Quantcast
Channel: kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live

Cara Simpan Susu Ibu Selepas diperah

$
0
0
(scroll down for new entry)

Sekarang ni banyak betul isu pasal susu ibu..tak boleh nak sangkal la kebaikan susu ibu cuma aku nak cakap kat sini semua ibu nak terbaik untuk anak-anak..jadi terpulang lah kepada masing2 punya cara nak besarkan anak...lagipun kita tak boleh nak judge ibu ibu yang tak breast feed kita tak tau masalah dia apa.. dan lagi satu kita sendiri pun belum tentu perfect jaga anak sendiri.. cuma kita usaha bagi yang terbaik dan yang termampu...selain tu kita serah pada Allah..so ni aku nak share something bagi aku penting la sebab dulu aku menyusukan raiisah, aku blur tau susu aku stok macamana nak simpan macamana nak jaga..

Based on pengalaman sendiri  awal2 tu kekok betul..macamana nak simpan susu, bape lama boleh simpan, panaskan macamana..semua la kat kepala ni dok pikiaq..so far benda2 ni memang sangat penting sebab kalau kita kurang pengetahuan nanti kita ambik jalan mudah jer sedangkan susu kita masih lagi banyak untuk bayi..sayang tak bagi kat anak..membazir..pastu penjagaan ni penting sebab nak pastikan keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin dan sentiasa berkhasiat..

Dengan pelbagai kemudahan yang ada sekarang ni, lebih mudah untuk kita bagi anak kita susu badan..pelbagai cara nak banyakkan susu..ada tempat simpan susu..internet ni search je semua ada..hehe so kat sini aku nak share apa yang aku tau..hopefully dapat membantu.. :)

Ok  ini adalah istilah yang digunakan bila bab berkaitan susu badan dan masa yang setiap jenis susu boleh bertahan..FYI EBM ialah expressed breats milk (perahan susu ibu)
  • Fresh EBM adalah susu ibu yang baru diperah :
    • tahan 4 jam dalam suhu bilik 
    • tahan 8 jam dalam bilik aircond
  • Frozen EBM adalah susu ibu yang dibekukan
    • susu ibu yang baru diperah dibiarkan sementara kemudian disimpan kedalam botol/breast milk storage bags yang banyak dijual skrg ni
    • once da masuk freezer boleh bertahan selama 3 bulan 
    • Elak dari memanaskan EBM dalam kuantiti yang banyak  sebab susu tidak tahan lama dan perlu dibuang selepas 3-4 jam yang sudah diminum atau tidak (ni kena bau dulu sebelum bagi kadang2 kadar kebersihan berbeza masa handle EBM ni)
    • cara nak pakai : letak di fridge/chiller sebelum nak pakai, letak 1 malam sebelum nak digunakan..dan jadilahhhh CHILLED EBM
  • Chilled EBM adalah chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan dalam chiller/ fridge/ peti sejuk bawah tu) bila susu sejuk (bukan beku ya) boleh di bawa keluar dan direndam dalam air panas (bukan air  mendidih hehe) atau boleh pakai warmer yang banyak jual skarang dengan suhu 40°C..
Tips yang sangat penting ibu2 patut baca bawah ni :

Gunakan dulu susu perahan yang paling lama disimpan dan pastikan tarikh perahan susu ditulis dekat botol atau bekas sebelum menyimpan susu..takut lupa ker apa tulis tarikh siap2..kalau dah berbotol2 susu tu mana nak ingat..hehe..

Ingat lagi satu susu tak boleh dipanaskan terus atas api dapur, dalam microwave oven pon tak boleh jugak..Nak didihkan susu pon sama tak boleh jugak..Sebab apa ni semua tak boleh buat sebab susu yang panas boleh cederakan bayi  dan komposisi nutrien akan hilang..Tapi korang kena tahu jugak susu badan yang dibekukan masih mempunyai khasiat kesihatan berbanding susu formula..

Kalau ibu yg bekerja nak hantar anak pada babysitter selain nama dan tarikh tulis sekali nama anak..takut ada anak orang lain punya susu jugak bercampur2 dahhh susah...hehe

And ingat..bila korang mengepam susu, cuci tangan dan pastikan pam dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu..HARAP MEMBANTU! :)

piece : kathyjem

Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul

$
0
0
Pernah tak ibu2 kat luar sana tu ada masalah masa nak menyusu kat bayi? lagi2 masa awal tempoh berpantangan..Biasa waktu macam ni ibu akan alami masalah puting payudara melecet..tu yang buat tak tidur malam tu..dengan sakit bersalin tak hilang lagi, payudara pulak sakit..aduhhh! terukkan bunyi dia..

Ni la aku hadapi masa mula2 menyusukan Raiisah..dulu tak pandai sangat ilmu2 tentang penyusuan bayi ni baru mentah lagi takde pengalaman..sakit dia Ya ampun tuhan je yang tau..setiap kali nak menyusukan Raiisah mesti teringat-ingat kesakitan yang teramat tu..mujur ada cream sapu, tu la aku letak hari2 lepas menyusukan Raiisah..dalam sakit tu masih mampu menyusukan Raiisah..

So aku nak share korang teknik yang aku tahu serba sedikit untuk kongsi dengan korang..kenapa susukan bayi boleh menyebabkan payudara melecet?memenang setiap kali menyusukan bayi macam tu ker? sepatutnya tak macam tu..Pelekapan atau teknik latch yang tidak betul yang boleh menyebab sakit atau melecet kat bahagian payudara..

Teknik latch yang betul adalah semasa menyusukan bayi pada bahagian areola, bukannya pada puting..Tengok teknik menyusu dengan betul gambar kat bawah ni..

Duduk dan letakkan Satu Atau dua bantal Untuk mengampu Bayi Anda.

Baring mengiring dan bayi menghala ke badan ibu. (Berhati-hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)

Pelekapan

Gambar 2: Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati-hati tidak tertidur dalam posisi ini kepada untuk elak bayi lemas)..

Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi)..Rapatkan seluruh badan bayi ke dada, bukan hanya bahagian kepala sajer pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) dimasukkan ke dalam mulut Bayi..

Ibu boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan..Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara..

Tanda-Tanda pelekapan Yang Salah

Jika penyusuan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi..Masalah kebanyakan yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul..Tanda-tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah masa penyusuan :
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan cara yang betul.

Cara menyusu bayi dengan betul :
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi dengan kedudukannya pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, kemudian berhenti dan menghisap semula..Secara hisapan perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan payu dara.
piece : kathyjem

Jogoya, Japanese Buffet Restaurant w Manjer's

$
0
0
Lama tak bersushi dengan manjer's..macam biasa la kitaorang kalau nak makan suhsi dengan geng2 perempuan sajer la kan sebab laki2 kami tak makan sushi..eh laki Eira je Ciput makan Suhsi..Affan dengan husband Yana memang tak makan langsung sushi..Ni pon Yana yang teringian nak makan sushi..Kebetulan aku pon gidam jugak maka berjemaah la kami bertiga makan sushi..behehehe

Sebenarnya plan nak makan shusi dekat Sushi King tapi Eira bagitau dia ada tempat makan best kat Starhill nama restoran tu Jogoya..masa mula2 Eira bagitau Jogoya aku ngan Yana ingat Eira salah type ke apa..Mungkin nak taip Jogoya tertaip Nagoya kan..Tak la bukan Nagoya, Jogoya kat dalam Starhill Gallery..Aku pernah makan buffet ngan Ciput kat situ, pernah masuk dalam blog..haaa oo situ..ok2 ingat..cun kita makan sushi kat situ ek..

Balik kerja berdesup terus ke Starhill tapi kami parking kat Pavilion..Tak jauh pon dari Pavi nak Starhill..Dalam Starhill tak sure nak parking mana..

Sebelum nak ke Starhill shi shi siap2..hahaha kan nak makan 2 jam nanti takde masa nak pergi toilet..2 jam hoii mana sempat nak makan semua..pandai2 la nak telan semua sushi dalam masa 2 jam..hahaha

Celfie dulu..awat mata aku merah tu??

Sampai2 jer terus terjah bahagian suhsi..tu dia depa bagi tempat duduk nun jauh daripada makanan..dah macam bilik karaoke pon laluan dia..gelap jer..hahaha jenuh bangun duduk bangun duduk bangun nak pi ambik makan nun jauh di sana..besar gak tempat dia..kebetulan kiteorang datang memang ramai orang..

Tak pasti ikan apa ni sebab pakai snap jer.. hahaha

kupan..

Aneka salmon..nak salmon putih, nak salon pink pekat, nak salmon pink cair semua ada..ambik jer..

Makanan disediakan kat sini secara buffet..so kalau kita nak sesuatu, kita boleh ambik je berapa banyak nak ambik..jangan tak makan sudah..membazir pulak nanti..

Teruja gile buffet kat sini..ko macam2 jenis mak nenek shusi ada..

Nak ambik ni penuh satu pinggan pon boleh..

Paling ku suka baby octopus..

Pelik nau rupa telur tu tapi sedap gak..

Kebanyakkan makanan kat sini kuantiti kecik2 je..buat macam ni supaya tak membazir..tak silap ada 200 hidangan kot..

Mak buyung yang kehepian dapat makan sushi..

Tuan blog pon hepi jugak sampai dah rambang mata tak tau nak ambik yang mana..nampak kat atas pinggan tu dah nak penuh dah tu..ambik sikit2 Kathy sat lagi kenyang dah takleh rasa makanan lain..baik!

Udang dia nampak fresh tapi macam tak lalu pulak nak ambik..hahaha Kalu goreng, bakar sedap tu..

Eh ada oyster ada..sat lagi nak ambik..feveret ni..makanan orang kaya harusla kena makan sikit..hihi

Abalone..

Ketam besaq kepala..hahaha tipu haihh, giler mana ada ketam besaq kepala.. =P

Restoran Jogoya ni lebih kepada makanan dari Jepun dan juga campuran makanan barat dan tempatan..So takde la melantak Suhsi jer nak makan steak pon ada jugak..

Orang kata kat Jogoya ni syurga sushi..memang ye pon..


Ok first round aku ambik yang ni dulu..

Ni Yana punye..

Eira punya..

Sedap weii yang ni..nanti datang sini kena ambik banyak2 ni tau sedap..

Senyum sampai ke telinga dapat makan suhsi ye manjer..

Besar sushi dia nampak tu..

Heaven gile dapat makan sushi kat sini weii..kalah Shusi King & Sakae Sushi..eh!

Nak oder goreng2 pon ada jer..Ni Eira yang oder spaghetti carbonara..Tempat letak spaghetti carbonara ni unik..walaupon kite biar lama sikit still rasa panas lagi..

Geng manjer's..

Chinese food pon ada jugak..

Konsep restoran ni menarik..susunan pon teratur jer..sushi bahagian depan, western ngan chinese food bahgian tengah..desserts and minuman bahagian belakang sekali..

Kebanyakkan yang datang sini memang pencinta makanan..ada tu aku tengok ambik makanan macam 10 tahun tak makan..hahaha Giler penuh atas pinggan..macam mana la agaknya dorang abiskan habiskan tu..maybe ambik untuk kawan2 kot..ok bersangka baik..hehe

Glass noodles &  stir black mussel..

Ikan siakap..pilih nak goreng macam mana..dorang boleh masakkan..

Dim sum! paling disukai..

Telur separuh masak..sedappp tapi sayang die letak kicap cair tu banyak sangat spoil nak makan..

Soba mee jepun..suka mee jepun tapi makan sikit nanti kang dah takleh makan yang lain kang..

Aku ambik ni pastu jap lagi tawaf lagi..portion dorang bagi comel2 je..

Ambik udang besar tapak untuk Yana..sian Yana masa dia nak ambik udang ada amoi tu amik sampai abis udang tu..hahaha Takper manjer jap lagi mesti dorang topup, jap ngi aku ambik untuk ko..jangan sedih2 okey..Ibu mengandung ni kalau bab makan jangan main2 memang boleh sedih 44 hari tau..hahaha


Salmon letak cili ke apa tah, tak sedap..pelik benor rasanya..belut tu sedap..erkk!

Besarkan udang dia..puas hati la dapat makan..tapi aku makan seketul jer..dah tak larat dah weiii..udang besar tapak tangan ke besar rumah ke memang dah tak mampu telan..

Tak tau apa benda alah ni tapi yang benar sedap nak mamp..hehehe

Hujung2 baru nak makan oyster..kembang tekak tapi layan jugak..

Ketam masak merah..ni pon sedap..

Layan aku dengan Eira makan..sedap kan manjer..krapp kruupp krapp!

Shark fin soup dia biaser2 ajer..

Miso soup dia pon sama, biaser2 ajer..

Klip yang dorang bagi ni untuk oder yang goreng2 ajer..153 tu nombor meja..klip ni dorang bagi dalam 6 biji kot tak silap aku..

Macam hari tu nak makan dim sum aku letak klip dalam mangkuk yang ada tertera makanan mana yang kita nak..

Contoh macam atas ni..letak la klip atas box tu..nanti makanan yang kita oder tu dorang akan hantar atas meja..depan box tu ada gambar makanan..ada sup, tomyam, mee, semua tu..pilih mana yang nak..

Aku rasa paling menarik perhatian aku adalah ni ha..Air kelapa dalam frezer..selalu tengok kat supermarket jer..ni depan mata hang, hang boleh minum berapa bijik hang nak minum..tak dak sapa nak maraih..aku minum sebiji pon dah cukup dah..kalau sapa boleh minum 2 3 biji hang memang hebat!

ABS pelbagai topping pon dah tak larat makan..

Buah-buahan..

Pelbagai minuman jus yang ada..

Haa bahagian ni paling tak boleh tahan..macam2 dessert yang ada..haiyoo pening pulak nak ambik yang mana?? semua pon nampak menarik..

Aiskrim New Zeland Natural pon ada jugak..wow! berbaloi la dengan harga dia kan..hehehe

Nampak macam menarik, rasa tak boleh telan weii..yang ada macam susu tu rupanya santan dengan gula melaka dan satu lagi tu puding honeydew pon sama kureng jugak..

Sushi dah tak leh telan nak makan dessert pulak..

Aiskrim haagen dazs pon ada uolsss..

Siapa lepas makan nak minum coffee pon ada jugak..minum la banyak mana nak minum takde siapa pon kisah..

Sedap kek ni!

Waffle versi dip n dip pon ada jugak..hahaha pon sedap jugak..aku ni tak abis sedap ermm sedap ermm sedap..eh memang sedap la..kalau tak sedap aku cakap tak sedap..bab makan ni kena harus jujur kawan2..hehe

Yaaa amponn menangis dapat makan aiskrim haagen dazs ni..dua2 ni Eira yang ambik..terbaik la wa cakap..

Ni Yana ambik..pon sama tak sedap jugak..sama macam aku tak abis..rasa pelik la takleh telan..

Haaa ni lagi terbaik..new zealand natural ice cream..yang hijau tu green tea dan yang putih tu rasa lime masam2..terus kecuq liuq..

So kami sangat berpuas hati makan di sini..Makan la banyak mana korang nak makan sushi ke apa ker tapiiii ingat hanya 2 jam sajer masa diberi..So sebelum nak makan dalam kepala dah set jap lagi nak makan ni, lepas ni nak makanni, supaya takde buang masa  nanti..hehehe dan juga jangan lupa baca bismillah.. =D

Hasil selepas 2 jam, terus mata ke atas..hahaha..kenyang giler!!!

Masing2 dah kekenyangan..Alhamdulillah..lagi2 Yana kenyang sampai sengkak perut..hahaha

Oh lupa nak bagitau satu kepala hari tu kiteorang makan dalam 60 ringgit..Eira kata ada diskaun..hari tu die makan dengan Ciput dalam RM80..tak tau sebab apa dorang bagi diskaun..

Jom teman Eira cari barang makeup pulak..kat escalator pon jadi nak berselfie..baik2 kang tersungkur depan escalator tak pasal2..

Asal nampak tempat boleh berposing laju2 masing2 memberi pose yang terbaik..giteww

Abis berangan jom cari toilet mak buyung dah tak tahan dah tu..

Eira tau la Ciput tak ikut jangan la macam tu..jeles Ciput nanti tau..kakakaka Nasib aku baik hati Eira tak letak gambar ko satu lagi tu..

Nampak Eira gedik ngan mamat tu nak jugak berdiri sebelah dia..kekeke Nasib gambar kalau betul la teman idak ler nak buat lagu tu..

OOoo Ooo OO TD..hahaha

Alhamdulillah Yana nak masuk 7 bulan dah..kan manjer..bulan depan 8 bulan dah..dup dap dup dap..debor tak?? giler tak debor kan..

Kesayangan nak manjer-manjer..

Eira bising..ko ni Kathy dah nak hujung2 escalator baru nak ambik gambar..tersadung kan tak pasal2..hahaha

Bukti di hujung escalator..hahaha macam mana tak kena maki ngan Eira..awal2 tak nak di keluarkan kamera tu..

Sekian cerita kami bertiga..hahaha

Nah mesti ada yang nak mai Jogoya Buffet ni kan..ni address dia..

T3, Relish Floor, Starhill Gallery,
181, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: + 603-2142 1268 Fax: + 603-2148 8171
Email: contact@jogoyarestaurants.com

piece : kathyjem

Tengok Arlo dan Spot!

$
0
0
Hari tu bawak Raiisah tengok movie The Good Dinosaur kat Citta Mall..ingat nak tengok dekat Curve tapi fikir balik mesti ramai orang..yerla movie baru kan mesti la wayang penuh..

Sampai je Citta Mall terus pergi beli tiket..masa nak pilih seat tu pon banyak lagi kosong..korang mana yang tinggal area Ara Damansara

Raiisah macam tu la dia, dah pandai posing ala2 model gedik..hahaha..kalau kita suruh dia posing sikit..terus badan sikit, mulut senget..Asal mummy nampak tembam dalam ni?? hahaha memang dah tembam dah pon..mau tak, dah duduk Sg. Buloh ngan mak abah ni setiap malam makan nasi jer..kadang tu dah nak tidur abah ketuk pintu bilik bawak makanan suruh makan bee hun sup la mee bandung la, tomyam la..tak nak makan tapi kena paksa..biaser la kalau dah rasa sikit tu mana boleh sikit mesti la kena abis..

Posing silang kaki tu yang tak tahan..

Raiisah dan Poksu..

Sementara dia cuti sem ni ajakla die teman tengok wayang..Adik aku ni memang peminat movie2 kartun ni..dulu masa dia kecik selalu bawak tengok wayang kalau ada kartun yang best2..

Sayang la dorang letak prop ni kat sini..bila ambik gambar tak cantik backlight..kalau malam rasanya ok kot..

Sementara ada setengah jam lagi isi perut la dulu..

Air honey lemon ni Raiisah yang oder..kemain nak minum air lemon..masa nak oder tu dia nampak lemon tu..mummy ni ni nak oren..bukan oren, lemon..hahaha suk hati jer mekcha oren..hahaha jangan tak abis sudah..

Setiap kali suruh pandang kamera mesti nak buat muka macam tu..eeee sebiji macam daddy ko suka buat muka..hahaha

Lama gile tunggu makanan sampai..wayang pukul 2.30..kul 2.15 makan tak sampai lagi..sah memang lambat la tengok wayang..mesti tak sempat tengok yang iklan2 tu..

Bayangkan dalam masa 15 minit aku makan spaghetti carbonara ni bagi abis..Raiisah la gedik tak nak makan..selalu spaghetti carbonara dia suka makan..lupe sebelum nak ke sini dia dah makan roti canai..

Adik aku oder nasi..
Macam mana la ko makan fahmi dengan air chocolatenya dengan nasi ada cheesenya..kalau aku dah tak boleh telan dah..

Makan cepat ada 10 minit lagi ni Fahmi..hahaha kesian adik aku makan laju2, takut terlepas punya pasal..

Dah abis tengok The Good Dinosaur..hepi tak Raiisah?? kemain dia dalam wayang tengok Arlo dengan Spot..semua part dia layan cuma bab Arlo selamatkan Spot dalam sungai tu dia tak tengok..takut sebab bunyi kilat sambung menyambung tu menyorok tak nak tengok..budak belakang kietorang tu dah nangis beria dah takut Arlo ngan Spot tu lemas..satu hal pulak bapak dia nak pujuk..hahaha

Ok Raiisah pose paling cun mummy nak tengok..terus badan pon senget..

Eh eh silang kaki pulak..kemain...

Dah jom..mata pon dah mengantuk..ingat balik tu nak singgah Ikea jap sekali tak jadi sebab badan macam letih ingat katil pulak..sebab sehari sebelum tu dok kemas bilik ngan rumah tak hingat..

Kebetulan masa kiteorang makan tu Raiisah merengek nampak kedai jual barang mainan..ternampak patung Dinosaur..tanya akak tu dia cakap 15 hengget jer..terus sambar..kebetulan nak tengok cerita Dinosaur kan..Masa beli tiket tu ambik sekali pakej minuman & popcorn..dapat la cawan patung Arlo sebagai kenangan..

Tengok Spot ni teringat Raiisah masa 2 tahun sebiji macam Spot..hahaha Rambut jer la muka lain la weiii..Spot ni comel sangat geram tengok gelagat dia masa tengah cuba cari makanan untuk Spot..comel jer gaya dia masa tu..

Siapa yang tak bawak anak tengok cerita The Good Dinosaur ni pergi la bawak..memang seronok giler cerita ni tapi part last tu paling sedih.....hampir2 nak keluar air mata tau..nasib akak control kalau tak jadi macam budak belakang kiteorang tu..hahaha

piece : kathyjem

Nak Ngi Holiday Juga!

$
0
0
Semalam hantar anak buah ngan akak aku ngi KLIA..jeles giler tengok dorang ngi holiday..nak jugak pegi holiday..sob sob..tahun ni langsung tak pergi holiday mana2 dengan suami dan anak sebab masa tak mengizinkan..Abah ngan mak park kereta kat KTM Kuang pastu berhenti KL Sentral naik LRT ke Kerinchi..ofis aku dekat LRT Kerinchi..senang balik nanti boleh balik ngan aku satu kereta..Mak kata sepanjang perjalanan dalam KTM Raiisah mulut bising jakun macam tak pernah naik KTM..hahaha Padahal pernah jer naik..mak kata nasib takde orang, mulut riuh sekampung..dia sekarang ni memang hantu train..apa2 nak train..celik mata nak naik train..yerla nanti mummy buat landasan keretapi belakang rumah ye hari2 Raiisah boleh naik train..hahaha

Sampai jer KLIA terus jumpa family akak aku kat food court..mak masak makanan dari rumah..nak bagi cucu kenyang2 dalam flight katanya..siap goreng keropok kering, keropok lekor, nasi, sup sayur, ikan goreng semua cukup..masa mak aku keluarkan makan semua tu terkejut nengok..beg kecik tapi segala benda ada dalam tu..macam beg doraemon dah aku tengok..hahaha mak banyak sangat goreng keropok ni..nak bagi dorang bawak bekal dalam flight..mana boleh mak kopok2 ni tak lepas la mak..oo tak leh ek..hahaha mak ingat boleh..mana boleh tak boleh..takper la bagi dorang makan puas2 kat sini..lagi pon Lutfi ngan Darwish kan suka makan keropok lekor ngan keropok kering ni..tu la kasih sayang nenek dengan cucunya siap bersusah payah naik train bawak nasi keropok segala untuk cucu2 dia..sok aku dah tua pon macam ni la dengan Raiisah nanti.. T_T

Kebetulan anak2 akak aku memang tak makan lagi licin la nasi tu dorang makan..Raiisah eksyen suruh pandang kamera tak mau..

Anak buah paling ku sayang dan manjer, Lutfi dan Darwish..nanti bawak balik salji untuk mummy tau..hahaha

Sementara menunggu berlepas lepak rileks2 dulu..flight kol 11 malam..tengok jam baru pukul 9 malam..terus berbincang dengan abang ipar tahun depan ingat plan nak bawak mak abah bercuti jauh sikit..

Bye Zura, Lutfi & Darwish..dah sampai Korea nanti wassapp gambar banyak2 kat mummy tau..Semoga perjalanan akak ku dan familynya semuanya selamat dan dipermudahkan urusan..Amin..

Sampai Korea pukul 7 pagi terus akak aku wassapp dah sampai Korea..

Baru lepas checkin hotel.. Dah kenapa pakai selipar tu Lutfi, Darwsih..Cuba jalan kat luar macam ni mampu tak?? hahaha Lutfi awat muka moyok menahan kesejukkan ker?? kekeke

Jeles jeles jeles..bila la mummy nak sampai Korea ni? -______-

Abang ipar aku lagi rileks pakai kemeja nipis tu jer..hahaha padahal suhu 0°C kot..

Ok have fun korang..jangan lupa fridge magnet mummy tau..tu jer mummy mintak, tak mintak apa2 pon..tapi nak beli kan mummy trench coat murah2 yang cantik2 pon boleh jer..dapat belikan boot lagi syokkk..kehkehkeh >_<

piece : kathyjem

Sabtuday Kita

$
0
0
Yeaaa daddy pulang jugak akhirnya..setelah hampir 3 minggu tak jumpa daddy dia..cecece anak rindu kononnn padahal maknya terlebih rindu..hahaha..ko Affan balik jer KL terus dalam kepala nak makan macam2..huny nanti b nak tu  nak makan ni..kesian kat Singapore takde makanan sedap ke b?? balik sini macam orang 10 tahun tak makan..hahaha

Katanya makanan sana tak sedap macam kat KL..mamak kat sana pon rasa tak sampai..makan untuk kenyang jer..hahaha yerla b dan2 rasa makanan sana tak sampai kan..hari tu ada sekali tu balik pon sama jugak satu hari dok teman dia jalan2 cari makan jer..aku tengok dia pon naik seriau makan macam beli saka..haha

Raiisah setiap kali tengok muka daddy dia setiap kali tu la mintak kfc..muka daddy nampak peha ayam kfc ek..hahaha..mummy dengar kfc naik muntah tau dak..asyik kepchi jer..

Hari sebelum daddy dia balik mintak pizza..tengok budak2 sekarang nak makan mintak pizza..ni terpengaruh iklan tv la ni..pizza ada depan mata tak makan pulak..cuit pon tak nak..makan chocolate lava cake tu jer..Malam tu oder pizza padahal dah melantak macam2 siang tu dengan kfc nye dengan roti nye dengan nasi nye...compem badan naik lerrrr..

Besok tu nak melawat Umi lak..Raiisah ngan daddy dia rindu nak jumpa Opah Kajang..

Anak beranak perangai sama..ambik gambar suka nau buat muka..

Dah kena jerit baru reti pose cantik depan kamera..nyampah setiap kali ambik gambar masing2 nak muka mintak penampor..hahaha Lagi2 si mek tu..Dah la muka daddy sebijik, perangai pon sebijik macam daddy ko..24 jam nak annoying je ngan mummy..ada je nak buat darah mummy naik mencanak-canak..

Sebelum lunch singgah Digital Mall nak repair laptop..laptop tibe2 jadi bengong lak..dah la ada kerja nak kena buat..terpaksa buat kat office..

No camera please mummy..na nakkk!! Okey tak dak MOOD..perut sudah lapar maaa..

Lunch dulu kat Zainul Nasi Kandar PJ..dari zaman daddy ko muda sampai dah ada anak still nasi kandar ni jadi pujaan daddy ko..tadi lapar pastu dok sibuk makan kinder joy tu..bagi dia makan cokelat tu kalau tak, tak nak makan nasi..ok lepas abis makan cokelat tu Raiisah makan nasi ok.. *angguk kepala..Mekcha ni kena makan nasi bagi perut padat, nanti perut tak padat lapar mula la nak jadi huru hara..

Mummy ko menunggu dengan penuh setia di sisi Raiisah..cepat abis ye sayang..mummy pon dah lapar dah ni..bahahaha nampak gelak syaitonnn dah mummy ko sebelah ni dok menunggu dia bais makan cokelat tu..time ni la ko nak makan cokelat tu kan..suruh suap sendiri tak mau lak..mummy nak makan dengan tangan ni tak feel makan dengan sudu..kari tu la pedas..bagi makan kari menjerit kepedasan pulak..

Affan ambik ayam separuh..perghh b ni macam setahun tak makan lauk malaysia ni..siap tambah nasi lagi..

Pastu singgah rumah mak mertua di Kajang..Umi hidang ni pulak..nasi kandar pon tak hancur lagi dalam perut dah telan cucur ngan popiah..syabas perut!! hehehe Apa ada hal minggu ni diet la kita..

Ok tu je nak cerita Sabtuday kita..besok cite hari Saturday pulak..hahaha nampak sangat dah takde cerita kannn.. =P

piece : kathyjem

Hiburkan Anak dan Suami

$
0
0
Hari tu memang plan nak bawak Raiisah tengok movie..amboii sekarang ni asyik nak layan movie die dia je kan, movie mummy bile nak tengok ni..hahaha sejak daddy ko kerja jauh ni takde teman dah mummy nak tengok wayang..huhuhu

Raiisah dah pandai request nak tengok movie..Tau movie apa dia nak tengok? Star Wars okey..kemain nak Star Wars..tengok movie The Dinosaur tu pon dah tutup2 telinga time Spot ngan Arlo jatuh dalam sungai bunyi petir, lagi nak tengok Star Wars..mau menangis dalam wayang..tau dak movie tu untuk orang tua..tak sesuai la Raiisah nak tengok..pantang nampak iklan Star Wars kat tv..mesti jerit2 nak Star Wars..

Mummy ko pon lupa nak check date movie Star Wars dah keluar ke belum..Beria-ia datang nak tengok movie kat Encorp Strand Mall sekali tak keluar lagi kat TGV..hahaha..apa daaaa..

Awal pagi bangun terus nak minion..minion minion minion.erghh naik muntah mummy ko nengok minion tu..Dah jom siap pergi breakfas..kita breakfast kat mamak..daddy ko rindu nak breakfast roti canai mamak sini..hahahaha

Laki aku bukannya boleh tengok orang meniaga macam ni..mula la nak terbeli..hehehe awat b beli minyak angin tu?? nanti boleh urut2 kaki kalau lenguh kat tempat kerja..hahaha ye tak ye jugak kan..ok la b sedekah sikit kat dia..amin..murah rezeki b tolong pakcik tu..

Aku kalau breakfast kat Friz Maju ni mesti akan oder tosai rawa dia..terbaik kot tosai dia dengan garingnya sayur banyak..tengok Mekcha tu makan pon nak over..tercucuk lubang mata tu apa pon tak boleh..suruh guna tangan tak nak..

Affan oder roti puri pulak..teruk sangat ngidamnya b.. Dari hari tu lagi dia cakap teringin nak makan roti puri roti puri..ingat nak breakfast kat NZ sebab roti puri NZ sedap giler kot..fikir2 jauh la..breakfast dekat dengan rumah jer la..

Selesai breakfast kami ke Encorp Strand Mall..first time nak tengok movie kat sini..tak ramai orang pon..dalam mall ni boleh kira berapa jari orang je yang ada..hahaha..tak banyak lagi kedai bukak sebab tak ramai orang kot..

Disebabkan Star Wars tak main lagi kita tengok Snoopy jer la..Snoopy pon dalam list raiisah jugak kan..hahaha Dia tak panggil Snoopy, panggil Peanuts!

Suruh bergambar dengan Snoopy tak nak, nak dengan Dinasour jugak..Dinasour tu kan kita dah tengok..

Merajuk kena paksa bergambar dengan Snoopy..hahahaa

Sementara ada masa sepedek dulu..nak makan kat mana ek??? tak banyak kedai makan dalam Encorp Mall ni..makan subway jer la..sebelah TGV ni je pon..

Ni budak suka buat muka..

 Setelah berpuluh kali suruh buat muka comel..ni hasil paling terbaik dari Raiisah..

Subway! lama tak makan roti subway..kenyang sampai ke petang..

Movie time! syok jugak tengok movie kat TGV Encorp Mall ni..kerusi tinggi tak nampak kepala orang depan..hahaha

Ok la cerita The Peanuts ni..aku rasa baya 5 tahun ke atas ok kot untuk dorang tonton..Raiisah mula2 jer la dia enjoy hujung2 dah berdiri, kejap kang duduk, kejap kang nak minum..daddy ko hujung2 dah kroihh kroiih zzZZ!! boring ye b..hahaha kata suka movie ni tidur pulak ia..

 Baru ingat nak bagi raiisah berhibur dalam ni tutup pulak..masa sampai bukak lagi..tak tau pasai apa tutup awal..

 Muka kecewa Raiisah tak dapat masuk..hehehe

 Sudahnya lepak kat sini jer..Sempat pau mainan Dinosaur..nasib pau 10 hengget kalo 100 hengget tak boleh..hahaha

Boot ni la kalau tak nak pakai masa birthday party Raiisah kat Sogo hari tu..takper la bawak pakai jalan2 pon boleh ajer..nak pakai ngi ofis pon takde hal la..

 Mekcha yang serabai lagi serabut..memang serabut betul dia petang ni..takleh dok diam seminit..

Malam tu kebuluq lapar, makan roti subway jer kan..aku sediakan bahan2 affan tolong goreng..masak nasi goreng cina jer tu jer mampu masak dan rajin..hahaha

Pastu masak sambal ikan bilis untuk Affan bawak ke tempat kerja..masak banyak2..simpan stok untuk seminggu..dua jam kot aku masak sambal ikan bilis ni..yang buat lama nak goreng sambal tu sampai dia kering..bayangkan sambil masak, sambil berlari ke ruang tamu..konsert gegar vaganza punya pasal..puas hati la Nana menang..weee! tahniah Nana!

piece : kathyjem

Selamat Hari Lahir Mak!

$
0
0
Semalam genap umur mak yang ke 55 tahun..Selamat hari jadi mak! sempat beli kek untuk mak lepas balik kerja semalam..

Raiisah masa aku sampai rumah dia baru tido..gerakkan dia sebab nak bagi dia tiup lilin sekali dengan nenek..menangis meragam tak nak..nak tido jugak..haa ok la tido la..petang tu mak kata Raiisah tak tidur..ikut abah ngan mak pegi rumah kebajikan orang-orang tua kat Damansara..abah memang mengajar aktiviti kat rumah orang tua tu..kebetulan kat rumah orang2 tua ada buat makan2 meraikan orang-orang tua kat situ..tu yang bawak Raiisah sekali..ada la kat 2 3 kali atuk dia bawak main2 ngan orang2 tua kat situ..

Ooo kek kecik je mak ingat ko bawak kek macam dalam whatsapp tu..hahaha Tak la mak tu orang hanta gambar je nak wish birthday kat mak..hahaha yeker..kejut mak ingat ko beli kek besar macam tu..alaaa mak ni comel la..Mak kita sekarang ni baru jinak2 guna whatsapp..hehehe..weekend nanti kite celebrate sama2 dengan zura sekali ye mak..kakak aku pon tak datang malam tu..perut die tengah sakit pulak, kan baru balik Korea hari tu penat berjalan pon tak hilang lagi..cepat sihat ye kakak ku..

Selamat Hari Lahir Mak! Semoga selamat sejahtera Mak di dunia akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus dalam ibadah kepadaNya

Terima kasih Mak atas segala penat lelah dan pengorbanan Mak, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kami anak2 Mak.. Sungguh, tidak dapat kami balas jasa dan kasih sayang Mak. Setitis peluh, sehela nafas mak, setitis darah mak ketika melahirkan kami itu pun tak dapat kami balas..moga berbahagialah Mak sentiasa dan moga Allah merahmati Mak selama-lamanya hingga ke syurga…

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil..amin

Sebelum kejadian tiup lilin..hehehe merajuk konon..yerla sori la mummy kejutkan awak tengah sedap tidur..ingat Raiisah ok..Raiisah kan suka makan kek ngan tiup lilin..ok la ngi la tidur..jenuh pujuk orang meragam ni..

Pagi tadi bangun terus tunjuk pintu bilik nak keluar..keluar2 menjerit tengok atas meja kecik tu kek takde...hahaha Ambik kek dalam freezer, nah duduk makan kek..bayangkan kol 6.30 pagi makan kek..layankan jer..

piece : kathyjem

Celebrate Birthday Party Raiisah di Sogo KL

$
0
0
Alhamdulillah rezeki Raiisah celebrate birthday di KL Sogo..Sebelum tu sorry pada kawan2 semua yang tak dijemput ke birthday party Raiisah..jangan kecik hati tau nanti next birthday Raiisah kita jemput semua ok..No hard feelings sebab tempat limited..sori sangatttt..mmuah sikit jangan rajuk2..

Actually kalau siapa nak buat birthday party kat KL Sogo aku sangat sangat recommend sebab semua yang berkaitan hari jadi untuk anak semua ada kat sini..nanti aku story lebih detail kat bawah ni okey.. =)

Tahun ni tak sempat nak celebrate birthday Raiisah meriah macam ni..tup tup ada rezeki Raiisah kat sini..Terima kasih KL Sogo jadikan impian Raiisah nak tiup lilin kek jadi kenyataan..hehehe

Sebab apa aku pilih buat birthday party Raiisah kat KL Sogo ni sebab semua dorang sediakan dan diuruskan oleh pihak KL Sogo..

Mana yang nak buat lebih pada 50 orang jemputan di KL Sogo pon ada disediakan tempat dan ruang selesa iaitu di KL Sogo Startz Studio..nak tau lebih detail korang boleh call number ni 03-2698 2003.

Actually kat KL Sogo ni ada buat pakej seperti party packs, best dressed prizes, party food, face painting, magical clown, games, gifts dan macam2 lagi la pakej dorang sediakan..Macam Raiisah celebrate bulan Disember tema party Jungle Safari..

Setiap bulan tema die berbeza, untuk bulan Januari tema Mickey Mouse, Februari tema Avengers, Mac tema Angry Birds, Mei tema Power Kids dan macam2 lagi la tema yang ada..Waktu hanya diberikan 2 jam dari pukul 3petang - 5 petang di tingkat 4, bahagian Playground..Tempat sangat terhad for 20 birthday party untuk setiap bulan..so kalau yang berminat nak buat birthday party anak kat sini dah kena start booking dari sekarang takut penuh..

Kawan yang pertama sampai, Mirza.. husband dia tak ikut bawak anak buah dua orang..

Birthday girl excited nampak cake..

Ha dia dah nampak dah apa yang dia nak tu..

Wow banyaknya belon mummy..

Suka dapat pegang belon..sementara tunggu semua tetamu sampai birthday girl main2 dulu..bukan main seronok birthday girl ni yer..

Orang kuat disebalik birthday party Raiisah yang ke-3 ni, Jack dan Joyeee! Orang kuat Nuffnang ni..hehehe

Cake ni pon termasuk sekali dengan pakej party..comel sangat cake ni dah la sedap siap tapau bawak balik..hahaha..

Safari cupcake..

Chocolate tart

Safari cookies..

Strawberry tart and wild life macaron..

Muffin..

Chocolate and mineral water..


Goodies..

Untung sambut kat KL Sogo ni..tak payah pening nak sediakan goodies sebab KL Sogo dah sediakan semuanya..

Ada lagi seorang yang celebrate sekali dengan Raiisah, adik Harith..

Caramel pudding..

Colorful salads

Makanan dan minum yang simple dan sedap untuk tetamu..

Hi semua thank you datang birthday party saya yang ke 3 ni..tunggu nanti kita potong sama2 okey..

Bersama kakak ku..lain kan muka kami..hehehe

Manjer Ceera pon baru sampai..tunggu sorang manjer lagi, Yana..

Birthday girl sombong hari tu tak nak bergambar dengan mami pon..tetamu ajak bergambar pon dia bantai lari..

Ajak Raiisah bergambar dengan prop ni tak nak pulak dia..prop ni dah la comel..sudahnya mummy, auntie Mirza ngan Ibu je yang bergambar..

Yeaa auntie Iza pon sampai..eh Adel pakai meow2 la..

Baby Aydan..budak beruang ni comel sungguh..macam anak owang putih..

Kalau ambik pakej untuk birthday party kat KL Sogo ni ada sekali clown selama 2 jam..dorang ada sediakan 4 game..ok la kan termasuk pakej clown ni kalau kat luar untuk upah clow ni jer rate dalam 400-1000 tau..mahal kan..

Darwish anak buah yang nombor dua..

Bang bang..ni abang dia..

Tetamu semua dah sampai..

Sat lagi je nak tunggu acara memotong kek..

Dia buat drama pulak..semua dok menunggu dia nak potong kek, alih2 lari nak menan..nak tak nak kena la beli seketul mainan kalau tak, tak nak masuk dalam potong kek..jenuh pujuk..buat perangai pulak dia..semua dah ready birthday girl jer tak ready lagi..sat naaa..

Belikan dia car dulu nak bagi diam punye pasal..hahaha

Bithday girl nak potong cake..Readyyyy!!!

Mummy & Daddy loves you so much, Raiisah Awfiyah! Happy 3rd birthday, sayang..sayangnya daddy takde kat sebelah..

Sebelum tu bergambar dengan family dulu..abah pon takde..abah ada hal masa ni..last minit tak dapat join..abang ipar lak tengah ambik gambar masa ni..Umi lak masa tengah potong cake ni tak tau pergi mana..sayang takde gambar Umi sekali..

Macam biaserla mekcha ni setiap kali potong kek setiap kali tu la dia nak menangis..terharu ke terkejut ke apa tah..dah pakai comel2 nak jebek pulak kat situ..sudahnya gambar semua tengah menangis..haiihhh la mekcha..tak abis2 drama berEpisod dia ni tau..

Nasib tiup lilin dah tak menangis..tu pon jenuh pujuk..

Malu2 pulak mekcha ni padahal sebelum tu dia la orang yang pantang nampak gambar hari jadi ke video cake, lilin, belon semua tu mesti akan nyanyi lagu happy birthday happy birthday..siap berlakon konon2 tengah tiup lilin cake sambil makan cake..hahaha..dah ada cake real depan mata tak nak pulak nyanyi betul2, menangis pulak..pelik nauu..

Cepat potong cake sayang mummy..Raiisah kan suka potong cake..ceria la sikit sayang mummy ni..moyok pulak dia..ni kan hari jadi Raiisah, birthday girl takleh cedih2..

Yeaaa dah happy macam tu la...orang pon happy jer tengok Raiisah happy..ok tipu padahal tengah menjerit dok atas kerusi tu, gayat..kakakaka apa2 pon tak boleh mekcha ni tau..

Happy born day Raiisah Awfiyah bt Affan..kalau daddy ada lagi best kannn..sob sob..

Terima kasih KL Sogo jadikan impian Raiisah nak tiup lilin kek walaupon ada drama air mata ku selama 15 saat tadi..hahaha

Moga Raiisah membesar sihat, jadi anak solehah, berjaya dunia & akhirat..In sha Allah...Sayang Raiisah sangat sangattttttttttt..Dapat jugak bergambar dengan birthday girl mummy ni..susah nau nak ajak dia bergambar..3 tahun dah anak mummy ye..next year masuk 4 tahun dah..bulan depan nak masuk school..cakap pasal school debor pulak rasa..macam mana la Raiisah pegi school ni nanti..

Mak mertua ku yang paling ceria dan suporting..

Nyah kakak Yana..sama la pulak baju kita ye Nyah..

Ada macam2 game dorang buat..semua adik2 yang datang ni enjoy jer game yang disediakan..

Mariam awat muka serius sangat tu..hahaha

Kemain badan melentik ke belakang si Lutfi ni..

Abang clown saya pon nak join jugak game ni..

Nampak si Lisa kemain dia lagi, tak takut pon berani pulak dia..

Aktiviti game ni semua termasuk sekali dengan pakej..

Bila Yana berborak dengan mak keluar ler bahase orang perok..hahaha ate kami semua orang perok, lain kampung je..hehehe

Baru nak makan..lapor ni..

Geng manjer's..

Gambar mak budak je yang banyak ni macam mana?? hahaha

Dah mcam tema leopard la pulak aku nengok..kebetulan aku, Nyah, Eira pakai leopard..macma berjanji la pulak..

Iza, Nyah, Yana, Me, Ceera dan Mirza..dah dah tu kemain masing2 kalau dapat bergambar kannn..lupa anak2 jap..hahaha

Raisah tak nak bergambar dengan kawan yang datang..biar mummy yang bergambar dengan kawan2 Raiisah..Bersama Keisha..tahun depan nak masuk 6 tahun dah kakak Keisha..Bun ngan Yunann mana tak bawak ek? Keisha ni bab gambar dia paling win..now dah tak malu2 dah dulu bila ajak bergambar mesti lari tak nak, malu2 kucing..

Bersama anak buah Mariam dan Imran..dua orang abang dia tak nak datang pulak..segan dah besor katanya..hahaha

Adel..homei sangat pakai meow meow ni..ikut tema sangat...macam ni la..sebenarnya auntie nak cari hairband macam Adel pakai tu tapi tak jumpa lak..

Hi Lisa..ni budak paling suporting paling peramah..semua orang dia tak takut..

Sebelum pulang bagi goodies bag kat adik2 semua..

Terima kasih sangat2 pada semua yang hadir..mak, umi, pak gafur, family kakak ku, abang ipar dan kawan2 semua..hope korang enjoy dan kenyang la ye..hehehe In sha Allah ada rezeki lagi tahun depan kita celebrate birthday Raiisah yang ke 4 pulak..

Kawan2 sekolah ku..tq Iza & Mirza sudi datang ke birthday party Raiisah ni..maaf kalau ada kekurangan.. =D

Bergambar sekali lagi dengan baby bear yang super duper cuteness! nak bawak balik la baby bear ni simpan dalam rumah..hahaha..dalam gambar nampak die senyum kan padahal baby bear tengah bersin tu..hahaha

Eh gambar kite berdua takde kan Eira..harus la kena ada kan..

BFF sangat..colour baju pon nak sama gitew gitew..tengok kasut ciss terus darah tinggi naik..hahaha oder kasut kat online ingat nak pakai la Ahad tu, tup tup kasut yang oder tu next week hari senin baru sampai kat office..padahal oder hari Rabu last week, pagi..sedih! nasib ada kasut backup..baru ingat nak melaram pakai boot sama ngan Raiisah..

Overall memang aku berpuas hati dengan majlis ni..tak payah bersusah payah nak memikirkan menu apa yang patut dijamu, goodies apa yang nak bagi kat tetamu, tema apa nak buat nanti, cake nak tempah kat mana? hehehe semua di uruskan oleh pihak KL Sogo..

Dari mula sampaiiiiii, sampai la nak balik dia dok aim mainan sylvanian families ni..

Pilih nak jangan tak pilih..yang bayor nanti mummy Yana..hehehe

Thank you mummy Yana beli mainan sylvanian families untuk mek sorang ni..pandai pau mummy Yana yer..dah dapat beli kemain mulut bebel macam mak joyah..

Boleh tahan harga mainan sylvanian families ni..kecik cenonot ni pon harga 60 hengget..nasib mummy Yana ko belanja kalau mummy tak koser nak layan..hahaha

Thank you mummy Yana, auntie Eira, auntie Intan, auntie Iza and auntie Mirza for the present..

Ada budak tak sabar nak bukak hadiah...tido dalam senyuman la malam tu..Tq again bagi hadiah comel ni semua untuk Raiisah..

Terima kasih sekali lagi buat semua yang hadir..ada beberapa orang yang tak dapat hadir atas sebab yang memang tak dapat di elakkan..tak mengapa..Apa2 pon thank you for all the attendance & the presents and also KL Sogo memeriahkan 3rd birthday party Raiisah yang simple but awesome!

Macam mana nak buat tempahan senang jer..korang boleh walk-in terus kat KL Sogo, tingkat 7 bahagian Customer Service Centre atau online di facebook.com/klsogo..

Nak buat tempahan boleh contact number ni :-

Tel : 1-300-88 SOGO (7646) business hours from 10.00am to 9.30pm
Whatsapp : 012-950 7646
Email : ms@klsogo.com.my
Live chat : scard.klsogo.com.my
Website : www.klsogo.com.my

piece : kathyjem

Masih Tercari-Cari Mana Yang Sesuai?

$
0
0
Sebenarnya muka aku ni takde la masalah sangat..Masalah time makeup tu jer..Memang trerang-terang nampak sangat tak cantik sebab muka akan jadi bertompok-tompok dan liang pori nampak sangat besornya..kena touchup lehih sikit foundation baru tutup liang pori tu..Wanita dengan makeup kan memang macam tu kamceng giler memang tak boleh berpisah..buat la apa memang tak boleh berpisah..

Ni nak kenalkan kat korang produk Olay Total Effects..kalau korang belek2 tepi kotak dia mesti malas baca kan..haaa dah agak..hahaha..nah aku bagi details tentang kebaikan Olay Total Effects ni..harus la korang kena baca sebab banyak kebaikan tentang Olay Total Effects ni..semua pon tahu keberkesanan produk Olay Total Effects ni kan..

Olay Total Effects dicipta untuk melawan 7 tanda penuaan kulit sekaligus dalam satu botol jer..Rahsia disebalik Olay Total Effects ni adalah bahan dia seperti VitaNiacin, sekumpulan bahan-bahan anti penuaan yang kuat..Dalam Olay Total Effects day cream ni ada Niacinamide, antioksidan (Vitamin E dan C) dan panthenol (berfungsi sebagai pelembap kulit)..

Lagipon takyah nak beli 4,5 cream untuk tepek kat muka tu cukup dengan 1 botol cream Olay Total Effects ni sebab ada 7 manfaat yang ada dalam cream ni antaranya meminimunkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, melembapkan & mengatasi masalah kulit kering, mengimbangi warna kulit disamping mengurangkan tanda penuaan, melincinkan tekstur kulit melalui pengelupasan yang lembut, mengecilkan liang-liang roma, melindungi permukaan kulit wajah dengan anti oksida serta menganjalkan kulit wajah..

Bestkan dengar macam2 kebaikan yang ada dalam 1 botol ni.

Senang je nak guna..picit sikit kat hujung jari..

Bangun awal pagi sebelum pergi kerja tepek dulu Olay Total Effects Day Cream..

Dah lagi satu Anti-Aging + Fairness Cream ..


Harus diletakkan Anti-Aging + Fairness Cream dikulit muka..picit saja..

Pakai Anti-Aging + Fairness Cream ni tak perlu pakai foundation tebal nak samakan colour tone kulit..aku dot dot kan kat belah pipi, dagu, dahi dan hidung..oh leher pon jangan lupa sapu okey..yerla takkan muka je nak gebus cantik kat leher pon kena gebus jugak..hehehe Senang cite sapuan tu kena la sapu dari dalam ke bahagian luar, bukan luar ke bahagian dalam..paham ke tidok..haha mesti faham kan..sebab apa sebab cara sapuan tu pon penting, mempengaruhi proses penyerapan krim ke kulit muka ya adik-adik..kalau leher pulak sapu dari bahagian bawah leher dan ke atas..cara macam ni dapat mengelak kekenduran kulit di bahagian leher..gitchewww..

Selepas pakai this skin products..of coz aku lebih yakin dengan kulit muka ku..Sebab yang kering2 tompok2 kat muka, kulit kasar dan sebagainya sudah tidak kelihatan..Kulit nampak soft, tone colour pon dah sekata..So kepada sesiapa yang masih tercari-cari produk apa yang sesuai moh le try Olay Total Effects ni!

Boleh dapatkan Olay Total Effects ni kat supermarkets & farmasi Watson atau Guardian berdekatan sebab sekarang tengah ada promosi sampai bulan Disember..cepat pi beli sebelum promosi abis..

Korang boleh klik www.everydayme.com untuk dapat info tentang produk Olay Total Effects ni lebih lanjut..

piece : kathyjem

Mata Naik Juling Shopping kat Shopee Ni..

$
0
0
Aku ni kalau datang hari nak menyopping online kerja nak membeliiiii jer..hahaha seronok dok tekan je, hari ni oder esok lusa barang sampai depan mata..mau tak juling2 mata shopping online ni..hahaha..

Ni habaq kat korang ada satu apps online untuk korang yang kaki malas nak shopping kat mall..hehehe sebab kat Shopee ni korang cakap je nak apa?? nak muslimah wear, aksesori, produk kecantikan, mainan untuk anak2, sports, supplements, computer, gadget haa semua ada dalam Shopee ni..

Ni hasil tangan gatai membeli hari tu..hehehe

Apa Shopee ni?? Shopee ni adalah apps yang memudahkan penjual dan pembeli untuk membuat urusniaga secara online..senang, mudah dan menjimatkan masa..mana yang ada butik online tudung, kasut, baju or nak jual apa2 barang yang tak pakai ke apa pon boleh je jual kat dalam Shopee ni..Sangat senang just masukkan gambar dan maklumat dan terus jual kat Shopee ni..

Jangan risau barang akan sampai selamat sebab selepas pembeli buat bayaran dan bayaran dari pembeli akan terus dibayar pada seller, sebaliknya dibayar pada Shopee dan selepas pembeli dapat barang, baru la Shopee akan serahkan bayaran pada seller tersebut..faham ke idak..hahaha Ok la tu faham kan..senang sangat.

Lagi satu Shopee ni banyak sale dan diskaun..harga dah la murah dapat less lagi, lagiii la murah tersangat..dari start kita pilih produk sampai la ke bab bayaran dan penghantaran semuanya selamat dan mudah..


See macam2 adakan..mana yang suka produk kecantikan semua brand ada kat sini..

Senang cara dia, mula2 sekali korang kena download apps Shopee kat Apple Apps Store atau Google Play Store..benda ni free tak kena bayaran apa2 pon..

Pastu boleh pilih nak shopping barang apa?? nampak macam2 ada jual kat dalam tu kan, barang untuk lelaki pon ada jugak..jaga2 mata dan tangan anda itu..behehe

Ni aku share cara nak beli kat Shopee ni..Just type produk apa yang korang nak beli..macam aku hari tu beli shawl..Taip la Exclusively_byfarah..then dia akan keluar macam2 jenis shawl and colour..pilih shawl mana yang korang berkenan dihati..

Then lepas pilih shawl tu terus klik Buy Now..nampak siap ada less 15% lagi..pastu nak sambung beli lagi pon boleh ajer..

Muka pon dah nampak letih lately ni jadi aku ambik mask untuk muka..

 Murah sekeping baru RM5.80..harus la borong 4..hehehe

Pastu nak cari Bb Cream pulak..klik kat Cocowaah

Dengar kata Bb Cream Moist Labo dari Jepun ni bagus harus la kena cuba..

So dah confirm nak beli tengok total semua tu ok.. terus klik Check out..

Masukkan address untuk penghantaran barang..

Pastu buat payment..boleh pilih nak bayar guna credit/debit card, online payment (ipay88) atau atm/bank transfer..dah confirm klik 'confirm information'.

Tunggu nanti barang akan sampai di rumah.. ^_^

Tudung Exclusively_byfarah..RM30.60..

Suka shawl ni sebab ada accessories besi hujung shawl ni..kain pon senang nak bentuk and tak payah beria2 nak gosok..

Meishoku Moist Labo Bbb Essence Cream!

Fungsi Bb Cream ni :

-Essence
-Cream
-Makeup Base
-Concealer
-Foundation
-UV sun block (SPF40 PA+++)

Siapa yang kulit jenis kering tak sekata pon sesuai pakai Bb Cream essence cream ni..Apply sikit je dah tutup seluruh muka.. yang best ada glitters!

Innisfree, sebenarnya dia ada macam2 jenis mask..yang aku ambik manuka honey, pomegranate, lime dan black berry..Semua ni beli kat Wako Beauty. Sekeping RM5.80..Lepas pakai dalam 10-20 minit terus kulit muka jadi berseri-seri dan halus gebus..kalau tak muka kusam jer..

So far suka la Shopee ni..Nak guna senang, ringkas, mudah faham dan yang penting barang selamat sampai di tangan..

Siapa yang nak shopping barang kat Shopee ni korang boleh guna voucher Code : KATHYJEM. Value hanya RM20..bawah ni ada syarat-syarat nak guna kod KATHYJEM ni..

• Terhad kepada pengguna 200 orang pertama sahaja.
• Sah hingga 31 Disember 2015, jam 11:59pm.
• Sah untuk pengguna kali pertama sahaja.
• Sah untuk satu kegunaan masa sahaja.
• Perbelanjaan minimum RM 50 diperlukan.
• Tidak boleh diguna untuk pembelian tiket, voucher, mobile top-ups dan semua jenis pembayaran bil.
• Kod Promo mesti dimasukkan di halaman Checkout.
• Boleh digunakan untuk pembayaran yang melibatkan Shopee Guarantee sahaja.

Jom tengok video ni!!

Nak tau lebih lanjut pasal app Shopee ni boleh klik kat bawah ni :

Website : http://shopee.com.my/mobile/
Mall : http://mall.shopee.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/ShopeeMY
Instgram : https://www.instagram.com/shopee_my/

piece : kathyjem

Kenapa Pilih Little Caliphs?

$
0
0
Selesai sudah pendaftaran kemasukkan Raiisah ke tadika..Bincang punye bincang aku ngan Affan decide hantar Raiisah ke Little Caliphs Sg. Buloh..Survey antara Genius Aulad, Brainy Bunch atau Little Caliphs ni sebab ramai bagi good feedback 3 pre-school ni bagus..memang nak ambik yang ada islamic english..

Macam Genius Aulad tu ada kat area Sg. Buloh  tapi jauh la pulak..pagi2 nak hantar Raiisah jenuh nak patah balik ke belakang..Lagi satu Genius Aulad takde day care..aku kalau boleh nak ambik tadika yang ada day care sekali..balik kerja tu senang boleh ambik die terus..

Setelah membuat pembandingan ketiga-tiga pre-school ni aku pilih Little Caliphs sebab yuran Little Caliphs murah compare dengan Genius Aulad & Brainy Bunch..macam Brainy Bunch ada daycare tapi bapak mahal weii, sebulan 600 lebih..huhu tak mampu oden nak membayornya..Genius Aulad pulak kelas untuk 4 tahun start kol 8.30 sampai kol 11.30 jer..aku kalo boleh nak yang sampai petang..biar petang tu ada aktiviti macam solat berjemaah ramai2, buat kerja sekolah ke..kalau boleh nak macam tu la..Biar lama sikit dia dok school..kalau dok rumah nenek pon sehari asyik ngadap kartun jer..

Since Affan kerja nun di negara jiran, aku pindah duduk kat Sg. Buloh rumah mak abah..dok sorang kat Tropicana tak berani la pulak..kang apa2 jadi kang payah pulak takde orang teman dalam rumah..at least duduk ngan mak abah apa2 hal ada teman dalam rumah..

Awal bulan Oktober ari tu dah booked nama Raiisah siap2 kat Little Caliphs..takut penuh ke apa ke kan booking siap2 nama Raiisah..bulan Disember bayar yuran and ambik uniform jer..

Jumlah yuran Little Calips untuk umur 4 tahun dalam RM1282.50..Monthly fee RM332..kalau ambik half day baru dalam RM250..rasanya lain branch lain yurannya..macam kat Shah Alam member office bagitau harga dia mahal sikit compare Little Caplihs Sg. Buloh ni..

Lepas buat payment akan dapat 2 uniform, 2 tudung, 1 baju sukan, and 1 buku pasal Little Caliphs..itu sajer..Yuran kena bankin kat dorang siap2, dorang tak bagi bawak duit masa nak ambik uniform tu..kelas start dari 8.30 pagi -12.30 tghari..pastu mana yang ambik day care sampai 6.30 petang..lebih dari 6.30ptng kira OT, OT lak sejam RM7..hari2 nak bayar OT 7hengget pengsan gak nak membayornya..hehehe mana yang nak hanta anak seawal pukul 7 pagi pon boleh..

Uniform Raiisah besar gile padahal size S tu..terpaksala kena oter nanti..bukan sikit banyak pulak..hahaha Raiisah badan halus sangat..seluar sukan pon sama besar giler..tu tak tau nak oter macam mana tu..

Hari yang aku datang tu khas untuk anak2 umur 4 tahun ambik uniform..5 & 6 tahun waktu lain rasanya kot..nampak adik yang pakai baju belang2 hijau putih tu..tu bakal jadi kawan baik Raiisah tu...hahaha 2 3 kali Raiisah datang kat dia nak berkawan, siap tunjuk mainan lagi..adik tu lari2 tengok Raiisah..takut tengok rambut Raiisah macam hantu kot..hahaha

Lepas ni no kartun2 ye mekcha..kalau tak celik mata jer, nenekkkkk nak kartunn!!! pagi siang malam kartun kartun kartun..pas ni mengadap buku pulak..

Ni kelas untuk budak umur 5 tahun..besar gak kelas2 kat sini..Yang pakai baju biru tu teacher yang mengajar budak 5 tahun..

Lepas ambik uniform ingat nak terus balik sekali Raiisah elok dok diam main kat situ..haa ok la bagi dia lama sikit dok sini..sementara tu suapkan dia beehun..banyak gak dia makan..pagi tu tak sempat brekfast..dorang sediakan breakfast untuk ibu bapa yang ambik uniform hari tu..

Untuk baya Raiisah ni teacher dia cakap just bagi dorang minat dengan buku, macam mana nak pegang pensil, ajar simple2 words untuk berkomunikasi, aktiviti menari & menyanyi, buat homework..takde la tekan sangat pembelajaran semua tu..nanti dah masuk 5 tahun baru belajar bab2 akademik lebih detail lagi..

Tangga ni la setiap pagi akan ku hantar Raiisah ke sini..hehehe Raiisah ok kan suka kan masuk school..setiap hari aku cakap ngan dia pasal school ni..dia angguk jer..tah faham tak idak school tu apa..hahaha Takper mummy yakin Raiisah boleh buat punya..Raiisah kan berani tak takut orang..harap2 ok la dia nanti..ishhh deborrrrr la pulak..jangan hari pertama teriak sudah..4 Januari tu siap2 dah ambik cuti dah..excited pulak nak hantor dia hari pertama sekolah..hehehe

Lepas settle payment yuran Raiisah dapat beg, tudung, uniform, baju sukan..tengok anak nak masuk school rasa tua sangat dah ni..hahaha

 Macam mana ni tak nak pakai tudung..nanti kat school hari2 kena pakai tudung tau..

Jenuh pujuk dia suruh pakai tudung..

Siap umpan phone nak bagi dia pakai tudung punya pasal..heyy mekcha ni..tudung longgar sikit nanti nak jahit sikit kat bahagian dagu tu..

haaa kan comel pakai tudung macam tu..payah nau nak suruh pakai tudung..

Hajjah Mekcha sangat ni..sejuk hati mummy nengok dia tutup aurat macam ni..hehehe

piece : kathyjem

Selamat Menunaikan Umrah Mirza

$
0
0
Hari tu Mirza ada buat kenduri tahlil dan doa selamat sebelum berangkat pergi Umrah..petang nak pergi kenduri tu drive sorang..Affan ngan Raiisah tak ikut..memang plan nak bawak Raiisah ngan Affan sekali..sekali Mek tu tidur pulak..nak gerak dia macam tak sampai hati..pagi tu bawak dia pergi Little Caliphs ambik uniform..penat petang baru tidur..tak sampai hati pulak nak gerak dia sebab time tu memang waktu tidur dia..kalau gerak sure cranky..Affan cakap takper la awak sorang je la pergi saya jaga anak..terus dalam hati..yeaaahuu..hahaha..Kalau bawak Mekcha tu faham2 jer la pergi rumah orang macam mana dia tu..tak senang mummy ko nak borak makan nanti..hehe

First time datang rumah baru Mirza ni..Mirza sebelum tu dah share location kat area Cheras..area Cheras ni tak familir sangat, jangan sesat sudah..nasib la ada waze ada kan kalau tak aku rasa sesat kot nak datang rumah Mirza ni..

Sampai area Cheras terus wasapp Iza tanya dia dah kat mana?? Waze tu tunjuk jalan sekian2..aku pon tengok rumah tu, tengok balik waze..terus wassapp ambik gmbar tunjuk kat Iza betul ke tak rumah Mirza tu..Iza kata betul..nak tanya Mirza takut dia busy melayan tetamu kan..dalam hati "Wow bapak besar rumah Mirza" hahaha Ok terus debor2 nampak kereta bersusun depan ruamh tu..sure la saudara mara dia ramai kan...alaa segan dah tak kenal siapa2..takperla tunggu Iza sampai..Iza kata dalam 15 minit dia sampai..tu yang dok Selfie 10 ribu kali dalam kereta..hahaha

 Ni la Iza..Nasib ada teman..Iza pon tak bawak husband ngan anak dia..dapat la kiteorang sembang jap sementara menunggu Mirza layan tetamu..Iza kata kejap lagi Aida ngan husband dia sampai..Yeaaa Aida pon ada lama sangat tak jumpa dia..

Ni bahagian pencuci mulut..ada nasi, lauk pauk, semua tu tapi tak makan sebab kenyang..sebelum datang rumah Mirza dah bedal nasi..hehehe So makan kuih muih jer..macaroni cheese bakar tu sedap betul..dua kali aku tambah..eh kata kenyang..hahaha

 Saudara mara Mirza sebelah husband..Mirza kata dia tak duduk sepenuhnya rumah ni lagi..banyak lagi yang tak siap..In Sha Allah next year baru duduk..eh next year pon tinggal lagi brape hari je lagi..hahaha

 Kek ni ya ampun sedap nak arwah..aku ngan Iza siap 2 3 kali ngulang ambik..hahaha

 Ni la Aida..kenal dia dari darjah 6 lagi..Yang Aida pegang tu paling bongsu..3 orang dah anak awak Aida..kite ni baru sorang..huhuhu umur dah 31 tahun..sob sob..bila nak tambah sorang ni?? tu dia Aida bagi tips macam2 tips dia habaq..hahaha yerla 3 orang anak dah kan macam2 petua la dia share..hihi

Buat tahlil doa selamat semua bahagian atas..termengah jugak la kami nak naik tingkat atas sekali..hahaha siap bagitau Mirza lepas ni kena buat lif senang nak naik.. >_<

 Aida, Iza dan Tuan Blog..

Mirza kata In Sha Allah nak buat BBQ kat atas ni..nak panggil kawan2 nak buat sekali housewarming..Syoknya ada rumah 3 tingkat macam ni kan..Cantik tul..

Eh aku ni dok Mirza Mirza..mana Mirza nya?? hahaha

Ni la Mirzanya...hahaha Tu pon dah hujung2 nak balik baru sempat bergambar dengan dia..biasa la tuan rumah kan busy ke sana sini la..Hari ni awak berangkat ke Tanah Suci kan..Selamat menunaikan Umrah moga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihat yang baik untuk awak dan Shah sepanjang kat Tanah Suci..Selamat sampai dan selamat kembali..amin..

Nasib dah nak balik kalau tak nak rasa gak kek kakak ipar Mirza buatkan..hehehe Comel kek bentuk rumah dorang..


Selfie bersama kawan2 sekolah ku..

Kebetulan kami berjubah hitam..nasib tak pakai tudung pink kalau tak dah kembor..hahaha.. Perut tu nampak macam aku pregnant pulak..hahaha amin amin...

Tengok anak Aida si Adam tu..tengah nangis masa tu sebab tak nampak kelibat papa dia dalam rumha tu..

Nangis, nangis jugak time ambik gambar terus pose hensem kat situ..hahaha lepas kiteorang abis ambik gambar nangis lagi nak Papa dia..sambung ambik gambar diam pulak..siap boleh cakap " tak nampak pon gambar Adam" hahaha Lawak sungguh la awak ni Adam..manjer sangat ngan Papa dia..tak leh hilang sesat Papa dia depan mata..

 
Udah2 la tu bergambornya..sampai kakak ipar Mirza sound..kat sini je kat satu jam ambik gambar..hahaha tu yang dok gelak tu..ok la Mirza kita nk pulang dulu..mekasih beri kami makan dan minum..makanan semua sedap2..perfecto! Thank you sekali lagi sudi jemput kami..balik Umrah nanti kita jumpa lagi naa.. ^_^

piece : kathyjem

BIG MIKE, Subang Jaya

$
0
0
Yana kata ada tempat menarik..harus la kena try kan..lagipon Yana teringin nak makan burger aiskrim kat situ..So hari tu kami ber High tea di Big Mike, Subang Jaya..Tak susah pon nak cari Big Mike ni sebelah Taylor's College Subang jer..tapi parking kat area sini azab sikit..berpusing-pusing jugak la nak cari parking kosong..

Tengok cafe dia macam gempak..jom kita tengok kat dalam pulak..

Dalam kepala dah set nak makan apa..sebab lepas Yana bagitau nak makan sini terus laju2 aku tengok IG Big Mike ni..banyak jugak menu dorang sediakan..so screenshot rasa2 sedap menarik..nanti nak oder terus tengok kat phone..adik, akak nak oder dalam gambar ni ada..hahaha..senang kan nak oder macam tu..takyah pening2 baru samapi baru hegeh nak oder..tunjuk je gambor..

Masa kiteorang sampai ni tak ramai sangat..lepas duduk sejam kat situ baru ramai la ada orang..

Cafe dia tak besar sangat tapi dekorasi dan hiasan dalaman cantik dan simple..tak terlalu serabut, teratur kemas jer..Chemistry cafe ni memang sesuai sangat untuk anak muda yang suka cafe hoping tak pun yang suka gathering ramai-ramai, ruang cafe ni selesa memang lagi lamalah korang nak melepak kan...hahaha Masa datang sini pun, rata-rata muka student je aku tengok..terasa aku dah tua di situ..

Teman mak buyung teringin nak makan burger aiskrim..jom kita rasa sedap ker tidok..

Yana oder air Davy Jones..rasa latte la sedap jugak..aku suka minum air green tea..tapi green tea kat Big Mike ni macam pelik pulak rasa dia..maybe dia campur susu apa ker tah pelik la tak leh minum abis..last2 tukar ngan Yana..Yana minum green tea aku minum latte..hehehe

Ni la yang di tunggu2..roti burger warna-warni..selalu orang buat burger ada daging dalam tu kan..ni dia letak aiskrim..ada kelainan di situ..rasa dia of cozzz sedap la..tak sedap aku bagitau tak sedap..tapi burger aiskrim ni memang sedap..harga dia RM10.50..

Bukan aiskrim burger je depa jual macam2 ada..ada chicken chop, spageti, pasta, sandwich macam2 la ada..

Disebabkan ramai kata Mike's Buffalo Wings ni sedap haruslah aku nak oder..percaya dengan pengomen2 kat IG Big Mike..memang sedap! harga RM9.90..

Tu dia ex photographer karangkraf beraksi..hehehe

Dan ni la hasilnya..eh ni aku yang ambik..hahaha

Ermmm dapppp..begitula reaksi ibu mengandung setelah merasai burger aiskrim yang di inginnya..

 Saya tuan belog dan Yana..lipstik dua2 tak nak kalah macam nak pergi konsert..

 Comel jer burger aiskrim ni..sekali ngap terus hilang..

Mak happy anak dalam perut pon happy..kemain aktif betul anak Yana petang tu..berpusing-pusing dia dalam tu..menari ke bersilat dalam tu..hahaha Suka sangat dapat makan eskrem ye baby "R".. eee geram kat awak ni..tak sabar nak tunggu dia keluar..siap la kena gomol2 dengan mummy kathy nanti..

 Oo oo oo oo td petang tu..

Bakal menjadi mak..perut Yana semakin besar dan membesar..dah nak masuk 8 bulan ni baru la nampak perut Yana kalau tak, macam tak pregnant kecik jer perut..tinggal lagi sebulan lebih je kan manjer, ko nak beranak..tiba2 aku lak yang cuak macam mana ni..dak dik duk di dalam dada..

Zoom sikit mommy to be ni..berseri-seri mak buyung kita ni..ok dah jom balik..next ke mana pulak kita..

Big Mike Cafe
A01-01, Menara Rajawali, Jalan SS 15/8, Subang Jaya.
018 2946017

piece : kathyjem

Cuti Lama

$
0
0
Selamat tengahari semua..hari ni ku cuti sampai next week..lamanya tak cuti lama2 macam ni..dah hujung2 tahun ni abiskan cuti yang ada..Affan lak dah ada kat sini lagi la syok cuti lama2 macam ni..bangun tak buat breakfast..hehehe terus masak makana tengahari terus..lagipon barang dapur kat rumah tak beli lagi..masak je apa yang ada dalam peti sejuk..

Lama pulak tak main masak2 kat dapur sendiri..kalau rumah mak selalu dah terhidang semua..balik rumah sendiri, sendiri mau ingat ler masak lauk untuk suami ngan anak..hehehe

Ikan bawal goreng..

Kari daging..daging ni pon dah berkurun dok dalam peti ais..dari sehari ke sehari nak masak daging kari..masak jugak hari ni..Raiisah pon suka makan kari tapi tak masak pedas..abis jugak nasi dia makan sebab pagi tadi tak breakfast, minum susu jer..esok masuk school macam mana la dia..Mekcha ni dah la jenis suka makan nasi..hari2 mesti nak nasi..kena bawak dia bekal nasi la gamaknya..

Mummy tung tang tung tang kat dapur dia sibuk ngan ipad..minggu ni je mummy bagi awak tenung ipad tu next week buibui ipad..nak masuk school takde ipad ipad dah..

Ni pon baru lepas bagi dia makan nasi..tu yang boleh update blog dengan tenang..jap lagi nak bagi dia tidur and menunggu kepulangan daddy dia..bye semua..selamat berkerja mana yang tengah kerja tu..yang mana tengah holiday selamat berHoliday!!! hehehe

piece : kathyjem

Suka Minum Susu Kotak MARIGOLD UHT

$
0
0
Sekarang ni Raiisah ada minuman favourite dia, Susu MARIGOLD UHT..hari tu beli untuk mummy nak minum sekali dia yang abiskan..2 3 kali Raiisah dok ngulang minum susu..Kebetulan hari tu beli barang dapur terus beli banyak2 untuk dia.. Bukan untuk Raiisah je untuk mummy sekali..behehehe

Bab makan minum ni aku sangat jaga untuk kesihatan anak sebab aku akan pastikan Raiisah makan dan minum minuman yang berkhasiat..Tak sempat nak buat breakfast sibuk ke apa aku akan bagi sekotak Susu MARIGOLD UHT untuk Raiisah minum..

Celik je mata terus ke fridge..Nak susu mummy..dia pulak tahu mummy dah beli stok banyak2 macam ni..aku suka beli banyak lagi-lagi time ada promotion, borong terus..hehehe berbaloi!

Antara semua perisa Raiisah paling suka strawberi..Susu MARIGOLD UHT ni kaya dengan kalsium, protein dan ada formula unik iaitu BonePlus untuk tulang yang mengandungi Vitamin D..Takde bahan pengawet ye..

Sarapan pagi Raiisah, Susu MARIGOLD UHT bersama honey star! Aku pastikan Raiisah akan breakfast minum susu sebelum memulakan aktiviti kami anak beranak..at least perut tu berlapik sikit takde la muka monyok je nanti bila nak keluar rumah..

Susu MARIGOLD UHT ni ada 4 jenis perisa..Susu penuh krim, rendah lemak, strawberi dan chocolate..satu kotak 250ml..

Anak2 perlu ada nutrisi yang betul untuk menguatkan gigi dan tulang.Untuk membantu tumbesaran badan dan jugak penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang..Sebab tu aku akan pastikan Raiisah minum Susu MARIGOLD UHT ni setiap hari..Bukan untuk anak jer, untuk mak bapak pon boleh minum jugak..Ni kalau dapat Daddy Raiisah ni tak sampai sehari dia boleh abiskan stok dalm fridge tu..hehehe Daddy Raiisah pon hantu susu jugak..

Nak pergi jalan2 pon standby sekotak 2 dalam handbeg..senang kadang tu mummy nak susu..

Mummy pon suka minum Susu MARIGOLD UHT ni..tak aci la kan Raiisah sorang je minum ..mummy dok sebelah kebil2 tengok Raiisah minum..nak jugak...Ermmm sedap, lazat dan berkhasiat!! Sebenarmya lemak susu ni tak beri apa2 kesan pada kegemukkan ponn sebaliknya terbukti bahawa apabila kita kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tak mengambilnya..susu ni la banyak beri kita vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas..

Senang simpan kotak comel macam ni, boleh bawak di mana2 sajer..nak minum sejuk boleh tak nak sejuk pon boleh..dua2 pon sedap..

Tengok Raiisah tak kasi chan langsung mummy nak menikmati kesedapan Susu MARIGOLD UHT ni..

Ok la kita kongsi sama2 ok..Kalau pergi kedai nak cari Susu MARIGOLD UHT ni, cari kotak ada gambar lembu ni ya..budak2 mesti suka tengok Susu MARIGOLD UHT ni..Raiisah setiap kali minum nampak je Susu MARIGOLD UHT ni mesti "mummy Moo Mooo, Cow" hehehe

Boleh dapat Susu MARIGOLD UHT ni kat semua pasaraya berdekatan, kedai2 runcit, stesen pam minyak dan pasaraya mini.. www.marigold.com.my/uht.html

piece : kathyjem

Hari Pertama Raiisah Pergi School

$
0
0
Hi semua..Isnin hari tu Raiisah masuk school..pagi tu bangun meragam sikit sebab tidur lewat malam tu..tapi takde la lewat sangat kat kol 11 gak la baru dia tidur..Malam sebelum tu excited giler dia nak pegi school.. "Raiisah, besok Raiisah nak pergi school tau, nanti duduk dengan teacher, ada kawan2" dia angguk jer bila aku cakap macam tu..muka terpancar kegembiraan menanti esok pagi..hehehe

Malam sebelum tu dah ready gosok uniform dia, sediakan baju, pampers, botol susu, semua tu la sebab Raiisah aku hantar fullday..

So pagi tu bangun gerak dia..menangis kejap jerla, ye la tengah sedap tidur gerakkan dia marah la dia..hahaha.. dalam hati ok setiap hari mummy akan dengar rintihan awak setiap pagi macam ni.. T_T ..masa mandi tu pon nangis2 jugak..dah lap badan tunjuk uniform terus diam..ok nak school katanya..

Tengok jam ingat nak singgah rumah mak nak ambik barang Raiisah ada yang tertinggal sekali tengok jam tak sempat..masa dalam kereta Raiisah mulut bising, school mummy school school..Sampai jer kat Little Caliphs terus jerit "Mummy school"... ye kita dah sampai school la ni.. terus jawan "Yeaaaa" hahaha nampak excited terlebih macam tu la..hahaha nampak pulak budak2 baya dia tergedek-gedek jalan pakai baju Little Caliphs lagi la dia teruja..turun kereta ikat rambut dulu..rambut mekcha pon tak sempat nak potong..nanti la ada masa nak potong pendek sikit rambut dia..potong sampai bahagian bahu..

Tu pon tak nak pakai tudung..Raiisah tengok kawan2 semua pakai tudung, Raiisah pon kena pakai tudung.. terus angguk2 nak pakai..elok pulak dia pakai tak bukak2..kalau kat tak sampai 5 saat nak bukak tudung..

Kelas start kol 8.30 pagi..kiteorang sampai pon kat kol 8..pastu terus bayar duit name tag untuk baju seluar semua tu..untuk sementara aku tampal sticker tulis nama Raiisah..takut baju tertukar dengan budak lain kan..

Raiisah mula2 sampai teruja abis..tak dan nak salam teacher menunu masuk..tak sampai berapa minit terus dapat kawan..

Tah apa tah dia tegur makcik dok sebelah aku ni ha..makcik tu iye kan jer la apa yang mekca cakap tu..haiyoo anak aku ni terlebih peramah sangat..mekcha memang macam ni jenis tak takut orang..

Haa tegur abang ni pulak..Rasa budak ni 6 tahun dah kot, besor semacam aku tengok..hehehe

Atototo homei angat anak mummy ni..Bila pakai tudung nampak selambak pipi tu..harap2 bertahan la sampai tengahari kang..jangan tudung tah kemana awak tah kemana udah..hahaha

Kulu kilir macam dia pulak teacher nak urus kelas semua tu..Baju Raiisah semua aku oter..tudung jer tak oter..besar giler kot baju Raiisah dapat ni..teacher dia cakap size paling kecik size S..patut Little Caliphs ada buat size XS untuk budak 4 tahun kan..sebab budak 4 tahun ni kebanyakkan badan comel2 lote..

Masa ni tengah tunggu semua student Little Caliphs semua sampai..

Sementara tu tengok jer la Mekcha main ngan kawan2 dia kat situ..budak2 pon ramai dah sampai masa ni..


Bile tengok video tergelak sorang2..masa record aku tak perasan sangat ada budak kacau dia sebab masa tengok record ni budak lalu lalang depan aku..bile tengok lama2 la Raiisah kena kacau rupenya..gaya tu yang tak boleh bla..lepas budak tu kacau dia terus jerit hentak2 kaki, pastu tepuk kepala kawan depan dia, konon2 nak ngaduk ada orang ganggu dia..haiyoo mekcha tu pon nak marah, takleh kacau dia sikit..ikut perangai siapa ni.. >_<

Pastu pegi kat daddy dia tunjuk ada buku ABC semua tu..masa ni parents dah start ramai..

Dalam kol 8.30 macam tu, teacher suruh bawak anak2 yang dah sampai beratur..nanti dorang akan bagi name tag sementara untuk semua pelajar..

Affan mula2 malu nak masuk sebab masa sampai tu nampak para ibu jer sekali dah masuk ada jugak bapak2 yang hantar anak..

"Tu smile" hahaha siap suruh kawan pandang kamera suruh senyum..

Ok sambung balik main..

Mummy nak ni..dalam paperbeg tu ada patung..siapa punya tak tahu la kan..tah macam mana dia boleh namapk ada patung dalam paperbeg tu..tengok kawan sebelah Raiisah tu sempat nak lagi tengok phone..hehehe

Tak boley..bukan Raiisah punye orang punye.. "Alaaaaa"

Masa ni teacher suruh semua pelajar berdiri sebab ada aktiviti menari..feveret mekcha ni..hehehe

Ramai giler budak nangis..yang sorang nak mak, yang sorang nak ayah.. depan kiri kanan semua budak menangis..aku tengok dorang nangis aku pulak yang nak nangis..siap ada sorang budak tu datang kat Affan mengadu nak Umi dia..Affan cakap kat budak tu "Umi takde" hahaha

Raiisah masa ni pon dah cuak2 sebab ramai depan dia budak menangis..dia boleh bantai lari keluar dari bilik tu..jenuh pujuk dia..ah pujuk2 baru ok masauk dalam kelas balik..

Jenuh la teacher2 nak pujuk..ramai yang nangis umur 4 tahun..ada gak umur yang dah 5 tahun nangis gak..masa ni aku nak ambik gambar Raiisah..cari2 tak nampak dia..panggil Affan kot2 dia nampak Raiisah..Affan cari2..

Laaa kat sini rupanya..boleh dia bantai main kat belakang..ko ni mekcha kerja nak maian menan je tau..pastu teacher dia panggil suruh join dengan kawan2..


Tu dia duduk paling depan sekali..

Raiisah tak nak masuk dalam screen laptop tu ker?? hahaha

Alooo cian adik tu dok sorang2 tepi menangis menatapi ibu yang telah pulang..jangan la nangis adik kawan2 kan ramai..

Siapa yang nangis teacher bawak keluar..masa ni ramai parents dah balik..teacher tak bagi stay lama kat sini takut anak2 akan nangis lagi..

Settle urusan Raiisah pagi tu terus cabut balik..tengok Raiisah dah ok menari-nari dalam tu aku ngan Affan pon pulang..

Pastu terus ngi breakfast dengan Affan..lapar tahap gigil2 masa ni..hahaha Ok tu jer cerita hari pertama Raiisah pergi school..bye semua..

piece : kathyjem

Love Me Sevendays Cafe

$
0
0
Hari tu Mirza ngan Iza ajak jumpa..Dorang memang pernah makan kat sini..katanya sedap gak makan kat cafe Elfira Loy..balik kerja terus ke sini..Oh lupa sebenarnya Mirza nak jumpa kawan dia aka kawan akau jugak la tapi last minit kawan tu ada hal jadi kami jumpa bertiga je la..

Iza, Mirza dan Saya..

Banyak gak pilihan makanan kat Cafe Elfira ni tapi sebelum nak datang sini dah usha menu2 menarik kat instagram love me sevendays cafe ni..harga ok boleh tahan la takde la mahal sangat..standard macam cafe2 yang ada kat Malaysia ni..

 Terpegun tengok decoration cafe Elfira Loy ni..cantik dan simple..besar gak ruang dia, selesa..

Mana nak buat simple event ker, birthday party ke apa2 celebration boleh buat kat sini..ada terfikir nak buat baby shower Yana kat sini tapi fikir2 mesti Yana tak nak jauh kot dari rumah dia Puncak Alam..

Masa kiteorang datang ni tak ada orang pon..Cafe ni baru bukak ke apa takde orang langsung ni..senyap sunyi sepi jer..

Eh ada orang rupanya..ingat takde orang..Nak dok kat sini macam tak sesuai lak kan, nak makan kang jenuh bongkok2 kan badan..hehehe setakat minum2 ok gak la dok kat sofa tu..

 Dah macam kedai bunga..penuh bunga2 atas meja..

Mirza..besok tu dia bertolak pergi umrah..eh dah balik Malaysia dah pon..hehe Tak sabar nak jumpa awak, cerita pengalaman kat sana..mana tau ada rezeki tahun ni boleh pergi Umrah ker..hehehe amin...

Iza..sementara menunggu Mirza sampai kemain aku bergosip sakan dengan Iza..al-maklum ibu2 ni kalo tak cerita pasal hal anak & suami tak sah..

Tuan blog yang dah sedikit bam bam..faham2 je la duduk ngan mak abah ni macam ni..balik kerja je melantak nasi..pastu mengadu seluar kerja takleh nak zip..nasi setiap malam memang tak boleh dipisahkan.. =P

Kawan sekolah dari form 1 sampai sekarang..Alhamdulillah moga berterusan sampai ke anak cucu cicit hendaknya kita ye..hehehe..Takleh bayangkan awak kalau kita bertiga dah tua kerepot lepak macam ni lagi..bahahaha

Baik gile perkerja kat sini..siap tolong ambikkan gamabr kiteorang bertiga lagi..Suporting adik tu, ambik banyak kali pulak..tu..Elfira Loy u kena bagi bonus lebih kat your staff semua ni, pekerja dedikasi..
 Minuman kami..

 Creamy Mushroom Soup RM8.70..ok sedap gak mushroom soup dia..

Cak!!! ha yang ni Sabsuka RM8.70..yang ni pon ok la sedap gak..portion comel2 kat cafe ni..

 Alaaa lupa lak nama makan ni..pasta apa tah..hahaha harga dalam RM19++ macam tu la lebih kurang..

Ni namanya Fried Fish Tacos with Jalapino Salsa RM13.70..sumpah sedap tapi kalau letak tomato or salad banyak2 lagi sedap kot dengan mayonnaise melimpah ruah..

Jom makan ni dulu sat lagi desserts pulak..

Iza tanya, bila nak makan ni..asyik bergambor jer..hahaha kerja blogger memang macam ni..gambar dengan makanan memang tak boleh dipisahkan..hihi..ni pon kat 20 minit..kakaka ok tipu..

Desserts time!! aku ambik Apple Cramble RM10.70.. dalam IG nampak macam besar portion Apple Cramble ni, bila sampai alahai comel sangat bekas dia..eh baru perasan setiap harga kat Love me sevendays cafe ni hujung2 dai mesti 70sen..dah kata seven days cafe.

Nak oder kek yang lain semua dah abis yang tinggal Mango Cheese cake ni jer..RM10.70sen..sedap gak tapi tak leh kalah mango cheese cake yang aku pernah makan kat Cherating, Pahang dengan Ayu ngan Eira..tu mango cheese cake paling sedap pernah aku makan setakat ni..

Lepas makan sila bayar di sini ye adik..

Lepas makan bergambar kat sini dulu buat kenangan-kenangan bersama kawan2..kekeke nak datang sini lagi tak tau bila lagi la kan..

Masing2 muka kekenyangan..jom pulang..nanti kita jumpa lagi ye dear..

pieca : kathyjem

Video KL Sogo dengan Mekcha dah Siap!

$
0
0
Siap jugak video KL Sogo..tak sabar2 nak nengok macam mana la rupa aku dalam video tu nanti..hahaha

Actually 2 3 kali gak la shooting video KL Sogo ni..aku memang bab2 interview ni memang lemah sikit..jenis penakut nak berdepan depan kamera, lagi2 kena bercakap pung pang pung pang depan camera, memang tak ada keyakinan and tak berani berhadapan depan kamera..tahap confident depan kamera memang zero abis..hahaha

Masa Jack Nuffnang bagi tau dapat sponsor dari KL Sogo terus aku setuju..ingat kena buat review jer sekali ada shooting video rupanya..pengsan dengar..shooting dengan mekcha sekali pulak tu..pengsan lagi..hahaha..takper aku ambik ni sebagai cabaran dan pengalaman..bila lagi nak cabar diri sendiri buat benda2 macam ni kan..

Awal pagi dah terpacak depan pintu masuk KL Sogo..shooting start kol 10 pagi..masa cari parking syok la tersenyum lebar orang tak ramai lagi..Sampai2 breakfast dulu..kasi mummy ngan mekcha kenyang dulu baru start shooting dengan tenang..

Selesai breakfast terus ke bilik VVIP kena interview kat situ dulu..dup dup dup..tangan dah start seram sejuk..muka rasa panas..badan rasa melayang-layang tah ke mana..hahaha Over nauu ko punye nervous tu kathy..kaka yerla kan aku dah cakap, bab interview2 ni ahkak memang lemah gemalai sikit..cuba kena berlakon jadi anak derhaka ke, drama queen ker, hantu kak limah jalan terjengkek-jengkek ke baru la ahkak boleh buat..kekeke

Bayangkan tak prepare apa2 terus kathy, macam mana u sekian sekian sekian..OMAIII nak jawab apa ni?? terus pandang Ayu terkebil-kebil "Tulung tulunggg nak jawab apa ni" hahaha kebetulan Ayu ada teman aku pagi tu..tarik nafas panjang2, cuba banyakan orang depan tu dengan kamera tak ada depan tu..bayangkan bayangkan bayangkan..plupp! terus boleh jawab walaupon banyak kali tersasul menjawabnya..hahaha..tu la pengalaman pertama kali aku kena interview depan krew2 semua..memang tak leh lupakan sampai ke anak cucu cicit..

Nasib director & krew2 banyak membantu aku..macam mana nak jawab soalan semua tu bagi nampak natural, hilangkan perasaan nervous semua tu la..dorang suruh angap macam tengah citcat or tengah sembang kat kedai kopi..hehehe..

Sepanjang shooting kena dukung Raiisah..lenguh weii tangan..hahaha dah la berat sekarang dia ni..

Alhamdulillah first time shooting dengan Raiisah tak banyak kerenah sangat dia hari tu..maybe perut dia kenyang, tidur pon cukup so takde la dia meragam sangat masa shooting tu..ikut jer mummy suruh buat apa..good job Raiisah macam tu la..boleh jadi pelakon anak mummy ni..haha

Mummy dulu2 waktu kecik pernah gak masuk iklan kat tv, nama iklan tu Minyak Seri Murni..setiap kali keluar iklan tu kat tv abah mesti cakap "Adikkkk tu adik kat tv", hehehe..sampai sekarang bayaran iklan mummy tu tak dapat tau.. masa tu umur mummy baru 3 tahun kot kalo tak silap..mana mummy tau apa2 kan..ce sekarang sampai ke lubang cacing mummy cari orang tak bayar iklan mummy tu tau..hahaha..atuk yang bawak mummy masuk iklan masa tu..

Dulu masa waktu abis study angan2 nak jadi pelakon..konon2 nak jadi pelakon serba boleh la..Abah sentiasa support kalo aku nak jadi pelakon, banyak gak pengarah2 terkenal abah kenalkan..masa tu malu2 kucing..tak confident nak berhadapan dengan orang2 macam ni..jumpa orang rasa nak sorok belakang abah je..tapi berangan nak jadi macam Erra Fazira..haha tah apa2 berangan nak jadi macam Era Fazira..kira2 jari ada la gak 3 4 drama pernah berlakon tapi tu semua kat TV 1 la..hahaha fikir2 balik nak jadi pelakon ni banyak komitmen kena buat, kena usaha gigih baru la boleh jadi macam Erra Fazira tu..haha masa tu la fikir nak jadi pelakon fofuler macam tu.. fikir2 balik takper la jadi grafik designer jer la pon dah ok dah janji ada gaji..kekeke

Mekcah masa ni dah start buat muka sebab kena ulang 3 4 kali kat sini je..hahaha dah dukung dia baru diam..macam mana tangan mummy tak lenguh ni asyik nak dukung je ni.. =P

Dah selesai shooting kita Raiisah..penat jangan cakap la kaki badan semua rasa macam nak tercabut..hahaha apa2 pon memang best la dapat pengalaman macam ni dengan Raiisah..


Nah tengok video ku bersama Mekcha di KL Sogo..jangan gelak tau dengar suara jantan versi perempuan tu..kekeke yang tak boleh bla, aku ckp umur aku 32 tahun!!! 31 la kathy oii..apa ni umur sendiri pon leh lupa...kakaka ok la tu kira tahun 2016 ni masuk 32 tahun la..

Eh ada lagi satu video aku ngan Audrey..tu next entry ok..hehehe Selamat menonton..

piece : kathyjem

Shopping Tips di KL Sogo with Audrey Ooi

$
0
0
Shooting yang ni Raicha buat perangai lak sebab malam tu dia tidur lambat..pagi tu breakfast tak makan banyak sangat..suruh makan betul2, main2 pulak dia..sudahnya masa shooting buat perangai diva dia..mula2 shooting ok hujung2 tu je cranky pulak dia.. Pengsan mummy ko nak handle tau..

Kali ni shooting video aku dengan Audrey..dalam video ni kiteorang share tips untuk shopping untuk ibu bapa di luar sana..

Tak ingat apa yang kelakar tah sangat masa ni..hehehe

Shoot pulak kat area sini..faham2 jer la anak2 bila melihat benda2 ni semua..hahaha..bukan kata anak, mak2 pon suka..hahaha Raiisah dari mula dia aim je Little Pony tu..dah lama sikit shooting boleh dia tanya aku mana Littel Pony dia pegang tu?? haiyoo terpaksa la beli kalau tak dia merengek nak Little Pony tu..nasib tengah shooting anak oiii, kalau takkkkkkk, tak kuasa mummy nak beli..hahaha

Comel sangat anak Audrey Ooi ni..Fighter nama dia..muka sebiji macam Audrey..Tengok Raiisah Little Poney nak, Frozen pon dia nak..rambang mata la tu..

Tengah mencari baju untuk anak2..

Ingat tak masa aku shopping dengan Raiisah hari tu, dia suka datang tempat ni..nak mickey mouse tempat letak garam ke apa tah..aku ingat dia dah lupa..hahaha ingat rupanya mickey mouse tu and tempat sekali dia ingat..

Semua Raiisah nak kan..kopak la mummy macam ni..hahaha

Handsome boy Fighter nak dukung..

Tengok Raiisah..dia tengok Fighter dukung dia pon nak jugak dukung..manjer angat ni..

Ok fine main la kat situ..bye!!! mummy nak balik..heran pon idak kita buibui kat dia...lagi dia buibui balik kat kita..

Manjer ngan mummy Ayu..nasib mummy Ayu ada..dia dengar sikit mummy Ayu cakap..kalo mummy Ayu cakap. Nooo Raiisah, jangannn..terus tak buat..kalo mummy kata, No Raiisahhhh..dia buat dekkk je buat2 tak dengar jer..hahaha ngada kan..

 Mulut muncung senget..hahaha

Masa ni dah hujung2 shooting..dia dah start buat perangai mengada-ngada merengek and cranky..nak shoot dia main2 tukar baju dengan mummy sebenarnya.. -___-

Nice to meet you Audrey..lepas ni jumpa i kat mana2 event jangan lupa hai-hai kat i tau..hehehe Comel jer Audrey ni..selalu baca blog dia..masa cemburu dengan kita la Audrey kan, kalau tak banyak topik nak borak dengan u..

Ok dah bagi dia rest jap sambung shoot balik..Raiisah jom try baju ni, cantik la..nooo nak nii....nampak pau mummy Little Pony..pujuk2 tak nak jugak..ok nak buat macam ni..faham2 jer la bila shooting dengan budak2 macam mana..kena ikut mood dorang..nasib crew2 semua faham and banyak bantu.. -______-

Berjaya jugak..tu pujuk kena dengan apong..nampak tu..eee geram tul, rasa nak gigit2 muka tu..rambut pon dah macam hantu kak senah pulang petang..kekeke..sampai sakit2 badan mummy nak dapat shoot angle yang terbaik..Dari pagi sampai ke petang gak la shooting selesai..ngeh ngehhhh...


Paling penting thanks to team KL Sogo dan Nuffnang sebab beri peluang ni kat i..Thank you so much..Love.. ^_^

piece : kathyjem
Viewing all 348 articles
Browse latest View live