Quantcast
Channel: kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live

Jumpa Ceeranoh!

$
0
0
Balik kerja tu jumpa Eira..Tak tau nak makan kat mana?? tak kisah la mana2 kan janji dapat jumpa borak2 pon dah ok..dulu sebelum kawen masing2 bujang terang tang tang wajib jumpa seminggu sekali..dulu satu tempat kerja, hari2 mengadap muka Eira sampai muntah menengok die..hahaha Now dah kawen ni agak susah sikit la nak jumpa..Lagi2 Eira anak dah 3 ni lagi jarang nak jumpa..Aku ni baru anak sorang, kalau 2 3 orang pon gak susah gak nak jumpa lepak..Jadi bila berjumpa harus luangkan masa dengan sebaik mungkin..

Lama rasanya tak lepak berdua dengan Eira..selalu aku jumpa Eira pon kat rumah dia ambik stock bbcream pastu dah cabut balik ke ofis..jumpa pon kejap2 jer..kami jumpa malam tu ada sebab..sebab apa?? adalah sedih nak cerita dengan korang..ada kekuatan nanti aku share dengan korang.. T_T

Salah oder pulak..nak oder salad yang ada potato tuuu sedap..teroder chicken salad pulak..boleh la masuk perut jadi tahi jugak..hahaha

Ni Eira punya spaghetti goreng pedas..makan kongsi2 dengan Eira, portion dia banyak giler kot..

Coffee latte buy 1 free 1, hanya di Wondermama, Bangsar..Eira sampai bising coffee aku manis giler letak gula sampai 5 sudu..i kan pencinta minuman manis.. =P

Makan pastu sambung borak, makan lagi pastu sambung bebel lagi, makan lagi pastu gelak2 lagi..makan lagi pastu dok terdiam mengenang nasib..huhuhu tiba2..

Woii Eira agak la kan minum sampai 2 gelas perginya..boleh pompuan ni lepas minum coffee latte pi oder teh ais pulak..giler apa ni?? tak kenyang2 lagi..aku haus la Kathyyyy..aku kan menyusu badan cepat nau lapar..aku minum satu cawan coffee pon kulat2 nak abis..sah memang Eira bela saka..hahaha Kan dia selalu cakap bela saka, memang betul la Eira aku percaya cakap ko tu..pastu selau cakap badan dah naik dah naik..celah mana naik tah..aku rasa aku lagi debab dari ko Eira..jangan nak diet Eira badan ko dah maintain slim macam tu, dah cun cantik..

Tengok jam haiyoo cepat tul masa berlalu..moh kita pulang..

piece : kathyjem

Lunch dengan Jack dan Ayu!

$
0
0
Lunch tadi kat Wondermama lagi..Selasa hari tu datang dengan Eira, hari ni dengan Ayu pulak..Jack Nuffnang pon ada jugak sebab nak hantar barang kat dia..Sebenarnya pening nak pikiaq lunch kat mana area Bangsar ni..alih2 situ jugak makannya..hehehe..Tak kisah la mana2 janji makan..pas makan masuk ofis sambung buat kerja pulak..huuuuhhh malas -_____- nasib ler esok Sabtu..

Tengah tu la Jack..Talent manager Nuffnang..banyak benda kiteorang share..borak dengan dia sampai mulut herot..hahaha..Boleh tahan Jack ni..Nampak macam serius jer orangnya tapi lawak weii dia ni..aku ngan Ayu sampai lenguh2 mulut gelak dengan dia..Baru tahu umur Jack 23..opsss terbagi tau umur pulak..hehehe Mudanya u Jack i ingat u 27, 28 macam tu..hahaha Akak sorang jer cakap umur i 27 selalu orang mesti ingat umur i 35 macam tu..tua kan i..hahaha Eh tak la nampak muda la..hehehe

Kira2 dengan jari kat 4 tahun dah aku dengan Nuffnang..ingat lagi first job buat dengan Nuffnang masa tu iklan Dove..first time attend event Dove kat Doubletree by Hilton Kuala Lumpur..dah la first time datang event Nuffnang pastu lambat pulak..huhuhu Salah tempat daaa pergi Hilton kat KL Sentral dah kenapa..tu la email tak baca betul2 lagi..gigil2 masa sampai tu..nasib tak kena marah dengan talent manager masa tu..Ingat lagi masa Sue Ann jadi talent manager aku..Sue Ann rindunya kat u..Lepas Sue Ann berhenti, Adrian..Lepas Adrian, Mel pulak jadi talent manager aku..dan terbaru Jack..Harap2 u la last manager i Jacak tak larat dah tukar2 manager lagi..baru nak berkenalan dah berhenti..huhu

Thanks Jack belanja lunch i dengan Ayu..lepas ni i belanja u pulak okey.. ;)

Balik tadi Ayu bagi hadiah kasut..Hadiah la sangatkan..kekeke tak laa Ayu beli kasut ni dah lama baru pakai sekali sebab sakit kat bahagian depan..Kaki Ayu ni jenis kena tengok kasut..salah beli mesti tak boleh pakai lepas tu..banyak dah kasut Ayu beli pastu sakit dah takleh pakai..apa lagi bagi kat aku ler dari merepuk masuk tong sampah kannn..untung ada kawan macam ni..kehkehkeh..Thank you Ayu..nanti kasut yang dah tak nak pakai tu sedekah la kat i okey..banyak pahala u.. =P

piece : kathyjem

Pengalaman Kali Pertama Menyusukan Raiisah

$
0
0
Bila tengok baby baru lahir teringat Raiisah mula2 keluar dari perut mummy..Masa Raiisah duduk dalam perut mummy, mummy dah janji kat diri sendiri yang mummy akan menyusukan Raiisah sampai umur Raiisah setahun hingga 2 tahun..

Kali pertama bagi Raiish menyusu badan masa lepas beranakkan dia di hospital..Hari pertama melahirkan Raiisah tak dapat tengok muka dia sebab nurse suruh berehat, lagi pon Raiisah kepala dia sakit sikit sebab kena vacum..Esok tu baru dapat tengok dia secara dekat..Ingat lagi hari kedua lepas bersalin, pagi tu bangun terus nurse bawa Raiisah bagi kat tangan mummy..Puan Khatijah, anak puan nak menyusu..Puan kena kena menyusukan dia..Nah anak puan...ek bagi susu..dalam hati la cakap macam tu..terpinga-pinga dengar nurse kata kena bagi susu kat Raiisah..masa tu la baru dapat tengok wajah Mekcha sepenuhnya..Alololo comel anak mummy semalaman tak dapat tengok and dukung dia..dapat jugak tengok, akhirnya..macam tak percaya mengandungkan dia selama 9 bulan tau2 dia dah keluar dalam perut mummy..

Time nak menyusukan dia memang kekok gile nak pengang Raiisah pon tak pandai, nak bagi Raiisah susu kat dia lagi la tak pandai..yerla first time beranak mesti la takda pengalaman nak menyusukan anak..mesti la cuak2 sikit, eh bukan sikit banyak..hahaha..

Lepas nurse letak jer Raiisah kat tangan aku, eh eh nak bagi hisap tang mana ni? nenen belah kiri ke belah kanan?? eh eh tak retiiiii..tulung nurse tulunggg saya tak pandai..Macam mana ni nurse? saya tak pandai la macam mana nak bagi menyusu..hehehe..hanya mampu sengeh depan nurse tu..Ooo tak tau ek..a;ah tak tau langsung..ok macam ni, awak pangku die mengikut keselesaan awak..badan kena tegakkan sikit jangan bongkok..ok slow2 rapatkan nenen puan dekat mulut anak puan..Nyott nyott Raiisah dapat menyusu walaupon mula tercari-cari nenen mummy di celah mana..hehehe Perasaan masa tu Allah jer yang tahu..Ooo macam ni rasa dia menyusukan anak untuk kali pertama..

Gitew la pengalaman pertama menyusukan Raiisah kat hospital..memang takkan ku lupa sampai sekarang..Alhamdulillah dapat jugak menyusukan Raiisah sampai dia setahun lebih..Korang kena menyusu kat anak seeloknya dari bayi lagi..Susu yang paling bagus dan paling berkhasiat adalah susu yang mula2 keluar dari payudara kita.. Susu badan ni membantu bayi melawan infeksi semasa bulan2 pertama kehidupan bayi..Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi daripada penyakit seperti kuman dalam perut, cirit-birit, selsema, infeksi urinari, jangkitan telinga, megurangkan risiko bayi mendapat alergik seperti asma dan ekzema..Penyusuan badan merupakan pilihan paling sihat untuk korang beri pada bayi..Ia juga mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser payudara..

Muka baru lepas menyusu..behehehe

Susu ibu ni sangat penting untuk membantu perkembangan otak bayi..Secara teori bermaksud penyusuan badan boleh membuat bayi jadi lebih pintar..Dari sudut praktikal sebenarnya susu ibu sangat mudah dan senang diurus..Tak ada apa yang perlu nak di cuci, disteril atau nak disediakan..selat baju nah sumbat susu kat mulut anak..senang ajer..hehehe..

Ingat lagi masa menyusukan Raiisah badan cepat jer turun..mau taknya mummy cepat kurus, baru lemak2 mummy nak hidup Raiisah dah sedut..hehehe

Kebaikan susu ibu ni memang tak boleh di sangkal lagi..so dari sini kita dapat tengok betapa pentingnya semua anugerah tuhan and tanggungjawab kita untuk menjaga dengan sebaik mungkin...termasuklah payudara kita...ini anugerah Allah bagi pada wanita..tapi tak lupa juga dengan orang yang tak bernasib baik yang menghidap breast cancer..so bagi yang masih sihat kena la berjaga-jaga..orang kata lebih mudah menjaga daripada merawat..kan banyak sekarang program2 untuk breast cancer awareness macam yang famous kempen 'Pink October' tu..dalam sibuk tengok segala kempen kita terlepas pandang fungsi breast kita untuk berikan susu ibu iaitu anugerah terbaik kepada anak kita.

Jadi kat sini aku nak ajak ibu-ibu semua berusaha lah untuk susukan bayi dengan susu badan sekurang-kurangnya selama  6 bulan..tapi kita tau dalam islam adalah terbaik kalau dapat sehingga 2 tahun.. tapi korang jangan ingat aku tak faham pulak yang ada jugak ibu-ibu yang tak mampu nak menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya tapi aku tetap salute! sebab semua ibu nak yang terbaik untuk anak. Aku just nak share kebaikan susu ibu dan aku rasa benda ni membantu bakal-bakal ibu kat luar sana untuk terus usaha nyusukan anak..Jangan lupa set your mind siap2 bakal ibu semua untuk cuba nyusukan anak korang dengan susu badan selama mana yang boleh! In Sha Allah.. =)

piece : kathyjem

Tengah Mengila Dengar Lagu Kau Yang Bernama Seri

$
0
0
Gegar Vaganza tahun ni baru aku layan..tahun lepas tak layan langsung..tah macam mana minggu lepas tertengok konsert Gegar Vaganza terus jatuh hati..hahaha..padahal aku ni bukan la minat sangat tengok konsert lagu lama2 ni, kilauan emas pon tak pernah tengok..Artis2 zaman 80an 90an pon boleh kira berapa jari jer yang aku betul2 kenal dan minat.. Kebanyakkan lagu2 tahun 80an 90an semua tu tahu lagu jer penyanyi tak kenal sangat..tengok muka penyanyi dengar lagu, ooo penyanyi ni rupanya..hahaha nampak tahap memori akak banyak mana..memanjang lupa..

Punye la aku ingat lagu Kau Yang Bernama Seri tu Awie, rupanya Handy Black! Mati2 la aku ingat Awie yang nyanyi selama ni..tak kerana ku tengok Gegar Vaganza malam tu, minggu sampai sekarang ku ingat Awie yang menyanyi..Ooo zaman 90an Awie jangan2 main dia punya minat..zaman tu giler minat kat Awie..sampai pinjam kaset jiran sebelah nak dengar lagu Awie punye pasal..nak beli takde duit, darjah 4 masa tu..zaman tu dengar lagu pakai kaset jer sekarang dengar youtube, ipod, ipad, ipong..hehe..nampak orang lama sangat akak kan..hahaha masa tu tengah top lagu Tragedi Oktober..siang malam dengar lagu Awie..sampai termimpi2 wajah Awie tengah naik motor harley davidson yang stereng macam tanduk lembu tu..kekeke

Tapi memang suka arr dengar lagu Kau Yang Bernama Seri sekarang ni..tengah mengila dok dengar lagu Kau Yang Bernama Seri hari2..Afiq dok sebelah aku ni pon layan jer aku pasang hari2 lagu sama..hehehe

Jom layan dengar lagu Kau Yang Bernama Seri..hehehe Orang tengah mengila dengar lagu macam ni la..pasang sampai 80juta kali sehari..



piece : kathyjem

Indah Kabar Dari Rupa

$
0
0
Lunch tadi makan kat Mr Teppanyaki, Sunway Pyramid..Mengecewakan sungguh! Dulu pernah sekali 2 makan kat sini ok jer..Daging lembut, rasa pon sedap, sayur banyak, bawang putih goreng pon banyak..Laaa ni awat hampa macam ni??!!

Muka pon takde mood nak makan..dah la perkerja semua orang asing, nak communicate pon payah..cakap english pon tak paham..

Aku oder Beef Teppanyaki Set..dah la menu set untuk ala carte tak ada, terpaksa la oder yang set..Bawang putih goreng tu takleh letak sikit lagi ker?? keduit sangatttt..Teppanyaki kat Midvalley nah segelup dia letak garlic tu..sedap pon sedap..nasi letak dalam pinggan sekali senang sikit nak makan..kat sini dia asingnya..

Sambal ngan kicap tu tak leh letak sikit lagi..pasai apa makan kat Mr Teppanyaki, Sunway Pyramid ni kemut-kemut semua ni..

Dah la satu set ni semua RM23.90..macam ni ghupernya..huh! Miso soup tu nasib sedap kalau tak boleh jadi amukan kat situ..Ni jer yang ada..dalam gambar kemain la ghupernya ngan buah segala bagai..

Ni Kak Yana punyer.. Chicken Fried Rice Set..pon sedih gak ghupernya..rasa ok2 la..

Kicap tu aku mintak lagi, yerla satu bekas tu korang letak setengah sudu kecik ke apa?? sikit sangat la..jenuh nak panggil waiters tu mintak tambah sambal ngan kicap..

Indah khabar dari rupa..lagi puas hati makan kat Midvalley..sedap dan banyak..

Makan jer la Kak Yana kan..dah oder..membazir pulak tak abis makan..Buah ngan wantan mana?? dah nak abis makan baru sampai..

Haa nasib baik sampai jugak..baru nak angkat tangan bagi penumbuk sikit..hahaha

Ni hasil aku melambai tangan 5 6 kali nak tambah kicap ngan sambal punya pasal..tak boleh bagi ker  satu botol kan senang tak payah korang nak ulang alik 3 4 kali bagi kicap ngan sambal tu..sengalll!!!! huh! tobat nak makan sini lagi..

Ok sekian..

piece : kathyjem

Allah swt Menentukan Segalanya...

$
0
0
Salam semua..hari tu jumpa Yana..Ya Allah lamanya kami tak berjumpa..Jumpa jer tau2 Yana dah pregnant..sedihnya hanya Allah jer yang tahu..Bayangkan hampir 7-8 bulan kami tak berjumpa..ni kali pertama tak berjumpa Yana paling lama dalam hidup kami..Tak pernah kami tak berjumpa lama2 macam ni..Tak jumpa seminggu dua minggu pon kami dah rindu macam orang bercinta..kalau tak jumpa lama macam apa jer rasa sebab sibuk macam mana pon kami pasti akan bertanya khabar..

Kenapa kami lama tak berjumpa?? susah la nak cerita kat korang..tak tau macam mana benda ni semua boleh terjadi..biasa la kita manusia sentiasa lemah, sentiasa rasa diri tu betul, cepat melenting, cepat terasa, cepat tersentap..Benda kecik sepatutnya jangan dibesar-besarkan..Sesuatu masalah bukannya tak boleh diselesaikan..syaitan sentiasa bisik kat telinga kalau kita lemah dan hasut menghasut ni memang kerja dia..kita manusia yang lemah ni mudah terikut..

Kenal Yana dengan Eira dari tahun 2005..Macam mana aku kenal Yana dengan Eira?? masa tu kerja kat Bandar Sunway..masa tu first time kami bekerja dan mencari pengalaman berkerja di situ..dari situ la aku kenal Yana dengan Eira..Masa tu Eira bos aku..Aku ngan Yana pekerja bawahan jer..Cewah! Eira boss masa tu..hahaha Bos la sangatkan Eira..hehehe Lepas setahun berkerja di Bandar Sunway tu aku dapat offer kerja di syarikat advertising sebelum bekerja di SYABAS dan Yana pulak dapat offer kerja di Karangkraf..masa tu la kami berpisah..Eira masa tu masih berkerja di Bandar Sunway..Walaupon kami tidak berkerja di bawah satu bumbung, sebulan 3 4 kali wajib kami berjumpa untuk share apa sajer yang kami nak share..takde selindung2..

Dari zaman kami tak ada apa2, tak pandai bergaya, tak cukup duit nak makan, tak cukup duit nak isi minyak kereta, karok pon kat KTV jer, dengar RED Box dalam mimpi jer la memang tak mampu..hehehe ingat lagi kadang tu makan kongsi2..Yana selalu bawak bekal..aku ngan Eira selalu tapau bawah ofis makan sama2 lauk yang Yana bekalkan..Belakang rumah Yana banyak tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan..Family Yana jenis suka bercucuk tanam..kalau musim rambutan hari2 Yana bawak rambutan..Kalau musim pisang, hari2 Yana bawak pisang, cekodok pisang la, pengat pisang la, lepat pisang la, gulai lemak pisang la..hehehe

Nak katakan hari2 jugak la Yana bawak pisang kat ofis..selagi pisang kat rumah dia tak abis selagi tu Yana sumbat kat mulut kawan2 dia..hahaha Kan manjer kadang tu sampai muntah nak tengok pisang ko bawak tu..mau tak 2 minggu berturut2 kot kau bawak pisang jer kan..hahaha takleh boleh bla kalau ingat moment tu..Rindu kat arwah Mak Yana..Dulu masa arwah Mak Yana ada selalu tidur rumah Yana sampai satu family Yana aku kenal and family Yana pon kenal mak bapak aku..even kakak Yana pon aku kenal and rapat..Nyah rindu kat Nyah lama tak jumpa..bila nak belanja karok ni Nyah..hehehe Jumpa Nyah last masa kita pergi Tokyo sama2 tu..huhuhu

Pernah tak korang bergaduh dengan kawan baik yang paling rapat serapat dengan korang, tiba2 satu hari kawan yang paling baik paling rapat bertukar menjadi tidak baik?? tak syok tau macam ni..yerla siapa yang kata best kalau dah bergaduh dengan kawan baik yang kita kenal bertahun-tahun..mesti la tak bestkan..

Sesetengah orang tak kisah sangat pasal kawan datang dan pergi ni..Ada setengah tu dendam sampai nak mati..Bagi aku memang la kita kecik hati, bengang, marah nak bagi penumbuk semua tu..tapii sampai bila kita nak rasa dendam macam tu?? cuba kita ingat balik saat2 kita susah senang bersama kawan baik kita tu..InshaAllah lama2 hati kita yang begang yang keras hati tahap batu simen benci tu pon akan cair dan lupa sikit2, nak bagi penumbuk pon tak sampai hati, lama2 akan hilang jugak..Ingat nabi pernah memaafkan umat dia yang buat salah..apa tah lagi kita manusia biasa ni..

Jadi kita muhasabah diri..doa banyak2 kat Allah..mungkin ada sebab kenapa jadi macam ni..Yang penting kawan tu biar ikhlas..Allah pon redha..Dan apabila redha, persahabatan tu pon InshaAllah akan sentiasa diberkati..Bukan macam sesetengah orang bila rasa perlu baru terfikir kawan..jangan time senang jer cari kawan, time susah pon kena ingat jugak kawan kita..Yang lepas tu lepas la, takyah difikirkan..Masa yang belum nak lepas ni la kita perlu hargai kan??

So korang boleh fikir..adakah kita tergolong dalam orang2 yang suka berkawan untuk kepentingan diri sendiri ataupon, kita berkawan sebab kita ikhlas nak berkawan dengan dia tanpa niat apa2 pon..Atau kita berkawan sebab kita takde kawan, atau kawan sebab kita rasa selesa bersama dia tanpa niat yang lain..Kalau kita bergaduh sebab orang ketiga..orang ketiga ni tak kisah la manusia ke setan bertopeng manusia ke apa, tapi yang penting selalunya orang gaduh sebab salah faham..salah faham yang sangat sukar untuk difahamkan..tu la yang dimaksudkan orang ketiga tu..haha faham ke tak tu.. =P

Kesimpulan jika kita mengharapkan Allah swt memaafkan kesalahan kita yang besar, macam mana kita tak boleh maafkan kesalahan orang lain?? Mungkin kesalahan orang tu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tapi cuba jangan berdendam..Cuba kita belajar memaafkan..Mesti kita akan merasa kesan pada jiwa kita apabila kita memaafkan orang itu..

Dah la tak nak la cerita sedih lagi..harap lepas ni jangan ada yang tanya lagi pasa benda ni semua..Aku sentiasa berdoa moga persahabatan aku, Eira dan Yana akan berkekalan sampai bila2..ni la yang aku selalu doakan dari mula kami berkenalan hingga sekarang..ada hikmah kenapa Allah jadi kan kami macam ni..Mungkin Allah nak kami tahu tahu kesilapan dan kekurangan yang ada pada diri selama ni untuk diperbaiki..

Dah la tamo cite sedih2..mari kita cite benda2 happy pulak.. =)

Lipstik merah mak ngah yang kami pakai ni di sponser oleh Kekra a.k.a KaK Ceera..Tengok Eira borong beli lipstik ni terus nak beli jugak..cantik2 kaler lipstik brand La Girl Matte ni..

Happy tak terkata aku ngan Yana dapat berborak, bergosip, bergelak, berbebel..eh berbebel?? suka hati ko guna perkataan berbebel..rosak bahasa..hahaha Rasa macam satu perasaan yang dipendam selama berbulan akhirnya dikeluarkan..Ya Allah Subhanallah!

Kathy, Yana dan Eira..

Muncung sikit mummy to be ni..

Selamat menjadi Ibu manjer Yana..

Lamanya tak peluk Yana..

 Nak peluk baby sekali..tak sabar nk tunggu dia keluar..hehehe

Nanti kita shopping barang baby okey manjer..

Macam tak percaya Yana dah pregnant..Hampir 4 tahun kami tunggu saat2 ni..Ya Allah mula2 tengok perut Yana ada baby terus aku menangis..aku ngan ngan Yana meraung2 menangis macam apa jer masa tu..yerla 7 bulan kami tak jumpa..tau2 Yana dah mengandung..Rasa bersalah sangat buat Yana macam ni..masa tu kami jumpa kat Bangsar Village sebab parking kat bawah tu..Jumpa depan Pandora nangis sampai peluk2 kami berdua..sampai pekerja Pandora tu tengok jer aku ngan Yana..hehehe Eira : ok2 dah jomm pergi toilet dulu..hehehe Nasib Eira ada situ..kalau aku ngan Yana jer berdua jer kat situ sampai ke malam tak gerak2..hahaha

Perut Yana homel sangat kecik jer..dah 6 bulan kot..nampak macam baru 3 4 bulan kan..kalau aku 6 bulan masa ni dah ghuper macam orang tunggu nak bersalin jer ghupernya, perut besar sangat..Ingat lagi masa pregnant kan Raiisah 6 bulan masa tu, mesti orang ingat aku pregnant 7 8 bulan..padahal baru 6 bulan..

 Eh eh baby dalam perut bergerak la..Dia suka mummy Kathy niiii!! hehehe betul serius masa nak ambik gambar ni baby dalam perut Yana menari..hahaha terkejut mummy ko..

Rasa2 baby boy ker girl?? jeng jeng jeng!!! hahaha mesti ramai yang dah agak baby apa kan?? hehehe tu tunggu yang announce okey..

Alhamdulillah dan Terima kasih atas doa kalian semua untuk aku, Eira dan Yana, baby dalam perut sekali..

Tiba2 nak letak gambar zaman huha huha..hahaha Teringat masa ni aku sorang jer suka makeup bagai..Yana ngan Eira jenis simple orangnya..Aku la ajar dorang macam mana nk makeup tebal 10inci..kekeke >_<

piece : kathyjem

Teman Manjer Yana Shopping

$
0
0
Semalam teman Yana shopping baju untuk photoshoot majalah Pa&Ma..Sebelum nak jumpa aku dia dah cari baju dekat Curve..tak jumpa yang ok..One Utama pon sama takde yang berkenan jugak..so lepas abis kerja terus aku gerak ke Midvalley, Yana nak cari baju kat sana pulak..Sampai2 Yana kat Topshop..jalan pulak jem depan Midvalley..walaupon Midvalley sebelah office jer dekat 20 minit jugak la baru sampai Midvalley..

Macam mana manjer ada tak baju yang sesuai..takde la manjer..kat Curve pon takde yang ok..kaki aku dah lenguh2 dah ni dari tadi berjalan..hahaha Takper jom aku teman ko cari sampai jumpa..mesti ada selit2 dalam Midvalley ni..Sekarang ni kang musim winter so banyak la baju2 sejuk yang jual..nak cari dress memang payah la sikit..

Yana dah fikir kalau tak jumpa jugak dress yang ok ambik yang ni jer..Tapi tu la Yana kata dia dah ada baju belang2 macam ni..kalau boleh nak cari dress plain macam tu..

Menunggu Yana dibilik persalinan.. >_<

Pastu masuk Zara pon tak jumpa dress yang cun..Eh ada satu dress kat Zara tu memang cantik giler bila pakai Yana kata macam bibik2 sangat..hahaha masuk Forever 21 pon sama..Masuk Mango yeaaa ada..

Dan jumpa jugak akhirnya..Yana ni jenis badan kecik perut pun kecik..kebetulan baju yang dia try ni gam dengan badan..tapi kena oter sikit..reporter majalah Pa&Ma tu nak Yana pakai dress tu yang gigih mencari dress jugak..

Cantikkan dress Yana..Penantian dari siang hingga ke malam berbaloi..hahaha

Selfie sat manjer..lama tak selfie dengan manjer i..berseri-seri bakal ibu ni..

Pastu Yana ajak makan kat Plan B..dari siang tak makannya..hoiii biar betul Yana dari siang tak makan..Ye betul tak makan lagi..ni dah start gigil2 dah..lepas dapat baju baru rasa ngigil2 la..hahaha orang perempuan kan selagi benda yang nak tu tak dapat selagi tu hidup tak tenang..makan pon sampai tak lalu..

Yana oder kebab dalam tu ada beef..

I diet makan ni jer..hahaha diet la sangat Kak tijah hoii..tu bukan ayam, itu udang..

Yana kata dah lama takde orang ambik gambar makan macam ni..alololo ko ni suka buat aku mengalir air mata tau..ni aku nak ambik la ni..aku pon rindu kita macam ni manjer..

Yana kata upah belanja aku makan sebab teman dia cari baju..Thank you manjer belanja i makan.. hekhekhek..

piece : kathyjem

Siapa Ada Masalah Rambut Leper & Nipis Boleh Cuba Guna Dove!

$
0
0
Korang ada masalah rambut leper tak?? aku ni walaupon bertudung hal berkaitan rambut jangan ambil mudah..yerla walaupon bertudung balik rumah husband mesti nak tengok rambut ni..duduk rumah pon rambut mesti nak cantik2 depan husband..dulu sebelum berhijab 24 jam nak fikir penjagaan rambut, cantik ker tidak, gebu ke tidak..hahaha Tapi lepas berhijab ni bukannya bermakna tak perlu jaga rambut yer tapi dengan adanya syampu dan perapi Dove ni semuanya jadi mudah..

Nak nak rambut nipis..Pastu nak tebalkan rambut kena toncangkan rambut ikat tinggi2 supaya dengan harapan bangun besok tu rambut nampak tebal la..hahaha Tak pun hari2 guna curly iron nak bagi rambut volume2 gitew..Ok takyah susah nak buat macam tu..sebab sekarang ni ada syampu untuk membantu rambut korang kelihatan tebal..Ye ada sympu untuk tebalkan rambut!! Siapa yang rambut nipis pon sangat sesuai pakai syampu ni..Syampu apa?? syampu Dove iaitu Dove Volume & Nourishment!

Sebab Dove faham tentang masalah rambut nipis a.k.a rambut leper ni..Dove Volume & Nourishment ni adalah satu produk baru yang diperkenalkan oleh Dove yang membawa teknologi ke peringkat lebih tinggi dengan menyuburkan rambut serta menjadikan rambut kelihatan tebal..Syampu Dove Volume & Nourishment ni juga menggunakan Teknologi Oxyfusion yang mengandungi gabungan unsur oksigen..Tau jer la bahan ada guna oksigen dia punya bagus macam mana..Rumusan yang digunakan menyerap laju ke dalam rambut yang memberikan kelembapan mendalam di samping menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95% tanpa membuatkan rambut rasa berat..Teknologi Oxyfusion ni juga ada dalam syampu dan juga perapi..

Sekarang ni setiap pagi wajib syampu rambut pakai Dove Volume & Nourishment ni..texture syampu tu jernih-jernih rupa gel, bau dia pon wangi & segar..Syampu dari pagi sampai ke petang pon still rambut bau wangi lagi..Sampai kawan2 ofis pon tegur..Bau sampai tembus ke luar tudung ! Semua orang duk tanya, Ko pakai syampu apa ni nok?? wangi la..hehehe pakai Dove Volume & Nourishment!

Syampu Dove Volume & Nourishment ni korang boleh dapat di seluruh pasaraya berdekatan..Harga RM15 sebotol (340ml) dan Syampu perapi pada harga RM15 (330ml) sebotol..

 Boleh cekidout kat sini! https://www.dovehair.com.my/

piece : kathyjem

Happy Birthday Suami Jauh Nun di Sana dan Saya di Sini..

$
0
0
Hari ni hari lahir suami saya yang ke 34..Sedihnya tak dapat celebrate sama2 tahun ni..Dari mula kenal sampai dah ada anak ni, ni kali pertama kami tak celebrate sama2..kalau tak awal bulan 11 mesti fikir, plan nak celebrate kat mana nak sambut kat mana, nak surprise kat mana, kalau malas nak fikir sangat celebrate candle light dinner simple2 jer..kalau malas lagi celebrate kat rumah jer..hahaha

Pagi tadi celik mata terus whatsapp Affan wish birthday dia..

Huny tau b rindu kat Raiisah kan..nah huny letak gambar2 lama b ngan Raiisah..gambar huny ngan awak takyah la tengok kat gallerry phone jer la..hahaha

Affan dan rambut dragon ball nye..Raiisah baru lepas cukur jambul masa ni..Mula2 ada Raiisah Affan kekok giler nak handle Raiisah lama2 aku ajar dia baru pandai basuk berak, pandai nak pakaikan baju, pandai nak bagi susu kalau time mummy mandi or masak ke..hehehe Thank you B..alaa ni yang malas ni nak bukak kisah2 rumah tangga ni..kang air mata ni mula la berguguran..Hormon berjauhan dengan suami macam ni..asyik nak teriak jer..

Ajar Raiisah baca bismillah..hahaha Alololo homei betul awak masa baby ni Raiisahhhh..Muka dah la sebijik macam daddy..perangai pon sama sejibik sejiban macam daddy ko..

 Raiisah mana leher?? hilang terus tak nampak leher..

Ni la aku rasa gambar paling okey aku ngan Affan..yang lain muka Affan mintak penampar jer takde yang semenggah langsung..semua muka nak heruk2, senget2 macam apa..hahaha Ni hasil edit guna phone pagi tadi..kanak2 riang sangat edit macam ni.. =P

Nanti balik KL kita celebrate sama2 okey B..take care..kerja elok2 kat sana tu..Ingat kerja sungguh2 dan cari rezeki halal untuk Raiisah, huny dan mak awak..lepas ni takde dah teman gaduh, teman menjerit, teman gelak, teman makan, teman basuh kain, teman lipat kain, teman kemas rumah, teman bersepah rumah, teman kroiihhh kroiihhh, teman mandi..eh.. hahaha..tunggu bulan depan baru dapat jumpa awak ye B..sob sob..Love you B! uwaaaa rinduuu..Raiisah bila dengar nama Daddy dia terus jerit 'Daddyyy Daddyyy'..Tau Raiisah rindu mummy lagi rindu.. T_T

piece : kathyjem

Macam mana nak hasilkan susu ibu yang khasiat dan pekat untuk bayi?

$
0
0
Menyusu anak dengan susu ibu adalah langkah yang sangat penting untuk perkembangan dan pembesaran bayi..semua tau susu ibu adalah bersih dan seimbang..ok aku nak explain sikit kenapa susu ibu is the best..so here we go:

1 : Mengandungi zat makanan yang seimbang ikut kepeluan bayi yang betul maksud aku isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.

2: Mengandungi bahan2 antibodi yang melindung bayi dari sebarang jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit dan radang paru2..

3 : Mengurang risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

4: Ibu dengan anak lebih rapat dan masa bersama anak dapat dimanfaatkan semasa penyusuan

Lagi satu susu ibu semua tau senang nak sediakan.haha.tak payah nak bancuh, nak sediakan semua tu..contoh waktu malam tengah tidur anak merengek nak menyusu..selak baju nahhh anak minum la kau..hehehe

Susu ibu sangat menjimatkan..Tak payah membazir la nak beli susu lain-lain..lagipun sekarang susu mahal jadi boleh bantu bagi kita berjimat lagi2 bila zaman sekarang yang macam2 mahal ni...huhu

"Alhamdulillah saya dapat minum susu mummy sampai saya setahun lebih..Thank you mummy!"

ok ni dia cara macamana nak hasilkan susu yang banyak dan pekat  para ibu mestila kena buat 3 tips ni..
  • Pump dengan kerap dan jangan skip masa sesi pump..
  • Kosongkan payudara sepenuhnya setiap kali sesi penyusuan/pump..
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang untuk memastikan ibu mendapat protein, kalori, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk bayi..
  • Minum air masak secukupnya..
  • Boleh try makan kurma so far dlu aku amalkan setiap hari sebiji je banyak jadinya pastu lagi pekat dari biasa..so boleh la start cari kurma skarang untuk semua bf mom!
Tu lah tips tu kalau diamalkan InsaAllah susu akan banyak dan pekat.. cuba la mana tau..hehe =)
Kalau nak tahu cerita Raiisah and breatfeeding ni, bacalah kat ni http://kathyjem.blogspot.my/2015/10/pengalaman-kali-pertama-menyusukan.html

piece : kathyjem

U Mobile Beri 1GB Internet PERCUMA setiap bulan sepanjang hayat!

$
0
0
Baru-baru ni U Mobile ada melancarkan pelan tapak pemancaran 4G LTE baru-baru di Dal.Kom Coffee Damansara Utama..Tujuan diadakan untuk memberitahu bahawa U Mobile meluaskan kawasan tapak pemancar 4G LTE  untuk pengguna menikmati internet laju dengan harga rendah..Tapak pemancar 4G LTE ni dah siap 3 bulan lebih awal dari masa yang sepatutnya..Hampir 1,000 tapak pemancar 4G LTE siap di seluruh KL, Klang, Selangor dan Negeri Sembilan..

Yuyu Zulaikha, Filla dan Elly pon ada sekali..syokkkk la ramai-ramai ada..hehe
"U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi berteraskan data. Pelanggan 70% U Mobile adalah pengguna telefon pintar, dengan itu kita mahu mereka mempunyai internet dan data pengalaman yang terbaik dari segi kelajuan dan kualiti. Kami juga percaya dalam memberikan pelanggan kami nilai terbaik dan kita berbuat demikian dengan menawarkan pelanggan-pelanggan kami yang terbaik pelan mudah alih di pasaran hari ini," kata Too Tian Jen iaitu Ketua Pegawai Teknologi U Mobile.

Semasa taklimat, TJ juga menekankan rancangan rangkaian syarikat telekomunikasi pada masa akan datang. U Mobile percaya bahawa permintaan untuk telefon pintar dan data akan ditambahkan.."Oleh itu, kami akan terus merancang mengembangankan rangkaian kami dengan melancarkan 5,000 tapak baru dalam tempoh 5 tahun akan datang. Pelan hala tuju ini merupakan sebahagian daripada strategi bersepadu U Mobile untuk kekal menerajui sebagai telco terbaik dengan pengalaman yang ada kepada pelanggan secara keseluruhan."

Turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee..

Untuk masa akan datang U Mobile merancang untuk menambah sebanyak 5,000 tapak pemancar baru yang merangkumi 60% untuk 3G dan 40% bagi 4G di seluruh negara bagi mengukuhkan perkhidmatan U Mobile kepada pelanggan..U Mobile juga turut merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan 5G tidak lama lagi..Wow 5G tu!

Banyak kawasan liputan 4G LTE di seluruh Malaysia..kalau korang nak tahu ada jugak beberapa kawasan yang telah diliputi dengan kelajuan internet sehingga 75 Mbps..Antara kawasan atau negeri yang dapat liputan 4G LTE ni adalah Cyberjaya, Port Dickson, Seremban, Nilai, Labu dan banyak lagi..Akan datang U Mobile nak luaskan 4G LTE di Pulau Pinang dan belah Pantai Timur pulak..Melaka awal tahun 2017..

Selesai sudah event..Terima kasih U Mobile menjemput kami..

Dah lapar..so kami nak makan..hehehe

Baru ingat nak diet..hahaha memang tak la kan depan mata ada minuman sedap..

Ni lagi..semua sedap2..Aku ngan Yuyu jer makan banyak, Elly ngan Filla dorang dah breakfast nasi lemak pagi tu kenyang lagi katanya..

Alololo si Fadzrul ni buat muka sedih pulak..Fadzrul ni salah seorang talent manager Nuffnang..Kenapa sedih?? yerla baru jumpa dia sekali, tau2 nak resign..mau tak kami semua meraung..huhuhu

Apa2 pon good luck on your future journey Fadzrul! nanti jumpa kat mana2 event jangan lupa i..Hi-hi dekat i okey! behehehe

Ok berbalik pada U Mobile..

Kalau korang nk check kelajuan internet boleh download app Open Signal di App Store (iphone ada and android pun ada..)

Bawah ni aku tunjukkan coverage U Mobile di sekitar KL..

Lokasi masa ni kat ofis tingkat 18, Wisma Goshen Pantai Baharu..Walaupon berada di tempat tinggi korang masih boleh buat web browsing dengan pantas..So korang jangan risau lah hokay! Nak upload apa apa pun takde masalah..And kalau korang nak whatsapp gambar atau video, kepantasan (latency) untuk korang dapatkan mesej tu memang laju ya... Tengok tu 302 ms (milisecond)! Kawasan tinggi pun masih boleh dapat Speed 4G/LTE. haaa best kan!

Ok cuba tempat lain pulak..jom kita tengok..

Dalam LRT pun data laju! Walaupun di tempat crowded, signal test still menunjukkan boleh download and upload segalanya dengan pantasss..So, takdelah boring bila ada dalam LRT kannn..Boleh tengok YouTube, FB korang tu ke hehe ke apa-apa kan sebelum sampai ke destinasi..hehehe

Lepas makan ketam hari tu kat Fatty Crab terus laju2 upload gambar kat Instagram..Kat area Petaling Jaya ni jangan cakap la speed internet area sini laju giler..Web browsing, Video & VoIP Call semua penuh..4G download rate 14 Mbps tu..


So dapat U Mobile Pek Prabayar Power 1GB PERCUMA setiap bulan sepanjang hayat..Dapatkan pek prabayar POWER baru ni jugak! Setakat ni aku rasa berbaloi guna U Mobile ni sebab harga dan kelebihan yang ditawarkan sangat murah..Coverage U Mobile banyak meluas dengan speed 4G LTE paling laju..

Korang boleh check coverage 4G LTE U Mobile kat sini http://www.u.com.my/coverage


So aku memang a satisfied user la..speed laju, coverage mantap and paling  prabayar paling murah dengan data yang best macamni...berbaloi baloi..so memang aku suggestkan korang pakai umobile, lagi2 tapak pemancar nak ditambahkan dekat 5000 tempat lagi..weeeee!!!! so apa tunggu lagi..bagi non umobile user..cepat2 la tukar! heheee

Nak tahu lebih lanjut pasal U Mobile ni boleh klik di sini : http://www.u.com.my/ atau http://www.fb.com/umobile

piece : kathyjem

Deepavali di sini..

$
0
0
Hari tu kakak aku ngan abang ipar ada dinner kat Shangri La KL sempena majlis perpisahan & persaraan askar..kakak aku ajak tido kat hotel sekali sebab siang tu dorang ajak Raiisah mandi pool..anak2 buah bising nak ajak Raiisah mandi pool sekali..gigih la mak ngan ayah aku datang bawak Mekcha..hahaha..kalau ikutkan malas jugak aku datang masuk KL tapi dah semua tido kat hotel takkan aku sorang2 tido kat rumah pulakkan..takut ada hantu datang kang macam mana..hahaha..dah la laki jauh nun di sana..

Sebelum tu balik rumah ambik baju yerla last minit akak aku ajak datang takkan besok nak pakai baju ofis pulak kan..hahaha tu pon masa dah sampai rumah 2 3 kali mak bapak aku call tanya datang ker datang ke tak..Datang mak jap lagi orang gerak..

Sampai hotel pon dah kat kol 10.30 malam..amboii masing2 mummy sampai buat2 tak nampak pulak kannn..masing2 tengah melepek atas katil..

 Raiisah dan Darwish..Dorang ni ok mood time baik, baik bebenor..selalu gaduh rebut handphone..

Naik bilik jap antar barang..Wahh cantikkk makeup ko Zura..Akak aku ni jenis jarang makeup..Ada dinner or function baru dia makeup..kalau tak keluar rumah muka togeh jer..dulu zaman muda remaja pantang keluar rumah mesti nak bermakeup bagai..Kan Zura cuba ko ingat dulu nak pergi kedai depan rumah pon beria-ia ko makeup kan..hahaha

Orang yang makeupkan akak aku ni yang makeupkan kakak aku nikah..dia charge untuk sekali makeup tak silap dalam RM300 kot..Suka makeup macam ni nampak simple and natural..

Gini la budak2 zaman sekarang anti social..Mekcha tu kemain tenung screen phone tu macam nak masuk dalam screen tu..

Anak akak aku yang nombor dua..pas ni tak jadi adik bongsu dah..adik baru akan muncul tak lama lagi..amin aminn harap2 gegirl..hehe

Sejuk ye abah..hahaha

Ni la kerja mummy setiap kali Mekcha nak tido (garu badan mekcha)..Darwish lak jadi mangsa garu Mekcha malam tu..

Kol 2 pagi kejut aku suruh ambik gambar depa berdua..kathy kathyyy tolong jap ambik gambar aku dengan abang haris..al maklum la kerja photographer memang kena stanby 24jam kerja mengejut terkejut ni..kekeke

Alololo romantika sangat..Zura perut tu tak nampak..saje dia pakai baju jubah hitam supaya badan tak nampak bambam sangat..takper pantang nanti berat badan mesti turun..

Pagi2 nak mamam cokelat..gigi pon tak gosok..

Nasib jerebu dah takde kalau tak, tak nampak bangunan belakang tu..boleh tahan bilik kat Shangri La hotel ni, cantikkk...

 Kol 8.30 dah jom turun breakfast..lapor dah masing2..

Pagi2 makan dim sum..

Raiisah bagi dia makan koko krunch tapi bukan dia makan pon dok kacau2 jer..

Steamed dumplings..dok kalut tengok menu kat sini terus lupa nak ambik dumplings ni..tengok abang ipar aku ambik ni, ingat nak ambik sekalu lupa..

Ok ni saya punye..makan dim sum dulu..

 Mak makan buah dulu..

Motifff sangat tuang air pon nak ambik gambar.. yerla kita orang tak mampu setahun sekali jer dapat breakfast kat hotel..tu pasai nak ambik gambar nak buat kenangan untuk tatapan Mekcha besar nanti..hahaha..

Abah punye.. Akak aku punye makan tak menarik dia ambik mee goreng jer..hahaha tu je tekak ibu mengandung yang ok nak telan..

Abah dan Mak..

 Haaa jeling apa tu Raiisah?? nak atuk punya la tu..

Tengok koko krunch dia makan tak luak pun..pastu bagi makan oat ada la 4 5 suap dia makan..

Takleh jadi tengok abah makan macam sedap jer nak jugak makan makanan owang putih..

 Ni adik aku punye..dia dari kecik sampai besar memang hantu roti..roti hangit pon dia boleh telan..

 Pandang sini semua!!!

Miso soup..paling suka..

 Mak sound, orang makan telur separuh masak awal2 ni dah hujung2 baru nak makan..memang betul mak saya tak abiskan..mak tolong abiskan..hahaha kesian mak, aku ambik banyak2 tak abis dia tolong abiskan..hehehe

 Mummy, Raiisah dan Ibu..yeaaa nanti Raiisah ada geng gegirl..

Anak buah, Abid Lauthfi..

 Selesai breakfast bawak anak2 ke swimming pool..

 Raiisah ada geng Lautfi ngan Darwish baru berani..petang sebelum dah mandi dengan dorang..berani la sikit..

Jeles anak buah kecik macam ni pon terer berenang..mummy ko jer penakut tak pandai2 berenang..dulu ada masuk kelas berenang pastu dah lupa step nak terampung semua tu..

Abang Pi ajar mummy berenang..rugi pulak tak bawak baju swimming suit ..hehe

Abang Pi copy paste betul muka atuk..Muka abah dulu masa kecik macam ni la..

Mak, Saya, Kakak, Abah dan Adik Bongsu, abang sado kita..

Dah berani! clap clap clappp!!

Tu dia abang sado sudah mai..mintak sign sikit kat dada tu abang sado..eeee nyampah..tau la badan sado hari2 nak post kat instagram..

Pergi berenang ngan abang sado tu..

Dia pon nak pakai goggles gak..sekejap je nak pakai pastu takmo..

 Jomm la Raiisah asyik berenang kat tangga jer..

Nooo tak nakkk!!

Yeaaa PokSu berjaya pujuk..

kekeke takut balik..

Hanya mampu tengok jer la..tu la siapa suruh tak bawak baju..

Eh ehh kemain ko kan Mekcha..

Raiisah mengandung berapa bulan dah?? hehehe

Lapar ekk tu la tadi breakfast tak nak makan betul..

Siap2 nak check out..

Tu la percutian singkat kami..eh percutian?? hahaha bedalll.. =P

Balik tu pergi Ikea pulak..Masyaallah ramainya manusia..Cuti Deepavali kan faham2 jer la..

piece : kathyjem

Aktiviti Petang Kami

$
0
0
(Scroll down for new entry)

Hujung minggu kalau takda buat apa lepak duduk rumah jer..takleh pergi mana2 pon dengan jerebu teruknya lahaii..sampai takut nak keluar rumah..Selalu lepas bangun pagi buat breakfast simple untuk family..lepas breakfast sediakan makan untuk tengahari pulak..Macam Raiisah selalu aku masak nasi ngan ayam goreng jer untuk dia sebab boleh kenyang sampai petang..Jenis Raiisah mesti nak jugak nasi, hari2 mesti nak nasi..malam pon bagi dia makan nasi..Minum petang tengok la kadang tu masak simple2 jer..

Petang2 selalu tekak nak makan dessert, nak makan manis2 jer..yerla tengahari dah melantak nasi 2 pinggan nak makan benda2 manis la pulak..hahaha Huny apa kata awak masak pisang goreng..tu ha pisang ada lagi kat dapur tu..abiskan la buat goreng..check2 fuhh nasib ada tepung goreng pisang adabi..tengok tarikh, nasib baik lerrr tak expired..hehehe Apa lagi masak pisang goreng ler kite petang ni..

Minum pulak dengan Old Town White Coffee..perghh! kombinasi yang sangat padan..tuang air panas, kacau dan minum!

Aku dengan Affan memang suka minum OldTown White Coffee ni sebab rasa keaslian White Coffee dia memang tak ada tandingi dengan kopi2 yang ada kat luar sana tu..sedap dan power! OldTown White Coffee ni terdiri daripada campuran hebat pelengkap kopi yang terbaik sekali.. OldTown White Coffee jugak menggunakan resepi tradisional..

Oldtown White Coffee 3 in 1 Classic!!!

Minum White Coffee 3 in 1 Classic dengan Laksa pon sodap!

Kalu korang nak tahu asal usul White Coffee ni asal dari Oldtown Ipoh..Ipoh kan memang terkenal sebuah bandar yang banyak sejarah dengan hasil bumi yang kaya, gunung2 dan sungai semua tu..Secawan White Coffee yang asli sebenarnya tak pahit atau masam..Kekayaan yang ada pada White Coffee asli membawa keluar satu rasa susu yang unik..Rasa susu yang unit digabungkan dengan rasa kopi aromantik mewujudkan perasaan yang urmmph dalam mulut..Tak macam kopi biasa, rasa, tesktur dan gaya beza dari kopi yang kat luar sana tu..

OldTown White Coffee ni ada campuran biji kopi paling terbaik iaitu roasted Arabica, Robusta dan Liberica Coffee Beans yang mewujudkan secawan kopi aromatik yang menggunakan resepi tradisional yang melibatkan biji kopi dipanggang menggunakan suhu yang tepat untuk satu2 masa dengan teknik pembakaran cepat & pantas untuk menggabungkan aroma biji kopi dan dipenuhi susu berkrim..Proses pengeluaran ni kena hati2 dan teliti  sebab nak pastikan rasa White Coffee asli ni tidak terjejas..Setiap cawan White Coffee yang diminum kaya dengan krim..

OldTown White Coffee ni minuman kopi paling famous dan paling disukai di Malaysia sebab ia peneraju pasaran White Coffee yang pertama di Malaysia..Bukan kat Malaysia je famous kat negara2 lain pon famous jugak seperti China, Hong Kong,Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Taiwan, UK, AS, Kanada, Australia,New Zealand dan Myanmar..Semua perasa kiteorang suka minum dan beli..Lepas abis perasa Hazelnut kitaorang beli perisa Milk Tea pulak..Lepas abis Milk Tea ambik perisa Classic pulak..hehehe..and sekarang kitaorang tengah gila minum perisa kopi & krimer..

Masa tengah minum hujannnn, dapat pulak minum white coffee memang terus landing atas bahu en. suami la jawabnya..hehehe Terus Affan pun pandang aku..Thank you huny buat white coffee & goreng pisang untuk B..alololo sama2 b..ni jer mampu huny buat untuk b, air kopi ngan goreng pisang jer..hehehe

Kita nak buat apa2 untuk suami hati kena ikhlas walaupon masak paling simple untuk suami..bancuh kopi macam ni pon dah bagi suami senyum sampai ke telinga..Disamping tu mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan dengan keluarga tercinta.. ^_^

Korang boleh cari OLDTOWN White Coffee di AEON, AEON BIG, Tesco, Giant, The Store, Mydin, Sunshine, Trendcell, NSK, TF Value, Billion,  99 Speedmart, Checker ,CS Brother, Nirwana ,KK Mart, Matahari supermart dan Reddick Supermart..

piece : kathyjem

Bila Bawak MekCha Shopping di Sogo KL

$
0
0
Hajat nak bawak Raiisah shopping di Sogo dah terlaksana sudehhh..Sajer bawak dia jalan2 kat Sogo..memang ambik cuti hari tu semata-mata nak bagi dia berhibur..Sian asyik duk rumah je sejak jerebu melanda kat Malaysia ni..lagi pon dah lama tak jalan2 kat Sogo..Dengar kata Sogo dah naik taraf bahagian kanak-kanak dan banyak pilihan baju untuk anak-anak..Tu yang nak terjah tu..

Tengahari sebelum sampai Sogo kitaorang lunch dulu kat Sambal Hijau then terus gerak pergi Sogo...Mummy Ayu pon ada sekali..Ambik Ayu kat rumah dia sampai jer Sogo, tu dia parking penuh tapi alhamdulillah kiteorang pusing seround dua round ada kereta keluar..nasib baik rezeki dapat parking kalau tak jenuh jugak nak tunggu walaupon hari weekdays..

Bahagian kanak-kanak di Sogo ni terletak di tingkat 4, senang je nak cari.. Tengok je papan kenyataan yang ada tulis 4F Children's World, tu la tempat dia..

Pencinta Hello Kitty..nampak Hello Kitty terus mummy Halo Titi..hehehe Suke dia nampak Hello Kitty..Kalau ingat balik first sambut birthday dia guna konsep Hello Kitty la..masa tu genap setahun umur Raiisah, dia tak tau apa sangat masa tu..Ce sekang sambut besday guna konsep Hello Kitty mau tersengeh2 sampai ke telinga dia punya suka..

Duduk dalam stroller tak nak so bila bagi jalan nak berlari sana sini pulak..dah besar ni memang tak nak duduk dalam stroller..ada pekerja Sogo tu perasan Raiisah jenis takleh dok diam..Akak nah bagi name tag kat anak akak bagi dia pakai..kalau apa2 boleh tau nama or contact nombor akak..sekarang ni kan macam2 kes kan, kita just berhati-hati jer la..

Baru nak start shopping Raiisah popo pulakkk.. Makan kuat Mekcha ni popo pon kuat..2 kali kot dia popo hari tu..tengah sedap nak pilih baju untuk dia boleh pulak "Mamiiii berakkk" muka kerut2 tahan berak..ha berak lagi kang tadi dah yakk..haiyooo Mekcha..eh tercerita popo pulak.. =P

Ni kali ke dua Raiisah popo pas ni jangan popo lagi tau..amboii siap warning kat anak ni jangan popo tu..yerla stress mak ko baru nak happy pilih baju terbantut dengar perkataan 'beyak' tu..dia peduli apa nak popo popo jugak walaupon dah bagi warning..hahaha

Ruang yang selesa dan besar baby room kat Sogo ni..tempat untuk menyusukan bayi pon banyak dan selesa sangat..

Ruang menunggu..

Dah selesai segala hajat Raiisah tu marila kita sambung menyopping..

Ermmmm nak pilih baju mana ni untuk Raiisah???..Rambang mata pulak nak pilih baju kat Trudy & Teddy..kalau beli 5 helai ke atas dapat 30%..Wow!!! terus juling2 mata dengar 30%..kekeke

Raiisah mana cantik?? yang pink ker or white??

Sampai pejam2 mata mummy pilih baju ko Raiisah..hahaha

Eh eh ada piano tekan guna kaki la..hehehe kemain suka Raiisah sampai tak nak balik nak main kat situ jer..ada pulak geng lagi la dia suka..

Raiisah cantik tak dress Seed ni?? simple jer kan mummy suka la..Raiisah suka tak??

Cewah dia pon tunduk sekali tengok..suka ke tak tu?? Bahagian kanak-kanak dan baby paling syok kalau pergi shopping kat Sogo ni sebab banyak barangan jenama macam baju, kasut, stroller, pakaian untuk sekolah, pakaian bayi, mainan semua kat satu floor..senang takyah naik turun lif semua ada kat situ..Harganya berpatutan dan memang berbaloi pulak tu..ish memang nak datang je la kat Sogo lain kali kalau nak beli baju Mekcha ni..hehehehe

Mummy nak bagi Raiisah try dress Seed munga2 belakang tu la..No noo geleng kepala tak nak..Sekali ada sorang pekerja Sogo tu bawak jumpsuit tunjuk kat Raiisah..terus anguk2 kepala nak pakai.. Yang tak boleh la siap pegang jumpsuits tu bawa ke fitting room..hahaha Amboiii kecik2 dah ada taste sendiri..mummy punye taste tak pandang yer..

Ok la at least dia nak try pakai baju yang dia pilih tu..syok jugak dapat main test2 baju dengan Raiisah..hahaha

Pakai kasut..jom tengok sesuai ke tak baju Raiisah pilih ni..

Ta daaaa baju jumpsuit pilihan Raiisah..colour oren..

Eh eh kemain posing ke belakang sambil angkat kaki..perasaan cantik la tu..

Banyak sangat nak beli kejap kang ambik kejap kang letak balik..pening nak pilih baju2 kat Sogo ni tau..hahaha Last2 tak boleh jadi ni kalau ikut nafsu shopping mummy ko ni satu Sogo mummy ko nak ambik..hahaha Ok cukup penuh satu bag tu jer..Pergi pulak time sale faham2 jer la kat Sogo ni dia punya sale kow2 dia bagi..Sebab tu pergi hari weekdays boleh shopping dengan tenang..Dah hujung2 tahun ni sayang pulak tak pakai cuti yang ada ni..

Mummy nak ni..jenuh explain, ni tak boleh ambik sayanggg..ni bukan mainan Raiisah..nangis2 nak jugak..suka nak jugak benda tu sebab bentuk kepala Mickey Mouse..dia ingat mainan la tu..

Raiisah dan mummy..

Mummy shimpan..haa ok kita simpan nanti kita bayar okey..tapi bila sampai kaunter tak bayar..sampai rumah dia tanya mana Mickey mouse dia..hahaha Mummy ingat Raiisah lupa rupanya dia ingat Mickey Mouse yang dia simpan tu..hahaha..Mummy tak ambik la sayang tu untuk letak garam ker apa tah tu..tu yang ambik..

Mummy Frozen..ye Frozen..Dulu hari2 ni la awk dok ulang tengok 80 juta kali..sekarang kartun Minion pulak..Nanti kita cari Minion okey sayang..

Nak bagi Raiisah berhibur jap bawak dia main kat taman permainan tertutup kat tingkat 4 yang berkonsepkan Safari..Ruang tempat ambil gambar berkonsepkan Disney Princess dan paling best tempat ni adalah pertama di Malaysia yang menyediakan taman permainan dalam shopping mall..

Ruang selesa untuk anak2 bermain..

Hello Kitty! vromm vrommm!!!!

Eh eh mummy pulak yang over..acah2 main jer..

Raiisah! Daddy call tanya best tak shopping hari ni..hehehe

Dah kenapa mummy terjegat kat situ..

Mana leh makan kat dalam tu Raiisah..kena makan cookies kat sini..

Haa macam tu la makan duduk diam atas tu..jenuh pujuk..huhuhu

Thank you mummy Ayu teman Raiisah shopping baju..

Eh eh joget pulak dia..

Dah selesai shopping kat Sogo..jom balik..

Tunggu sat naaa mummy nak bayar baju beli tadi..

Sebelum balik isi perut jap kat McD..Kotak underwear princess tu pon boleh jadi bahan mainan Mekcha..hahaha

Hasil rembatan di Children's World Sogo! Paling best beli baju kat Trudy & Teddy dapat bantal free..hehehe Saje shopping lebih sikit untuk Raiisah..boleh simpan sikit baju Raya tahun depan..kekeke amboiii dah siap fikir baju untuk raya sekali ni..hahaha Paling banyak ambik dress..tah mata aku asyik tumpu kat dress jer..

Terima kasih klsogo.com.my memberi layanan mesra kepada kami petang tu..

piece : kathyjem

SlimmeWhite untuk kuruskan badan dan cerahkan kulit badan..

$
0
0
Hai korang aku nak kenalkan satu produk untuk turunkan berat badan iaitu SlimmeWhite..Ramai yang dah guna produk mesti akan berpuas hati..Siapa yang dok risau tengok muka sendiri kusam tak bermaya, gelap, nak kurus nak putih glowing2 tu semua boleh cuba minum SlimmeWhite ni..InshaAllah..

SlimmeWhite ni adalah yang pertama di Asia sebab ia menggunakan formula dari gabungan Garcinia Cambogia & Glutathion istimewa untuk setiap wanita dan lelaki yang nak kurus dan mencerahkan kulit hanya dengan 2 sudu setiap hari..

SlimmeWhite ni juga mengandungi 8 jenis herba yang berkesan untuk menurunkan berat dan memutihkan seluruh badan dengan kesan seawal 3 hari diguna..Mesti ada yang tertanya-tanya produk SlimmeWhite ni lulus KKM tak?? Ofcozzz lulus KKM yang ada standard penyulingan..kalau tak percaya boleh check kat website KKM.. (No. Ruj KKM : 210915/08/304)


Kelebihan  yang ada pada produk Slimmewhite ni?
  • 6x membakar lemak, membuang toksin & racun di dalam badan
  • 4x detox 
  • Berkesan untuk menyekat gula & karbohidrat
  • Mengawal nafsu makan, sentiasa kenyang & bertenaga
  • Memutihkan & melembapkan kulit
  • Merawat kulit dari jerawat, parut, kedutan & luka
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Tiada cirit birit, sembelit atau kesan yang tidak menyenangkan
  • Fokus pada tempat2 lemak senang berkumpul terutama sekali perut, lengan, pinggul dan bawah dagu
  • Tak perlu diet ketat
  • Tak perlu bersenam
  • Disamping itu, SlimmeWhite dapat mengelakkan & membantu mencegah penyakit berbahaya seperti ; jantung, asma/ pernafasan, kanser payudara/ prostat, parkinson, saraf/ gaot, masalah keputihan, ekzema, masalah cacing, buasir, diabetis, darah tinggi, tulang/ osteoporosis, kidney stone, batuk, strok & kerosakan gigi
  • Sesuai utk lelaki & perempuan
  • Tiada kesan kembali gemuk selepas stop SlimmeWhite

Tidak sesuai untuk golongan :

  • Wanita mengandung, berpantang & menyusukan anak
  • Berumur kurang dari 15 tahun & melebihi 55 tahun
  • Pesakit jantung, diabetes & pesakit kronik
  •  Migrain
Selamat tak minum produk Slimmewhite ni?? mesti la selamat sebab bahan dia 100% bahan semulajadi dan tak ada kesan sampingan..

Nak pergi mana bawak SlimmeWhite ni pon senang sumbat jer dalam handbag..Sebotol SlimmeWhite 250ml..Harga sebotol untuk Semenanjung RM120 dan Sabah/Sarawak RM132..Rasa anggur..Cara pengambilan senang jer just minum sebelum breakfast 5ml dan malam sebelum tidur 5ml..*lemak dan toksin akan keluar melalui peluh/kencing..so pastikan korang minum air kosong paling kurang 3liter sehari (2 botol mineral besar)

Tak percaya tengok testimoni pengguna yang dah guna produk SlimmeWhite ni..






Dengan jus minuman kurus dan putih SlimmeWhite ni akan membuat korang rasa perbezaan seawal 3 hari!!

Rekod Lost Sebotol (14kg) dan rekod paling pantas hanya 4 hari (9kg)..Kesan bergantung pada individu..Tahap metabolisme badan, hormon mempengaruhi kesan..

Produk SlimmeWhite dijamin puas hati!!

SENARAI PENGEDAR / Pemborong / Stokis

Stokis dan juga perunding kurus anda :

TEMERLOH Pn Abil 012-9669049

MENTAKAB Cik Fyra 017-9468670

TRIANG Pn Nadia 017-9824094

AMPANG Pn Syeera 016-6659475

HULU KLANG En Ady 013-3603010

RAWANG Pn Munirah 017-3504106

SENTUL Cik Izzah 010-6070709

PETALING JAYA Pn Anis 019-3226178

SETIAWANGSA Cik Kathy 019-3462693

SUBANG En Jimmy 018-3228726

NILAI N.Sembilan Cik Niliana 017-3570633

MUAR JOHOR En Irwan 010-5430516

PULAU PINANG En Hussain 016-4872090

KELANTAN Cik Anis 014-5106436

SABAH En Irfan 019-8636498

PORT DICKSON En Roslan 013-3986867

TASIK KOTA En Azizi 019-3776286

GENTING KLANG En Azizi 019-3776286

KOTA TINGGI En Ramizah 019-7574323

KULAI JOHOR Pn Siti Mariam 013-4460338

AGEN
PUNCAK ALAM En Karz 019-2388073


piece : kathyjem

Garage 51 & Karok w Manjer's

$
0
0
Halooo!! Selamat pagi!!! Ceria2 sikit pagi ni..Plan nak karaoke dengan manjers akhirnya menjadi jugak setelah berminggu-minggu postpone..yang tak boleh bla malam sebelum nak tido nerves pulak hati ni nak karok dengan manjers..kakaka nervous dia macam nak buat persembahan depan tetamu gitew..padahal dengan geng manjers je kot..hello karaoke jer kot poyo nervous dah kenapa..bukan apa excited nak jumpa dengan manjers sebenarnya..hehehe lama tak hangout macam ni.. =D

Geng manjers beraksi kembali..hahaha ayat poyo sangat..

Masa kiteorang sampai tak ramai sangat orang..kat bahagian bawak semua penuh yang ada bahagian atas..tapi susah la nak naik turun tangga, Yana kan pregnant..so kiteorang decide nak makan kat bawah..tengok ada sorang dua couple dah nak abis makan..takper la kiteorang tunggu couple tu bla nanti dok situ..

Dah lama mengidam minum kat Garage 51 ni..minuman ni tengah viral..mesti la kena try orang kata sedap minuman kat sini..Restoran Coffee Societe ni bukan kat Sunway jer, kat Publika, Damansara pon ada jugak..Tapi nak datang sini korang kena car pool sebab kat sini nak cari parking punya azab..Restoran Garage 51 ni dekat dengan bengkel kereta..satu bengkel jer dah ambik 2 3 parking..celah mana pulak nak dapat parking kosong..memang susah la jawabnya..tu pon aku park kat belakang bengkel..Berdoa2 aku Yana ngan Eira nak dapat parking kosong..hahaha

Nah tengok menu2 dia..harga ok2 sajor..

Menci tulll menu takde gambar ni..stress betul nak oder... *sambil jebek mulut

Makanan kat sini tak banyak pilihan sangat..

Yana pernah datang sini so dia tau la mana makanan minuman yang best..Manjer suggest mana yang terpaling sedap!!

Aku oder Nutella With Hints of Hazelnut Awesomeness RM18.90..

 Yana oder Refreshing Green Tea with Natural Honey Sweetness RM18.90..

Minuman sampai dulu..

Eira oder coffee..nak minum air panas katanya..

Pekerja kat sini cakap yang ni paling ramai orang oder dan sedap..so Eira ambik la yang ini..Awesome Garage Breakfast 2.0 RM26..Yana pon pernah makan ni dia pon kata sedap..

Yana pulak oder Morning Sunshine RM20..Makanan sihat betul Yana punya ni..hahah Rasa2 siapa yang tengah diet takut lemak bersuka ria dalam badan tu boleh makan yang Yana oder ni..

Ni saya punye Messy Garage Pancake w Bacon RM17..hoii sedap pancake dia..joget hip hop makan pancake dia tau..

Puas hati la makan kat sini..semua sedap dan paling sesedap sangatttt ofcoz minuman dia la kan dannn service dia pon tip top laju berdesup..ada orang cakap service kat sini slow..kiteorang ok jer laju jer..hehehe..akak Kathy bagi 4 bintang!

Pose wajib depan makanan harus ada..

Selera mak buyung makin menjadi-jadi..awal2 prengnant makan tak lalu sangat..Alhamdulillah dah masuk 2nd trimester baru ada selera makan..Yana cakap masa mula2 pregnant tak lalu makan sampai berat badan turun banyak..

Makan ni kenyang sampai ke petang..

Bila tengok gambar kami bertiga ni tak sangka persahabatan kami bertiga utuh sampai sekarang..Alhamdulillah..

Mula2 ingat injection tu sekadar perhiasan jer..rupa2 nya ada fungsi la benda tu..dalam tu ada honey..oo benda alah tu kena picit ke?? hahaha baru ku tahu..Suka hati ko jer Kathy panggil injection..kampung sangat ayat tu..Picagari la..kekeke Dalam minuman picagari tu ada susu..so sebelum nak minum picit la picagari tu..

Masa kiteorang dah nak abis makan..bersusun orang kat luar menunggu..nasib kiteorang datang awal sikit..datang petang2 confirm beratuq macam ular..so aku nasihat kat korang nak datang sini sila la datang awal2 ok..lagi2 nak pergi waktu weekend..rasanya pergi weekdays ok sikit kot tak ramai orang sangat..

Disebabkan luar restoran ni sangat berseni harus la posing pon berseni..eh seni ker?? hahaha

Seni la sangat..Yana! jap nak tengok perut tu mana?? nyorok ekkkk..

Kakaka..ingat balik kat sini tak boleh bla..aku beria-ia dok dalam tu...Eira kemain no no no tak nak..nak bergambor kat luar jer..takde manjer ko kena posing jugak dalam kereta merah ni teman aku..lantak orang nak pandang, pandang kamera jer..hahaha

Pasrah jer Eira dok melayan kawan dia yang senget lagi sengal ni..

Senget2 pon kawan ko jugak Eira..hahaha

Sekali sekala pose ala2 cover majalah Hijabista gitechewww..Cantik pulak gambar Yana ambik ni..Bayangkan perut memboyot tu Yana boleh baring terlentang nak ambik angle menarik punya pasal..hahaha Ok tipu.. =P

Mak buyung pulak nak posing sepam dua..Manjer seronok pulak guna perkataan Mak Buyung kat ko..hahaha..dulu ko selalu guna perkataan ni kat aku masa aku pregnant kan..sampai sekarang macam tak percaya Yana dah pregnant..yerla penantian selama 4 tahun tau.. T_T


Dah penat melayan kerenah tuan belog, jom karaoke pulak..Kiteorang karok kat dalam Sunway Pyramid sebelah jer..

Garage 51 by Coffee Societe, Bandar Sunway..Lokasi di depan Universiti Sunway..

Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway , Subang Jaya Selangor..
Masa operasi : 11.00pagi-11.00malam..
No. tel : 03-5612 5618

Eira memang dah park kereta kat dalam Sunway Pyramid..Sebelum nak datang ke Garage 51 Coffee aku ambik dia dulu..Yana aku ambik dia kat rumah..

Tengah tunggu Eira tanya  bilik karaoke masih ada kekosongan ker tak..aku ngan Yana tunggu sajer di sini..

Apa ni tengah syok2 nak pilih lagu nampak pulak artis ni..artis ker?? hahaha

Cepat pilih lagu..dah janji kan tak nak ambik lagu2 lama semua kena lnyanyi lagu2 baru..hahaha Last2 lagu lama jugak jadi pilihan..Yana mana list ko yang beria kata dah buat senarai lagu semua tu..tak nampak pon..hahaha

Kemain fefeeling suara Dayang Nurhafizah..padahal suara jantan versi perempuan yang keluar..ye suara akak memang tak sedap dik...kalau adik dengar boleh pengsan 3 hari  2 malam tau..

Kesayangan Kathyjem..

Lama kite tak karok bertiga kan..rasanya 2014 kot akita karok bertiga..uihh lama tu ..

Eira & Yana : ko Kathyyy kemain pilih lagu semua nak high note..pastu ke laut semuanya..kekeke

Suara kalau sedap macam Hanis (kawan office) takper gak.. =P

Alunan suara maintain manjer cuma mengah2 tu ada kedengaran sikit..hehehe

Tu dia Eira punye feel..sampai pejam2 mata..

Tukang menyibuk..

Tengok Siti Nordiana ngan Lan Kristal nyanyi Memori Berkasih kat Gegar Vaganza hari tu terus nak nyanyi lagu ni..best gile nana bawak lagu ni kan..meremang-remang bulu roma dengan dia nyanyi..beza betul vokal nana sekarang dengan 8 tahun lepas..

Ok Yana tarikk jangan tak tarik..

Eira pulak cemonnnnn lagi manjer lagiiii!! hahaha Jangan tercabut kepala mic tu sudah manjer..eh pernah terjadi tau..

Penat berkaraoke sambung shooping pulak..al kisah nak teman Eira cari kasut untuk Keisha dan barang Ciput..ternampak pulak Kitschen..Yana nak cari dress..dah tershopping sekali..

 Haa sumbat 3 orang sekali..pastu laga2 bontot..hahaha

Tiga2 nak baju ni..Eira ngan Yana jer try aku malas..tengok Eira pakai cun ok ambik terus..murah 49 hengget..tapi aku ambik hitam sekali..hehehe dari tak nak shopping kan terbeli jugak..

Penat shopping Mak buyung lapar pulak..bukan mak buyung jer yg lapar aku pon lapar jugak..

 Yana oder mee kari..

 Eira kenyang lagi katanya..dia oder roti bakar..

Aku oder kwetiau kari tapi takde rupa kari pon..ni kwetiau kicap..apa2 la makan jer janji kenyang..

Dalam kereta sempat lagi Eira meniaga..hahaha..Tak la kiteorang memang dah suruh Eira bawak tudung nak beli dengan serum Seqybeauty..Tq manjer..

piece : kathyejm

Gincu Hantu!

$
0
0
Hi semua..cantik tak gincu kita..macam hantu, takutkan..hahaha punya lama nak pakai colour lipstik macam ni dapat jugak..mula2 tengok Neelofa pakai dalam Meletop..cantik betul lipstik dia pakai..harus la akak pon nak cuba, nak cantik macam Neelofa jugak..walaupon tahu muka saya jauh panggang dari api..sob sob..Neelofa kot dia tu pakai apa pon semua cantik..gincu colour hitam pon nampak cantik..hahaha


Jumaat ari tu dah sampai lipstik ni kat office tapi MC tak sihat..pagi ni masuk ofis baru dapat tengok colour2 yang oder hari tu..happy bangat! Yana ngan Eira pon oder sekali..tapi si Eira tu dah oder colour2 yang lain pon nak oder lagi, sajer nak tambah koleksi katanya..amboii semua colour ko borong kan..pakai ke semua tu..hahaha..aku rasa semua colour ko ada ada kan Eira..Kalau ko meniaga laku ni Eira.. =P

Hari tu ada cari2 kat Sephora brand NYX jenis colour macam ni tapi tak jumpa jenis Matte, yang ada jenis kilat-kilat..tak suka lipstik kilat-kilat sebab lepas macam makan minum mesti hilang and tak tahan lama..pastu nak touchup balik maleh..kalau boleh nak pakai sehari sekali jer..hahaha

Pagi tadi saje pakai colour black currant ni kat office semua tegur.. 'Hoii Kat ko ke tu? terkejut aku ingat hantu mana??'..'Kat bibir ko dah kenapa gelap, ko sakit ker'.. 'Kat pergi la tukar colour gincu ko tu, dah macam manusia apa jer akak tengok'..haaa ko satu office komen aku punye colour lipstik ni..hahaha yerla mana pernah masuk office pakai colour gelap macam ni..semua pon terkejut la..ingat hantu mana..

Suka LA Girl Matte ni sebab jenis lembab, tak melekat kat cawan, tak kering and tahan lama..Lepas pakai smooth cantik jer..lap pakai tisu pon tak hilang..seketui baru rm27 hengget! Thank you Eira memperkenalkan lipstik ni dekat aku dengan Yana..besok aku bawak naa..

piece : kathyjem

Cafe Rendah Lemak!

$
0
0
Balik kerja tu Yana ajak mengopi..Petang tu hujan, jalan nak masuk ke Sri Hartamas jem..nasib dari office tak jauh sangat..Pelan nak mengopi kat Coffea Coffee sebenarnya..bila sampai ubah plan..Yana kata ada tempat best untuk mengopi..Kat mana tu? Alaa sebelah office Nyah jer..Menapak la aku ngan Yana hujan2 tu dengan kasut tumit tinggi terkedek-kedek..jangan besok demam sudah..haha Sampai2 ooo di sini rupanya..memang dekat sangat pon dengan office Nyah.. (Nyah tu kakak Yana)..Dulu selalu lepak office Nyah kat Sri Hartamas ni..so tau la jugak area sini..

Takde orang pon..syok lepak lama2 kat sini..

Calories cafe @ Desa Sri Hartamas..Pakai Waze je nak datang sini senang..

Bersama Mak Buyung aka Yana..hehehe

Kebanyakkan makanan kat sini semua rendah lemak..hahaha so siapa yang kaki diet boleh makan kat sini..menu dia boleh tahan, ok jugak aku tengok..

Dessert yang ada kat Calories Cafe..

Yana oder hot tea dan saya hazelnut latte..hujan2 dapat minum latte mengancam jiwa betul.

Boley kat tempat kiteorang duduk ni ada belon..apa lagi melaram dengan belon la kejap..

Happy birthday manjer..hari tu kan tak celebrate besday ko..acah2 celebrate pon boleh kan..hahaha

We are having so much fun! tibe2 sangat pegang belon boleh bergumbira..sesuatu sangatttt.

Nah nak diet sangatkan..ambik! makan ni jer..hahaha Eh kenyang tau makan macam ni..nama dia waffle sandwich..sedap suka style masak macam ni..taruk sos cili baru layan..

Yana lagi diet makan garlic bread je..hahaha tak la gile Yana diet..tu anak dalam perut kelaparan nanti..Yana kenyang lagi nak makan light2 je..

Ni sajer..Jom makan!

Calories KL Cafe
AG-08, Galeria Heights,
Desa Sri Hartamas,
Kuala Lumpur.
Mon-Sat, 10 am-7pm

piece : kathyjem

Lihat Dunia Berubah Depan Mata!

$
0
0
Hari tu dapat jemputan ke Pameran Minda "ILLUSION - Nothing Is As It Seems di Petrosains, KLCC..Apa yang menarik kat pemeran ILLUSION ni?

Korang percaya tak deria yang ada pada korang sekarang ni?? Percaya tak dengan apa yang dilihat oleh mata korang sekarang ni? Ni la dia "ILLUSION - Nothing Is As It Seems iaitu pameran mempengaruhi minda sehingga melahirkan halusinasi untuk memperdayakan kita untuk tempoh yang terhad..Pameran ni mengabungkan deria2 yang ada dekat kita dan mempertimbagkan cara otak berfikir..

Pameran ni adalah yang pertama di Asia tau..Pameran ni juga satu penerapan persepsi bagi menerokai ke dalam minda manusia, mengabungkan sains dan seni untuk memperdayakan pengunjung yang datang melalui ilusi optik, perseptual dan audio..

Bersama Yuyu..Yuyu pon ada event hari tu..Ni kali ke dua jumpa Yuyu..First time jumpa masa open house Nuffnang last year..Comel sangat Yuyu ni..geram rasa nak cubit!

Emcee hari tu Juliana Evens..

"Pameran ILLUSION ini dan juga aktiviti lain yang dianjurkan oleh Petrosains, bertujuan untuk memupuk masyarakat yang lebih berpengetahuan terutama dalam bidang sains di kalangan generasi masa hadapan Malaysia. Kami melaksanakan ini dengan memberikan pembelajaran sains secara menarik, informal dan bersesuaian. ILLUSION ini juga merupakan satu platform untuk kami menjadikan sains sesuatu yang menarik dan boleh memberikan kesan yang mendalam. ILLUSION mempersembahkan sains dari sudut seni dan psikologi. Seni sentiasa mengunjurkan kemampuan yang tidak dapat disangkal untuk memupuk minat dalama masyarakat, dan kini dengan campuran elemen tipu-helah psikologi, ILLUSION juga berfungsi sebagai daya penarik pengunjung terhadap subjek sains." kata Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim.

Gimik pelancaran sudah bermula..Masa pelancaran tu terkejut tiba2 da ramai orang berdiri belakang kami, ingat dorang nak buat apa berdiri macam tu, rupanya dorang nak menyanyi..kira masa gimik pelancaran tu  suara dorang ganti dengan lagu la..Sedap & merdu tenik nyanyian koir dorang persembahkan..

Pameran tu jugak turut dirasmikan oleh Duta Ireland ke Malaysia, Eamon Hickey..Pameran ini menampilkan lebih daripada 15 bahan pameran yang akan melencongkan deria dan membingungkan pemikiran secara logik..Pameran hasil kurator ahli psikologi dan penulis Richard Wiesman dan penyelidikan oleh ahli silap mata dan escapologi Paul Gleeson dan dicipta oleh Galeri Sains di Trinity College, Dublin..Dalam pameran ni menawarkan pelbagai karya seni yang memaparkan pelbagai ilusi..

Mula2 tengok apa la bentuk kepala banyak2 ni..hehehe
Ok kena tengok dari depan..

Oooo okkkk bentuk muka orang rupanya..cool giler kan..aku mula2 tengok apa la bentuk kepala banyak2 ni..kekeke

Eeee pepijat merayap..mula2 tengok geli geleman..Benda ni di panggil Delicate Boundaries..

Bila sentuh pepijat tu, pepejiat tu bergerak ke arah titik sentuhan..Pepijat ni macam seolah-olah nak keluar dari skrin tu..

Korang rasa boleh ke percaya deria yang ada dekat korang sekarang ni?? Percaya tak apa yang dilihat oleh mata korang?? Adakah fikiran korang dibayangi muslihat?? Ye, ni la yang aku tengah alami sekarang ni, pepijat meraya atas tangan..huhuhu geliiii...

Ni namanya Moire Matrix : Inflation..Apa yang selalu kita lihat selalu berbeza daripada realiti apa yang kita perhatikan.. Macam atas ni ha mesti korang fikir apa benda bulat ni kan..kaca ker?? plastik ker?? sebenarnya benda tu adalah arca yang mengandungi kobalt oksida dan kaca bertindak balas secara kimia dan menghasilkan kesan organik..Buih-buih mengembang sehingga kelihatan terpisah dari corak asal dan menyerlahkan lagi susunan garisan dan kesan optik daripada bentuk melenkung..
bila kita tengok sudut lain nampak macam buih tu ada banyak kan..tapi sebenarnya tak pon buih tu sikit bahagian atas tu jer..faham ke idak aku explain..hahaha..korang kena tengok sendiri..baru korang akan faham apa yang aku explain ni..hehe

Bila padang sudut macam ni buih tu nampak memanjangkan..

Pastu kami try masuk kedai salon rambut pulak..nak gunting rambut jap..eh!

Cantik pulak cermin salon rambut ni..rasa nak rembat bawa balik..hahaha

Bila pakai headphones dengar sebiji macam suasana kat salon rambut..macam ia2 jer rambut kita kena potong, siap bunyi gunting & hair dryer lagi..hahaha Aku sampai elak2 kepala rasa macam eh eh eh nak gunting rambut aku ke apa ni..hahaha Besttttt!!! Kena try Virtual Barbershop ni okey..

Eh eh macam mana magic wand tu boleh nak naik dengan sendiri..?? padahal science communicator tu pegang macam tu jer..pelik ni??

Jom kita masuk dalam lubang ni Yuyu..hehehe

Mula2 ingat ada burung dalam sangkar tu..rupanya bunyi jer kat dalam sangkar tu..ia ia jer tercari, mana burung ni??

Kalau kita berdiri tegak kat tengah2 sangkar burung tu kita akan dengar macam2 bunyi sebenarnya..tapi hari tu tak berapa dengar sangat apakah bunyi yang dikatakan macam2 bunyi tu..

a
Cool giler tengok nombor huruf bersusun macam tu..

Sekali tengok, laaa kaca kiri kanan rupanya..huruf semua tu cuma pantulan dari atas tu jer rupanya..dan ada sebiji botol kat tengah2 tu..

Ni pulak Typographic Organism.. Bentuk terapung ni sebenarnya nampak macam bergerak-gerak seakan-akan organisma kecil..Campuran antara huruf ni melambangkan adunan semantik bahasa dan pergerakan..

Ni lagi tak masuk akal Bottle Magic ni..macam mana kasut sebesar tu boleh muat masuk mulut botol kaca tu?? korang rasa macam mana dorang masukkan?? cer fikir jap..ermmmm tak dapatkan jawapan, kan..aku rasa dorang sumbat2kan kasut tu sikit2 kot dalam botol kaca tu..hehehe suka2 je aku bagi jawapan macam tu kan..dan paling tak boleh fikir..macam mana pulak la kunci mangga tu boleh masuk dalam botol kaca tu?? cairkan kunci tu ker?? belahkan kunci tu ker then sambungkan dalam botol tu..eh pening la nak dapat jawapan dia..hahaha

Ni pulak Cubes yang dicipta oleh Jennifer Townley.. Cubes ni adalah satu arca seni mekanikal berasaskan corak geometri "diamond" yang menghasilkan ilusi optik enam kiub..Sebenarnya, setiap kiub ni hanya terdiri daripada tiga bentuk "diamond" berkumpulan jer..Arca ni menggunakan teknik transformasi pergerakan dan motor dalam mesin dan gabungan antara pelbagai mekanisme bebas, bagi meneroka bagaimana otak kita memahami pergerakan berulang-ulang..

Puas hatikan Yuyu tengok pameran ILLUSION dekat Petrosains ni kan..macam2 deria kita melihat, merasa, berfikir dan memahami dunia sains, kan..best sangat enjoy jer dalam pameran tu..nanti nak bawak suami pulak datang sini..dia mesti suka benda2 Illusi ni..

Datangla dan alami banyak lagi pekara menakjubkan dalam  ILLUSION kat Petrosains ni..Pameran ni korang kena wajib datang, sebab sangat berbaloi..



Petrosains, The Discovery Centre
Aras 4, Suria KLCC, Menara Berkembar PETRONAS,
50088 Kuala Lumpur.
Tel : +60 (3) 2331 8181
Faks : +60 (3) 2331 2121
Email : infopetrosains@com.my
Website : www.petrosains.com.my



piece : kathyjem

Cara Nak Selamatkan Cable Iphone Yang Dah Nak Rosak

$
0
0
Siapa selalu ada masalah cable iphone macam bawah ni..komen sikit..nyampahkan..ni kali ke 3 cable iphone aku rosak weii..why la ipong whyyy!!! pasai apa hang punya cable ni lembuit sangat..takleh kah cipta cable yang dilanggar segala ombak kuat mampu bertahan selama-lamnya..tak larat haihh 2 3 kali nak pi beli baru..duit semua ni duittt!! kira2 balik boleh beli sebiji iphone tau dak..hahaha ok tipu sangat.. >_<

Tengok kat fb mana tah ada upload cara nak selamatkan cable iphone dari terus jadi lebih teruk hanya dengan menggunakan getah sayur ajer..

Siapa pakai iphone mesti akan jadi macam ni kan..grrrrrr!!!

Ok bahan dia cuma kena ada 2 utas getah sayur jer..ye gatuh sayur jer..nasib kat office ada simpan getah sayur ni..

 Senang ajer..ikat dengan seutas getah..

Then ikat lagi dengan seutas getah sayur..pusing getah sayur  sampai ikatan getah tu kuat sampai cable yang rosak tu tutup..

Dah selamat cable iphone ku yang rosak ni..selamat duit, jimat duit..behehehe Bukan kedekut ye ni namanya amalan berjimat cermat dalam membelanjakan wang anda memandangkan harga barang sekarang ini semua pon nak naik mencanak-canak..pffft ok selamat mencuba!

piece : kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live