas, nak mekaup malas, nak berjalan malas..senang cakap semua malas hahaha..tu tahun lepas la, tahun ni lain maciam semangat dia..so ada jemputan kita pergi walaupon tak termampu nak pegi semua undangan..

Ni la kawan2 sekolah ku..kalau ikutkan ramai lagi tapi ramai tak dapat join..yerla open house sana sini kot..rumah Nieda ni  memang aku nanti2 kan..dari zaman sekolah sampai dah beranak pinak kuah rojak Mak Nieda paling ku tunggu2..dulu zaman sekolah sampai Nieda datang rumah hantar kuah rojak..sampai terbayang-bayang..hehe so bile Nieda ajak harus kena pergi..

First time aku pakai tudung instant..eh yeker first time..hahaha lupa jap..errmmm yerla first time la aku rasa aku pakai..ni pon sebab Nyah kasi (Kakak Yana)..kalau nak suruh aku beli tak la kot..hahaha aku memang tak pandai pakai tudung isntant ni..siap bawak tudung instant ni tunjuk kt kawan ofis macam mana nak pakai..hahaha Yang colour peach aku pakai ni ok lagi ada satu lubang..ada tu sampai dua lubang, jenuh nak sarung..hahaha sedihkan..

Serius weii aku memang tak pandai pakai tudung instant ni..Rasa macam tak kena jer pakai, tapi tudung Nyah bagi ni macam best pulak..terus muka akak nampak baik sangat..hahah thank you Nyah kasi tudung instant kat i..😊 Eh orang Perak memang panggil Nyah tau bukan sajer2 panggil Nyah..siapa orang Perak mesti tau panggilan Nyah tu kan..

Amboii Raiisah dengan kawan mummy kemain posing sakan..

Dengan auntie Ariza..siapa nak ambik insuran boleh hai2 kat Ariza..kemain terlentok kat peha auntie Ariza ek..

Masa ni Iena baru sampai..Iena yang berbaju hitam..

Ni la tuan rumah, Nieda..orang panggil Nieda Coway sebab dia jual Coway..siapa nak beli Coway boleh hai2 kat Nieda jugak..amboii kemain promote kawan2..hahaha ye kawan2 sekolah i semua jenis semua meniaga..

Jeles tengok badan Nieda..slim melim jer..Nieda ni dulu waktu sekolah terer gile main netball sampai masuk wakil daerah..kalau main netball mesti teringat lompatan dia..kalau tangkap bola terus lompat bintang..lari tangkap bola macam lipas kudung, sikit punya laju..zazz zazz dah sampai D court..hahaha

Iena..ni pon masa sekolah lipas kudung gak main netball..punye terer..Hari tu plan nak suruh Iena buat open house kat rumah dia, tapi Iena tak sihat hari tu..Iena bile boleh rasa air tangan lontong puaka awak ni..hehehe nasib baik kita tak pregnant..kalau tak awak kena masak jugak..behehe😝

Dieha yang maintain kurus kecik moleh walaupon anak dah 3..Dieha ni kalau cakap budak sekolah menengah pon orang percaya..muka budak sekolah sangat..

Anne..kawan paling rapat masa sekolah..dah ada dua orang anak ni je dah jarang jumpa..dulu sebelum kawen rumah Anne la tempat aku melepak sampai makan, tido satu katil la dengan Anne ni..sampai dah kenal sangat parents Anne..uwaaa rindukan Anne sampai kita poyo..hahaha Anne la orang pertama melihat cinta padang pertama aku dengan Affan..eh dengan Dieha sekali..Affan dulu kawan dengan Dieha sebelum aku kena Affan..eh terbukak pulak cerita zaman remaja..🙈

 Dari kiri Anne, Dieha, Nieda, Tuan Tanah, Ariza dan Iena..

Walaupon friendship kami sudah 20 tahun perangai masih maintain sama..Ni la kami 'Mommies Vast'..nama Vast kitaorang pakai dari zaman sekolah tau, maintain pakai nama ni sampai sekarang..kepala giler2 pon semuanya masin sama lagi..hahaha Walaupon kita semua jarang bersua, kita doakan semoga persahabatan kita semua kekal sampai bila2..Love Kathy..amboii macam Love Vivy sangat..😂 #friendshiptilljannah

Afif awat terbulat mata tu..kagum ekk tengok kawan2 mummy cantik2..hehehe
Amboi daddy kemain sakan gelak belakang tu yer..lama tak jumpe geng berasap..

Masa ni Ariza dah gerak balik so sampai terlupa nak ambik gambar berdua dengan dia..Ariza kita check dalam kamera takde gambar awak dengan kita..gambar awak sorang ada la..sayangnya..

Ootd raya dengan Mekcha..patutnya pakai baju ni dengan Manjers baru la sesuai..yerla aku pon mana nak tahu dorang nak pakai colour peach..huhu

Macam biasa la Raiisah nak ambik gambar dia sorang kena la umpan, bagi makan eskrem..baru dia dok berdiri tegak, kalau tak urut dada dibuatnya..

 Ootd adik atas stroller je la ye adik..hehe

Ni pon geng lama Affan masa semua belum kawen..walaupon anak dah 3 4 orang perangai masing2 macam bukan bapak orang..hahaha

Ececece semua pose baik nampak..Dean (baju putih) tak sabar nak dukung baby boy ke? hehehe🙈 

Ok selesai entry raya..eh ada lagi..sat naa..

piece : kathyjem

Mini Bike Pertama untuk Afif

$
0
0
Salam Jumaat..laliluuu Jumaat dah..senyum sikit..😊 Besok plan nak longgarkan lutut dengan Affan..hoii longgar lutut dah kenapa pulak..korang jangan fikir macam2 ek..longgar lutut nak masuk hutan la..hahaha next week kan Kak Kathy dgn Kak Ceera nak buat water rafting, harus la kena warming up dulu..kang badan terkejut tak pasal2..lagi pon dah nak dekat setahun lebih since mengandungkan Afif awal tahun lepas sampai sekarang tak buat apa2 aktiviti..dulu rajin la main netball, futsal..lama sangat dah Kak Kathy tak bersukan keluarkan peluh..

Semalam check sport shoes nasib baik ok lagi, ingat tapak dah lekang..😆 lama sangat tak guna..

Hari ni Kak Kathy nak share dengan korang Afif punye mini bike ni sebab ramai mesej Kak Kathy tanya Afif punye mini bike ni..barang baik harus la share berjemaah..

Kak Kathy jenis macam tu suka share dengan korang barang2 yang Kak Kathy rasa ramai yang suka pakai tapi tak pasti nak beli kat mana..bukan niat nak menunjuk ke apa..bile kita share sesuatu dengan jujur ikhlas In Sha Allah, Allah akan gandakan nikmatNYA pada kita..giteww..yang penting jangan riak, niat tu kena betul ye sayang..

Sebelum tu kasi tatap dulu muka abam kita, Afif Uthman..

Suke ye abam..mula2 naik mini bike ni muka teruja, tak sampai berapa saat ketepek jatuh..hahaha yerla berdiri pon terketar-ketar ada hati nak naik basikal..sajer mummy beli awal, lagi pon masa tu tengah promosi..elok je iklan tu lalu lalang kat timeline fb mummy..tengok harga pon boleh tahan, laju tangan ni menanya perdana menteri aka PM..😂 

Masa tanya tu kebetulan tinggal lagi berapa hari je nak abis promotion..tak cakap banyak tanya Affan, Affan kata ok terus beli..hari ni oder lusa dah dapat..

Actually mini bike ni sesuai untuk anak2 yang baru pandai berdiri, bagi kuatkan kaki..Macam Afif tak pandai lagi berdiri lama kalau berdiri pon bertahan 5 saat..nak bagi dia naik kena kita dok sebelah dia..kalau tak tergolek macam dalam video ig..


Masa aku beli dapat harga promosi sampai 28 Julai..so sekarang ni kalau beli tak pasti dapat ke tak harga RM129 tu lagi..ada 3 colour, Metalic Blue, Metalic Pink dan Pearl White..

Ni online yang aku beli tu..number whatsapp pon ada kat situ..kalau berminta nak beli boleh tanya terus whatsapp number dalam gambar tu..

Masa aku upload gambar Afif naik mini bike ni perasan Yana tanya napa tak beli 2 tayar macam dalam gambar ni..demmmm aku lupa sungguh..Shah suami Yana ada bagitau kalau nak beli, beli yang ada tayar dua sebab tayar dua belakang design terbaru..dia balance sikit la compare tayar satu kat belakang macam aku beli tu..

Kalau tanya aku, ok je aku rasa, nak kaki baby kuat masa tengah tolak2 ke depan ke belakang..tu jer..tayar dua belakang tu mahal sikit compare tayar satu..sesuai dengan harga la kan kan..ok tu jer..kalau nak tanya apa2 boleh mesek Kak Kathy..😊

piece : kathyjem

Beriadah Bersama Suami

$
0
0
Dari dulu angan2 nak mendaki gunung dengan Affan berdua..hahaha sampai sekarang angan2 tak tercapai..dulu sebelum ada anak tak nak buat aktiviti macam gini kan..dah ada dua orang anak baru hegeh nak buat..hahaha biaser la dulu2 sibuk nak beromantika..

Weekend ni kan Kak Kathy nak pergi Water Rafting dengan Ceera so memang last week dah bagitau Affan nak ajak dia teman aku jogging, nak kasi badan longgar2 sikit..Affan cakap dia nak bawak aku satu tempat kat Kuala Kubu Baru, tempat tu best dia kata banyak ikan tapi kena meredah sungai..aku dengar dia kata best, layan kan jer..Affan cakap kalau setakat nak jogging, pergi kat taman rekreasi pon boleh..ok la saya ikut sajer..

Affan pon suka buat aktiviti macam ni cuma dah kawin ni je la takde masa dengan sibuk kerja nya bagai..bila aku kata yes nak pergi, dia macam tak percaya aku nak pergi tempat2 macam ni..eh hello b, b ingat saya ni jenis tak suka ke tempat2 macam ni..saya ni pencinta alam flora dan fauna tau..hehehe Dan2 pencinta flora fauna kan..yerla dia dok tengok aku dengan kerja duduk kat ofis beraircond bagai dengan melawo je kerjanya..haha mesti tak layan aktiviti macam ni..eh tengok orang tau..jangan pandang sebelah mata..🙈

Biaserla janji melayu, konon awal pagi nak bertolak sudahnya kat kol 11 gak la kiteorang sampai kat Sg Chiling ni..

Ni la suami saya yang semakin debab.. Hari2 dengar dan bertanya. "Huny, b dah gemuk la, huny muka b dah tembam la, huny b tak nak makan la nak diet hari ni"..pasrah je la telinga ni dengar..mujur dapat bini yang sejenis tak kisah, gemuk ke kurus ke janji awak sihat b..hahaha Kang sado2 ada pulak yang nak mengorat ajak pergi karok pulak..huihh mintak simpang..sebab tu saya suka awak debab macam ni..cia cia cia..

Confius jap.. ni breakfast ke makan tengahhari..hahaha Nasi berlauk je yang ado, kita makan ni je la..nasi lemak abis..elok kiteorang nak bla berbungkus-bungkus nasi lemak orang kedai tu letak..cis ada pulak nasi lemak kan..tak leh jadi..lalu Affan pon tapau dua bungkus untuk di bawa ke Sg. Chiling..nanti lapor2 leh makan sambil menyelam..

Sampai2 kena register nama dulu..Makanan dia akan tanya, bawak apa? ada tupperware tak, plastik bag semua tu la..kalau ada kena bayar..nanti nak balik tunjuk plastik makanan tu, dia akan pulang balik duit kita..yerla kawasan jagaan.. Dilarang sama sekali untuk memasak ataupon BBQ di kawasan air terjun..Waktu di buka Jumaat, Sabtu dan Ahad..hari lain tutup..

Casing waterproof untuk phone ada untuk di sewa..

Register dulu..bayaran masuk untuk setiap seorang RM1..

Toilet dan tempat persalinan baju disediakan..sebelah tu ada jual makanan macam laksa, keropok lekor, burger dan lain2..boleh la untuk lapik perut..

Peta untuk laluan ke Air Terjun disediakan..baru ku tahu ada 6 lintasan rupanya untuk sampai ke air terjun yang banyak ikan kelah tu..

Bismillah..moga sampai la kami ke puncak..amin amin amin..debor pulak masa mula2 meredah laluan air sungai2 dengan lecak2 nya..

Tengah khusuk jalan2, Affan melompat ada cengkarung dok posing depan dia..Affan melompat aku lagi la melompat terus berlari ke belakang..hahaha

Affan sikit2 tanya, Huny awak ok, larat lagi tak..hello B baru 10 minit kita berjalan..Rileks la..hahaha Risau bebenor dia takut aku mengah tak larat..

Yeaa sampai lintasan 2..

Affan bagitau kena melintas arus sungai ni..Wutt??? kena melintas ke..haaa la kena melintas la..kalau tak macam mana nak sampai air terjun atas tu..hohoho ok..

Sampai lintasan ke 3..Lintasan ke 3 ni arus sungai macam deras sikit, pastu banyak batu..kaki aku tergelincir sikit, terpijak batu licin..berdarah sikit kat buku lali..

Lintasan ke 4..

Lintas ke 5..

Masa lintasan ke 6 ni macam konfius sikit..dia macam ada 2 laluan..kiteorang dah confius nak ikut laluan kanan or meredah sungai..ermm ok mengikut peta yang depa bagi memang kena meredah sungai..ok jom..

Elok kiteorang berfikir sekejap, ada sekumpulan remaja lalu..haa ikut je la dorang..adik2 ni mesti dah biasa datang sini..dalam jugak tau sampai ke paras pinggang..tapi arus tak deras sangat..

Yeaa sampai jugak ke Puncak!

So cantikkan! Affan kata kalau pergi hari Jumaat orang tak ramai macam hari weekend..Sg. Chiling ni bukak hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je..hari lain kawasan ni ditutup orang ramai..sebab tu ikan2 kat sini gemok2 sebab di jaga..Sampai satu tahap dorang akan lepas ikan2 ni semua kalau dah terlalu banyak..

Kak Kathy dah bersedia untuk Water Rafting weekend ni..kepala lutut semua dah longgar..hehe..In Sha Allah bersedia..😊

Aduhh baru nak beromantika dengan Affan kat sini..Affan cari port baik punya untuk isteri dia bermain2 dengan ikan kelah..sekali ada WOW di situ..hahaha suka la tu Affan ada tontonan free..hahaha

Affan tegur budak tu jangan main kat area situ..banyak batu, dah la curam..air sungai deras gile kot..kang kena hayut tak pasal2..Affan cakap pernah ada kes budak terhantuk..so kena la hati2 ye adik2 nak datang sini..jangan seronok sangat..tempat2 macam ni kita kena selalu beringat..

Ok isi perut dengan nasi lemak yang pagi tadi tak dapat makan..ermm macam tak cukup pulak sebungkus..

Selesai isi perut baru berendam..

Bagi ikan makan..

Mula2 geli giler..mau tak geli, rasa macam ikan tu tengah syok pulak cium2 kaki badan kita..😂

Lama2 dok dalam tu baru rasa ok, tak rasa geli dah..tapi aku tak bukak kasut, pakai dengan kasut2 sekali, kalau bukak kasut baru rasa geli giler kot..hahaha

Makan cokelat..sejenis cepat lapar, padahal baru je lepas bedal nasi lemak..

Kenyang ikan kelah ni dapat makan cagu2 kat kaki Affan..hahaha B ikan kelah ni buat bakar sedap ni..hoii mana boleh..kalau dorang tahu boleh kena denda..ooyekerr..

Sebungkus makanan ikan ni di jual RM2..

Ramai tanya tak geli ker? geli2 manjer jer..hahaha Ikan2 kat sini so peramah dan manja..kita tabur je makanan laju je depa datang..rasa macam nak tangkap sekor bawak balik jadikan kenangan..haha

Rileks2 Kelah hoii..semua dapat jangan rebut2..🤣

Naik sikit punya lambat nak sampai sini, bila balik eh eh dah sampai dah..Sampai aku pulak yang tanya Affan, B ok b. B larat b..haha terbalik pulak..aku pulak yang tanya dia ok ke tak..

Terima kaseh b bawak saya ke tempat macam ni..rasanya ni first time kami lakukan aktiviti macam ni since dah 6 tahun berumahtangga..Syok jugak buat aktiviti macam ni sekali sekala tanpa anak2..orang kata bagi merapatkan hubungan suami isteri gitewww..B nanti kita repeat lagi aktiviti macam ni..best sangat..thank you B..😘

piece : kathyjem

Riang Raya CRS Department

$
0
0
Walaupon raya dah abis tatap nak cerita dalam blog..Mana boleh tak cerita raya office ni, wajib tulis..mana la tau besok2 berhenti kerja boleh belek blog balik untuk jadikan ubat perindu bersama kawan2 office..hohoho

Sepanjang 10 tahun bekerja dengan SYABAS yang dah bertukar kepada AIR Selango sekarang ni, ni la kali pertama aku beraya di department baru dan semua kawan2 baru..sangat best walaupon mula2 agak janggal berada di department baru memang rasa lain la..lama2 ok, dapat pulak geng2 kaki makan, abis berat badan naik berkilo-kilo..😂 memang tak boleh diet la dok department baru ni..hahaha

Sejenis suka ootd..tak suka jangan tengok..🙈 hahaha

Baju ni beli tahun lepas, nak pakai event Nuffnang raya ke apa tah, tak ingat..pastu dok peram dalam almari sampai terlupa baju jubah biru ni..beli baju jubah ni pon sebab mengandungkan Afif..tahun lepas baju raya semua beli hat jubah..perut memboyot mana selesa pakai 2 pcs..Beli kat Bellaamara..tahun lepas baju raya banyak beli biru tahun ni no biru..hahaha tu pon hampir2 nak terbeli gak tu..

Kak Shikin, Kak Aiza, Kak Yana dan sebelah tu lupa lak..biasa la staff AIR Selangor ada beribu mana nak kenal semua..🤣 Ni semua ex Corporate Com.

Team Data..hehe kecuali yang berbaju purple itu..Alex di mana2 sajer ada u..haha

Geng makan..

Dah kata jamuan raya, gambar raya dengan kawan2 office je la yang banyak..

Boss tengah busy melayan tetamu..

Bersama Qila pon ex Copr.Com gak..Sebelah kita tu Kak Yana..dia la teman meluahkan perasan dan melayan kerenah ku dikala kepala ting tong menyiapkan kerja yang menimbum2..hahaha

Kaum lelaki dah pergi sembahyang Jumaat maka berjemaah beramai-ramai la kaum hawa dari pelusuk department datang beraya ke CRS Department..jemput makan ye jangan malu, buat macam rumah sendiri..hihihi

Eh geng gemoking ni gambor sesajer..hahaha..Jangan terkejut dalam group kami pon letak nama gemoking ni tau..ate semua pon kaki makan..

Eh eh boss lama kesayangan kita pon ada datang beraya..Hi En.Halem..🤗 Lama tak jumpa En.Halem..Sihat boss..😊

Kebetulan sama pulak colour baju dengan boss..

Ada dua orang baju colour sama..Boss bilang siapa yang pakai sedondon colour sama dengan dia, akan dapat hadiah misteri dari dia tapi hadiah tu dia akan bagi bulan Oktober nanti..6/10/2017 tu yang jari kena buat 6..hehe ok boss bulan 10 nanti saya tuntut kat boss..hehehe jangan buat2 lupa tau boss..hahaha Apa la boss nak bagi tu..🤔

Kalau lelaki pakai colour sama dikira gak ke boss..haha tak kan..😝

Boss kita ni dulu pon ex Manager Corporate Com. gak..now pengurus besar CRS Department (Customer Relationship Services)..hampir 5 thn pernah bekerja dengan dia di bawah satu bumbung so dah tahu cara kerja dia..Thanks Abang Raof..😊 Jangan lupa hadiah saya nanti..keke😂

piece : kathyjem

Hi Kulim! Kita Jumpa Esok!

$
0
0
bAssalammualaikum..eh rasa macam hari ni hari Jumaat pulak..yeh meh rasa Jumaat meh, yo loo sebab esok kita cuti..mehehe..esok nak ke Kedah..Siapa orang Kedai lambai hai2 kat kita sat! mana tau terserempak hampa besok ka? boleh laga2 pipi..😊

Malam semalam packing siap2 senang..malam ni dah boleh rileks2..aku jenis macam tu, nak holiday ke apa ke suka packing siap2, tak suka last minit, nanti penat tak cukup tidur dok hegeh packing barang..baik paking siap2..boleh tarik selimut awal sikit..hehehe Eh lupa kerja Kaay pon banyak tak siap ni ha..💆🏻

Semalam masa susun2 baju Afif dah tidur..Awal pulak kenit tu tidur..mak kata petang tu dia tak tidur sangat jadi kol 9 lebih Afif dah kroihh kroihh..lega naa, tenang mummy menyusun baju dalam bag..hehe 

Gigih mummy ko susun macam gini kan..demi nak masuk dalam blog katanya..kakaka kena gigih la.. Orang perempuan kan semua benda nak di bawak nya..Almari tu kalau boleh simpan dalam beg lama dah diangkut..😂 

Beg dah 2..acaner..belum handbag nak simpan mekap lagi..kekeke..Wehh ni nak berholiday ke nak masuk hutan ni..🙊

Baju memang gam2 aku bawak, tak kurang tak lebih..

Kasut jalan, (takde dalam gambar), kasut hiking, kasut air dan selipar..hahaha kasut je dah 4..aduhh pitam..muat ke tak nak sumbat semua ni..😂

Semalam tengah susun2 lipat dalam beg sekali perasan ada sorang adik ni komen gambar kathy upload ni..Dia bagitau napa tak gulung2 baju tu. lagi banyak space..Ya ampunnn dik akak lupa sungguh teknik gulung2 baju tu..serius..hahaha al maklum selalu travel susun baju anak lipat2..hahaha

Bertahun dah weii tak join aktiviti masuk hutan ni..dulu zaman belajar rajin la join jungle tracking semua tu..Kak kathy memang suka join aktiviti sukan lasak ni..Bila Ceera tanya nak join ke tak Water Rafting dengan kakak dia dan kawan2 kakak dia, terus aku on..

Malam ni nak tido awal, besok pagi berkumpul di rumah Ceera..kami kereta pertama yang kena sampai di Chalet dulu dan ambik kunci dulu..geng2 lain bertolak lepas Zohor..

Doakan perjalanan Kak Kathy, Kak Ceera dan kawan2 yang lain semua selamat pergi dan balik..Semoga dipermudahkan urusan kami ke sana..Amin..

Nanti Kak Kathy share aktiviti Water Rafting ni dengan korang semua okey..😉 terima kaseh baca blog Kak Kathy..☺️

piece : kathyjem

Gigi Sudah Banyak

$
0
0
Salam petang..Hari ni kita MC, demam, sakit tekak, sengal badan, sakit kaki, sakit tangan, sakit hati..eh..hahaha..mujur batuk selsema takde, kalau ada pakej semua..Ingat nak update Water Rafting tadi..ermmm tak sempat..baru nk on laptop, Afif meronta-ronta mintak dibelai..3 hari tak jumpa extra manja betul dia hari ni..Si Kakak lagi, balik sekolah ada jer mintak perhatian..

Hi kawan mummy semua..Saya dah 9 bulan..minggu depan genap la saya 10 bulan..masuk 9 bulan baru pandai berdiri..Afif sekarang dah pandai berdiri lama2..sikit lagi boleh la ni berjalan..jaga2 mummy..lagi mencabar bila dia dapat kaki..hahaha

 
Ambik ko tumbuh gigi sekali 4 terus kat bahagian atas..kat bawah memang dah lama tumbuh..Kira Afif ni lambat gak la tumbuh gigi..Raiisah dulu 4 bulan dah tumbuh gigi, sebab tu Raiisah lambat berjalan..orang tua2 kan cakap budak cepat tumbuh gigi lambat berjalan..memang betul pon..hehe 

Nenek hari2 bagi makan carrot cepat la gigi tumbuh..Bila dah tumbuh gigi part paling tak suka sekali time breasfeed..hoiiii terseksa betul..Sikit lagi rumah nak bergegor bila dia menyusu..Sakit wooo..😂

Makan pon suka yang dah keras2 sekarang ni..bagi nasi lembik cepat nak termuntah..suka makan buah..Alhamdulillah Afif suka makan buah..happy mummy..Dari mula mengandungkan si Afif aku amalkan makan hampir semua jenis buah..Risau takut macam kakak dia tak suka makan buah..bagi la buah apa memang tak dimakannya..mujur la adik suka..masa mengandungkan Raiisah aku kureng sikit makan buah sebab tu la kot Raiisah tak suka buah..tah ke ikut nenek dia, mak kata masa dia kecik2 tak suka buah, dah besar tua bangka ni baru suka makan buah..

Ok kalau rajin malam ni Kak Kathy update entry Water Rafting..ok nak sambung melayan si Afif..dari tadi dok menyendeng mummy nak update entry..bye!

piece : kathyjem

Water Rafting Sg. Sedim Part 1

$
0
0
Halo halo..bertemu kita sekali lagi..hahaha mesti ramai ternanti-nanti entry Water Rafting Kak Kathy ni kan..senyum sikit..😊 sat na, Kak Kathy update dari hari pertama sampai, sampai la kami balik..

Awal pagi dah bangun untuk bersiap2 nak ke Kedah..paling tak boleh menahan tinggalkan anak2...Raiisah ok lagi dah besar, si Afif tu risau la kita..Ni 1st time tinggalkan dia..suami kena tinggal takper jangan anak2..hahaha hamboii..sentap Affan baca ni..😂

Lepas subuh terus bersiap..Jumaat tu memang aku dah ambik cuti awal..Giler tak bersemangat nak masuk hutan..tiba2 feeling rasa macam masa zaman sekolah pulak, packing dua hari dua malam..hahaha Siapa macam tu? ingat zaman sekolah je rasa feel macam tu..dah besar kertu pon moment2 semangat packing barang tu masih maintain dalam badan ahkak hokey..kalau sorang punye packing semangat la, kalau packing baju2 anak suami terus lemah longlai..banyak nak kena packing hoii..hahaha ahkak memang macam tu, sejenis semangat kuat, tak kisah musuh mai dari celah mana..😝 tiba2 kan..

Janji melayu pukul 10 pagi berkumpul rumah Eira..Kecuali Mekchu, kami ambik dia dekat KTM..Andak awal subuh dah terpacak depan rumah Eira, suami Andak hantar..Akak pulak dari Sg. Buloh..baru tau akak tinggal Sg. Buloh, kalau tau boleh tumpang akak..hahaha 

Tunggu punye tunggu sekali kol 9 Mekchu baru gerak dari Seremban..hoii kol brapa sampai KL ni..Tersalah tren pulak katanya..komuter kan ada timing dia..Mekchu bilang setengah jam jugak tren sampai..

Sementara menunggu Mekchu sampai aku breakfast nasi lemak, Ciput tapaukan untuk Eira pagi tu..ada beli lebih makan la sebungkus kongsi dengan Affan..Affan hantar pagi tu..

Tengok jam, hoii kol 11 lebih dah..😂 kol berapa pulak nak gerak Kedah ni..disebabkan Mekchu lama lagi, Eira ajak mengopi di mamak dekat kawasan rumah dia..terlayan pulak tosei garing dengan Eira, akak dengan Andak kongsi roti bakar..Elok abis makan Mekchu whatsapp dah nak sampai komuter..terus berdesup pegi ambik dia..

Eira, tuan tanah, Mekchu, Andak dan Akak..

Bismillah..Bermulalah perjalanan kami ke Kedah tapi sebelum sampai Kedah kami nak pekena dulu Nasi Vanggey Ipoh..Dari dulu aku teringin nak makan Nasi Vanggey Ipoh ni, yang orang kata dok sedap sedap sangat ni..sampai pernah jadi viral la dulu2...harus la kena rasa..masing2 sanggup tahan lapor, nak makan nasi ganja punye pasal, berhenti pon untuk pegi toilet jer..

Alhamdulillah sampai Ipoh..Senang waze je Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Vanggey)  Jln Yang Kalsom 30250 Ipoh Perak..sampai la situ nanti..

Kebuluq sangat dah masa ni..kat kol 3 kiteorang sampai Ipoh..makan tak pandang kiri kanan masa ni..😂 Sedap tak?!! Hoii giler tak sedap hoii..padahal ayam goreng, timun dengan telur masin je kot, tu pon dah sedap..rasa macam tak cukup pulak nasi tu, nak tambah macam segan pulak..ke sebab ko dah kebuluq kathy..semua pon sedap..hahaha..Eira kata kalau nak oder lagi..Hoii saka apa pulak ko bawak ni Kathy..kuat benor makannya..😆

Konon lepas pekena Nasi Vanggey nak cari cendol sekali tengok jam memang tak sempat la nak sampai Kedah..ok cancel..terus ke Kedah..Kalau boleh nak sampai sebelum cuaca gelap..

Terpandang meja sebelah makan puding caramel..macam sedap je..tanya orang kedai tu, ada jual..semangkuk kecik ni RM3..kongsi ramai2 habiskan puding caramel ni..sedap berlemak, terbaik..pon aku rasa tak cukup semangkuk..orang bela saka memang macam ni, rasa semua makanan tak cukup..😂

Ingat nak kandid..tau2 je dorang ni aku tengah ambik gambar..laju je menyelit..

Muke kenyang..Akak awat belakang sangat tu..

Pastu kami teruskan perjalanan..Hujan lebat petang tu..ada excident kereta dengan lori, mujur laluan sebelah..jem jangan cakap la..nasib baik laluan kami ok..smooth je sepanjang perjalanan kami petang tu..Allah permudahkan..😊

Perjalanan 2 jam akhirnya sampai destinasi kami, Sg. Sedim..ko bayangkan kalau kami sampai malam macam mana? kiri kanan hutan kot..macam mana nak cari dinner malam ni..macam kena makan maggi jer..macam malas nak keluar je..hahaha bila sampai semua jadi malas..

Besar kan chalet kami tinggal ni..

Tak silap aku ada 8 chalet ke semuanya..Chalet2 kat sini sesuai untuk family gathering or aktivti bersama kawan2..nak berhoneymoon berdua macam kurang sesuai..

Chalet kami duduk ni paling kecik sekali ada 6 katil, bilik ada dua..satu bilik atas, satu bilik bawah..

Total yang join Water Rafting ni semua 19 orang..Semua aku tak kenal, yang kenal kakak2 Eira dengan Mekchu..ramai yang bertolak malam lepas abis kerja..gigih dorang bertolak malam kan..maybe dorang dah biasa buat akvtivti lasak kan, so takda hal la bertolak lewat malam2 dari KL ke Kedah..

Esok awal pagi nak kena bangun awal buat aktiviti..kalau aku tak mampu dah weii..sejenis badan nak cukup rehat, nanti cepat lemau..pastu mulalah ingat tilam bantal bucuk..😂

Ruang tamu yang agak luas..Sebelah tu Chalet lelaki.. 

Tapi kan line tenet slow la sini, kalau digi lagi sedih..kena jalan hujung nun chalet sebelah tu baru dapat signal..Maxis ok, Celcom semput gak..sampai ada chalet sebelah tu siap perli kitaorang lagi.."Tu mesti tengah cari line phone".. eh eh adik sekolah tak abis lagi, berani cakap macam tu kat akak perasan gorjes ni ye..hahaha..ahkak2 sini stress tau tak dapat live update..🤣

Katil di sebelah tangga..

Seram gak katil kat bahagian atas ni..macam takut je nak tidur atas ni.. 

Kenyang nyamuk kalau kami tidur atas ni.

Tangga dia lagi seram..nak naik gigil, nak turun gigil..nak pegi toilet malam2 macam mana..dengan mamainya baru bangun, tersungkur kang..dah macam2 fikirnya, sudahnya semua decided tidur bawah semua..bawak turun tilam semua..bilik bawah yang ada 2 katil tu bagi kat orang yang kendian datang..bergolek la kami beramai2 depan ruang tamu malam tu..

Pemandangan dari atas..

Nampak Andak posing kat sini terus masing2 tak nak kalah..

Kekra dengan gaya manjanya..hahaha

Kak Kathyjem dengan gaya ala2 nampak kurus yang tak menjadi..bahaha..eh teringat pulak baju aku pakai ni sebab ramai dok tanya aku beli mana baju ni..😂 Beli kat Zara Midvalley sayang2 semua..beli bulan puasa hari tu..

Kalau tanya aku baju ni ada lagi ke tak, tak pasti pulak..korang boleh usha kat Midvalley la, kalau takde tengok kat One Utama..hari tu tengok kat One Utama ada tapi masa bulan puasa hari tu la..

Tak sabar nak buat aktivti esok..puas hati la chalet Sedim Vista ni..

Peace yo!! malam ni makan apa? sat2 lagi mesti lapor..masa ni hujan renyai2..berdoa banyak supaya cuaca esok ok..tapi orang situ cakap dah 3 hari hujan, rasanya esok tu ok kot..

Nak buat lompat bintang tak menjadi..rasa berat sangat badan nak melompat..lemak seronok kumpul kt buntut..hahaha

Yeaa seperti yang dinyatakan, maggi menjadi penyelamat dikala semua malas nak keluar..lagi pon hujan lebat malam tu..hujan2 dapat makan maggi tomyam memang layan abis la..lepas makan maggi layan koci pulak, bom tidur..kepenatan sudah..

Ok tunggu next entry pulak..thank you sudi baca..

piece : kathyjem

Sembang Jumaat

$
0
0
Salam Jumaat gaisss! Korang dah breakfast ke? kalau dah breakfast, makan apa tu? besok Sabtu, laaaaliiiluuuu..amboii seronok nampak..hahaha harus la seronok..weekend weii siapa tak seronok..weekend ni la spend time dengan family..last week Kak Kathy ke Kedah..besok plan apa ek? jalan2 cari pasal la esok, tak pon masak2 makan tido..hahaha

Mata dah start rabun..baru dapat surat GL dari company untuk buat spek mata..kalau rajin esok ingat nak buat spek mata la..kalau tak sempat next week je la..rabun teruk dah mata ni, malam drive lagi la, hari tu sikit lagi nak langgar orang, silau teruk..

Muka baru lepas makan tosei, ayam kfc, biskut cicah nescafe, nasi lemak..hoii dasyat ko punye breakfast Kathy..seronok la lemak membiak kat perut tu..hahaha buat penat je pegi Water Rafting hari tu..elok lemak hilang 2 kilo terus tambah 4 kilo..🤣 #overnau

Tosei..Wahi mak buyung belikan..tq Wahi..

Ayam Kepchi, Kak Fiza bawak..dari last week dok mengidam kfc dapat jugak merasa..pengaruh iklan tepi jalan macam ni..tengok pulak time perut tengah kosong memang teringat2 la kfc ni..tapi idok la teman makan seketul sorang, cuit2 kongsi ramai..Kak Fiza bawak 3 ketui jer..

Kiteorang kat office ni setiap pagi mesti Kak Fiza akan buat nescafe tarik satu jug untuk kawan2 yang lain..hooo Kak Fiza punye nescafe tarik kow kow punye dia buat..memang kalau minum tu boleh terangkat bontut la dibuatnya..hahaha Kalah mamak punye nescafe ikat tepi.. thank you Kak Fiza dan Kak Fiza punye masakkan semua sedap2 tau..dia masak telur goreng bodoh pon sedap..😂

Bestkan makan ramai2 macam ni..walaupon masing2 bawak sikit, bile kumpul semua makanan terus jadi banyak..Sampai dah tak tau nak makan mana dulu..Syok la kawan2 officemate baru ni, semua kaki makan..Dengan dorang ni takleh diet, sejenis suka makan, masak, makan, gosip, makan, gelak, makan..haipp jangan fikir macam2..kiteorang makan2 ni waktu time lunch break je..kalau breakfast pulak, awal2 pagi sebelum start kerja wajib isi perut dulu..ok dah2 sambung buat kerja..daaa~

Entry water rafting next week ek update..malam semalam tak sempat edit gambor..lepas menyusukan Afif terus terlelap tak sedar apa..hahaha

piece : kathyjem

Water Rafting Sg. Sedim Part 2

$
0
0
Pada hari ke 2 di Sg. Sedim..

Kitaorang tidur awal malam tu..Selesai dinner maggi masing2 tarik selimut kebommm..perut dah kenyang hujan pulak tu, perghh memang syok la kan tidur..malam tu tidur dalam kesejukkan, macam pasang aircond pulak padahal pakai kipas je..Chalet kami stay ni takde aircond..

Selesai subuh terus bersiap sebab pukul 8.30 dah kena gerak untuk buat aktivti flying fox, water confidence dan water rafting..kalau tak water rafting lepas lunch tapi kiteorang mintak di awalkan.. dah alang2 baju tu basah sambung terus la water rafting..petang nanti boleh rileks2..kalau tak hujan kami nak ke Tree Top Walk..kalau hujan petang tu sila menangis ramai2 dalam chalet yer..hahaha..😂

Kemain semua berhitam, bila Dib bagitau dalam gambar nanti tak cantik semua tudung hitam, masing2 laju tukar tudung yang ada colour..hahaha yang tukar Ceera dengan akak je la yang lain maintain tudung sama..Dib bagitau tips bila bergambar dalam hutan harus memakai tudung bercolour terang..baru la dalam gambar hidup..dan di larang sama sekali memakai baju or tudung berwarna hijau, nanti gambar tak cantik..hahaha aku malas nak tukar, pakai je tudung hitam tu..esok la pakai tudung bercolour..orang perempuan kan tudung pon jadi masalah besar..😂

Muka di awal pagi..Andak dan Mekchu..

Kami bilik yang pertama bersiap..bilik lain ada yang sampai lewat malam..sian dorang berapa jam la tido..rasanya dorang dah biasa travel malam so takde hal la tidur 3 4 jam..bertolak dari KL tengah malam pon takde hal aku rasa..kalau aku tk boleh weii..mau tertido masa flying fox..hahaha 🤣

Disebabkan aku nak buat video harus la setiap gerak geri kami di rakam..

Bila mak2 di beri kebebasan mula lupa diri..kekeke Seronok ye tunggu sat lagi masing2 menjerit atas air..

Masing2 posing tak nak kalah..ni posing nak masuk hutan ke photoshoot magazine..hahaha ampun ye korang, mak2 baru dapat kebebasan memang macam ni sikit..nasib Affan tak join, kalau tak kena bahan je memasing asyik pose je..😝

ok dah penat melompat..tunggu breakfast..

Ni la Adibah, orang panggil Dib..kawan Andak..Dib la orang kuat disebalik pengurusan kami ke sini..dari awal sampai abis semua dia yang incharge itinerary..terbaik Dib..next plan pulak nanti okey..hehe Plan tu kena tunggu Akak, Ceera, Andak dan Mekchu balik dari negara Kangaroo..hooo syoknya korang holiday lagi..nak ituttttt!!

Depan chalet luas sangat, boleh muat 3 4 kereta kot..pemandangan sangat cantik so jangan dilepaskan.. 

Ok breakfast dah sampai, nasi lemak dan teh panas..

Anak siapa la tu rajin, siap cedokkan nasi untuk setiap pinggan lagi..untung siapa yang berkahwin dengan Kekra ni..😝

Satu senduk cukup la..kang makan banyak2 terkeluar pulak nasi lemak tu, dah lah jap lagi nak lompat2..eh tapi nasi lemak tu sedap, macam meminta-minta nak tambah..nasib nafsu makam akak lemah pagi tu kalau tak 2 3 senduk dah tambah..hahaha

Makan kenyang2 sat lagi banyak tenaga nak pakai..

Perasan tak menatang apa yang hinggap dekat tudung Ceera..Suka betul dia dengan Ceera..Andak sergah pon dia buat dekkk je..hahaha

Lepas semua breakfast kami terus ke aktiviti pertama iaitu flying fox..dengar pon dup dup..belum lagi nak buat..last buat flying fox masa tahun 2014, masa tu terpilih untuk cabaran Shaylanista tv9..flying fox kat situ lagi seriau, panjang kot dan bawah tu tasik..tinggi pulak tu..

Nak ke tempat flying fox tu kami naik jeep, dorang sediakan pengangkutan..ramai2 himpit satu kereta, budak lelaki duk atas bumbung..Yang bawak kami tu Kuchai nama dia, dia la yang guide kami sepanjang berada dalam hutan..Ingat daun Kuchai ingat la dia..hahaha Hoii masak ketiauw goreng basah letak daun kucai sedap wooo..dah kenapa tiba2 cakap pasal ketiauw goreng basah ni..menaip di kala perut berkeroncong memang macam ni..kikiki Kuchai kalau baca ni jangan marah naa..😜

Petang kang kami nak ke Tree Top Walk..kalau tak hujan la , kalau hujan bye bye! tapi Alhamdulillah cuaca pagi tu tak hujan, Kuchai cakap dah 3 hari berturut-turut hujan di Sg. Sedim ni..harap2 tak hujan la petang tu..

Menunggu rakan2 yang lain sampai..

Masa ni tak tau lagi ada pacat sedang menanti kedatangan kami..

Tengok air sungai bawah tu rasa tak sabar pulak nk terjun..Dah berapa hari hujan, air sungai keruh..Awal pagi lagi, tengahari kang ok la kot air sungai tu..Kuchai bagitau dah lama tak hujan kat area Sg. Sedim ni so bila lama tak hujan, air hujan mai dari atas tu yang jadi colour teh ais..

Ok cabaran pertama, flying fox..sedang mendengar arahan tentang cara menggunakan peralatan untuk bermain flying fox..

Dah ready semua..ok Dib hang kena pergi dulu, sebab hang dah biasa main flying fox ni..kami ni tak berani lagi, tunggu berani muncul baru kami turun sat lagi..hahaha Punya takut nak jadi orang paling awal kan sanggup merelakan kawan2 pergi dulu..

Dib orang yang sampai awal maka dia la kena ambik video kiteorang dulu..mehehehe phone aku dia yang pegang, aku lak pegang phone dia dari atas..

Ready dah #gengsatukereta semua..

Tak sabar nak terbang..

Mula2 cuak, lepas dah buat flying fox rasa macam nak buat lagi pulak..macam best pulak terbang sambil jerit ala2 tarzan..hahaha Full video besok kita upload..

Boleh tak part Ceera aku tak tekan button on video masa tengah record tu..demmm..macam mana boleh tak tekan tah..aduhh sayangnyaaaa..nasib Ceera ok walaupon tahu dia geram kat aku sebab dok kalut pegang phone tapi tak record video dia tengah terbang..hahaha..ampun manjer, nanti next aktiviti aku record video ko terbang banyak2 ok..cayang cikit..😚

Selesai flying fox dorang bagi rehat, apa lagi basahkan tekak dengan teh tarik panas..ada cafe tau kat sini..kawan yang lain siap oder chicken chop lagi..hebat tak hebat..sedap pulak tu chicken chop dia..

Ok next aktiviti, water confidence..

Ramai2 bergambor sebelum sorang2 terjun..

Nampak macam rendah je kan batu tu, cuba korang berdiri atas batu tu, silap2 rasa macam berdiri atas KLCC..Silap2 ada yang tak nak terjun..😂

Cuak gile weii, tengok sebelah tu air dia deras macam mana..masa nak terjun rasa macam sesak nafas dibuatnya..rasa macam ada satu dinding halang untuk terjun..hahaha amboi over..lepas dah terjun rasa lega yang teramat hoiiii..terus rasa confident nak terjun 80 kali..😂

Semua berjaya terjun kecuali Andak 3 kali fail..kali ke 4 baru menjadi terjunan tu..nanti korang tengok video Andak terjun macam mana..terjunan Andak paling win sekali..hahaha setiap kali tengok setiap kali tu gelak berdekah-dekah..ampun Andak..part Andak nak terjun paling kelakor dan comel..😂

Aktiviti ke 3, water rafting...ni yang ditunggu2..sedikit briefing..nanti dorang akan tunjuk cara macam mana nak pegang paddle, nak kawal boat dan apa perlu buat kalu boat terbalik..nanti dorang ajar la semua tu, tak susah pon..mula2 dengar, mak aii macam susah je nak handle tapi bila dah duduk dalam boat tu tak susah mana pon just dengar arahan je jalan..best sangat2 tau..korang ada peluang pergi la join water rafting ni, mesti balik tu terngiang-ngiang..hahaha..macam kiteorang masih tak boleh move on lagi..hihi

Ready semua..Bismillah..semoga semuanya selamat pergi dan selamat mendayung..harap2 ada yang tak cium batu nanti..

Ada kawan2 yang dah pergi water rafting kat Kuala Kubu Bharu kata, Sg. Sedim ok lagi tapi terus masuk gear 4..kat KKB lagi extreme dorang cakap, sungai dia lagi lebar..

Antara semua laluan, ni la paling curam sekali..nampak macam tak curam sangat kan padahal jantung dah berdebar-debar tengok air deras kat situ..hoi kalau jatuh masa turun macam mana ni..mula la fikir bukan2.. dah la team kami yang pertama kena turun sebab kami sampai dulu kat sini..

Semua orang dah ada baru satu persatu boat di turunkan..masa turun kat sini tak boleh pegang paddle..bahaya pegang paddle masa tengah turun sebab curam 90 darjah kot..masa turun kena pegang tali kat boat kuat2..yang lain berjaya mendarat dengan baik kecuali team Andak ada sorang jatuh..

Yeaa semua berjaya!! dan kat sini la aku orang pertama yang kena pacat..ciss kena jugak cium dengan pacat..sibuk je pacat tu nak manja2 dengan i..mula2 rasa macam gatai2 pedih bawah dagu, pegang la bawah dagu tengah dok garu2 rasa macam lembik2, sekali tarik tu dia PACATTTTT!!!!! apa lagi bergegor la hutan dengar suara aku..hahaha serius weii aku memang takut pacat sebab pernah ada sejarah..sebab tu takut, eh bukan takut geli dengan pacat..

Ok sambung langgar batu jom..seronok pulak henjut2 badan atas boat bila boat stuck kat atas batu..pastu merasa la kan sakit satu badan..hahaha

Pukul 3 lebih baru settle semuanya..terus naik jeep balik ke Chalet, masing2 dah kebulur..makanan macam roti, biskut, cokelat semua tu kami tak bawak tinggal kat Chalet..yerla takut takde orang nak pegang lagi pon semua dok atas air..baik takyah bawak, bawak badan je..

Makan tengahari dorang sediakan, termasuk sekali dengan pakej..harga bilik semua tu next entry aku bagitau okey..

Dah kenapa terselit pacat kat sini..ada kejadian di sebalik gambar pacat ni..hahaha Bila semua dah abis makan, semua masum bilik nak mandi tukar baju semua tu..tengah semua syok2 nak bukak baju sekali Kak Echa terperasan pacat dibelakang badan Andak..apa lagi menjerit la Andak dapat tahu pacat belakang badan dia..nasib Kak Echa berani dia la yang buangkan..Dib bagitau sampai chalet depan boleh dengar suara kitaorang..hahaha Seronok pacat tu dok belakang Andak..masa flying fox tu perasan Andak sandar kat batu..masa tu la kot pacat tu naik atas badan Andak..seronok pacat tu water rafting sekali dengan Andak..😂

Ceera, Kathyjem, Husna, Dib, Mekchu dan Andak..

Makan petang laksa kedah..baik sangat Kakak yang masakkan makanan tengahari untuk kami..Manis mulut Andak mintak request nak laksa Kedah, tak sangka akak tu masak betul2 untuk kami..lupa dah nama akak tu..terima kasih akak bersusah payah masak laksa untuk kami..sedap kot laksa kedah akak ni masak..2 kali aku tambah..haha..ada orang pantang setahun makan laksa,  aku belasah je..cannot tahan..😂

Dinner di kedai tomyam..dekat je dari chalet kami..

Ceera oder sup tulang..makan kat sini dah la murah sedap pulak tu..Ceera masa nak bayar sampai adik tu tanya, "Kenapa kak, mahal ke semua yang saya kira ni"..Ceera dah buat muka pelik masa ni.."Tak dik, murah sangat".. 😂

Ok masing2 dah kenyang, dah penat, dah sakit satu badan, moh la kita pulang dan tidur...besok nak hiking pulak..semoga tidak ada pacat yang akan mengikuti kami..hahaha

piece : kathyjem

Dark Choc Mummy 10 bulan!

$
0
0
Happy 10 months Afif Uthman! sekejapkan dah 10 bulan..lagi 2 bulan genap setahun!

Kesayangan mummy nombor 2..besok besar jadi bodyguard mummy tau..hehe

Afif sekarang dah pandai berdiri..sebenarnya 9 bulan dia dah start berdiri..mula2 papah tepi2 kerusi meja esok2 jalan la ni..kalau ikut mummy masa baby tak sampai setahun dah boleh berjalan..yee Kak Kathy dulu masa baby mak kata genap setahun dah boleh jalan..Raiisah lambat, setahun 3 bulan baru pandai berjalan..anak perempuan kan macam lambat sikit..lagi2 anak first..

Sekarang ni pantang lepa laaaaju masuk benda dalam mulut..gusi pulak tengah gatal memang semua benda la nak dimasukkan dalam mulut..kalau biarkan merangkak atas lantai sedar2 mainan kakak dia dalam mulut sebab tu suka letak dia dalam walker..kadang tu dalam walker pon boleh capai barang..💆🏻 

Biasa la baya ni memang kena banyak sabor sikit..tu belum dapat kaki lagi memanjang urut dada..😂

Afif sekarang ni dah peka tau, kalau mummy balik kerja dia dah stanby depan pintu..mummy bukak pintu terus tersengeh2 dalam walker..kalau kita tak ambik dukung dia, laju je datang tarik2 seluar suruh ambik dia..

Dan lagi satu dah pandai marah kakak dia..hahaha Raiisah kan suka gurau kasar dengan adik dia..jenuh tau nak ajar Raiisah jangan bergurau kasar dengan adik..kena sayang adik..Dia ikut mood, kadang2 ok main dengan adik dia manjer peluk cium acah2 gelak ketawa, kadang tu dia tepuk2 kepala perut Afif..Kakak jangan buat macam tu kat adik, adik kan kecik lagi sian adik, sayang adik cepat.. laju je sayang adik pastu dia tepuk balik kepala Afif balik..aduhhhh Mekcha mekcha..nasihat apa perlu mummy pakai ni..takkan la hari2 mummy nak babap awak..😑

Selalu tengok wajah Afif senyum tersengeh kan..nah! tengok muka melalak..masa ni demam menyangkit dengan mummy..Setiap kali mummy demam, Afif pon mesti demam sekali..kadang tu sampai takut nak bagi dia menyusu badan..orang cakap kalau anak menyusu badan ni, kalau kita demam mudah berjangkit..memang betul pon sebab dia baby, antibodi badan tak kuat lagi..kalau kena selsema lagi la susah giler nak baik..

Apa2 pon mummy doakan Afif sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt..amin..luv u sayang mummy! 😘😊

piece : kathyjem

Water Rafting Sg. Sedim Part 3

$
0
0
Ok sambung hari ke 3..lepas mandi terus bersiap..pukul 8 dah kena gerak..hari ni 2 aktiviti yang akan kami buat iaitu berjalan atas jambatan gantung dan jungle trekking..pastu boleh siap2 balik KL, tapi sebelum balik KL nak singgah rumah Dib di Jitra..nak makan durian..

Muka ceria di hari 3..rasa tak puas pulak 3 hari, patut ambik 4 hari kan..hahaha 2 hari pon dah sakit2 badan ada hati nak tambah 4 hari..

Bersiap-siap sebelum bertempur dengan pacats..hahaha..sejak kes Andak kena pacat memang kiteorang ambik langkah berjaga-jaga iaitu menyapu minyak angin di seluruh badan terutama kat kawasan kaki dan peha..behehe..tu port paling disukai pacat..dengan stokin2 sekali kiteorang sapu minyak angin..orang cakap pacat tak suka bau minyak angin..

Ok semua dah ready! yuk kita mulakan..sebelum tu moh ler kita bergambar beramai-ramai dulu, untuk dijadikan kenangan anak cucu cicit nanti..dah kenapa gambar kasut jd kenangan pulak..😂

Dah ada nama baru geng Sg. Sedim..hahaha Nanti kita repeat kat Kuala Kubu Baru pulak..

Awal pagi kan semua muka comel2 flowless..tunggu tengahari kan hilang kecomelan tu...hahaha

Breakfast pagi tu nasi lemak, kuih masalodeh dan teh tarik panas..dorang bungkus siap2..kiteorang simpan nasi lemak tu, nak makan kat air terjun nanti..makan kuih lapik perut dulu..pagi tu rasa macam kenyang pulak, padahal tak makan apa pon pagi tu maybe dinner berat malam sebelum tu kot yang perut rasa kenyang..so kita makan masalodeh dulu..

Tak abis gaya terbang tu..

Tinggal 15 orang je, lagi 4 dah balik KL ada emergency hal..

Nak ke Tree Top Walk dan jungle trekking kami naik kereta..kalau tak dorang suruh menapak dari chalet ke situ..hoii memang idok ler jauh kot..depa kata dekat..dekat lagu mana tu, kalau berjalan mau tengahari kang sampai..hahaha

Sampai jugak kami di sini, Tree Top Walk Sg. Sedim..kalau tak kami nak pergi petang semalam tapi hujan so cancel bawak ke hari ni..nak masuk sini kena bayar RM10..kanak2 RM7..

Kalau korang nak tau kat sini la Jambatan gantung besi sepanjang 950 meter dengan ketinggian 50 meter dari tanah dan dianggap Titian Canopy Terpanjang di Dunia dan di Asia..nak pesan kalau mai sini kena pakai kasut bersesuaian sebab atas besi tu macam licin sikit..

Dengan bayaran RM 10, kita boleh menyaksikan keindahan alam,  kehijauan hutan dan keindahan Sungai Sedim di bawah jambatan gantung ni..tapi tak rasa gayat sangat pon sebab besi tu tebal jadi macam tak nampak sangat objek kat bawah..so siapa kaki gayat jangan risau, korang boleh lalu dengan tenang tanpa merasa apa2 pon..😊

Berada di ketiggian 18000 MM tu..huihhh seriau tapi rileks je..syok jalan2 sambil melihat keindahan ciptaan Allah swt..😊

Bila waktu pagi ambik view kat atas ni sangat la cantik..

Port sini ambik gambar lawa sangat..takyah edit pon memang cantik..lagi2 orang yang berada dalam gambar tu semua lagi la gambar extra cantik..🤣 #jangankecam

Manjer ambik gambar aku dari belakang..baik....nasib i ex photoghrapher, gambar jangan risau memang akan ada..haha

Selesai aktiviti laluan jambatan terpanjang di Asia kami nak ke waterfall trekking pulak..sebelum tu dengar sikit taklimat dari abang guide..

Ada 2 laluan iaitu trek atas simen dan tanah..nak pilih tanah atau simen?? ofcoz kiteorang pilih simen konon nak elak pacat..kalau laluan tu semuanya tanah ko ghasa berapa ekor dok tumpang kami..hahaha trek atas simen pon banyak giler kot pacat..pastu pulak baru lepas hujan 3 hari lepas, memang syok la pacat membiak dan mencari mangsa..

Stop jap tunggu kawan2 yang lain..ada anak sungai..

Laju2 pon sempat selfie..

Sebelum sampai trek yang bersimen kami kena lalu trek atas tanah dulu..Sepanjang jalan kejap2 tengok kasut, kejap2 tengok seluar kot2 pacat tumpang..sekali memang sah pacat menumpang Mekchu pastu aku pastu Andak pulak..Andak paling kuat sekali menjerit..sampai dorang suruh Andak bertenang..hahaha Mau tak dah la semalam pacat ikut Andak sampai sedap membuncit dia hisap darah Andak..hari ni kena lagi, menjerit satu hutan la dengar suara Andak..hahaha Aku menjerit tak?? gile tak menjerit..pacat kot, lipas aku ok..kalau lipas merayap aku rileks boleh tampar dia tapiiiiiiii jangan pacat..gelii!!!..ular pon jangan memang aku akan pecut 100meter kalau nampak dia..😂 hoii macam mana nak jadi minah survivor ni..hahaha..terus teringat program Survivor yang femes kat Ntv7 dulu2..

Ok sampai check point yang pertama..sampai je terus masing2 check kasut..takut pacat terselit dalam kasut..fuhhh nasib baik takda..mujur la aku pakai kasut pink, pacat naik memang nampak..kalau la ku tahu ada pacat beribu lemon di sini memang 3 4 helai stokin bola aku pakai..Mekchu lagi la pakai stoking hat buku lali tu, hurmm memang pacat attack kaki dia je la..aku rasa sepanjang perjalanan tu dekat 20 ekor dok hinggap kaki Mekchu..

Akak ni rileks je macam takde apa2 berlaku..padahal 3 4 ekor pacat bergayut atas kaki dia..siap pakai sandle lagi tu..hebat tul akak ni..nasib baik abang guide ni yang buangkan pacat kat kaki akak ni..

Rasakan ko pacat berdiri atas panas..pacat kalau berada di cuaca panas mereka akan lemah..so mereka akan berusah mencari tempat perlindungan yang lembap..

Mekchu kena lagi..dalam kasut pulak..

Apa tah nama buah ni..abang guide cakap buah ni boleh makan tapi pedas..dia suruh kiteorang makan..ermmm takde keberanian la nak makan..

Setelah berperang dengan pacat akhirnya sampai jugak kami di kemuncaknya..Waterfall!!!!!

Dia ikut lagi kami kat sini..kat atas pasir ni pon banyak pacat..haii la pacat buat kami tak duduk senang dan tenang..ada saja kamu..suka dekat kami ekkk..hahaha Gigih Kuchai buang pacat kat kasut Eira..Tengok Mekchu belakang tu, kena lagi dengan pacat..kali ni kena gigit sampai berdarah..pacat jangan  main2 tau, kalau dia gigit pastu tertinggal gigi kat kulit, ermmm memang 2-3 minggu gak la nak baik..sebab tu orang kata kalau pacat tengah hisap sampai keluar darah tu jangan dicabut, biarkan dia hisap puas2..nanti dah kenyang dia akan jatuh sendiri..ko rasa ko mampu nak tengok pacat tu seronok hisap darah ko sambil ko tersenyum manja depan pacat tu..hahaha memang tak la kannnnn..memang ko akan cabut la pacat tu kann..siapa yang berani buat macam tu aku tabik spring..

Berjaya mengharungi cabaran bersama pacat..hahaha so hari ni kita cerita pasal pacat je..

Ok dah lapar nak isi perut..dah molek bukak kasut, aku dengan Eira nak makan nasi lemak atas batu, tengah nak menuju ke batu kaki pon dah masuk air sekali terpandang pacat besar macam lintah elok menguit atas batu..laju2 naik ke darat balik..terus cancel nak makan nasi lemak atas batu sambil menikmati pemandangan air terjun..terbantut terus..hahaha

Dorang jugak yang berani makan nasi lemak atas batu..

Geng satu kereta jugak yang makan berdiri..Kuchai masa ni tak abis2 gelak kan kiteorang..dia siap cakap, hampa macam nak pergi berperang dengan pacat..makan nasi sambil menunggu musuh pacat..hahaha..siut..😂

Akak jugak yang rileks, makan berlapikkan beg..siap bersila lagi..Akak berani sikit..malam yang hari kami sampai tu ada katak dalam chalet kami..rileks je akak angkat katak yang mula2 Mekchu ingatkan daun kering tepi pintu rupanya katak..Akak tangkap gunakan tangan je tapi lapik dengan tisu la..hebat tak hebat akak..sebab tu Akak boleh makan dengan bertenang atas pasir yang dipenuhi dengan pacat..hehe 

Bergambar beramai depan waterfall..Siapa nak merasa kesejukkan waterfall kat sini boleh je mandi tapi kami malas nak basahkan baju sebab semalam dah seharian atas sungai..

  Sebelum balik lanja sekeping..

Abang guide ni cakap kayu ni walaupon basah still boleh menyalakan dengan api..nama kayu ni lupa..

Yesszaaa!! berjaya menghabiskan jungle trekking..

Pastu masuk kereta zazzz sampai ke chalet..tukar baju mandi kemas bilik terus pulang..lepas tu nak ke Jitra rumah Dib..family dia buat makan2 sikit untuk menunggu ketibaa kami..

Sebelum tu singgah makan tengahari..Ku ambik nasi, sayur dan ikan keli sajer..lapar nasi..nasi kena makan kang badan masuk angin tak pasal2..

Eira dengan yang lain2 oder laksa..giler banyak laksa dia, semangkuk besar macam ni boleh makan dua orang RM4.50 jer..sedap nak menangis makan laksa Kedah ni..apa nama kedai ni ek?? tak tau la..hahaha ampun masa makan ni lupa nak tanya Kuchai..Kuchai la yang bawak kami makan kat kedai ni..dekat dengan area rumah dia..

Laksa dengan ABC..kombinasi yang sangat tepat dan sedap..😋

Sorang ABC, sorang CENDOL..

Pastu singgah rumah Kuchai untuk beli petai dan makan durian..

Bapak Kuchai bilang musin durian sudah nak abis..durian dah tak banyak..

Mata dorang ni lagi bersinar tengok petai dari tengok durian..hahaha

Nikmatnya makan durian..lepas makan tu tekak ku dah rasa lain macam..cuaca panas pulak tu..terlupa pulak nak minum air dari kulit durian untuk hilang panas badan..On the way nak ke rumah Dib badan dah start rasa nak demam..

Masa makan durian nk memang syok betul..dari hari tu dok teringin nak makan durian..paling banyak makan Eira..minah Durian betul pompuan tu..

Pastu kami terus gerak ke Jitra..Dua jam lebih jugak la perjalanan nak ke rumah Dib..masa dalam perjalanan tu badan dah rasa demam..nasib baik bawak panadol..lepas telan panadol baru rasa badan ok sikit..

Tu dia family Dib masak untuk kiteorang meriah macam ni..terharu masa mula2 sampai..

Ok jom makan..

Pulut panggang ni aku suka tapi badan tengah tak sedap tak boleh makan..kang tak pasal2 berangin satu badan..

Demmm ni pon suka tapi sayang seribu kali sayang tekak ku dah mula rasa perit, panas dan sakit..haaa tu tanda apa tu??

Mampu nengok je la..Tu durian adik beradik Musang King tau..berlemak pahit Eira kata..Hoii jeles mendengornya..aku rasa secuit je, nak bagi hilang kempunan..hahaha

Ku mampu nengok je la..Rambutan pon tak boleh..masa ni badan dah start sakit sengal2..ingat nak tidur je dalam kereta..

Dib beehun goreng family ko masak sedap..dua kali kot aku tambah, tu je yang tekak boleh makan..

Andak, Husna dan Mekchu..makan kenyang2 jap lagi 6 jam perjalanan nak balik ke KL..tak boleh stop banyak kali nanti sampai KL lewat malam..hahaha..so makan kenyang2..hehe Terima kasih Dib bersusah payah masak lauk sedap untuk kami..Siap tapaukan lagi untuk kami bawak balik KL..Nanti kim salam kat family ko ek..

Ohh lupa nak bagitau pakej untuk Water Rafting tu..Chalet yang kami stay tu nama Chalet tu Dahlia & Raflesia..Sesuai untuk 7 orang..1 chalet RM320 untuk 1 malam..

So siapa yang berminat nak join aktiviti sihat macam kami buat ni korang boleh whatsaapp atau call terus number ni 019-4546485 Nazirul Ikram..nanti dia akan bagi harga pakej yang macam mana korang nak..macam2 pakej dorang sediakan nak berkayak, paintball, water rafting, tubing, hiking, teambuilding, skipper, fishing, chalet, villa semua ada la..berminat nanti boleh wassapp nombor tu okey... =)

Jom layan video kami sepanjang berada di Sg. Sedim, Kedah..Gigih Kak Kathy edit tau walaupon tunggang langgang sikit..hahaha jangan gelak ek.. 😜


piece : kathyjem

Little Caliphs Sports Day 2017

$
0
0
Movie Korea Mekcha kembali lagi..sambungan movie tahun lepas..ingat dah masuk 5thn takde drama2 dah rupanya ada jugak..💆🏻

Mummy dah agak mesti Raiisah tak nak la jugak..Malam sebelum tu kemain semangat tunjuk baju biru, tak sabar nak lari kata dia..Bila sampai hari kemuncak nya punah harapan mummy bila kakak kata tak nak...mummy nak tunggu Kakak berlari je kakak..why Kakak whyy! tahun lepas drama macam ni tahun ni pon drama lagi..🤦🏻♀️

Pagi tu lambat sampai, hujan lebat pagi tu dengan daddy nye demam..Afif pon tak bawak tinggal dengan nenek..Mak tak bagi bawak takut demam lagi, baru elok demam hari tu..Mujur dewan sukan dekat dengan rumah..Tapi tak sempat nak tengok Raiisah perbarisan..Sampai2 acara dah start..

Dari mula sampai asyik tunjuk nak bag biru tu..

Masa ni baru sampai..ada dua team je, biru dan hijau..

Kalau ikutkan sports day Little Caliphs (LC) Tasik Biru ni sebelum puasa tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan maka pihak sklh tunda ke hari ni..rasanya LC branch lain dah buat kot sports day..

Dari mula sampai muka monyok tak nak  buat apa2 padahal malam sebelum tu dia  yang beria-ia..jenuh le mummy pujuk macam2 ayat manja mummy gunakan..ermmm tak jalan..setiap kali mummy cakap geleng2 kepala tak nak..

Kawan Raiisah siap tunjuk muka senyum lagi kat dia..Siapa tanya, Raiisah kenapa ni?!! alooo suwet kawan tanya macam tu..

 Team biru, tema kehidupan laut..

Kakak tengok kawan2 kakak semua happy, pegi la join dengan kawan2 kakak..tak nak jugak..😑 Nak kata perut lapor dah breakfast..apa lagi yang tak kena ni..mummy syak kakak tak suka orang ramai ek..

Baik sangat ni brother pujuk kakak..kawan2 lelaki Raiisah paggil brother, tak panggil nama..hahaha kakak kawasan sangat ni panggil brother..

Ok adik2 5thn beraksi..masa beratur ni Raiisah ok..bila teacher dia jerit suruh berlari terus muka cuak patah balik..

  Ok Raiisah go lari..

 Pulak dah teriak kat tengah2 tu..

 Teacher paksa dia lari tak nak jugak..

 Berlalu pergi diiringi dengan tangisan..

Kakak tahun ni mummy maafkan lagi tau, tahun depan kakak macam ni no kephci, no toys, no ipad, no kartun, no no no no..nampak mummy geram sangat ni..hahaha tiba2 terungkit pasal toys pulak..🤣 

Ngada sangat ni apa pasaiii..tecer bagitau masa latihan elok berlari tak pijak tanah..bila betul2 hari sukan datang perangai mengada dia pulak..

Dah satu hal teacher nak pujuk dia..

Mummy rasa awak ni tak boleh tengok orang ramai la..tengok orang ramai bising2 terus bertukar 90darjah..

Dengan budak drama Korea terbitan Astro..😂

Atuk pon ada datang support Raiisah..gelak2 atuk tengok Raiisah menangis tak nak lari..Atuk cakap mummy masa kecik aktif, sukan apa semua masuk tak takut..sampai masuk pertandingan pakaian tercantik pon boleh menang dapat nombor satu, pakai pakaian Hawaii masa tu..siap gelek2 depan penonton lagi..masa tu aku 5 tahun..hahaha mengimbau betul..

Kreatif mak adik ni..nampak kemas je walaupon guna suratkhabar..kalau Raiisah berani macam adik ni dah lama dah aku join..mummy buat baju ala2 princess Elsa frozen guna surat khabar..gitewww imaginasi mummy..😜

 Comel2 belaka..

 Acara bapak pulak..

Budak manja dengan atuk..mau tak 
manja, dari masa pantang sampai dah besar ni atuk jaga dia..

Last sekali penyampaian hadiah dari Pengetua sekolah..

 Ni pon yang dia tunggu2..

Dapat benda yang dia nak baru la muka tersenyum lebar..

Dah abis acara baru nampak muka tu ceria..kalau tak muka monyok je..

Ramai tanya kenapa Raiisah potong rambut? Raiisah kan ada ekzema..hari tu tersilap makan ekzema serang satu badan..paling teruk kat leher..abis dia garu2 sampai berdarah..sampai seminggu tak pergi sekolah..sudahnya daddy dia bawak pergi kedai rambut potong pendek terus..kurang ekzema tu..

Ni first time Raiisah potong rambut pendek macam ni..sayang memang sayang la tapi demi kesihatan Raiisah mummy terpaksa korban jugak rambut kakak yang panjang tu..alaaa takyah risau la esok2 panjang la tu rambut nye..Raiisah rambut dia cepat panjang dan lebat..😊 ok sejukkan hati mummy..😅

piece : kathyjem

SALE LEMBU TUMBANG BERJEMAAH!

$
0
0
Salam Selasa semua..siapa dah start cuti hari ni?? Hari ni rasanya ramai dah kot cuti..kita masih kerja lagi tak cuti pon, Affan kerja so malas nak ambik cuti..bagi peluang kawan2 yang kampung jauh bercuti raya..kita kampung sini2 je takyah ambik cuti pon takper..hahaha simpan cuti..

Korang dah grab Merdeka Sale Kaay ni??! kalau tak grab mohon la grab sekarang tau sebab harga melantung-tung tung Kaay bagi ni..nanti Merdeka Sale Kaay ni tutup kedai tak boleh gostan dah awak..

Bukan selalu Kaay Cosmetics buat Sale Lembu Tumbang Berjemaah sempena Hari Raya Qurban bakal menjelma tak lama lagi..

Set Combo Lembu Tumbang Berjemaah bersamaan Hari Kemerdekaan :

1. DD CUSHION RM70 (jimat RM10)
2. LIP CREAMY MATTES RM130 (jimat RM10
3. D CUSHION + CREAMY MATTES RM100 ( jimat RM15)
4. DD CUSHION + REFILL PACK (jimat RM19)

Mesti ada lupa apa kelebihan DD Cushion Kaay compare Cushion2 yang kat luar sana tu..

Salah satu bahan yang terkandung dalam KAAY Cushion adalah MINYAK KELAPA DARA (VCO) !!!

Bukan melembapkan kulit jerrr tapiii banyak lagi kelebihan VCO pada kulit.

Jom check list antara kebaikan minyak kelapa dara untuk kulit jika digunakan secara konsisten..

√ Anti penuaan
√ Mencegah garis2 halus
√ Melembap
√ Mengatasi masalah kulit kering
√ Menegangkan kulit wajah
√ Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet
√ Mengubati penyakit kulit spt kudis buta, panau , kurap, ruam, jerawat,  jeragat & bersisik.

Jadi, anda tak perlu ragu2 pada KAAY DD CUSHION yerr. Ianya selamat & penuh kebaikan untuk kulit wajah uols.


KELEBIHAN CREAMY MATTES

💋 Bau harum coklat+ sher butter + mint
💋 Memberi kesan lembab dan tahan lama
💋 Tak mengeringkan / Tak berkerak
💋Merawat bibir merekah dan sensetif
💋 Wudhu Friendly & Mudah dibersihkan (Hanya guna wet tissue )
💋 Tiada Alkohol & pewangi kimia
💋 Terdiri daripada bahan semulajadi seperti Sher butter, VCO, Argan Oil, Seed Oil & Peppermint
💋4 pilihan warna : Red Velvet / Caramel / Roseberry/ Honey Toffee

✔Lulus KKM dan Halal

Best kan? Sape dah try confirm tak nyesal tau. Color sangat cantik.😍😍😍 .
Texture sangat2 memuaskan hati. Casing dia senang untuk carry ke mana2.

Tak nak semua colour nak satu colour dgn DD Cushion pon boleh ajer..jimat 15hengget!

Refill pack dgn DD Cushion pon ada gak..kalau tak seketul Refill pack RM49..beli set combor jimat RM19 hengget..

Harga mampu milik sangat tau, dengan kualiti setanding jenama antarabangsa, mesti puas hati! Ada Sale Tumbang Berjemaah ni la untuk korang grab satu..kalau tak rugi tau so Whatsapp iolls sekarang sementara promo Sale ada lagi..

Whatsapp Oder 011 2881 1281

piece : kathyjem

Merdeka dan Hari Raya Haji

$
0
0
Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidiladha..korang pergi mana beraya tu?? mesti baru lepas tumbang lembu kambing kan..mesti penatkan..mesti tengah tidurkan..Kathy pergi beraya di mana?? tak pergi beraya mana pon. hari ni duduk di rumah sajer..beraya kat rumah je awak..Affan kerja, semalam pon dia kerja gak. tak dapat cuti..tu yang tak pergi mana2 tu..

Pagi tadi Raiisah lepas mandikan terus tunjuk baju cantik, nak pakai pagi raya..Adik pakai t-shirt je la dik..kasi chan la kakak nak melaram hari raya ni walaupon dok rumah je..

Gambar mummy mana?? takyah la gambar mummy..mummy masham tak mandi lagi..hahaha tak koser la nak pakai baju raya, mood raya ke laut..lagi pon Affan takde nak melaram cantik malas..hahaha alasan sangat..

Jap-jap nak bagi pantun empat kerat dulu..

Lari-lari termasuk paya
Luka teruk sampai ke peha
Kita nak bagi ucapan raya
Senyum mesra salam aidiladha 

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Raiisah dan Afif..Eh mummy dengan Daddy sekali bagi uacap..

Mak kata wajib ada rendang dengan nasi impit kalau tak, tak rasa macam raya..tak masak banyak pon sebab Abah ada tahun ni..Kalau Abah ada ermmm macam2 la makanan dari Masjid Abah bawak balik rumah..Sup daging ada, kuah kacang ada, nasi lemak, kuih muih macam2 la..meriah dah kat rumah ni macam2 makanan Abah bawak..Alhamdulillah rezeki Allah beri..

Alhamdulillah semalam negara kita Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun..Semoga kita dapat merasai nikmat, kebebasaan, ketenteraman dan hidup secara harmoni..Bangun pagi dapat hirup udara segar dengan damai adalah sesuatu yang patut kita hargai kan..Dan kita sebagai rakyat Malaysia kena ada sifat menghormati orang lain, tak pentingkan diri sendiri, sentiasa bertolak ansur, bantu-membantu..so jika kita tanam sifat2 ni dalam diri kita In Sha Allah keharmonian negara kita terjaga dan rakyat hidup dengan makmur..giteww copypaste dialog PM..mehehehe

Dah akhir sekali Salam Aidiladha..Ok sambung makan ayam rendang dengan nasi impat..pastu nak hirup sup daging pulak..bye!

piece : kathyjem

Pengalaman Pertama Bawa White Choc & Dark Choc Naik MRT

$
0
0
Halo halo..Weekend hari tu bawa Raiisah dan Afif naik MRT..daddy yang mula2 ajak teringin nak naik MRT katanya..sian tak pernah naik MRT..hahaha eh aku pon baru 2 kali naik la..naik dengan Yana hari tu turun The Curve..

Masa nak beli tiket tu pon confused nak turun kat mana..hahaha Laki bini blur tengok Map tak tau turun mana.. tanya kaunter oooi turun situ..😂

Kalau ikutkan plan nak pegi KLCC tapi bila dah sampai kaunter tiket tukar plan pergi Pavilion..lagi pon dah bertahun tak pergi Pavi..last pegi dengan manjer kot sebelum aku mengandungkan Afif..

Raiisah budak paling teruja..bila daddy dia cakap, Kakak cepat mandi kita nak naik train..melompat terus dia atas katil, berdesup pegi ke bilik air..kalau tak sikit punya payah nak ajak mandi..dalam kereta pon setiap kali lalu atas jalan raya, nampak je train lalu mesti berzikir 2 jam
kat telinga mummy daddy nak naik train..padahal semalam dah naik pon dia dok ulang zikir nak naik train nak naik train..pening kadang2 mummy nak melayan..😂 ye kakak esok kita naik train lagi yer..ok mummy..tak sampai berapa saat dia tanya lagi.."Mummy saya nak naik train".. ok kakak nanti kita naik train lagi..gitew lerr setiap kali Raiisah nampak MRT LRT KTM dan adik beradik train.

Adik tak mengerti apa2 lagi..tunggu besor sikit dan dia tahu apa itu train pon sama akan berzikir macam kakak dia jugak..

 Pastu dalam train kemain melompat2..kakak duduk diam2, tengok semua orang dok diam atas kerusi..ermm tak didengarnya, sambung lompat..💆🏻

Adik teruja tengok kakak berpusing2 kat tiang pemegang..

Mummy saya nak roti..dah melompat2 lapar pulak..

Tak sampai 20 minit sampai sudah Bukit Bintang..senang la naik MRT terus tembus ke Bukit Bintang..jalan depan sikit Pavilion..

Raiisah jalan je ada orng bagi kek, jalan depan sikit orang kasi dia vaucher..dia pulak jenis tak takut orang..semua orang pon dia hai-hai..

Mummy saya nak ambik gambar dengan bear..ok berdiri situ..

Ok la kasi chan daddy dia pon nak..🙄🤣

Depan pintu masuk Pavi dipenuhi dengan Sea Games Mascot..
 
Ingat apa benda la orang ramai berkerumun..rupanya ada Dinosaurs jadian..Raiisah dari jauh nampak dah jerit2 takut, belum tengok dekat..Bergegar Pavilion dengar suara dia..

Menyorok belakang Daddy takut..

Suruh dia dok sebelah Dinosaurs nak ambik gambar pastu lari terjogok tepi dinding, datang abang ambik ni bagi vaucher sempena pameran Dinosaurs exhibition di Jln Ampang..

Cium ada makna ni..lepas cium "Mummy saya nak toys"..nampak2 kecik dah pandak bodek..Suruh kita dukung dia sebab tak larat nak berjalan..stroller dia lupa lak nak bawak..
 
Dah lama tak makan food court Pavi..ajak Affan makan kat sini..meja lak sebelah Teppanyaki..oder terus Teppanyaki malas dah nk fikir makan apa..banyak sangat menunya sampai pening nak makan apa..hahaha

Tunggu punya tunggu sekali tu dia kat setengah jam makanan sampai..Orang yang kendian sampai dari kiteorang licin dah abis makan..panas hati betul tengok..3 4 kali Affan tanya mana makanan kitaorang..Affan dah bagitau meja kitaorang nun sebelah tu..pasti boleh dia bagi alasan lambat sebab kitaorang tak makan kat situ..derr kan dah cakap meja kat situ situuuu, siap tunjuk dah duduk kat mana..angguk2 faham..pastu lambat salahkan kitaorang pulak sebab tak duduk makan kat situ..dah cakap ada baby..tempat duduk Teppanyaki kan tinggi..Dengan ada baby, Raiisah lagi mana sesuai duk kerusi tinggi tu..Nak je aku sekeh orang yang ambik oder tu..cakap dengan dia buat2 tak dengar pulak..gerrr 

Sampai makanan tak sedappppp..Teppanyaki Midavlley jugak yang sedap..eh terbebel panjang..maaf geram sangat..pangkah terus Teppanyaki Pavilion.. 

Berpeluh2 dah Mekcha meunggu makanan mummy dengan daddy tak sampai2..Daddy dia sampai naik hantu kat situ tunggu lama benor..

Makan2 terus cabut balik sebab dah nak petang kena bagi Afif dengan Raiisah tidur..Si Mekcha kena tidur petang kalau tak boleh jadi cranky..lagi pon awal pagi kiteorang keluar hari tu..

Si adik kemain bising mulut dalam train..suka sangat..

So hari tu gembirakan anak2 dengan menaiki MRT sajer..😊

Nanti nak bawak Raiisah turun stesen Merdeka pulak..kat situ ada konsep kemerdekaan Malaysia..

piece : kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live